Internship 2

1. Aku diletakkan di bawah production department. Maka most of the time aku bersama proses engineer dan shift chief di control room. Supervisor aku tegas. Hari pertama daftar sudah dia ingatkan jangan selalu lepak office. Tapi hari selasa itu aku di office sepanjang hari. Dia cuma perhati. Rabu pagi aku ditegur proses engineer aku. Mechanical engineer yang duduk sebelah meja aku juga bilang selalulah naik plant. Disini kalau diam diorang tak layan. Nak ilmu kena selalu tanya dan pandai-pandai cari. Naik plant, shift chief pula bilang, kalau diam macam nie mana boleh kerja kilang. Kena banyak cakap. Maka rabu itu, selepas puas ditegur sana sini, balik rumah petang itu, aku menangis. Kah3x.. Shame on you Yana..

Inilah plant tempat aku lepak hari-hari. Panjat saja tangga itu,
maka tempat pertama yang aku jumpa adalah control room. 

Ada 7 pc di control room. 1 bilik mesyuarat. Tandas yang tiadalah pernah aku guna.  (Salah satu sebab mengapa aku lepak office saja sebelum ini ialah sebab disini semua lelaki. Tiada perempuan melainkan satu-satunya proses engineer disini, Cik Nurul. Bila dia bercuti, maka hanya ada aku seorang. Can u imagine, puluhan lelaki dari foreman, operator dan shift chief, aku sajaperempuan terpacak disitu. lol). Di control room inilah aku paling banyak belajar. Secara asasnya, production house disini terbahagi kepada 3 proses utama. Clarification, boiling dan curing. Untuk minggu ini aku diajar prosess flow untuk clarification section melalui pc. Untuk clarification section contohnya, bermula dari raw sugar, ke remelter, masuk ke F1 tank untuk liming (penambahan Ca(OH)2), ke carbonator, rotary filter, sulphitation etc. Diorang ajar aku macam mana diorang ubah flowrate yang masuk ke carbonator melalui pc. Mereka explain on retention time, operating condition, temperature, pressure di situ berapa, why kena macam tuh, konsep pembakaran, crystallization, brix (concentration), kenapa kena tambah CO2 dan SO2, pH measurement dan sebagainya. Diorang juga tunjuk recording data dalam excel yang diorang sentiasa update setiap hari. untuk hari ini berapa, steam consuming berapa, pH juice dari carbonator untuk hari ini berapa, water consuming berapa etc. Pc nieh juga paparkan imej cctv di setiap section. Packaging, water treatment, clarification, 1S, curing, etc. Memandangkan plant mula shutdown untuk seminggu, dari cctv nieh pun dapat tengok operator operate, jirus air dan basuh equipment di setiap section.  



2. Tetapi ditegur itulah tanda mengambil berat. Khamis pagi masuk kilang dengan sangat berat hati sebenarnya. Masuk office, tinggalkan beg, ambil safety helmet dan terus naik ke control room. Seorang diri. Next 10 minutes supervisor aku juga naik ke control room. My supervisor, he is an assistant manager of the department actually. Sebelum nieh dia juga adalah shift chief. Secara asasnya, tugas seorang shift chief adalah memantau keseluruhan proses dan perkara yang berlaku di setiap section dalam proses. Mereka adalah rujukan foreman dan operator dalam banyak perkara. Setiap masalah semua dirujuk dan dalam pengetahuan shift chief nielah. Termasuklah kelulusan nak dapatkan cuti, excess duty dan sebagainya.

3. Selepas aku kena tegur tuh, banyak perubahan baik yang berlaku sebenarnya. Bila aku di control room, walaupun banyak masanya aku habiskan dengan baca report dan proses flow yang diberi supervisor aku, aku berpeluang jumpa dengan banyak watak. Operator, foreman, engineer, shift chief. One good thing is, mereka mula kenal aku. And the second thing is, aku mula belajar untuk berkawan, berbual dengan setiap dari mereka. And the last thing is, bila berbual, aku mula dapat ilmu. Khamis, jumaat, sabtu, adalah hari yang paling banyak aku belajar minggu itu. Teguran itu membawa kebaikan aku kira. 

