Beberapa hari lepas, aku dipaksa ke bazar ramadhan berdekatan dengan rumah aku. sesuatu yang selalu aku elak kerana aku tidak betah bersua muka dengan manusia2 yang pernah wujud dalam kehidupan aku. alasannya mudah. aku muak disoal perkembangan sekarang.
"Nak ini semua ya", sambil jari menuju ke talam khasidah.
"As!", sipi2 nama aku kedengaran diseru.
"Ummi! hehe..", sambil kenyih2 tayang gigi. (dalam hati, celaka apsal aku tak perasan. dan khasidah dia yang selama ini hari2 aku makan. sedap woo!!)
"As dekat mana sekarang?"
"Universiti Malaysia Pahang, Ummi"
Ummi merupakan salah seorang pembantu penyelia asrama sewaktu aku di sekolah rendah dahulu. 4 orang ummi, Ummi Ton lah yang paling garang. Tak perlu dibuka suara, cukup dengan kilasan pandangan anak mata, masing2 sudah angkat kasut cabut lari andai ada peluang bersua muka. Itu kisah dulu.
Tatkala aku di darjah 1 dan 2, aku masih punya seorang abang yang belajar disekolah yang sama. Dulu aku dan keluarga kira susah juga. Ayah aku cuma ada satu motor kriss burok buatan Malaysia. Dan dia benar2 seorang yang sibuk hingga jarang ambil aku dan abang aku pada waktu tengah harinya. Dan aku punya seorang kawan baik. Namanya Wahidah. Hari2 kebiasaan aku, aku pulang bersamanya. Bermoto bertiga dengan beg roda besar dengan buku teks pinjaman seberat batu yang dikendong dibelakang. Bila ko tahu ko orang susah, maka nikmat tuhan bagi ko selalu kena jaga. Di usia hingusan begitu, bergaduh adalah perkara biasa. Tetapi dengan dia, aku jarang begitu. Sebab aku tahu, jika aku begitu maka hari itu aku akan pulang lewat lagi menaiki bas pukul 3. Tapi kawan aku ini, aku kira kaki ponteng sekolah juga. Jadi pada hari2 dimana dia tiada, aku tiada pilihan melainkan bersama dengan abang aku berdua menunggu bas pukul 3. Kebiasaannya memang begitu. Manusia paling awal tiba disekolah adalah kami. Paling lewat pulang juga begitu. Jika aku pulang dengan Wahidah, maka abang aku seorang sajalah yang menunggu. Sedih tau. Kalau ada rezeki, ayah Alia, kawan satu perumahan aku, yang kebiasaan mengambil Alia di sekolah dengan van, akan berhenti dan mengajak kami tumpang sekali. tapi seingat aku, abang aku hanya pernah menumpang sekali. dan tidak lagi selepas itu. Tidak pula aku pernah bertanya kenapa. tapi aku rasa kerana si adik lelaki Alia yang suka bercakap banyak hingga tersembur2 air liurnya hingga ke muka tatkala berbicara. Jadi kebiasaan kami akan tunggu bas juga walaupun lewat. Dan perkara itu berulang pada aku selepas abang aku tamat zaman sekolah rendahnya. Maka kadang2 aku seoranglah yang masih menunggu seorang diri menaiki bas pukul 3 nanti. Bilamana aku didarjah 5 dan 6, perkara sama turut berulang cuma kali ini aku dengan adik lelaki aku pula bukan abang aku lagi.
 |
Berbaju hijau lumut berambut iban itulah abang aku dan
yang tengah korek hidung itu pula adik lelaki aku |
Jarak sekolah yang jauh dari rumah memang sesuatu yang celaka. Pengangkutan utama pada waktu itu cuma bas sekolah yang disediakan pihak perumahan. bas tambang ada. Cuma kadang2. Kerana kebiasaannya mereka tidak mahu membazir masa memandu hingga ke kawasan perumahan aku. (Perumahan aku merupakan perhentian terakhir bas sebelum berpusing ke Kangar semula. jaraknya dari kampung lain agak jauh. kebiasaannya pemandu akan mula U-turn di ladang tebu selepas kampung terakhir sebelum perumahan aku). Aku masih ingat waktu itu aku darjah 3. Aku dipaksa ambil Penilaian Tahap Satu (PTS). Satu waktu aku menangis dihadapan Cikgu Mahfuz. Sebab aku benar2 tiada berminat dengan peperiksaan bodoh itu. Kalau dulu time sekolah, ada vendor buku datang jual buku. Hari ini dia kasi kertas yang ada senarai buku dengan harga, esok ko akan datang dengan kertas yang sudah bertanda. Itupun jika ko mahu beli la. Waktu itu ramai juga kawan2 seusia sibuk beli buku latihan PTS. Aku seharusnya terkecuali memandangkan dari awalnya aku sudah nyatakan aku tiada berminat melangkah seusia cepat dari usiaku sebenar. Dan fenomena babi itu bertambah babi bilamana akhirnya hanya aku dari ratusan pelajar tahun 3 yang dipilih untuk