ini entry yg ke100 semenjak aku kembali berblogging. Ya 100 termasuk yg aku sembunyi. So why not stop this shit kejap dan kasik ruang untuk hati dan ilmu menguasai diri. kalaupun bukan untuk diri sendiri sekurang-kurangnya untuk mereka di kampung sana. Way to go Eleyana Ali

Fitrah

Isu perempuan berfashion sakan aku kira isu yang masih hangat dibahaskan oleh kaum Adam. Entah apa yang mereka kecoh-kecohkan. 

To guys out there,

Let me tell u something..

Setiap permulaan kepada kebaikan dan pematuhan kepada perintah Allah SWT itu sebenarnya bermula dengan lelaki.

Agree??

Ok. Sekarang mari kita bukak kitab tuhan amanahkan, kitab Al-Quran.

Dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31 letaknya perintah tuhan untuk kita menjaga aurat dan pandangan. Dan permulaan ayat 30 itu bermula dengan pesanan terlebih dahulu untuk kaum korang, what so called guys, itupown kalau ada telur la nak mengaku lelaki.

Sebelum Allah pesan dekat perempuan, Allah pesan dekat korang dulu lelaki yang beriman tolong sekat pandangan korang dari tengok benda yang haram dan jaga kehormatan korang.

Kalau korang rasa otak korang power sangat tak lembap macam otak perempuan2 scarflets bagai tolong korang explain ckit kat aku apsal Allah terlebih dahulu ingatkan korang sebelum ingatkan kaum aku?

Sebab fitrah manusia itu tertarik kepada kecantikan. Keikhlasan at 1st place? Toksah menipu. G mampos la cepat2. irritate je dengar. Sedangkan Allah itu cantik dan sukakan kecantikan apatah g korang yang nafsunya 1 tapi besar akalnya pulak 9 tapi kecik. kah3x

Selepas ayat tuh baru Allah pesan perkara yang sama pada perempuan yang beriman, tutup dada dengan kerudung dan jangan perlihatkan perhiasan pada golongan2 tertentu secara detail.

As i told earlier fitrah manusia itu sukakan kecantikan. So may i summing up that guys fitrahnya suka memandang sesuatu yang menyedapkan pandangan dan cantik manakala girls majoritinya suka berhias sebab nak rasa cantik. Or bak kata korang girls actually berhias diri untuk dapatkan perhatian dari korang. Is it? 

So again may i said that fitrah perempuan suka berhias adalah untuk dapatkan perhatian dari korang? If that so, apa jadi kalau tiada perhatian yang korang berikan ya? Apakah perempuan itu masih lagi berhias?

Mungkin macam tayang filem X-men dekat wayang, power nak mampos pown cerita tapi kalau tak ada orang nak datang layan, tutup juga wayang tuh in the end.

Tak perlu la agaknya nak salahkan kaum hawa semata kalau saudara lelaki di rumah sendiri tak main peranan. Kalau tanggungjawab nieh korang jalankan dengan betol dari mulanya, mungkin sekarang korang tak perlu kecoh2 bagai dekat blog picisan korang. Kesian jugaklah tengok korang nieh. Pong pang pong pang perempuan gitu gini dosa la apa la in the end korang jugak yang sebenarnya memanipulasi dan mengeksploitasi maruah dan aib perempuan lain yang tak pernah pown kacau hidup korang hatta sedikit pown. Nampak terencat doh. Itu namanya mental retard ko tahu. Kah3x..

Pesanan untuk aku sendiri dan kaum2 aku kat luar sana, dalam berhias diri pown berpadalah. Tinggi nilai maruah hawa yang Allah angkatkan untuk kita. Tak rasa bersalah ke kalau kita sendiri pula yang merendahkannya?
Emm..

p/s: guys korang rasa perempuan cantik utk korang, seksi bagai nak tayang korang? kah3x.. perasan doh. 
girls lebih suka lihat girls yang cantik dari guys yang budget handsome. malah 9 tahun hostel life aku tahu 
girls itu jauh lebih seksi di bilik berbanding kat luar sana. Fitrah perempuan kan suka cantik dan seksi2.. 
Alalala.. tak kan tak tahu.. 