Ini adalah gambaran proses flow keseluruhan dalam pemprosesan gula.  Memandangkan sekarang gula sudah  tak dihasilkan dari juice tebu, pemprosesan bermula dari raw sugar yang diimport dari australia, brazil dan thailand. maka sebahagian dari equipment tuh dah tak digunakan lagi. milling section (kawasan dimana diorang extract juice dari tebu) sendiri sudah ditutup. Kata shift chief tuh, rugi jugalah aku tak dapat tengok macam mana section tuh beroperasi. Sekadar dapat tengok jelah diffuser, cutter, roller mills. Cik Azmeerul did explain the whole proses and lthe parameter and condition at each equipment berdasarkan board nieh. Maka secara asasnya, inilah yang aku paling banyak belajar sepanjang minggu ini. Baik dari report yang SV aku bagi, mahupun tengok traceline dari pc dan board nieh.

Banyak juga waktu aku akan ikut Kak Nurul, proses engineer kat department aku jalan-jalan pusing site dan plant.  Ini sewaktu diorang refill kapur, CaOH2 masuk kedalam tank. kapur nieh dalam bentuk powder. so dari pipeline banyak2 dekat atas tuh la dia dihantar ke proses house untuk liming. selain kat sini, aku juga pergi ke inventory house, tempat semua barang-barang dibeli, unit keluar masuk. salah satu tugas proses engineer rupanya adalah order chemical, macam Ca(OH)2, etc. Kak nurul ada bawa ke packaging section juga. Gambar dalam plant nanti lain kali aku tunjuk.

Yang putih itu gula. Yang hitam itu pula karat. Dalam proses, juice akan lalu ikut macam-macam equipment dan piping yang mana karat-karat dari piping tuh boleh masuk dalam proses. Karat nieh ditarik oleh bar panjang besar bermagnet mcm conveyor tuh sebelum masuk ke dalam bin untuk packaging.

4. Banyak watak baru yang hadir disekeliling aku. cik Osman, cik Asmawy, cik azimie, cik halim, cik rosli, mr Yeoh, cik azmerul, cik faizal, kak nurul, miza, kak uma, kak erin, kak syikin, sue, anis. Semuanya watak di pejabat dan plant. Aku kenal ramai kawan baru dari unimap dan umt yang turut berpraktikal di admin, inventory dan power house. Makcik-makcik packaging yang terpaksa bekerja seperti aku di hari sabtu yang sama-sama lelapkan mata di surau, pakcik-pakcik keselamatan yang selalu aku borak tiap-tiap kali pulang dan banyak lagi. Aku juga dapat lihat sendiri equipment dalam pemprosesan yang selama nieh aku tahu dalam buku saja. Vacuum pan, evaporator, centrifugal, rotary mills, rotary evaporator, diffuser, filter press, oliver filter, pump, crystallizer, etc. Terlalu banyak vocabulary baru yang perlu aku fahami. Bagasses, Molasses, massecute, brix, refined and raw sugar, diluted liquor, fine liquor, carbonated liquor, 1S, 2S, 1SS, 3S, 4S, A sugar, B sugar, C sugar etc.

5. Maka untuk seminggu ini, aku berpuas hati dengan apa yang aku pelajari. Walaupun aku bencikan  kebosanan, aku tahu aku orang yang takut pada perubahan. Teringat satu phrases dari buku Who Moved My Cheese, kalaulah kita tak takut akan apa yang ada di depan, apa yang kita akan buat? Perkara paling besar aku belajar untuk minggu ini, ialah untuk menjadi orang yang berani dan berdikari. Dan aku belajar untuk bermasyarakat dengan orang-orang disekeliling aku dari pelbagai usia dan taraf kerja. Aku kena berani bersuara untuk mencari ilmu. Aku kena sendiri berusaha dan bertanya untuk fahami. 

Internship 1

Supposed hari ini daftar internship.
Pukul 8.
Celakanya bangun pukul 7.58.
Cepat-cepat gosok baju, mandi dan pergi.

Pejabat semua tutup dik hari ini.
Cuti Isra Mikraj semalam dia ganti hari ini.
Owh ye ke. Kalau tengok surat memang kena daftar hari ini.
Haha. Sebab ini nak comply dengan syarat universiti. Mula hari ini.
Tapi sebenarnya kita mula esok. Awak tak telefon dulu.
Ooo, salah saya la nieh. Hahaha. Gelak cover malu.

Dan ya, masuk kerja pukul 8 ke 9 ek?
Pukul 8 dik. Haha

Haha. Baiklah..

