Bebel

Isnin lepas, aku beli kad topup. Rm 10. Untuk tambah nilai baki kredit yang seringgit lebih. Hari ini aku check baki kredit. Tinggal 95sen. Teringat aku akan kad topup yang aku beli Isnin lalu. Tercari-cari. Cari lagi. Cari dan cari.

Sudah di tempat pelupusan sampah barangkali.

Aku sakit apa emangnya? Kali terakhir aku buangkan panadol 4 biji. Dan ya, Sudu besi aku juga tak terkecuali. Celaka celaka!!

Home sick. Nak balik rumah. Titik.

Extraction


i spent an hour for this. in the end the number of stages masih salah. 
graph perut boncit nieh memang menguji kesabaranlah!!

Air

Air tak ada.
Study week kot.. Wawawa..




Belajar sambil goyang kaki tahan kucil memang la ...... &^%$&*.

aBsorption & aDsorption

Semester ini aku belajar separation process. absorption, distillation, liquid-liquid extraction dan leaching. another 4 which are membrane processing, crystallization, adsorption and ion exchange are not covered yet.

pagi nieh bangun dengan semangatnya mahu belajar absorption. Bila buka power point yang lecturer guna and compared with the notes in text book, bising-bising kenapa tak sama. Till i pass across the summary of separation processes, disitu baru aku tahu bahawa aBsorption dan aDsorption adalah 2 perkara yang berbeza.

Nampak sangat masuk kelas unit operation tidur je. Aish.. Ok, sudahlah.
Hari ini mari kita belajar aBsorption. aDsorption tahun depan kita belajar ok as sayang.. Semangat.

p/s: Otak aku memang lambat interprete sesetengah perkara. Antara yang paling ketara, extension dan external. Procrastinate dan prostitute. Selalu ambil few seconds to interpret the words baru dapat bezakan.

sedekah

kata-kata yang baik juga sedekah, samalah seperti mengelak daripada mengumpat dan menabur fitnah. -solusi,39.

ada 3 perkara yang aku minta tatkala akak aku di tanah suci sana. aku kira 2 daripadanya benar-benar termakbul. satu daripadanya aku minta dibersihkan hati. kerana aku bilang aku mudah iri hati dan benci sama kejayaan orang lain sehingga membawa aku kepada perasaan dan perbuatan yang mendorong kepada perbuatan pengaduan dan mengumpat. dan pengorbanan terbesar yang terpaksa aku lakukan adalah dengan mengaku akan setiap perbuatan aku pada empunya badan sungguhpun malu lagi menyakitkan, memohon maaf dan akhirnya memadam kesemua ratusan penulisan di blog ini. kerana kata-kata itu ringan di dunia, berat timbangannya di sana.

kerana perempuan itu fitrahnya lembut hati dan mudah cemburu, malah suka bercerita dan berkongsi rasa, maka bersabarlah dengan menahan diri dari mengumpat. kerana kesabaran itu juga sebahagian dari sedekah yang dianjurkan.

In this mode


ok hari ini mari kita belajar liquid-liquid extraction. mari gam2 kertas graph!!

Semalam

I went for outing last night. With friends of course. Window shopping as well looking for christmas's trees. We did watch Tom Cruise acting in his movie, The Ghost Protocal of Mission Impossible where the scenes were taking places at Moscow Rusia, Dubai of UAE and Mumbai India. Beautiful places..

Once when we were at Musolla, and I was sitting waiting for my friends to finish their Maghrib prayer, I saw a little African girl. Around 7,8 years old maybe. Eh wait, I don't exactly know where was she came from actually but she is what we Malaysian always said as Negro. I don't see her mommy and I do think she is alone. She did perform her prayer smoothly and calmly who was then rushing wearing socks and shoes before she was then finally disappeared from my sight. It just makes me think, how a little girl at her age, leaving in a country where she is sort of one of her kind, yet still know how to properly perform her prayer and properly cover her Aurah. She wore proper scarf, proper shirts with loosing jeans and socks. I look around the people in the Musolla who are mostly of my age. And I look at myself. Such a feeling.. How yea i'm going to say. I don't exactly know how it feels. Embarrassing.. Maybe. Looking at her just makes me think how far brilliant and better she is in the view of God then me.

Really i don't have to go to the mall to see such the fashionable phenomena, just looking at girls in the small musolla itself and most importantly just looking at me myself, a great reflection of the phenomena. Till now, i still don't really know the exact feeling that I felt. One thing that I really know is.. I need to change.

Busuk tak?

11 malam:

"Wanie, kita bila nak mandi nieh?"
"Haha, tak dah kot. Sejuklah As"
"Haha, tuh la. Macam malas. Tak busuk kot kan?"
"Tak apalah. Busuk2 kita sendiri bau"

Tersenyum sendiri.. I just love this simple conversation.

Membaca

Rasa seperti mahu membaca. Ada cadangan buku apa?

And yes. Please not journals or any engineering related books. At least for this weekend.

Esok mahu turun kuantan tengok wayang, makan-makan, sama tengok sambutan Christmas. Ada masa terluang boleh cari buku.