Bad mood

Let me tell u something,
I miss you and I hate that.

Gurauan ko kali nieh lgsg xkelakar malah menyakitkan hati.
Thanks

Happy 3rd anniversary


Ehem2, 
Lalink mau apa tahun ini lalink.. ok muntah!!


Pejam celik pejam celik dah almost 3 tahun aku kenal budak kecik nieh. 1st time aku jumpa budak nieh 4 Julai 2009, Sabtu, that time boleh dikatakan hari terakhir minggu induksi siswa la kiranya. Tengok dia berjalan sorang2 ke tempat bas, aku pown phewit2 la sikit kasik up itu saham. ok tipu. sebetulnya aku tegur dan soalan pertama aku kmpp ke? Dia cakap Ya.. Teror siot aku walhal sebenarnya dia pakai tshirt kmpp, dah tahu lagi aku mau tanya. Kih3x.. 

1st day kenal (4 July 2009)-
otw to khidmat komuniti MINDS 
Dalam bas kitorang duduk skalik, and even time dekat sana dia kena bersih rumah orang (dahla tuan rumah asyik jamu makan je, huh!) dan aku plak kena bersih kubur terbiar, ok fine kubur terbiar celah2 hutan sawit, nasib baik xde hantu, tapi bila time berkumpul je mesti kitorang duduk dan makan skalik. 

Dan hari tuh seingat aku, kitorang 2 la makhluk terakhir yang naik bas yang terakhir mungkin untuk balik ke UMP. That time kitorang lambat keluar dari masjid lepas solat Asar. Berlari2 tengah padang di lewat petang dimana burung2 berterbangan sambil pegang tangan dengan angin yang bertiup kencang kerana hendak hujan memang romantik ko tahu. 

To be continued...

Yeay3!!

Try tengok nieh try tengok..
Benda yang aku sendiri baru perasan


Dah boleh senyum besar-besar.. lalala
(+_________________+)

-4x jumpa JPJ (3x failed jalan raya..kah3x)
-1 saman jpj X tampal P yg belum aku byr lagi
-2 saman ekor jalam gambang-kuantan
-1saman parking terminal bas kuantan
-2,3x hampir mati nak dilanggar lori dan bas

kira not bad la untuk budak yang masih berhingus kan.. lalala. 

angry bird tiada kaitan di sini

"tuhan suka orang yang berhati burung.."

kelas yang tadinya bising bertukar senyap tatkala falsafah comel itu keluar dari mulut lelaki itu..

"tuhan suka orang yang berhati burung. yang bertawakal dan keluar mencari rezeki dan bila berjumpa diambilnya peluang itu." sambungnya lagi

Teorinya mudah. sindiran untuk budak2 hingusan yang datang kelas berangan-angan dan gila bayang lalu ilmu yang tersedia dekat depan ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Kelas kembali bising. Aku kira tiada siapa yang mahu ambil pusing. Tiada siapa yang berminat untuk belajar falsafah dalam kelas MEB.

A girl struggling herself utk ke pusat mknn while the
vulture is waiting for her dead utk dijadikan sbg mknn
Mungkin korang kenal Kevin Carter. A photographer yang commit suicide pada usia 33 tahun kerana tertekan dengan persekitaran yang menghentam dia disebabkan sekeping gambar yang dia ambil. Macam mana dia mati. Wiki la sendiri.. 

"The man adjusting his lens to take just the right frame of her suffering, might just as well be a predator, another vulture on the scene. (wikipedia)

Eventhough gambar tuh dapat award Pullitzer prize for future photography. 

Sometimes aku terfikir, kenapa kita masih lagi takes things for granted dengan apa yang kita miliki dan nikmat yang tuhan tak putus2 bagi sedangkan outsides there trillion of people are suffering damn pathetic and crazy. Sakit hati dan kebencian itu datangnya dari emosi yang kita sendiri cipta. Kenapa salahkan mereka kalau kita sendiri tak cuba untuk perbaiki situasi. 

