Sedikit perkongsian dari Lantunan Mahabbah Rasulillah UMP, 20 April 2013
Oleh: Habib Mahdi bin Abu Bakar, terjemahan Ustaz Uwais
1. Wahai Muaz, sesungguhnya aku sangat mencintaimu. Maka, setiap kali selesai solat, berdoalah pada Allah.
"Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu, dan memperbaiki ibadahku kepadaMu.
Habib Mahdi menggambarkan, apakah rasa dan perasaannya jika ungkapan Rasulullah itu adalah untuk kita. Untuk kita berada di tahap sehebat Muaz, ternyata harga yang kita perlu bayar juga tinggi nilainya. Pesan Habib Mahdi, hadirilah majlis yang mampu membawa kita untuk mengingati Rasulullah dan menambahkan kecintaan kita kepada baginda. Rasulullah selalu berjaga malam berdoa kepada Allah akan kesejahteraan kita. Jika dibandingkan segala cinta yang ada pada kita terhadap sesuatu yang sangat kita cintai pun tak akan pernah mencapai 1/10 dari cintanya Rasulullah kepada kita, umatnya.
2. Diceritakan kisah seorang pemuda yang pada suatu pertemuan bersama Rasulullah, berada di hujung safnya. Disoalnya pemuda itu kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, izinkan aku untuk berzina". Tatkala lainnya mula rasa marah, Rasulullah memanggil pemuda itu datang duduk dekat dengannya. Ditanya Rasulullah, apakah kamu suka kalau perkara ini berlaku kepada ibumu? "Tidak aku tidak redha" "Tiada manusia yang suka itu berlaku kepada ibu-ibu mereka". Diulang soalan sama untuk anak perempuan, saudara perempuan, dan ibu saudara perempuan dengan jawapan yang sama oleh pemuda tersebut. Dan Rasulullah meletakkan tangannya ke dada pemuda tersebut, lalu berdoa, "Ya Allah, ampunkanlah dosanya, terangkan hatinya, dan peliharalah kemaluannya. Dan pemuda itu, bukan sahaja terlalu benci kepada zina, malah tidak pernah lagi memikirkannya dari detik itu.
Habib Mahdi membawa satu lagi kisah yang berlaku diantara Saidina Umar dan seorang pemuda yang mengembala kambing milik tuannya. Umar cuba menguji pemuda tersebut dengan meminta sedikit susu dari kambing peliharaannya. "tidak boleh". "kenapa? bukankah tuanmu tiada?" "Benar. Tapi Allah dimana?"
Berdasarkan kisah-kisah yang dibawa, Habib Mahdi menekankan betapa pentingnya tarbiyah yang betul caranya. Kejayaan seseorang bergantung kepada tarbiyah yang ada pada diri, yakni tarbiyah Nabi Muhammad. Tarbiyah dengan menanam dalam diri takutkan Allah.
3. Seorang pemuda yang telah berperang bersama Rasullullah tatkala diberikan harta ghanimah, menolak. Tatkala ditanya Rasulullah, "Apakah yang kamu mahu?". Pemuda itu dengan jujurnya berkata, aku berjihad semata-mata kerana mahu anak panah musuh menerobos masuk ke kepalaku lalu ditempatkan aku kedalam syurga.
Adalah orang yang jujur dan benar dalam tutur katanya, Allah akan membenarkan jalannya. Tidak akan menjadi orang-orang yang benar selagimana kita tidak duduk bersama dengan orang yang benar.
4. Pesan Habib lagi, jadilah pemuda yang mampu memperjuangkan agama, ekonomi dan politik sepertimana hebatnya pemuda-pemuda di zaman Rasulullah yang membantu perjuangan baginda, membangunkan negara dan membuka wilayah-wilayah baru pada usia muda. Kerana diakhir nanti, akan ditanya Allah tentang usia kita. Kemana kita telah habiskan waktu muda kita? ='(






