Rasa seperti mahu membaca. Ada cadangan buku apa?
And yes. Please not journals or any engineering related books. At least for this weekend.
Esok mahu turun kuantan tengok wayang, makan-makan, sama tengok sambutan Christmas. Ada masa terluang boleh cari buku.
Comes to think of it, dah 21tahun hidup macam rugi sangat. Almaklumlah bila besar, minat aku pada membaca sedikit sebanyak mula hilang. Zaman kecil-kecil dulu, aku memang suka membaca. Masa umur aku 5,6 tahun hinggalah darjah 3,4 gitu, kawasan rumah aku ada perpustakaan bergerak. Jalan kaki 2,3 orang redah pagar yang banyak monyet semata-mata mahu pinjam 2 buah buku. Pakcik perpustakaan bergerak tuh pulak sorang gemuk sorang kurus. Yang gemuk bawa bas yang kurus kasi kad dan cop buku. Kalau abang aku, esan pinjam novel cinta tebal-tebal atau novel triller awang murshed, adiknya pula pinjam buku cerita kanak-kanak hingusan tak terkecuali buku bersifat sains sosial dan sejarah. Pernah seingat aku, aku pinjam buku tajuknya Debu Hiroshima karya Othman Puteh yang mana aku khatam sampai muka surat terakhir. Tapi kalau tanya sekarang sepatah hapak pun aku lupa. Seingat aku covernya warna putih tapi google tadi tak adalah pula jumpa yang warna putih. Jangan sangka budak yang masih berhingus lagi sememeh tak tahu baca buku sejarah. Kah3x..
Zaman sekolah rendah hidup aku lebih berkisar pada zaman aku dengan esan la kiranya. Seingat aku, dia nieh suka baca Asuh. Ala yang ada gambar setan kurus warna merah dan setan biru perut boroi tuh. Dia nieh jugak pengumpul tegar buku-buku siri penyiasatan. 3 penyiasat, 5 penyiasat, 7 penyiasat, 3 sekawan bagai. Misteri gua ini itu. Aku rasa budak-budak yang membesar zaman nieh memang akan jumpa buku siri-siri penyiasat kertas kuning coklat kitar semula nieh. Zaman nieh aku pula sibuk kumpul majalah Ana Muslim. Entah sekarang wujud lagi ke tak aku tak pasti. Dan masa tuh kawan aku Shira suka buku KAWAN. Maka dari situ aku juga sibuk kumpul buku KAWAN. Sekali sekala beli buku ALONG juga. Almaklumlah zaman nieh mana jumpa majalah Bintang Kecil tengok budak-budak seusia pakai make up bercelak segala. Kalau dekat sekolah time vendor buku datang, mesti dia kasi kertas borang kecil dengan senarai buku dan harga. Bawa pulang dan tanda buku mana kita mahu, minta duit sama ayah dan esok datang kasi borang, bayar dan dapat buku. Memang bijak vendor-vendor buku nieh. Huh!!
Masuk jenan, kesukaan aku pada membaca sangat berkurang. Zaman nieh kalau Subaili dan Shiela ulang alik library pinjam novel Sidney Sheldon, Farah dan Noeliy dengan buku tebal Harry Potter, Eleyana Ali pula aku kira hanyalah suka baca intisari rancangan di surat khabar. Ya itu benar. Seingat aku pernah Madam Zaleha yang mengajar aku Sejarah bertanya di dalam kelas, kalau buka paper, apa benda pertama yang dibaca. Maka intisari rancangan yang aku bilang. Dan dia ketawa. Bongok gila As. Zaman sekolah menengah kesukaan membaca aku pada bahan bacaan ilmiah sangatlah kurang. Bacaan sejarah juga aku tak suka. Baca skor muzik itu banyak. Seingat aku, aku ambil PMR tanpa pernah baca langsung komsas sejarah Kapten Hassan Wira Bangsa. Tambah-tambah time tuh Sorem yang ajar. Kaji kulit buku saja yang aku ingat. Oh dan ya formulanya juga. (ASUSASEK-amat sungguh sangat + sekali) dan (harimau boleh terbang tapi tak dapat terbang). Ok back to track. Tapi nak kata tak suka langsung tak adalah. sebab di Jenan jugalah aku kenal Ridest Digest, aku kenal New Straits Times, aku kenal Chicken Soup dan buku-buku Enid Blyton. Tak lupa The Phantom of The Opera dan Dr Jeckyl and Mr Hyde. Kah3x.. Jangan main-main. Kedua-dua buku tuh aku berjaya baca hingga habis. Kalau outing pergi Jitra mahupun YAWATA, kebiasaan aku akan beli majalah REMAJA dan Shiela akan cari KREKO. Maka boleh dikatakan tempoh zaman ini bacaan aku hanya terhad pada semua yang aku sebutkan tadi.