Comes to think of it, dah 21tahun hidup macam rugi sangat. Almaklumlah bila besar, minat aku pada membaca sedikit sebanyak mula hilang. Zaman kecil-kecil dulu, aku memang suka membaca. Masa umur aku 5,6 tahun hinggalah darjah 3,4 gitu, kawasan rumah aku ada perpustakaan bergerak. Jalan kaki 2,3 orang redah pagar yang banyak monyet semata-mata mahu pinjam 2 buah buku. Pakcik perpustakaan bergerak tuh pulak sorang gemuk sorang kurus. Yang gemuk bawa bas yang kurus kasi kad dan cop buku. Kalau abang aku, esan pinjam novel cinta tebal-tebal atau novel triller awang murshed, adiknya pula pinjam buku cerita kanak-kanak hingusan tak terkecuali buku bersifat sains sosial dan sejarah. Pernah seingat aku, aku pinjam buku tajuknya Debu Hiroshima karya Othman Puteh yang mana aku khatam sampai muka surat terakhir. Tapi kalau tanya sekarang sepatah hapak pun aku lupa. Seingat aku covernya warna putih tapi google tadi tak adalah pula jumpa yang warna putih. Jangan sangka budak yang masih berhingus lagi sememeh tak tahu baca buku sejarah. Kah3x..

Zaman sekolah rendah hidup aku lebih berkisar pada zaman aku dengan esan la kiranya. Seingat aku, dia nieh suka baca Asuh. Ala yang ada gambar setan kurus warna merah dan setan biru perut boroi tuh. Dia nieh jugak pengumpul tegar buku-buku siri penyiasatan. 3 penyiasat, 5 penyiasat, 7 penyiasat, 3 sekawan bagai. Misteri gua ini itu. Aku rasa budak-budak yang membesar zaman nieh memang akan jumpa buku siri-siri penyiasat kertas kuning coklat kitar semula nieh. Zaman nieh aku pula sibuk kumpul majalah Ana Muslim. Entah sekarang wujud lagi ke tak aku tak pasti. Dan masa tuh kawan aku Shira suka buku KAWAN. Maka dari situ aku juga sibuk kumpul buku KAWAN. Sekali sekala beli buku ALONG juga. Almaklumlah zaman nieh mana jumpa majalah Bintang Kecil tengok budak-budak seusia pakai make up bercelak segala. Kalau dekat sekolah time vendor buku datang, mesti dia kasi kertas borang kecil dengan senarai buku dan harga. Bawa pulang dan tanda buku mana kita mahu, minta duit sama ayah dan esok datang kasi borang, bayar dan dapat buku. Memang bijak vendor-vendor buku nieh. Huh!!

Masuk jenan, kesukaan aku pada membaca sangat berkurang. Zaman nieh kalau Subaili dan Shiela ulang alik library pinjam novel Sidney Sheldon, Farah dan Noeliy dengan buku tebal Harry Potter, Eleyana Ali pula aku kira hanyalah suka baca intisari rancangan di surat khabar. Ya itu benar. Seingat aku pernah Madam Zaleha yang mengajar aku Sejarah bertanya di dalam kelas, kalau buka paper, apa benda pertama yang dibaca. Maka intisari rancangan yang aku bilang. Dan dia ketawa. Bongok gila As. Zaman sekolah menengah kesukaan membaca aku pada bahan bacaan ilmiah sangatlah kurang. Bacaan sejarah juga aku tak suka. Baca skor muzik itu banyak. Seingat aku, aku ambil PMR tanpa pernah baca langsung komsas sejarah Kapten Hassan Wira Bangsa. Tambah-tambah time tuh Sorem yang ajar. Kaji kulit buku saja yang aku ingat. Oh dan ya formulanya juga. (ASUSASEK-amat sungguh sangat + sekali) dan (harimau boleh terbang tapi tak dapat terbang). Ok back to track. Tapi nak kata tak suka langsung tak adalah. sebab di Jenan jugalah aku kenal Ridest Digest, aku kenal New Straits Times, aku kenal Chicken Soup dan buku-buku Enid Blyton. Tak lupa The Phantom of The Opera dan Dr Jeckyl and Mr Hyde. Kah3x.. Jangan main-main. Kedua-dua buku tuh aku berjaya baca hingga habis. Kalau outing pergi Jitra mahupun YAWATA, kebiasaan aku akan beli majalah REMAJA dan Shiela akan cari KREKO. Maka boleh dikatakan tempoh zaman ini bacaan aku hanya terhad pada semua yang aku sebutkan tadi.

Habis SPM hampeh. Memang dah tak pernah membaca langsung. Zaman matrik juga. Aku langsung tak membaca. Tahun pertama dan kedua di UMP juga begitu. Things goes on that way sehinggalah aku break up. Aku paksa diri aku membaca semula untuk isi ruang masa yang mana kadang2 kosong tak berisi supaya aku boleh lupa benda2 yang tak perlu. Alhamdulillah dalam tempoh setahun lebih nieh aku mula jumpa balik kesukaan lama yang aku tinggalkan. I spent less on topup and i spent more on nice meals and books. Aku mula kumpul balik bahan bacaan yang mana kebanyakannya berunsur keagamaan, travelog dan motivasi seperti Secangkir teh pengubat letih karya Hasrizal, apa ertinya saya menganut islam by fathi yakan, eat pray and love by elizabeth, the secret by rhonda byrne, who move my cheese by spencer johnson, tuesdays with morrie by mitch albom etc. Tak terkecuali buku-buku politik, biography, fizik. kesihatan dan sains sosial macam a brief history of time by stephan hawking, the doctor in the house by tun dr mahathir, teori2 darwinisme dan dunia islam mostly dari author yang memang aku suka Harun Yahya. Kebanyakan aku download free dari internet dalam bentuk pdf sebab aku tak mampu nak beli. Dari segi pelaburan, aku bukan lagi orang yang kedekut dalam hal nieh. Aku sudah mampu untuk laburkan puluhan ringgit tiap bulan. Juga berani melabur separuh k untuk ihya ulumuddin dan soal jawab wanita. Dalam tempoh nieh aku mula kenal beberapa novelis antaranya Paulo Coelho yang mana buku-bukunya sedikit sebanyak mula menjadi kegilaan untuk aku.

