There are so much things in this world. She is the best one God gave me after my family. Aku tak boleh nak tengok pun dia tadi. Rasa dah hilang separuh dari diri. Hilang saja kereta dari pandangan mata, baru teresak-esak menangis. Till we meet again Siti. I'll keep your name in my Du'a.
sedih
Last outing
25 June 2013, Selasa.
Sungai Lembing, Pekan, Kuantan last outing with Wani, Siti, Fifa and Ada.
Lebih tepat lagi hari melawat muzium. lol.
Muzium Sungai Lembing revisited
Pekan, Pahang
gamelan
balairung inderapura (pengkisahan masyarakat orang asli)
wayang kulit
makyong
Teluk Cempedak last visit
Last Payyyper, last Papperr
Planning on a last one day trip with roommate and Siti today. Going to have a long long driving routes. Eagerly waiting for this. May God ease everything. Amin.
Edensor
Finally, its end. Spent few days already on this. The feeling is just great. Mungkin kerana hampir terlupa bila kali terakhir habiskan bacaan sebuah buku sebenarnya. Rasa macam mahu bermimpi. InsyaAllah, tak mampu keliling dunia, keliling Malaysia dan negara-negara Asia pun jadilah. Bertambah lagi satu impian besar sebelum tutup mata. Backpacking mengelilingi dunia! Kena cari husband yang punya minat dan impian yang sama, baru mampu terlaksana. =)
Bermimpilah, kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu.
Dia dambakan kehidupan dengan kemungkinan-kemungkinan yang bertentangan antara satu sama lain. Seperti perlanggaran molekul-molekul uranium: meletup tak terduga, menyerap, mengikat, berganda, berkembang, terurai, dan berserakan ke arah yang tak terduga. (Andrea Hirata)
Pernah nampak hantu?
Tadi Suria post status di facebook that she felt something pull her from under her bed and apa yang dia boleh nampak waktu tuh cumalah tangan yang menarik kaki dia.
Aku suruh dia jenguk bawah katil, dan kasik salam. Bila dah jadi kawan, tak adalah lagi gangguan. Mungkin. Tapi aku pulak jadi takut dan tak boleh tidur. Haha. So aku suruh dia ambil wudhu, baca 3 qul, baca ayat kursi, dan doa tidur. Sepahkan katil dengan baju dan buku jangan bagi ada ruang untuk dia tumpang tido skalik (aku sampai sekarang buat macam nieh especially dekat rumah). Kah3x.
Korang pernah nampak hantu?
Aku pernah. Tapi bukan part muka dia. Kalau muka hantu dekat tv memang selalu aku nampak la. Kalau setakat figura hantu, 2x aku pernah nampak.
Pertama kali di Bendangman, Kedah. Rasanya time tuh camping PJK form 4 girl. Trip ngan cikgu Pie', Sir Jasmy ngan pakcik pemandu bas yang ada anak lelaki handsome. Camp base kitorg betul-betul tepi sungai. Khemah aku pun mengadap ke sungai dan ampaian mengadap ke hutan. That time dah lewat malam juga, dan seingat aku, aku dan budak khemah aku tengah berdiri berborak dekat luar sebelum masuk khemah. Kebetulan aku yang mengadap ke bahagian ampaian ke arah hutan nampaklah figura putih yang melayang seolah kain yang sangat ringan. Tapi bukan kain. Macam cahaya pun ya jugak. Macam kertas, eh tak taulah nak describe. Yang pasti itu bukan lampu putih dari stadium bola sepak. Itu kain lembaga bercahaya, puihhh! Tak taulah nak describe. "Korang, As rasa As nampak somethinglah". "Eh As, jangan cakap macam tuh", kata Asiah. haha. Tapi aku sedap juga tidur malam tuh. Letih kot. lol.