Habis SPM hampeh. Memang dah tak pernah membaca langsung. Zaman matrik juga. Aku langsung tak membaca. Tahun pertama dan kedua di UMP juga begitu. Things goes on that way sehinggalah aku break up. Aku paksa diri aku membaca semula untuk isi ruang masa yang mana kadang2 kosong tak berisi supaya aku boleh lupa benda2 yang tak perlu. Alhamdulillah dalam tempoh setahun lebih nieh aku mula jumpa balik kesukaan lama yang aku tinggalkan. I spent less on topup and i spent more on nice meals and books. Aku mula kumpul balik bahan bacaan yang mana kebanyakannya berunsur keagamaan, travelog dan motivasi seperti Secangkir teh pengubat letih karya Hasrizal, apa ertinya saya menganut islam by fathi yakan, eat pray and love by elizabeth, the secret by rhonda byrne, who move my cheese by spencer johnson, tuesdays with morrie by mitch albom etc. Tak terkecuali buku-buku politik, biography, fizik. kesihatan dan sains sosial macam a brief history of time by stephan hawking, the doctor in the house by tun dr mahathir, teori2 darwinisme dan dunia islam mostly dari author yang memang aku suka Harun Yahya. Kebanyakan aku download free dari internet dalam bentuk pdf sebab aku tak mampu nak beli. Dari segi pelaburan, aku bukan lagi orang yang kedekut dalam hal nieh. Aku sudah mampu untuk laburkan puluhan ringgit tiap bulan. Juga berani melabur separuh k untuk ihya ulumuddin dan soal jawab wanita. Dalam tempoh nieh aku mula kenal beberapa novelis antaranya Paulo Coelho yang mana buku-bukunya sedikit sebanyak mula menjadi kegilaan untuk aku.
Cuma lately waktu yang aku peruntukkan untuk membaca dah kurang dan banyak masa yang aku terpaksa habiskan dengan membaca journal dan kitab-kitab kejuruteraan. Majalah pula aku lebih pada Solusi. Ebook origami juga banyak dalam simpanan. Nak tahu bila baru aku mula bersedia untuk fasa perkahwinan, kenalah tunggu sampai tahap dimana aku mula kumpul buku masakan dan resepi. Barangkali.
Cuma satu yang aku selalu pegang, nasihat dari seorang yang bolehlah dikatakan abang, baca tanpa fikir rugi. Tapi tak membaca lagi rugi. Kalau kita nak mencari tuhan, tak cukup dengan solat dan taubat. Kita kena membaca. Dari membaca kita kenal tuhan. Malah perkara pertama yang tuhan suruh ialah membaca. 6 rukun iman yang kita wajib pegang. hanya satu yang kita nampak iaitu kitab (Al-Quran). Beriman dengan Al-Quran bererti kita perlu baca, fahami tafsiran, berfikir dan amalkan apa yang perlu dan tinggalkan apa yang dilarang. Jadi, semahal mana pun buku yang kita baca, sehebat manapun pengarangnya, sediakan ruang dan peruntukkan masa setiap hari sekurangnya semuka untuk kita baca dan fahami kitab tuhan dan hadis nabi. Kerana itulah kitab terlengkap yang datangnya dari pengarang terhebat. Bacalah. Paksa kalau masih tiada minat. InsyaAllah setiap huruf dan molekul dakwat serta surat helaian kitab, tuhan cambahkan dengan pahala dan nikmat kefahaman. Tak rugi bukan??