Semua 4 orang pakcik guard, makcik-makcik sapu sampah, dan Encik Badrul, pegawai keselamatan kilang yang turun ke post guard untuk review kes aku, aku dah kenal. Pagi-pagi sudah bikin kecoh. Malu. Kah3x.. Tapi diorang semua memang friendly. haha.

Sempat tengok diorang transport packaging gula 1kg banyak-banyak dari conveyor masuk ke lori. Kagum. Hahaha.
1. Rabu lepas, saya pinta pada tuhan, yang menjaga saya, dan memberi perlindungan dan rezeki kepada saya. Lapangkan dada saya. Cukupkan rezeki saya jangan sampai saya meminta-minta pada orang lain. Itu terkandung dalam doa almathurat yang saya selalu baca. Saya ingat lagi. Saya bukan minta kosong. Saya minta dengan bersungguh-sungguh. Lihat kepada pitis di dalam dompet, saya resah waktu itu. Tapi saya masih sangat percaya. Rezeki saya tuhan jagakan.

2. Selama saya hidup, tak pernah rasanya saya tiada mampu menjamah nasi walau suatu hari sekali kerana tiada wang. Saya masih ingat, di tahun 2 rasanya, saya pernah tinggal seringgit di dalam dompet. Maghrib itu, saya solat. Saya nangis. Saya cakap pada tuhan, saya lapar. Saya tiada langsung menjamah makanan. saya memang sangat lapar. Tapi siapa sangka, rezeki itu datang tanpa diduga dan entah dari mana-mana. Entah siapa-siapa yang ketukkan pintu, serahkan nasi berlauk kepada saya. Juga roomate saya. Nasi lebihan dari program katanya. Dan waktu itu saya masih dalam telekung. Lihat pada kasih-sayang tuhan itu, saya menangis lebih lagi malam itu. Tuhan benar-benar menjaga saya. Dan nasi pada malam itu, adalah nasi yang paling nikmat bagi saya.

Hari ini

1. Pergi pejabat KK3 untuk ambil kunci. Staf itu bilang tiada postage untuk hari ini. Hampa

2. Pergi JHEAA untuk dapatkan tandatangan unit Latihan industri untuk borang certificate of indemnity. Ketiga-tiga pegawai tiada katanya. (minggu lepas juga alasan yang sama). Diminta jumpa penyelaras unit industri fakulti sendiri, Dr Juwari. Hampa

3. Pergi ke fakulti dengan tujuan asal mahu berjumpa Dr Rizza untuk simulation yang masih belum selesai, gelap berkunci. Tiada. Hampa.

4. Ke bilik Dr Juwari untuk tujuan awal tadi. Tiada juga. Hampa lagi.

5. Terus ke KK4 untuk beli tiket balik Perlis jumaat ini. "Utama Ekspress 15 hb dia belum bukalah dik. Entah kenapa. 14 dan 16 adalah." 15 pagi masih ada paper. Hasrat hati mahu pulang 15 malam. Sekurang-kurangnya boleh berehat satu hari sebelum mula internship 18hb. "Tak apalah. Nanti saya datang lagi.". Hampa hampa dan hampa lagi.

6. Sewa kereta dari pukul 5 hingga 6 untuk cari maybank cash in. Sekitar gambang langsung tiada. Stesen minyak sepanjang jalan juga tiada. Hampa. Akhirnya jumpa maybank mini di Taman Tas. Waktu pulang kerja. Ramai macam celaka. Kejar waktu untuk pulang memandangkan ada penyewa lain pukul 6 nya. Entah kenapa Jalan Gambang-Kuantan ini, lane kanan pun 80km/h saja orang bawa. Kalau mahu, potong kirilah jawabnya. Suatu waktu aku tahu kereta dari belakang itu laju. Maka aku putarkan signal mahu ke kiri jalan dan memberi laluan. Salah pertimbangan mungkin, jarak yang aku wujudkan dengan kereta di kiri yang aku dahului mungkin terlalu singkat untuk kereta itu kekalkan keretanya pada kelajuan yang sama. Tapi aku kira jarak itu selamat saja sebenarnya. Bukanlah aku bodoh sangat untuk tiada memandang cermin hadapan dan sisi. Barangkali pakcik itu yang mengada. Maka di honnya manja. Tersengih-sengih ketawa pakcik bergaya dengan Swift putihnya. Pintas sahaja kereta di lane kanan tadi, aku ke kanan kembali. Dan Swift putih tadi, ikut sampai ke UMP. Dalam hati, ini memang celaka. Turun kereta terus bergerak ke cafeteria. Dan Swift putih tadi.., parking depan pintu utama. Pakcik itu keluar. Sambil sengih-sengih dia bilang, "Ish, lajunya bawa tadi, gerun pakcik", lebih kurang gitulah. Dan aku, "Maaf pakcik maaf, maaf", sambil sengih-sengih jugalah. Nak bilang apa lagi. Yang pasti, pakcik nieh psycho!! 