mengambil ujian itu. Yang lain kecewa gigit jari. Peperiksaan hari itu, dan malam sebelumnya aku dan emak berdua dari Kuala Lumpur. Seingat aku, abang aku bertunang sehari sebelumnya. Tak pasti. Yang pasti aku kurang tido. Dan mak aku terjaga hampir pukul 6.30 pagi. Berlari berkejar-kejaran ke bas. Tiada siapa yang tahu aku ke sekolah hari itu semata2 untuk ambil ujian bodoh itu tanpa aku langsung mandi apatah lagi gosok gigi. Usai exam, aku berjalan sendiri ke perhentian bas. Rakan2 ditahap satu semua diberi cuti memandangkan hari itu juga hari pertama UPSR. Bas tambang waktu itu namanya PPMP. stand for what aku tak ingat. yang pasti orang kampung bilang (PPMP- pi pi mampos pi). Bas aku tahan. Dalam bas cuma aku sorang. Hingga hampir sampai di kampung terakhir, pemandu bas memandang dan menyoal, kamu turun mana nieh? Dan aku bilang kilang gula. Dan aku kena marah time tuh. Aku ingat lagi dia bilang, awat tak cakap awal2, pakcik tak nak naik sana. ish. Sampai saja sana, aku turun. Tambang hari itu pun aku langsung tak bayar. Bukan rebel pada usia muda, tapi collector bas berat bontot tak nak bangun ambil duit, jadi mereka sendirilah yang celaka. Padan muka. Rugi minyak sebab aku sorang. Kah3x.
Sewaktu aku di darjah 5, ada satu hari dimana election untuk mencari DJ sekolah diadakan pada sesi petang. Seperti biasa, pengangkutan adalah sesuatu yang sangat bermasalah dizaman aku sekolah rendah. AKu punya minat tapi aku tiada peluang. Dan tahun itu, kawan2 sekelas yang kebiasaan menjadi pesaing terdekat dalam peperiksaan hebat di corong radio setiap hari dan aku hanyalah mampu menjadi pendengar setia. Aku juga terpaksa melepaskan banyak peluang dalam sukan dan permainan memandangkan aku sememangnya pelajar yang diketahui bermasalah dengan pengangkutan. Aku tidak mampu menjalani latihan rumah sukan secara rutin seperti pelajar lain. Penglibatan dalam syarahan, pertandingan bercerita dan sebagainya yang memerlukan aku punya komitmen lain disebelah petang juga tiada. Atas nasihat cikgu aku, aku didaftar masuk ke asrama sewaktu aku darjah 6.
Kehidupan di asrama memanglah seronok. Bangun seawal pagi bilaman loceng berbunyi. Berebut2 mandi. Dalam hal hygiene, aku kira aku berada di peringkat ego tahap tertinggi juga. Aku tidak akan mandi di kolah sebab aku geli melihat kawan2 aku menggosok gigi di situ dan air mandian mereka juga masuk balik kesitu. Kalau disekolah menengah, itu perkara biasa yang tiadalah jijik aku rasa. Tapi aku diusia hingusan begitu, haha. Budget pembersih sangatlah ya. Jadi aku tega menahan baldi di sinki mahupun di toilet dan gayungkan sendiri. Shower ada dua. Dan kebiasaannya akulah penunggu tetapnya. Aku jenis manusia yang tidak kisah kena marah siap lambat asalkan aku tidak mandi di kolah dengan air mandian mereka. Kah3x. Eleyana Ali gila.
Bab makan ada dua perkara yang kontra. Gembira kerana makanannya memang sedap gila. Tapi rasa celaka sebab aku adalah orang yang dari dulu hingga sekarang, makan dalam keadaan yang kurang laju. Tidak perlu aku terang selebihnya, barangkali korang sendiri mengerti. Ada satu waktu diminggu pertama aku tinggal di asrama, aku tidak sedar hanya aku yang masih mengunyah. Warden waktu itu namanya Kak Ida. Dan dia garang seharusnya mengalahkan singa. Perkara paling babi adalah keterpaksaan untuk menghabiskan semua makanan dipinggan tanpa ada pembaziran. Perkara kedua babi, makanan terpaksa dihabiskan dalam waktu yang ditetapkan memandangkan in the end, akan ada seorang yang mengetuai bacaan penutup makan. Dan itu hanya berlaku bilamana semua sudah habis makan. Waktu itu aku adalah orang yang tak makan nenas. "makan cepat sikit As. tinggal kamu ja". itu teguran pertama. "awat tak makan nenas?", itu teguran kedua. Tidak betah menjawab lantaran rasa takut yang teramat, aku telan juga nenas tuh. Dan lidah terjelir2 macam biawak selepas itu. 21 tahun aku hidup, aku tak pernah rasa teringin mahu makan nenas lagi. Cukuplah kot jadi biawak sekali. Tak kan nak jadi lagi sekali. Kalau ada nenas lagi selepas itu, semua aku curi2 kasik kawan sebelah. Kah3x.