Kali kedua waktu balik dari latihan wind orchestra. Menjelang competition day, latihan selalunya habis pukul 12 malam. Dan rules dkt astries, solat mesti dekat surau. That time aku dan Haha saing ke surau. Sebelum sampai toilet surau, dari depan dorm Pendeta aku nampak perempuan baju putih besar di antara toilet dan surau yang berdiri pandang kitorg sambil main rambut dia. Then perempuan tuh hilang ke arah belakang toilet (paip tempat ambil wudhu). Aku cuak sebenarnya, tapi tengok Haha maintain aku pura-pura berani juga. Keh3x. So sampai je dekat surau, kitorg letaklah telekung kitorang dekat tepi tangga, dan pergilah ke tempat paip belakang toilet tuh. Toilet dan surau astries mengadap hutan ya. =) Dan apa yang pasti, dekat belakang toilet tuh, perempuan tadi tuh tak ada. Mesti korang expect ada kan, baru suspen cerita. Haha. Tak ada pun. Maka yang kitorg nampak tadi haruslah benda lain. Dan Haha secara tiba2 berpusing balik ke tangga dan bilang dia mahu ambil wudhu di kolam astries sahaja. Gua yang faham turut ikut berjalan. Ambil telekung, berjalan beberapa langkah, terus dua orang kitorang berlari melalak macam orang gila. Punya ketat syarat dekat astries, takut bukan main, tapi ambil wudhu, pergi juga solat dekat surau berdua. Dan Isya itu adalah Isya yang paling kuat bacaan imam gua dan paling benderang cahaya lampu suraunya. Haha.
Itu jelah pengalaman aku. Pernah nampak 2x. Dan pernah ganggu sekali. Gangguan tuh waktu cuti raya cina rasanya. Aku, Shiela, Bella, dan adalah few peoples lagi tak balik rasanya. Disebabkan yang tak balik terlalu sikit, semuanya diminta pindah ke dorm aku, Andeka. Dekat Andeka, semuanya diminta tidur disebelah bahagian kanan sahaja. Memandangkan katil aku disebelah bahagian kiri, dan taklah terlalu jauh dari diorang, aku stay tidur sorg2 dekat katil aku. So that night, aku ada pinjam novel dari Rin, tak ingat apa tajuknya. Muka depannya suram ada gambar perahu. About 2.30am juga rasanya baru aku stop. Orang lain dah lama tidur. Novel tuh aku letak betul-betul di tepi kepala/bantal aku. And the next morning bila aku bangun, guess what? Novel tuh tergantung atas kepala aku. Celaka betul! Aku katil bawah. Ada satu besi melintang yang mana aku selalu selit kertas or notes. Dan biasanya kalau aku nak selit, aku perlu tolak papan katil atas dengan kaki, baru aku dapat selit kertas yang nipis tuh. Tapi novel tuh terselit dekat situ with 10 pages ++, sesuatu yang mustahil berlaku. And i ask everyone okeih, siapa yang buat loyar buruk dengan aku, yang pastinya tak ada siapa pun mengaku. Sampai sekarang aku tak suka baca novel cinta!
Yasmin, Shiela dan aku time cuti raya cina (mungkinlah) 2005
Orang bulat. Inipun hantu juga. Dekat surau astries selalu ada. lol. Bila dah besar, Alhamdulillah, tak pernah lagi nampak benda-benda macam tuh. Kena tindih pun jarang. Mimpi buruk-buruk pun susah berlaku. Korang pernah nampak hantu??
B.E.R.S.I.H
hari yang suku produktif. dah bersihkan 3/4 folder-folder yang penuh dengan documents words, excel, pdf segala. buang semua yang tak perlu dan zipkan documents selainnya. terpaksa delete beberapa drama dan movie untuk save up space dalam external hardisc, peliknya available space masih sama. lepas google, baru tahu puncanya. so permanently delete segala sampah dalam recycle bin, and so surprised the available space goes up from 300mb something up to 30gb something. woaha!!
cuci laptop dengan pencuci yang siti bagi (dah lama baru teringat nak buat. haha. nanti i pulangkan ya). bersihkan desktop dari segala sampah. tukar wallpaper baru (perkara yang paling jarang aku buat tak seperti blog layout aku). so after all the clean up, masih ada kira-kira 50gb lebih space. tengah gigih download Initial D untuk abang aku dan Gintama untuk diri sendiri. Fairy tale adik aku pesan macam dah tak sempat je lagi. Semua orang dah balik rumah. Ada kawan yang dah dapat kerja pun. Dan aku dekat sini lagi, tunggu paper 24hb nanti. Lambatnya!!