7. Takut juga sebenarnya. Entah kenapa dengan hari ini. Sigh.. Mahu tidur awal. Bangun dan belajar. Moga esok hari lebih baik dan bererti. Ya Allah, selesaikan dan permudahkan semua urusan saya esok hari.

Mahu pulang

1. Ada suatu waktu kita rasa kita cukup sunyi. Kita punya kisah silam yang tiada mampu kita berkongsi. Waktu itu manusia cuma tahu menghukumi. Sedangkan susah kita untuk keluar dari sudut kejahilan itu cukup berat, membutuhkan kesabaran yang hanya tuhan mampu mengerti.

2. Kita manusia, punya lidah dan nikmat suara untuk berbicara. Suatu waktu, berdiamlah lebih baik, andaikata kita punya sedikit kewarasan untuk mengerti kata-kata kita barangkali mengguris hati pihak yang mendengar. Bukankah mukmin yang baik adalah yang tidak menyakiti saudaranya dengan perkataan sendiri?

3. Kita takutkan mati, tipa kita masih dengan perkara-perkara keji. Kadang kita lupa. Kadang kita ingat tapi kita tidak kuat. Maka kita buat. Kita rasa jauh. Jauh dari pencipta. Kita rasa dunia sukar untuk kita. Sampai suatu waktu, kita hampir hilang waras, tuhan bisikkan kita. Dia sebenarnya dekat. Lebih dekat dari urat nadi sendiri. Sedangkan duduknya tinggi di Arasy sana. Tapi dekatnya dia seperti di dalam hati sendiri.

4. Suatu waktu kita mahu berbicara keburukan orang lain. Waktu itu kita lupa, kita sedang memburukkan diri sendiri di hadapan orang lain. Kita sedang memburukkan catatan Atid yang setia mencatat di sisi kiri. Barangkali kita lupa, tatkala kita mengeji orang lain, orang lain juga mengeji kita di belakang. Ini pesan untuk diri sendiri. Ini pesan untuk diri sendiri. Ini pesan untuk diri sendiri. Jangan selalu lupa. Takut di akhirat nanti dirobek-robek anjing neraka.

5. Minggu yang selalu beremosi entah kenapa. Mahu segera pulang. Cukuplah dulu semester ini..

Kurita

Aku sudahlah memang dungu bab online bank in ini. Aku tahu topup saja. Selain dari tuh jadah memang tak tahulah. Tengah sedap cuba belajar funds transfer dari akaun aku ke Maybank, sebab aku sama roomate beli baju online, lepas je aku masukkan tac number, tiba dia cakap aku dah buat transfer tuh. Bila aku cuba check baki akaun, keluar error. Kemudian keluar gambar sotong nieh.

Kalau ada sambal, dah lama aku cicah-cicah. Dulu rasa comel, sekarang rasa menyampah pula tengok kurita nieh. Budget comel la pakai helmet putih??

 
pukul 1 pagi woi, gua tengah buat kira-kira lagi.
rate of return, depreciation, tax, manufacturing cost, MARR, MACRS etc2. benci.
belum kira process control yang hampeh tak habis belajar lagi. bode diagram, frequancy analysis, transfer function, closed open loop jadah mender. gila cacat akal.

btw, esok gua paper, 9-12 pagi. petangnya 2.30-5.30 petang. tolonglah doakan. orang yang susun jadual nieh memang tak ada hati. benci!!