Kadang-kadang kita merungut, kenapa kita tak punya kasut. Dan rungutan kita berhenti tatkala kita temui mereka yang langsung tak punya kaki. 

Aku kira aku tak layak untuk merungut lagi dengan apa yang aku perolehi dan segala macam proses kehidupan yang sedang aku lalui. Kita merancang tapi perancangan tuhan itu jauh lebih teliti.

Seharusnya dari dulu lagi aku mampu menerima diri. Aku pun cantik. Dalam mimpi. Tak kisahlah janji pernah cantik. Kah3x.. Dan aku tahu aku juga patut berhenti dari mengutuk lecturer sendiri. Keji ko tahu. Damn loser la kamu eleyana ali.

Time is all we make of it


Defer no time, delays have dangerous ends
(William Shakespeare)

Nothing.. Just as a reminder for me who always delaying things.

Pesan nabi ingat lima perkara sebelum lima perkara. Salah satunya masa lapang sebelum sempit. Tapi aku kira sebagai manusia berhingus yang masih lap hingusnya dengan towel good morning, pesanan yang sungguhpun datangnya dari insan yang cukup mulia itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri lebih teruk tiada sebarang accumulation berlaku diantaranya.

Mungkin akulah manusia paling bosan yang sukakan kebosanan dan situasi yang membosankan bilamana aku lebih suka memilih untuk tidak berbuat apa2 pada waktu senggang aku berbanding menyiapkan perkara lain yang masih ada prioritunya tersendiri.

Dalam teka teki imam al ghazali, satu soalan yang ditanya pada murid-muridnya ialah apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini. Dan aku yakin semua orang pun mengetahui benda yang paling jauh itu ialah masa lalu kita.

Pesan Xandria Ooi dalam bukunya 'Love, work and everything in between', no time is the best time, we should make it, which means make the time. So, for me to prevent ourself from delaying things, this concept supposed to be applied. Make times for that thing to be done. Not find the time but make the time. Time is all we make of it.

Mungkin juga aku telah kehilangan satu anugerahNya disebabkan sikap aku sendiri. Dan anugerah itu adalah keberkatan masa.

Bulatan merah darah itu


Kenapa kenapa kenapa aku tak nampak apa yang orang lain nampak semalam.. tepat 2.23am semalam aku wani dan siti turun tapi yang nampak hanya awan hitam.. tak nampak pown bulatan merah darah nieh.. sob3..

Dikatakan lunar eclipse terlama dalam tempoh 10 tahun lebih.. last for 100minutes dalam keadaan penuh, the longest since julai 2000

Attention to i am not a story teller!!

Results is out.. Alhamdulillah.. Ko kena blanja aku makan.. Walaupun lepas sipi namanya tetap lepas.. thats the deal is it.. lalala..

The uniqueness

Perhaps this is what we call art..

http://www.blogbeginsatforty.com/

My roommate is laughing that bad.
And i am totally speechless. 
Unique is it?
T____T

Apa salah beruk?


Ayat cliche, blog aku suka hati aku. Beruk cacat yang gatal telinga dan gatal seluruh badan sila berambus dan g mampos sekarang. Tiada paksaan untuk berada si sini dan tiada halangan untuk anda tekan button X. 

Dewa-Pupus




Apa salah beruk?

Permainan & senda gurau




Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?

Surah Al-An'am, ayat 32

Semalam dan hari ini 2

Semalam jumaat 10hb aku kuar dengan kawan2.. Tak ada benda yang menarik. Sempat sambar tiket wayang dan tengok cerita alah nieh.
At 1st sangatlah bosan. Apa jadah aku tak paham. (till the end pown tak berapa paham sebenarnya) Siti yang simpulkan. kah3x.. membazir rm10 aku. tp sebab dengan kawan2, enjoylah jugak. 