Cuma lately waktu yang aku peruntukkan untuk membaca dah kurang dan banyak masa yang aku terpaksa habiskan dengan membaca journal dan kitab-kitab kejuruteraan. Majalah pula aku lebih pada Solusi. Ebook origami juga banyak dalam simpanan. Nak tahu bila baru aku mula bersedia untuk fasa perkahwinan, kenalah tunggu sampai tahap dimana aku mula kumpul buku masakan dan resepi. Barangkali.

Cuma satu yang aku selalu pegang, nasihat dari seorang yang bolehlah dikatakan abang, baca tanpa fikir rugi. Tapi tak membaca lagi rugi. Kalau kita nak mencari tuhan, tak cukup dengan solat dan taubat. Kita kena membaca. Dari membaca kita kenal tuhan. Malah perkara pertama yang tuhan suruh ialah membaca. 6 rukun iman yang kita wajib pegang. hanya satu yang kita nampak iaitu kitab (Al-Quran). Beriman dengan Al-Quran bererti kita perlu baca, fahami tafsiran, berfikir dan amalkan apa yang perlu dan tinggalkan apa yang dilarang. Jadi, semahal mana pun buku yang kita baca, sehebat manapun pengarangnya, sediakan ruang dan peruntukkan masa setiap hari sekurangnya semuka untuk kita baca dan fahami kitab tuhan dan hadis nabi. Kerana itulah kitab terlengkap yang datangnya dari pengarang terhebat. Bacalah. Paksa kalau masih tiada minat. InsyaAllah setiap huruf dan molekul dakwat serta surat helaian kitab, tuhan cambahkan dengan pahala dan nikmat kefahaman. Tak rugi bukan??

Words

This kind of people, just saying things as they pleased. Its ok. Just proceed with what you guys enjoyed doing. Words might be nothing here, but still gonna be something hereafter.

Sepertimana itu ruang kamu dan kamu berhak berkata apa kamu suka, maka disini juga ruang aku dan aku kira tiada masalah untuk aku bersuara beritahu satu dunia kehidupan aku hatta waktu tidur aku sekalipun.

Kenapa.. lebih kisahkan kehidupan orang lain yang sebenarnya tak pernah ganggu hidup kamu?? Aku salah apa?

vanilla ice cream

done with 2 presentations today. presentating things that you have workout a lot through the whole  semester is still great in the end regardless what the outcome is. a friend of mine hold on her test due to the uncontrollable stress till she got no choice unless seeking for the doctor and spending times on consultation. no matter what, time is passing by n days after days this last 2 weeks are almost come to the end. just hold on for another 3days then we are finished.

tak sabar rasanya nak tunggu jumaat malam. tidur malam dengan lampu terpadam dan tiada apa-apa tugasan lagi untuk dikejar. u know the feelings.. macam berbaring di atas katil jenan setiap khamis malam tanpa dengar jeritan kak fifa dan kak ros minta berkumpul untuk checking.  dan paling penting sujud sajadah jumaat pagi dan makan roti canai 2,3keping.kih3x..

n yea, for the 1st time maybe, having a nice vanilla ice cream selepas satu hari yang panjang sepertinya tiada kesan. mahu manisnya koktel sebenarnya. starving for that. wowowo.. n yes. tajuk sepertinya kurang perkaitan.

nikmat dan ujian

lab 8-11 pagi. ke pusat pos. ke fakulti kemudiannya  berjumpa supervisor. bergegas pulang ke bilik. hari ini due date untuk submit case study. hasil kerja wan yang aku dan siti pinjam kononnya mahu jadi rujukan tak sempat dibuka dikaji. tiba di bilik dimana mereka mula menyeru agar mengisi borang IEM, institute of engineering malaysia. rm60 sehingga tamat pengajian. ke atm keluarkan wang. pulang ke bilik bersiap dan ke auditorium perpustakaan untuk majlis penutupan minggu cervical cancer. ke blok w kemudiannya untuk youth inventor sebelum ke fakulti berjumpa lecturer for presentation lab paginya dimana group aku tiada berkesempatan..cooling tower n water analysis final presentation is quite smooth unless for the report yang berterabur formatnya. suasana presentation thats seems more like a discussion. santai. lecturer aku keluarkan 1 buku tebal P&ID plant of TITAN, which once was his workplace. he showed us the P&ID for cooling tower system which is damn messy of course. he did explain how its work actually n how the water in the plant is recycle or at last came out from the system n goes to water treatment plant. its nice. after all the presentation process, finally dapat berjalan pulang ke kamar. still kerja tak akan pernah habis. malam nieh perlu siapkan distillation design as well as case study of chemical reaction yang mana aku dan siti nekad untuk hantar kemudiaanya. moga allah permudahkan urusan.