Baju
Kalau dihimpunkan baju kurung di dalam gobok aku disini, juga di rumah, sungguh aku mampu bertukar baju setiap hari selama sebulan tanpa mengulang pakai baju yang sama. Sedih pula. Tiba-tiba. Entahlah kenapa. Rasa macam bazirkan nikmat tuhan pada sesuatu yang tak sepatutnya.
Saidina Umar, punya berbelas tampalan dengan kulit kayu dibajunya. Shima cakap, baju banyak-banyak kalau tak dipakai, nanti baju tuh menangis. =(
The end of Plant Design
Final presentation - 29 Mei 2013 (Rabu)
Full report dateline - 12 June 2013 (Selasa)
Gedik nak update sebab semua orang update. Walaupun dah outdated. LOL
It is approximately a 350 pages report of 1 year commitments. It is tougher than PSM individual thesis i believe. Of that reasons la kot facebook, wechat moments, blogs are all about bubye Plant Design. =)
Plant Design teach me a lot of things. How to works in groups, to deal with the supervisor, to tackle the panel, to find and appreciate knowledge, to believe with group partners, to overcome stress, to be patience when people taking credits of our works or when the works are not acknowledged or when people bluntly accused us on the failures and mistakes, to never takes thing for granted, to learn to satisfy others, to fight with our own stand which we believe we are right even though we are the minority, to learn to admit, accept and learn from mistakes, to appreciate, and to believe in Allah. To be truth, the list will never stop here if i keep on listing it.
To my group members, Zila, Aishah, Muhsin and Senyum, i enjoyed working with you guys. For all the ups and downs throughout the whole year, and to withstand with Dr Said working style. The appreciation goes to my supervisor Dr. Ir Said Nurdin and all the lecturers and friends as well. Thank you so much. Dah macam buat acknowledgement dalam report. Kah3x. =)
Production of 230,000 MTA Propylene Oxide
During presentation with Senyum, Muhsin and Aishah
With panels Dr Ruzinah, PM Dalour and Mr Idris Shukri (Industrial panel)
With Siti Faiznur yang selalu gua tanya progress PD group dia.
Kalau group dia belum buat, gua relax. Kalau sudah, gua gelabah.
With Ziela and Shima yang selalu gua menyemak dekat bilik diorang
and telefon tanya PD time cuti diorang. Terima kasih untuk segala ilmu. =)
Random picture after the presentation
Another random picture of BKB's students after the presentation
(The picture does not represents the exact numbers of BKB's students)
After PD presentation, there is no more big event that going on unless for this coming Environmental Engineering final paper on 24 June. Last 2 weeks I did went for OGA '13 at KLCC. Then having an outing with GMNK. And today I did finish with packing already. Lambatnya nak tunggu last paper dan balik rumah. Hahaha.
GMNK Last Outing
Sabtu lepas adalah outing terakhir bersama GMNK. Tatkala keluar dari kereta Paeh pukul 3.30 pagi rasa biasa-biasa saja. Perasaan mengantuk yang menguasai. Paginya tatkala bangun tidur baru mula terasa sebak. 4 tahun rasa terlalu sekejap.
So, that last outing, we guys cuma makan besar di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur. 10 persons with total of RM287. Mahal. Haha. Then ke Megamall for movie sebelum berakhir di Pantai Teluk Cempedak for chitchat time.
The gorgeous
The handsome
The awesome!
The funniest movie ever. Seriously. Guys please watch! Please!
Sangat-sangat kelakar. Movie paling kelakar dan best pernah aku tengok.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