Mengikut ringkasan yang Siti simpulkan pada aku, cerita dia berkisar tentang 2 kelompok mutant. Satu baik satu jahat. Yang jahat diorang nak ambil alih dunia dengan menghapuskan manusia sebab pada diorang manusia tetap anggap diorang nieh jahat tak kira la macam mana pown. Ketua dia Shaw. Satu lagik kelompok mutant yang baik which is termasuklah Professor X dan Macneto (g mampos kalau salah eja.. kah3x). Diorang nieh kumpul beberapa mutant hingusan yang lain, training diorang untuk lawan mutant jahat bagi menyelamatkan manusia la. 

Setiap mutant ada kelebihan dia sendiri. Ada yang boleh kuarkan api. Kih3x.. yang boleh terbang macam rama2 dan keluarkan bola api. Yang boleh bertukar rupa jadik orang lain. Yang telinganya tiba2 jadik sirip ikan bila masuk dalam air. Yang kaki macam kaki haiwan hingga boleh lari dengan sangat laju. Yang suaranya sangatlah high pitching hinggalah boleh terbangkan diri, produce signal for submarine melalui echo n musnahkan orang lain cukup hanya dengan kuarkan bunyi. Woha menarik!!

Ah malaslah nk tulis lagi. Pandai2lah google sendiri summary cite tuh. Yang pasti cerita tuh akan ada sambungan as dia baru wujudkan X-Men baru which is Professor X tu la dan penjahat baru aku rasa akan kuar nanti which is Magneto si baik bertukar jahat berhelmet besi tanpa motosikal. Kah3x..

As maharaja lawak pown perform dekat Kuantan minggu nieh, so wayang ecm tuh pown jadik super duper ramai n meriah nak mampos la. Menakotkan.. Sigh..

Dan semalam jugak aku beli buku kat bawah nieh kat MBS ecm.. Kakak aku belanja. Kih3x.. Thanks. Sayang ang lebihlah.. hua3x.. Apa2 pown kena habiskan baca buku Xandria Ooi yang aku pinjam dari library dulu before end date. Kih3x..

Rinie ikut fifah and the gang ke UMP Pekan, drop them there and drive back alone ke Gambang. Sangat penat. Solat then tido sampai petang. Malam turun makan dengan kecik. She end up staying there watching her state Kelantan for sure compete with Terengganu for final football matches. Heh.. Tak termampu aku tengok so aku naik bilik dulu la and here i am. Hari yang normal dan membosankan bukan. Emm.. 

And there at Pekan, i do wonder something via my observations..
Kenapa aku rasa semua kedai2 dekat situ termasuklah kedai jual ikan owner dia semua chinese.. Heh.. Berpuluh2 kedai from hardware, construction, bengkel kereta, gunting rambut, kedai runcit, etc yang berniaganya chinese dan yang membelinya Melayu. Pekan bukan kawasan Datuk Najib ke? ke aku salah? kah3x..

Si mangkuk yang pekak

Senyap.. senyap.. senyaplah!
Bisingnyaaaaaaaa..

Mangkuk mana yang pecahkan cermin fire alarm nieh??
Ko berhenti berdering skrg!! dan sejam ko memekak!

Assignment thermo tak siap lagik test MEB plak esok.. 

huh!! 
Bodoh punya fire alarm
Tak nampak api, tak bau asap jangan berdering. ada faham??

Heh.. Sapa bodoh skrg?? macamlah fire alarm tuh paham.. huh!!

conservation of mass & energy


I do wonder how can he teach a 6hours lecture in less then 2hours. 3methods of calculations for reactive process add up with combustion reaction, recycle, bypass and purge. And i do wonder either i am really dumb or not when i cant even explain the meaning pf bypass and purge if u guys ask me now.


According to the first law of thermodynamic, Energy can neither be created nor destroyed during a process, it can only change forms. 


Masuk kelas pukul 1 dengan semangat, di dalam kelas mula berangan, dari berangan bertukar kepada tidak faham dan seterusnya bertukar kepada mengantuk dan akhirnya tido dengan mata terbuka dan akhirnya keluar kelas pukul 3 petang dengan tenaga yang mula kembali berkumpul dek kerana tak tahan laparnya dan kepala mula nampak nasi. Then the theory is right i guess. Energy banyak2 pada mulanya tidak bertambah mahupun berkurang sebaliknya bertukar pada bentuk lain dan akhirnya berakhir pada keadaan asalnya.