mood hari ini sangatlah jahat. kasihan siti. kebiasaan aku bila moody maka aku bermuka masam 24jam, dingin dan tiada suka bersuara, berborak apatah lagi. maka sepanjang perjalanan dan urusan yang kedengaran hanyalah bunyi derap tapak kaki dan titisan hujan. moga tuhan berikan siti nikmat kebahagiaan dan rezeki atas hikmah kesabaran yang dia tunjukkan. perempuan bila datang bulan, memang macam-macam. haish..

dan tuhan itu penyayang sangat. hari ini aku rasa aku jahat. aku merungut dan memberontak sepanjang saat. merungut dengan nikmat kehidupan yang tuhan kasi. di pengakhiran hari, dihadiahkanNya aku dengan rezeki yang datangnya tanpa disangka-sangka. pisang goreng dan nasi berlauk dari program inovasi youth inventor. dan bihun goreng beserta sekotak kfc dengan 2ketul ayam beserta coslow, kentang putar dan roti. mashaallah..

untuk permulaan hari yang kau cuba uji dengan hikmah kesabaran dan kesyukuran, dan untuk pengakhiran hari yang kau hadiahkan dengan jutaan nikmat dan kasih sayang, terima kasih tuhan.

untuk 2minggu ini, bersabarlah. syukur kita masih berpeluang mengutip ilmu tuhan.

Bos vs balaci

Aku tak benci dia. Tapi aku benci dengan apa yang dia lakukan. Manusia, bila punya kuasa, ragam dia alahai.. memang macam-macam. Jenis kasi kerja last minit, dan cuba lepas tangan dengan memberi arahan pada golongan bawahan nieh memang aku kurang gemar. Bukan kalian saja sibuk. Kami golongan bawahan juga SANGAT SIBUK. Ada perkara yang kalian perlu untuk berkrompomi lebih-lebih lagi jika masalah yang datang salah satu penyebabnya adalah dari kelemahan pentadbiran dan pengurusan kalian sendiri.

Kerja dibawah tanggungjawab kalian, kalau kalian sendiri rasa malas dan keberatan, maka haruslah kalian mengerti golongan bawahan seperti kami lebih-lebih lagilah punya rasa yang demikian. Potong telur masuk dalam kuali goreng buat sambal jelah ek. Boo!! Ok mengumpat. Maaf pak.

Semut

Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka berbaris dengan tertib.

Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

Maka dia (Sulaiman) tersenyum, lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu.Dan dia berdoa, "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.

Surah An-Naml, ayat 17-19.

selimut

sudah mampu baring atas katil. gila selesa dengan sejuk hujannya. gebor aku buka. terfikir. kenapa kita lipat selimut bentuk segiempat? kenapa tidak segitiga mahupun bulat?

selimut aku warna merah jambu. merah jambu dalam bahasa arab bunyinya "wardi". esok pagi oral test arabic. tak reti nak doakan?

Semalam

Dan ya,
Sudah 2 gerhana sepanjang tahun ini aku terlepas. Kedua-dua waktu pun Kuantan hujan. Gila lebat semalam.

And guess where i was at 3 am last night? In front of a closing door of midnite movie at ecm mall. Tayangan terakhir pukul 12.45 malam. Rasa macam anak dara derhaka pula pukul 12.15 malam masih di kedai mamak yang sudah naik air sambil minum teh panas. Sampai ump pukul 5pagi. Sebelum tuh seharusnyalah melantak di TC. Dalam sibuk2, masih sempat keluar redah hujan pukul 10malam untuk tengok movie. Wooo woo jahat jahat.

I need this space

Assignment 1 & 2 science material
Report & presentation mini project science material
Report business proposal technopreneurship
Report & final presentation utilities lab
Distillation design integrated
Final report integrated
Personal interview & presentation integrated
Assignment 2 & 3 chemical reaction
Report of Case study chemical reaction
Assignment chapter 3 Methodology proposal writing
Final report proposal writing
Poster presentation proposal writing
Oral test arabic (12/12)
Test 2 Electric Instrumentation
Test 2 Technopreneurship
Test 2 Science Materials
Test 2 Unit operation
Final test Arabic
Design sijil inovasi
Design sijil cervival cancer weeks
Minggu Inovasi
Minggu cercival cancer the whole weeks

5 assignments + 6 reports + 4 presentations + 1 interview + 5 tests + 2 unsettle programs 

All in this last 2 weeks of 5th semester.
3 out of 4 here in my room are chemical's student. Tido hanya 3 ke 4 jam setiap hari. Weekend juga tak terkecuali. Dan tanpa rehat, berperang pula dengan study week. And last, final exam.