wah..nama aku disebut..haha..x byk sgt novel sidney sheldon kat library..aku pun zaman malas nak membaca skang...housemate aku je tgh gila...berpuluh-puluh novel jeffrey archer dia baca...aku penah try skali..terambik yg ada politik,terus x minat...masa sekolah rendah dulu selalu beli KUNTUM..haha..aku x suka org yg datang jual buku cerita kat sekolah, sebab buku dia nipis-nipis..tapi beli jugak seatu, kancil dengan menatang apa aku x ingat...masa form 1-3, aku setia dgn gempak..mostly sebab cerita hantu ngan part tengah ada bhgian game..penuh rak kat rumah dgn gempak..x cukup tempat nak simpan...aku dah lupa dah nak rekomen buku apa..nanti kalu igt aku bg..hahaha
ReplyDeletehaha. tp ada la jugak 5,6 buah aku rasa novel sidney sheldon dulu. tuh pown waktu upper form rasanya. novel jeffrey archer nieh genre apa ek. cinta ke or bunuh2 ke hape? aku rasa aku nak bljr baca novel english dari mana2 establish author yg dah ada bnyk buku in series la. nk improve english. haha. kuntum baca gak. haha. lama xdgr. ko ingat lagi ek buku apa yg ko beli dgn vendor buku tuh. nmpk sngt jrg beli buku dgn dia. mak ko xbising ke spent money dgn gempak gila bnyk? haha. ada buku best rekomen la aku. aku try cari nnt. as long as the issue n genre xseberat teori karl max bagai. susah nak hadam. haha.
ReplyDeletejeffrey archer byk genre..thriller ada...teori karl max xda kut..aku bca bumi cinta dulu byk ah karl max...dia x marah pun..mingguan wanita dia pun berlambak-lambak jugak..haha
ReplyDeletebumi cinta? novel melayu ke hape. xpenah dgr pown. sapa author dia? ya, mak aku pown bnyk mingguan wanita dan buku resepi. tapi xmasak2 gak. haha. dorg mmg suka.
ReplyDeletehahaha..sekali ada nama da..ada lg ka perpustakaan bergerak tu??
ReplyDeletenieh mesti esan. xtau weh. aku rasa xdak dah kot. bas tuh ada g kt library kangaq rasanya. tp xtau la dia mai kilang gula g ke x. hahaha.
ReplyDeletea'ah//novel melayu...org yg sama tulis ayat-ayat cinta..buku latest dia..thun lepas ke awl thn ni ntah publish..aku igtkan bumi cinta tu prncis, rupa-rupanya rusia..best cite dia..ada bom2 segala
ReplyDeleteavailable on9 tak weh. carikkan aku link. semestara ada baki sen lagi utk sem nieh. dah balik umah cuti mmg susah nk dpt buku. mcm best je. author dia pown mcm best. jap2. aku tak faham. apa yg perancis. apa yg rusia? bukan ayat2 cinta tuh pown dtgnya dari indonesia ka..
ReplyDeletehahaha...city of love ksn perancis..so,masa mula2 beli buku ni aku igtkan dia pnya setting kat perancis..rupa2nya rusia...
ReplyDeletehahaha..sp lg..aku rs x p dh kot klg gula.tp da bas bru yg dok jln lg..
ReplyDeleteaku penah tgk bas tuh kat library Kangaq. bhahaha.. zaman la xsangka ada g noh perpustakaan bergerak. woooha!
ReplyDelete