Dorm C siapa imam nieh? Cepatnya habis. Soalan itu memang sialan. Bab makan aku perlahan, bab solat laju tak sempat2. Iftitah, tokmaninah bagai tiada aku peduli. Bila besar dan aku ingat kembali, aku cuma berharap, solat kawan2 aku waktu itu yang mana berimamkan aku diterima. AKu tak apa waktu itu belum baligh lagi, tapi mereka? Kah3x. Entahlah.. AKu sendiri tak pasti. Petang2 main batu seremban wajib lambung tinggi2. Kena kepala, tarik muka masam tak mahu main lagi. Batu leper jadi bulat tampa segi2.
Jika ada satu perkara yang aku langsung tak boleh lupa ialah ini. Seperti aku katakan di awal tadi, tahap hygiene aku benar2 berada di suatu tahap yang tinggi. Aku mendaftar asrama lewat. Aku ditempatkan di dorm C yang mana studentnya paling sikit. Dijadikan cerita aku bersebelahan katil dengan seorang pelajar darjah 3 atau 4 barangkali aku tak pasti. namanya Najwa. najwa ini baik saja orangnya. Tapi mereka bilang dia banyak kutu. Pernah aku terbaca dalam Reader's Digest Edisi Hari Ibu yang lalu, dimana ada satu pameran di Israel mempamerkan figura2 kanak2 dengan kutu dikepala sebagai satu fenomena seni moden. Pada mereka itu seni, tapi pada aku adanya kutu itu benar2 satu perkara gila.
Aku dipaksa tidur juga disebelahnya walaupun sumpah aku tidak suka. hari pertama aku ikutkan saja. Tetapi dengan scarf dikepala. Jadah mender tidur dengan scarf dikepala. Kalau ada kutu terlekat masuk seekor kedalam kepala, pasti aku sedang membantu membiakkannya dengan kepala yang ditutup begitu. Korang mungkin rasa aku gila, Tapi diusia hingusan aku begitu, aku benar2 sudah mampu berfikiran begitu. hari kedua aku nekad, walaupun dipaksa, aku tiada mahu tidur disebelah Najwa lagi. Dan malam itu aku angkat bantal dan naik ke katil atas yang masih kosong tanpa cadar. Seingat aku, kawan aku Shakila selaku ketua dorm memang benar2 angin dengan aku malam itu. Tapi aku memang benar2 tiada mahu ambil peduli jadi aku benar2 pekakkan telinga. Tidur diatas dengan kipas dinding yang benar2 dikepala, walahei. Sejuknya bukan kemain. tercucuk tulang2 gua tau. Dan pagi itu aku bangun pagi seperti biasa. Cuma perkara babi di luar kebiasaan berlaku. Kain batik bau hancing. Babi!! Tilam juga bertompok kecil serta berbau. Bilamasa pulak gua kencing nieh!! tak pernah2 selama aku hidup aku kencing tilam. Tapi kalau dah seluar pun berbau hancing, maka kenyataannya memang begitulah. Eleyana Ali kencing tilam. Kesian. Kalau aku gitau Shakila, mesti aku kena marah kaw2 punya. Almaklumlah semalam degil tak mau tidur bawah sebelah katil Najwa. Tapi itu ok lagi. Paling memalukan dan melukakan hati adalah bilamana siapa2 yang kencing tilam, tilamnya akan ditarik keluar dan dijemur di tengah panas dataran. Dan pemiliknya akan jadi manusia paling famous hari ini dikalangan para warden, ummi dan pelajar lelaki. Cepat2 bangun, kain batik dan seluar aku cuci. Pinjam Fabriz kawan seperti kebiasaan lantas aku sembur atas tilam itu diam2. Syukur malam itu hanya aku yang tidur di katil atas. Jadi tiada siapa yang perasan. Budak bijak memang begitu. Biar berbau asalkan tidak malu. Dan perkara itu, adalah sesuatu yang menjadi rahsia sehingga hari ini. Kih3x.. Harap2lah aku tak masuk neraka kerana menipu. Oyeih!!
 |
Shakila dihadapan, 2 dari kiri. Wahidah 5dari kanan baris kedua.
aku bertudung biru disebelahnya.shakila sudah berkahwin kini.
gambar aku dan wahidah paling latest penah aku upload.
pandai2lah korek archieve sendiri. entry berak rasanya. |
Bila berjumpa Ummi Ton di bazar Ramadhan hari itu, aku terfikir. Kalaulah hari itu aku tidak berbuat begitu, pasti aku juga terkedek2 menahan telinga dari bebelen si garang Ummi. Ummi Ton bila bersuara, tak perlu tunggu malam. Saat itu sendiri pun sudah mahu terkencing aku kira. Alalahi Ummi Ton, hampir 9 tahun sudah berlalu. Dan kamu masih ingat aku. Gembiranya tuhan saja tahu. Huhu.. Selamat hari raya Ummi. Minta maaf hujung rambut hujung kaki. Tahun depan jangan lupa buat khasidah lagi ya. hehehe..