At 1 point, aku pasti menangis. And i need this space. Mereka juga barangkali.
Sabar As. Kejap je lagi. Sabar. Menuntut ilmu kena sabar. Letihnya cuma sebentar. 
what a hectic week. busy kalah babi tengah mengawan. dalam menuntut ilmu tak boleh merungut. tuhan suruh sabar. org sabar masuk syurga. sabar kawal nafsu dari beli air sejuk supaya akhir tahun dapat korek tabung beli external hard disc. sabar bukak mata luas2 baca buku siapkan kerja 2,3pagi. sabar tahan ngantok dalam kelas. sabar bukak langkahan kaki paksa diri melangkah ke kelas. sabar dengan kawan yang banyak soal serta ketawa berdiskusi bising2.

paling penting sabar mandi awal pagi. 10minit dalam shower, 9minit berdiri takut2 dihadapan pili, baki seminit seterusnya laju2 pancurkan air 3,4 kali sebelum berhenti. apa kisah. perempuan tanpa perfume pown bau wangi. keh3.

sabar yang paling susah bilamana, bersangka baik dengan orang lain serta bersangka baik dengan tuhan. sabar menerima kemarahan dan layanan burok org lain dan sabar untuk membalas kejahatan yang dilemparkan sepertinya dengan menggantikannya dengan kebaikan.

btw entry kali nieh xsepatutnya bercakap  pasal sabar. benda lain hendak ditulis sabar juga yang keluar.

owh ya, malam nieh daftar subjek lagi untuk semester depan. tak boleh cakap lagi ope registratio itu babi. nanti internet meragam samapi suboh depan pown belom tentu settle lagi. blog aku nieh ada readers ke sekarang? eh kalau korang2 yg baca nieh, tolong2lah ya bantu aku daftarkan subjek. tak larat dah eh nk sengkang mata sampai pagi loading refresh website uni 1000x. eh stop la. eden lupa pukol 2 ada kelas. mahu tido kejap dan solat nanti. zzzzn

Mariah

aku ingat lagi. pernah sekali di dalam kelas english semasa di kmpp. lecturer english aku masa tuh berikan kami sekelas satu short story entitle, "Mariah" (sesuatu yang baru aku ingat kembali lepas google semula tadi).

She gave us time to read across the whole story during the whole period of class and everybody were quiet a while. Before she end up the class, she ask us our opinion regarding the issue or the idea of the story. Aku tak ingat lagi apa satu persoalan yang lecturer aku bawakan masa tuh. Apa yang pasti, aku bersama dua lagi sahabat aku yang duduk di barisan meja paling hadapan sepertinya mengangguk dan mengangkat tangan dengan kenyataan yang dinyatakan. Sehinggalah kelas berakhir dan masing-masing mula melangkah keluar dari ruangan masing-masing, barulah aku tahu bahawasanya baki rakan-rakan lain di belakang hanya berdiam. rata-rata kaku tanpa respon dan selebihnya menggeleng dan tidak bersetuju dengan kenyataan lecturer aku. 

Kenapa?? itu persoalan yang aku lontarkan. Maka salah seorang daripada mereka bilang, kita tak baik setuju dengan statement lecturer aku. Perkahwinan lebih dari satu itu dibolehkan dalam Islam. Tidak bersetuju dengan apa yang iman itu lakukan dan rationality tindakannya samalah seperti menyalahkan atau membangkang apa yang dibolehkan Islam. Ayatnya bukanlah seperti ini, tetapi yang pasti pendirian dan maksud yang disampaikan dia begitu. Dan aku tatkala itu, hanya mampu berdiam.

Apa yang pasti, andaikata lecturer aku mengangkat lagi persoalan yang sama, aku kira setelah bertahun berlalu, aku masih lagi figura yang sama. yang akan berada di hadapan dan mengangkat tangan dengan tingginya. Dan untuk kali ini, mungkin aku pula perlu bersuara dan kalian pula diam sepertinya aku dahulu.

Bertahun berlalu, penulisannya masih membuat aku menangis. 

Student life

1. i got 42 over 100 for my technopreneurship test. i hate business. the theoretical part gila babi lagi benci.

2. its happen again. salah tekan function "coth" guna calculator. it is supposed to be 1/hyp tan, but i straightaway using the hyp tan. last time i lost marks in that way too. salah tekan exponential. it supposed to be in this way: SHIFT ln (ANS) OR ALPHA ln ^ (ANS). This e is totally different with this e.

3. Actually i dont mind about the gred and test marks as the most importance one is still the knowledge itself.

4. Eh wait. Actually it is because i do mind it a lot then when i start to ramble on them in this crap of space. Just like how the facebookers posting a status like, " Ko ingat ko fitnah aku korek hidung dalam kelas english aku kisahlah?. Aku tak heran la weih. Kisah pown tak". Walhal dia sedang menunjukkan pada dunia betapa dia sebenarnya kisah bila terangkat bontot dan membebel gitu. Kah3x.

5. And one more thing, aku bukan salah tekan function di kalkulator tuh. Aku sebenarnya memang tak tahu macam mana nak tekan function tuh. Lepas habis paper baru tahu. Dalam exam mana boleh jerit tanya kawan sebelah ye dok?

geram

entry ini bukan untuk korang faham.

Semester nieh aku sangat bermasalah dengan integrated project aku. A grouping work. Masih ingat dulu aku pernah gtau aku perlu design fixed bed reactor dan separator for the production of 30000 Mtons/yr 2-ethylhexyl laureate?

Benda jadi bermasalah bila setiap orang dalam group bergerak sendiri ikut kepala masing2. Termasuklah aku. Bukan aku bersifat racist, but its obvious. Bermula dari meeting pertama, entah mana pucuk pangkalnya, aku dan 2 lagi kawan (melayu) disuruh buat literature review(background) while the other 2 members (chinese) ikut suka hati diorang je tetapkan diorang mahu buat material dan energy balances. Ini memang celaka. Kenapa? Thats the basic of reactor and separator design. Selalu kalau kita tak tahu part mass and energy balance nieh memang kita akan menghadapi sedikit sebanyak kesukaran untuk task2 seterusnya. Benda yang lebih celaka bilamana bila kita suruh ajar, diorang cakap diorang tak tahu. Value yang entah datang dari mana2 journal diorang sapu pown aku tak tahu. Apa kejadahnya kalau dah buat tapi tak tahu?