The conservation of mass applied the same phenomena taking that the input of a certain process must be equal  with the output according to the principle of material balances. 


Masuk kelas pukul 1 petang dengan otak kosong dan keluar kelas pukul 3 petang juga dengan otak kosong. Input and output is the same is it. It's balance!!





Then, doesn't I actually obey both law.. roughly.. heh..

Al Fatihah

Suria, Husna, Aku & Awin

Have a call almost half an hour with Awin just now. Deep inside i knew that she is kinda of a strong daughter n girl. Within a week, i got to hear 2 news revolving my friends. To Suria and Awin, we prayed for u guys. Hang on there. Al Fatihah to both ur dads. Moga roh arwah tenang di sana. Amin.


Kata lidah, setiap hari roh baru masuk, badan baru lahir, bayi bari disambut. Setiap hari, roh matang pulang, badan lama tanam, mayat baru disembahyang. Itu lumrah kehidupan bukan. 


p/s: To Husna n Ayan, sorry tak dapat tiket nak pulang balik Perlis. Tapi sampai jugak kan korang.

Semalam dan hari ini

Kepala yang sakit, paracetamol yang ditelan, muntah-keluar paracetamol sebijik, telan balik lagi sebijik, naik katil, tido dan bangun seawal pagi dengan kepala yang cukup ringan. Pagi yang cukup indah. Hari yang cukup baik aku kira. Terima kasih tuhan.

Mental retarded


Kiri shoutmix aku n kanan kawan aku punya Shima.

Hari ini kita main bulat2 persamaan yang kita nampak dalam kedua2 gambar ok



Sekarang ada siapa boleh gtau aku macam mana nak buat nieh?? 
Jangan suruh aku buang shoutmix sebab shoutmix tuh masih ada kepentingan dia sendiri. Sigh..

To Jelapang online, busuk, pedas berapi..
U know what??
Thats what we call mental retarded..

Akak bengang dan radio panas

Sudah menjadi kebiasaan aku belajar dengan persekitaran yang ada bunyi, bukan sunyi. Melainkan betul-betul sunyi, maka itu menarik!

Maka tatkala aku sibuk menyelesaikan tugasan thermodynamic, suara dj hot fm dan si pemanggil yang kepoh jelas terdengar dari lappy.

Perbualan telefon mereka menarik perhatian aku. Dengan topik "bengangnya", si pemanggil mula mengadu kepada si dj. Dan sudah pasti aduannya kedengaran si corong-corong radio seluruh Malaysia yang turut di frekuensi hot fm aku kira.

Dan aku tidak mengerti malah memahami. Benar-benar tidak faham.

"Saya bengang gila dengan suami saya. Semalam dah la tak datang ambil saya, saya call tak angkat, saya terpaksa ambil teksi tau balik rumah. Sampai je rumah tengok tv baru tutup, masih panas lagi tapi tiada orang dekat rumah. Nampak sangat baru keluar. Keluar entah ke mana. Ee bengangnya, geramnya dengan dia. Sampai sekarang tak bercakap dengan dia..Geramnya"

heh..

Aku kira haiwan itu jauh lebih penyayang dan berhati perut dari manusia. Apakah nilai kasih sayang dan kekeluargaan masyarakat Malaysia sekarang cukup rendah?? Bila masih sayang tak ingat dunia. Bila hilang segala sayang, habis segala keburukan dicanangnya. Apakah manusia itu duduknya lebih rendah dari haiwan?


Sekarang, ada sesiapa boleh tolong fahamkan aku? 

Akak tahu akak kedengaran bodoh?? maafkan saya jika saya salah, saya cuma budak hingusan yang terus menilai tatkala suara akak kedengaran di gegendang telinga dan dihantar terus ke akal saya yang satu.