Mariah

aku ingat lagi. pernah sekali di dalam kelas english semasa di kmpp. lecturer english aku masa tuh berikan kami sekelas satu short story entitle, "Mariah" (sesuatu yang baru aku ingat kembali lepas google semula tadi).

She gave us time to read across the whole story during the whole period of class and everybody were quiet a while. Before she end up the class, she ask us our opinion regarding the issue or the idea of the story. Aku tak ingat lagi apa satu persoalan yang lecturer aku bawakan masa tuh. Apa yang pasti, aku bersama dua lagi sahabat aku yang duduk di barisan meja paling hadapan sepertinya mengangguk dan mengangkat tangan dengan kenyataan yang dinyatakan. Sehinggalah kelas berakhir dan masing-masing mula melangkah keluar dari ruangan masing-masing, barulah aku tahu bahawasanya baki rakan-rakan lain di belakang hanya berdiam. rata-rata kaku tanpa respon dan selebihnya menggeleng dan tidak bersetuju dengan kenyataan lecturer aku. 

Kenapa?? itu persoalan yang aku lontarkan. Maka salah seorang daripada mereka bilang, kita tak baik setuju dengan statement lecturer aku. Perkahwinan lebih dari satu itu dibolehkan dalam Islam. Tidak bersetuju dengan apa yang iman itu lakukan dan rationality tindakannya samalah seperti menyalahkan atau membangkang apa yang dibolehkan Islam. Ayatnya bukanlah seperti ini, tetapi yang pasti pendirian dan maksud yang disampaikan dia begitu. Dan aku tatkala itu, hanya mampu berdiam.

Apa yang pasti, andaikata lecturer aku mengangkat lagi persoalan yang sama, aku kira setelah bertahun berlalu, aku masih lagi figura yang sama. yang akan berada di hadapan dan mengangkat tangan dengan tingginya. Dan untuk kali ini, mungkin aku pula perlu bersuara dan kalian pula diam sepertinya aku dahulu.

Bertahun berlalu, penulisannya masih membuat aku menangis. 

No comments:

Post a Comment