Setiap task perlu submit ikut tempoh waktu tertentu. Sekarang kitorang berada diminggu dimana kitorang dah perlu submit task 3, which is reactor sizing considering the effect of diffusion and side reaction. Ok itu satu. masalahnya task 2, which is reactor sizing tht only considering the mass and energy balance tuh, she is doing that with polymath. she gave me the softcopy. but as i told u, i dont know where's the certain value came out so macam mana aku nk study sendiri? 

and today i ask her about "our" integrated project. what is actually happening. tahu dia cakap apa? dia cakap kita punya semua salah. kena buat dari mula. i ask dr chin, and she allowed us to extend and submit all the task 1,2 n 3 by this friday. so we need to start again the calculation from mass balance. 

ok that gonna be fine for me. aku bilang dia, u buat sorang ke? lepas nieh buat sama2 la. kita buat sekali dari mula. she said ok, tonite kita meeting.

and this maghrib, she sent me an email, consist of a blurr picture. A modified diagram of reactor n evaporator drawn by a blunt pencil as well as a modified value (perhaps value dia sendiri) yang mana semuanya jauh dari value journal asal yang kitorang guna as references. dalam email dia bilang dia penat, xnak buang masa buat discussion n ask us untuk study sendiri... by her value. ini memang bikin gua panas.

ok. its nice kalau aku pergi ambil wudhu dan mulakan slow2 dengan mass and energy balance dulu malam nieh. im not going to be racist. but still, its obvious that chinese never trust their malay friends. they would either prefer to ask their friends from other groups instead of asking us. hey.. ingat aku bodoh sangat?? 

Need some rest

i was here last 2 weeks. guess where? 

"Dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya
dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. 
Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka
mengapakan mereka tiada juga beriman?"

Al-anbiya, ayat 30


bola

never thought that watching football was so great. ya aku gembira. dan lama juga aku tiada punya perasaan gementar bercampur gembira itu. such a great mixture of feelings.

it just that.
bilakah agaknya kedua-dua negara ini mampu bersatu?
sesuatu yang kukira mustahil diperolehi hanya dengan sebiji bola.

S.a.b.a.r

Aku rasa aku mula mengerti kenapa tuhan jadikan aku kurang cantik apatah lagi menawan serta punya warna kulit yang gelap dan kusam. Figura yang cukup berbeza berbanding ahli keluarga lainnya.

Kerana tuhan itu,
mahu mengajar aku erti sabar sebenarnya.

p/s: Tak baik mendiskriminasi. Di syurga kelak, manusia semua sama tinggi, bentuk dan warna kulitnya. Dan mereka yang banyak bersyukur, serta banyak bersabar, diangkat darjatnya disana.

kecil2 dulu mereka bilang aku keling botol. bila besar mereka bilang aku sepertinya mamak. si ibu juga pernah bilang diri ini keling. si ayah yang melabelkan aku sebagai si gadis yang kurang dari segi rupanya. si sahabat tanpa nama yang melabelkan si mangsa kebakaran di dinding loker. Juga si dia yang pernah menjadi kesayangan suatu ketika dengan ungkapan hodohnya aku.

kecil hati. menangis sendiri. betapa aku cuba belajar bersabar sebenarnya. syukurlah tuhan masih sayang. masih mahu menguji dengan hikmah kesabaran.

Nama Saya Rain (tiada kaitan)

Malam nieh aku plan untuk siapkan sepenuhnya literature review aku. Dalam kelas Proposal Writing semalam, aku belajar paraphrasing juga references punya format which is APA style and IEEE.

Ada sesuatu yang lain yang aku belajar dari kelas nieh actually.

Sebelum itu, aku mahu tunjukkan korang contoh cara kita menulis rujukan dalam format APA style dan IEEE.

Author: As Eleyana Ali
Date of publication: 2011
Title of publication: Cara-cara memerah susu kambing
Place of publication: Kuantan
Publisher: UMP

1. APA style
    Ali, A.E. (2011). Cara-cara memerah susu kambing. Kuantan : UMP.

2. IEEE
    A.E. Ali, Cara-cara memerah susu kambing, UMP, Kuantan, 2011.

Kalau diperhatikan, apa yang berbeza antara kedua-dua format ini hanyalah susunan. Contoh, kalau IEEE tahun mesti di belakang dan surname didahulukan dengan nama kita sebelum nama keluarga.

Eh kejap-kejap!!
Bukan ini yang aku nak sampaikan sebenarnya.

Tapi ini:

Nama:
Baihaty Imani Nani Gulati binti  Amirul Kamil Aiman Manan

Maka penulisan reference mengikut APA style begini:
Amirul K.A.M, B.I.N.G. (2011). Cara-cara memerah susu kambing. Kuantan : UMP

Sekarang, why not try check nama anak korang beserta nama korang nanti, bila di referencekan apa jadiknya?? Kih3x

Kesimpulan:
Jangan letak nama anak panjang-panjang. Pada yang lelaki, dari dalam perut lagi, tolong jerit dekat mak, jangan letak nama panjang2. Menyusahkan.