dah lembik macam sayur nieh..
isnin mula final. ada 2 papers. process engineering economics. process control instrumentation petangnya. chapter banyak belum cover. dan hari ini bangun dengan tekak yang sangat perit dan sakit, minum air masak banyak-banyak pun tiada mahu surut. rasa sangat sejuk. belajar 30 minit sambil berselimut. naik katil semula kemudiannya, selubung hingga ke dada dan bangun semula pukul 11 pagi. tekak dah kurang rasa perit tapi masih ada. rasa sejuk walhal terasa berpeluh dan cahaya matahari pun dah jengah depan muka. mandi, turun beli makan. nasi masih atas meja. tak ada selera. kepala rasa berat. dan rasa sejuk seperti mahu berselimut lagi.

hari ini merancang untuk habiskan banyak perkara. sepertinya perancangan tuhan berlainan dengan apa yang aku harapkan. ini, kalau telan panadol, boleh berkurang ke agaknya?

Keluar lagi

GMNK ajak wayang sekali lagi petang ini. Cerita Snow White pula katanya. Keluar pukul 3.30, pulang 8malam. Aku sudah hilang kira-kira 4 jam. 4 jam aku sudah boleh cover Manufacturing Cost dan Depreciation barangkali. Ataupun frequency analysis. Ataupun, entah.

Dan keberangkalian untuk pergi sekarang sudah melebihi 50%.

Walhal, Rabu lepas baru keluar dari pukul 5 petang hingga 5 pagi. Berjimba di East Cost Mall, ber"Ana Ikan Bakar Petai" di tanjung lumpur, ke ECM kembali bernight movie dengan Man in Black 3, beralih ke McD TC, makan dan bergosip sehingga 4 pagi. Ya Tuhan.. Kalau dalam sejarah memang itu paling lambant pernah aku pulang. Makin liar nieh.. Apapun outing itu adalah outing yang sangat gembira untuk aku. Mungkin kerana lama tiada peluang keluar dari kandang UMP, mungkin juga tatkala itu sudah terlalu penat dengan buku.

Dan Ya,
Pelawaan tadi, sudah aku persetujui. Keluar lagi petang nieh. Aku masih ada 2 jam untuk aku belajar sehingga supersaturated. Harapnya tak vaporize jelah nanti.

p/s: GMNK stand for GATAL MIANG NAK KAHWIN. 1 group secret di Facebook yang terdiri dari 12 ahli yang memang gatal miang nak kahwin tapi sekor-sekor belum ada calon lagi. Sabor jelah! Dan sekarang tak secretlah lagi. haha.
Kalau diperhatikan trend entry aku dari pertengahan April hingga ke penghujung Mei, hampir kesemuanya berunsurkan gambar berbanding penulisan. Lebih mudah. Dan cepat. Konon sibuk kalahkan Raja Sulaiman yang punya kerajaan besarlah kan.

Aku memang suka menulis. Keupayaan aku untuk menulis aku kira aku mula sedar semasa aku belajar di Jenan. Waktu di Tingkatan 1 (1 Elite- kelas yang sentiasa sapu bersih piala kebersihan dan keceriaan kelas tiap-tiap bulan), aku belajar Bahasa Melayu dengan Cikgu Asriah waktu tuh. Cikgu Asriah biasa mengajar upper form, tapi entah kenapa kelas aku masa tuh dia yang ajar. Dia penah puji cakap karangan aku bagus untuk pelajar yang baru tingkatan 1. Waktu di tingkatan 3, aku belajar Bahasa Melayu dengan Cikgu Mariani. Cikgu Mariani juga pernah puji karangan aku. Katanya penulisan aku matang. Hahaha. Aku rasa aku ingat lagi, Anam (budak paling bijak dalam batch), pernah ambil paper aku, godek-godek dan bilang, macam mana nak bagus dalam Bahasa Melayu ek. Sewaktu di Tingkatan 5, aku belajar Bahasa Inggeris dengan Madam Wina, dia juga pernah puji plot cerita yang aku tulis dalam salah satu esei waktu ujian walaupun grammer aku lintang pukang. Walhal kalau diingat kembali, ada certain phrases dalam esei tuh yang aku tulis dari quotes yang selalu jugalah aku tulis atas kertas conteng dan letak atas meja. Kira meniru cara beradablah. Kah3x..

Penulisan aku taklah terhad pada karangan semata. Aku masih suka menulis, walaupun karya itu bukan milik aku. Sewaktu upper form, student ada diberi

Dan satu nikmat yang tuhan pernah beri, aku pernah punya tulisan yang cantik.