Oh ya, untuk latihan kalian malam ini, apa kata korang cuba tulis reference dalam format APA style guna nama mamat nieh.

Picture's sources

Captain Fantastic Faster Than Superman Spiderman Batman Wolverine The Hulk And The Flash Combined

dikatakan remaja dengan nama terpanjang di dunia. Paying US 20 just to change his name from George Garrat. Nenek dia punya bengang sampai takmau bercakap dengan si Spiderman Batman WOlverine nieh. Kih3x..

Postpone Entry- Eid Adh 2011

with my sister in law n my maksu with both my little niece.
paddy fields behind.

my grany's hometown of course. nice nice nice

beside my granny's house


tuju tin on hari raya day


with their baju melayu at parit watching their friends playing netball and swimming

exactly in front of my granny's house


kanan kakak, kiri adik. i guess so. sis in law with mom

Postpone Entry 2- It's Penang!!






































4.44am. Dan literature review aku masih di tahap 2/5 selesainya. Tak apalah As.

Belajar

Kadang-kadang, bila semangat study tuh datang, ada je kekangan lain yang menghalang. Contoh malam nieh, semangat nak mampos siapkan literature review untuk proposal writing, skalik ada meeting minggu inovasi pulak untuk update kerja. ikutkan hati malas deh nak join apa-apa. tapi ikutkan logik akal, takkan nanti nak minta kerja hantar resume kosong tanpa certificate apa-apa. macam celaka je bunyinya. eh, ada tak orang mintak kerja bawa sijil panjat gunung??

Sekarang perasaan belajar tuh tak sama macam dulu. Dulu bila belajar, tertido dalam kelas pun cikgu datang tepuk-tepuk bahu. habis sangat ketuk meja kasik bangun terkejut sampai hilang terus mengantoknya. 

Tapi, seingat aku dulu, ada dua kelas dekat Jenan yang aku tertunggu-tunggu. Kedua-dua kelas nieh biasanya kelas untuk bersuka ria. Satu kelas muzik. Dalam kelas muzik, komu semua menyanyi je kerjanya. Muzik dekat jenan tak adanya main-main rekoder. muzik dekat jenan habis sangat do re mi fa so la ti do. tak pown dengar Cikgu Rostam main gitar sambil nyanyikan lagu burung Hud2 sama lagu rahsia pepohon cemara. Zaman nieh kalau nak dibandingkan budak seni dengan budak muzik, budak muzik memang macam heaven gila la. Almaklumlah kalau tengok budak seni, gila babi asyik lukis, warna, kolaj, buku skrab tampal-tampal je kejenya. hilang macho doh si lelaki tampal2 kertas warna pakai gam. kih3x..

Kelas kedua aku paling suka waktu aku upper form. Cikgu nieh mengajar aku Bahasa Melayu 2 tahun. Selama aku hidup, aku rasa dekat kelas dia je aku pernah ketawa sampai nangis dan geli tangan tak mampu menulis. Korang penah ketawa sampai kuar2 air mata? Kalau aku, memang selalu. Kelas aku banyak 'joker' juga aku kira. Dalam kelas nieh, cikgu nieh selalu cakap aku monorel (eh macam mana eja ha?) sebab kalau dia suruh baca teks, sudah jadi kelebihan aku untuk baca tanpa koma mahupun noktah. satu nafas dalam satu ayat itu biasa. Bila part menulis karangan je masing2 mula buat muka. Kih3x.. Aku terfikir untuk bercakap pasal nieh sebab aku terjumpa 2 gambar nieh. Sememeh je masing2 muka.


Dalam hal belajar nieh memang banyak cerita. Cerita satu muka tak cukup punya. Nanti aku sambung lagi. Off.

Rambling lagi

I hate Monday most of all.
Sunday as well.

Kebiasaan pulang ahad petang sampai ump 6pagi isnin. Bas pukul 6, pukul 12tengah hari baru sibuk basuh baju dan cadar seminggu lepas yang dibawa pulang. Buku unit op yang tersimpan rapi juga hari ini baru rasa mahu keluarkan. Aish..

Ayah aku dah mintak resume sama surat kebenaran latihan industri. Aku bilang aku mahu mohon sendiri dan uruskan sendiri. Dia bilang tak payah urus-urus sendiri. Kasi ayah taulah ayah buat. Yelah2 encik ali, kilang gula pun kilang gulalah. Orang manis memang kerjanya di tempat manis juga barangkali.

Last time waktu akak aku di Mina dimana keesokannya dia mahu ke Arafah, dia sempat chat sama aku. Dia tanya aku ada apa2 doa mahu dikirimkan? Aku kirimkan 3 permintaan dan doa sebenarnya. Permintaan terakhir berkaitan jodoh sebenarnya. Dimana aku meletakkan sesuatu nama di situ. Agak-agaknya lah, korang terkejut tak kalau aku kahwin awal? Kalau koranglah, macam mana? Kih3x..

Semalam ayah aku suruh belajar dengan konsep untung rugi, mentapkan public speaking, sambung master 2tahun, bekerja di petronas seperti anak paktam aku, ke arab 5,6 tahun kumpul duit, balik malaysia buka bisnes. %&^$#*&^$

Aku jawab tak mahu. Nak kahwin awal. He freeze a while then burst out his loud laugh. Damn its not funny. Au cakap graduate je terus nak kahwin. Dia cakap kahwin sebelum graduate pown boleh. (I guess with a rolling eyes). Cakap  encik ali dalam hal nieh memang tak boleh percayalah.

sometimes i do think, kenapa dia tak paksa je aku amik degree in business study instead of engineering klu in the end he is still takling about business. apa yang lebih penting, at this level of his hope, jadah bila tahunnya aku nak kahwin??

Bila tahunnya pak eden mahu kahwin. eden ini gatal. mahu kahwin awal. bapak perlu tahu itu deh.
I hate Monday most of all. Sunday as well. Selalu naik bas balik ump

Diorang lapar

Dengar roda beg manusia-manusia yang mula beransur pulang rasa puaka juga. Aras aku sunyi. Pukul 10malam macam 3pagi. Dengan lampu aras yang terpadam, suram lagi kelam, rasa macam hidup dalam alam bunian pula. 

Tiada manusia, maka boleh dikatakan tiada juga bahan sisa. kucing-kucing comel lote lagi montel mengiau merayau penuh kelaparan. 

Langkahan ke tandas terhenti dek 2 ekor kucing yang mengiau seksi berjalan membontoti dan berlegar di kaki. Aku dalam hati, "lapar barangkali..". tong sampah aku kuis-kuis 2,3x. kasihan sebenarnya sama mereka. 

hampa. 
tong sampah tiada sisa nasi seperti kebiasaannya dia.

aku menapak semula ke bilik diiring hebat sicomel kucing. "lapar kan? tunggu kejap ya, amik tam tam kasik kamu". loker aku buka. tam tam aku amik. sebenarnya hanya itu yang ada. fikir 2x tak kan kucing makan meggy mahupun milo sama teh juga nutella. biskut jajan lainnya suma sudah tiada.

buka sahaja pintu bilik kembali, si kecil kucing berlari terlompat-lompat ke dalam. "weh, janganlah masuk. janganlah masuk. nanti tak tau nak keluarkan". fikir balik rasa celaka juga bercakap dengan kucing. macamlah dia paham. (tapi aku percaya dia paham). si ibu menunggu setia di depan pintu walhal si anak tersipu-sipu malu berlari sana sini menyorokkan diri. ada hati nak masuk loker aku.

"nah amik nieh.."
tam tam aku sua 3biji

datang dekat hidu-hidu lalu undur ke belakang dan menyorok kembali. 


"tak suka ke? orang ada nieh je.. habis tuh nak makan apa? roti mahu ke?" again, bodoh benar eleyana ali ngomong sorang diri.

pintu aku buka kembali. si ibu bersegera mahu melangkah masuk tapi aku halangi dengan menghentak-hentakkan kaki. si kecil kucing aku meow kan 3,4 kali mengajak ke luar. (ya, eleyana ali tak pandai pegang kucing. pengecut)

tam tam masih aku offerkan lagi. pada si ibu pula kali ini. si ibu tak banyak bunyi. hidu 2,3 kali. ditundukkan kepala lantas dikunyahnya perlahan. maka duduklah aku bersila dihadapan pintu bersama keduanya. si kecil comel masih malu2 kucing (owh kamu memang kucing), walaupun pada dasarnya aku kira dia memang tiada suka sama itu tam tam. dan sekarang hanya si ibu yang melahap kerakusan.


wanie pulang. kubilang mereka lapar. wanie keluarkan keropok putih lantas dihancurkan menjadi cebisan kecil. diletakkan di atas kertas. dihidu. tetapi kembali memaksa diri menelan butiran tam tam. manakala si anak memandang malu-malu dengan perut kelaparan.


wanie yang waktu itu turut membawa pulang nasi air untuk dimakan, mengeluarkan bilis2 goreng untuk si kucing2. demand. ikan bilis makan pula. species korang nieh memang suka ikan kan. no wonder ikan di laut tak pernah surut. kalau korang boleh menyelam, laut sekadar tinggal sotong kurita barangkali. ikan bilis 7,8  ekor limited edition itu lesap dalam sekelip mata. mengiau. masih lapar aku pasti.


"jomlah as kita turun beli ikan bilis dekat makcik kasik dorang" bilang wanie.

5minit kemudian,

"makcik, nak beli ikan bilis sikit boleh?. kucing laparlah. kesian dorang takde makanan"
"boleh.boleh", lebih kurang gitu makcik bilang.
"tulang ayam nak tak tulang ayam? tanya makcik.
"kucing makan ke tulang ayam?", pertanyaan bodoh dari kami.
"eh kucing mesti makan punya", bilang makcik penjual nasi air sambil tangan mengambil 2,3ketul tulang ayam.


melangkah ke bilik, sepertinya si kucing-kucing itu sudah tiada. sunyi sepi. 
rupanya menunggu di alas kaki bilik hadapan, dilihatnya kami, lantas menerpa happy seolah tahu rezeki!! rezeki!!



eh malaslah nak taip lagi. mengantok. 

penutupnya, bilis goreng beserta tulang-tulang ayam 50sen itu habis ditelan si kucing2 montel kecomelen. sekarang depan pintu bilik kitorang 3,4 ekor kucing lain sama ha tumpang sekaki. apa citer??

Pukul 3 pagi. fifah tuangkan bilis baru.
2 ekor lagi sudah bermalasan kekenyangan

p/s: kalau aku ada sardin mesti aku tolong masakkan korang. sardin makan tak sardin?? kah3x