Bathing (Ghusl)

Rasulullah mandi wajib hanya dengan satu baldi. Itu satu fakta yang aku tahu dari rancangan tanyalah ustazah di tv9 seingat aku. 

1.250:
Narrated `Aisha:
The Prophet and I used to take a bath from a single pot called 'Faraq'.

I do wonder how Rasulullah manage to do that. Till recently there is a chatter who suddently ask me the way i am taking my ghusl. At first i tought he is more or less just a fetish brat who ask the way i am taking my bath. Till he advises me to follow the way Rasulullah taking his bath and tell me in details how it's works. I guess, thats how the concept of Husnulzon to others is actually applied. Tak baik berburuk sangka dengan orang lain yang punya niat baik bukan. More than 70% of Norway's citizen do trust the people around them. Dan Norway masih menjadi negara dengan pendapatan perkapita tertinggi di dunia. Where u will find a bottle of mineral water of 300ml for rm22? Norway. Facts taken from Kahuna blog.

Back to our conversation earlier, dia bilang, rata-rata orang tidak ambil peduli hal sekecil ini sedangkan hal kecil ini jika tidak dilakukan dengan betul mungkin mampu membawa kepada tidak sahnya ibadat-ibadat yang lain. Well said, no doubt. It is true.

So this time, aku cuma nak kongsi cara mandi wajib mengikut cara Rasulullah. Hadis aku ambil dari Sahih Bukhari. Dan penerangan aku ambil dari apa yang dia kongsi dengan aku. For more details boleh google sendiri.

1.248:
Narrated `Aisha:
Whenever the Prophet took a bath after Janaba he started by washing his hands and then performed ablution like that for the prayer. After that he would put his fingers in water and move the roots of his hair with them, and then pour three handfuls of water over his head and then pour water all over his body.

1.249:
Narrated Maimuna:
(the wife of the Prophet) Allah's Apostle performed ablution like that for the prayer but did not wash his feet. He washed off the discharge from his private parts and then poured water over his body. He withdrew his feet from that place (the place where he took the bath) and then washed them. And that was his way of taking the bath of Janaba.

1. Lafaz. Niat
2. Didahulukan dengan mencuci kedua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Ia dilakukan tiga kali.
3. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
4.Setelah mencuci kemaluannya, Nabi sallallahu alaihi wa-sallam menggosok tangannya ke tanah beberapa kali iaitu dua atau tiga kali.
5.  Berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat. Ada kalanya mentakhirkan dari mencuci kakinya.
6. Memasukkan jari-jemari ke dalam air kemudian menyela-nyela rambut dengan kedua-dua jari-jemari tangan sehingga rata.
7. Menuangkan air ke atas kepala tiga kali, sama ada dengan menceduk dengan kedua tangan atau dengan gayung.
8. Menjirus, meratakan dan membasuh ke seluruh tubuh badan
9. Selepas mandi tidak diwajibkan berwuduk semula jika wuduk sebelum mandi tidak batal tetapi jika sekiranya batal maka wajib memperbaharui wudu

Abi, when will we ever relax?

http://www.one-ummah.net/renungan/kisah-kehidupan/897-abi-when-will-we-ever-relax.html
aku punya roomate yang sangat rajin. dia bilang mop lantai selalu itu bukan rajin. tapi duty harian dimana dia rasa lega dan punya satu kepuasan. ini fakta. bukan auta. lantai bilik aku berkilat macam berlian. ok hiperbola. kalau menyapu lantai hari2 itu memang perkara biasa untuk seorang perempuan aku kira. mop lantai yang cantik berkilat seminggu 2,3x? itu luar biasa. untuk aku. kalian aku tak pasti.

well, perempuan yang baik dan rajin, cantik juga cerdik, susah dicari sebenarnya. dan seharusnya sudah berpunya. maka manusia yang kontra sifat dan tingkah laku dari yang aku nyatakan sebelumnya, kah3x. lu pikir la sendiri.

comes to think of it, tak adalah aku malas sangat sebenarnya. cumanya aku tak cukup rajin seperti roomate aku. again, itu bukan malas sebenarnya. kih3x.

p/s: siapa punya mug milo ha kat sinki, tak angkat berhari-hari? bau kot. betul kata subaili, dalam hal kesedaran sivik, baik lelaki mahupun perempuan sama saja. dalam hal kebersihan juga tak terkecuali tahu?
its strange. we talk with the stranger who we know 5minutes before and yet we are afford to talk like we have known each other for quite a number of year. just because we did went to the same college. but he is 0304 batch while i am 0809. still most of the stories revolve around the same situation and cases.

it is just too nice when sometimes we start to flashback of the old time.





















all my jenan's friend





back then, i was just 18. damn funny. will u pose in this way?

disebabkan internet yang problem, aku lama tak stalking gambar di fb. n today, i came across to this. she is just too lovely. she is zahraa. nice picture is it.
  1. dah sebulan lebih aku beli phone nieh. tp sbb xde internet connection, aku malas nk layan. last nite wanie give me the password for tm hotzone wifi which is supposed to be paid 1st for the password. tht wifi is the widest one here at ump which means at all corners of ump u will get access to it. n now guess what. im addicted to it. i am posting this crap of post with my phone. i did online the ym and gtalk with my phone. same goes to my facebook. thanks god i dont have the twitter account or else it will just driving me crazy. perkara paling babi aku masuk android market setiap 5minit dan download dictionary. angry birds, camera, ym installer, games ini itu. babi la. dah 2hari sangkut Mc-Cabe Thiele method aku nieh. 4 paper mggu depan. xreti2 study lagi?
  2. raya haji hari ahad kan? kan? ahad pagi aku smpi rumah. celaka. xboleh sedia bas bnyk2 ke ha? (next time esok balik, malam nieh baru beli ya as).
  3. aku ckp lecturer aku twice, sir nieh kedekut la. balik bilik baru rasa menyesal. mulut celupar. bongok bongok.
  4. kuat mkn jajan skrg. makin xsyg kidney nmpknya as.
  5. esok kuar tgk wayang sama kawan2. makan2 di mcd tc yg skrg dh jadik 2 tingkat. mahu shopping beli barang sama jajan. sewa keta 11 pagi 11malam.
  6. ok, nak sambung distillation balik. mc-cabe thiele.

Dimana Allah

Ditanya, dimana Allah?
Aku bilang dimana-mana.

7:54
20:5

Malu sendiri.
Malu dengan tuhan lebih lagi.
Menangis dalam hati..

Semalam dan hari ini 5

Stadium Shah Alam & Stadium Melawati. I was there the whole day last nite. Pakcik bas yang silap masuk simpang dan tersesat jalan di kawasan Kepong pukul 12malam. Memandu dengan gear reverse seinci seinci ke belakang. Sampai ump 4pagi. tido mengeroh macam babi. bangun pukul 7.30pagi. Hantar roomate ke terimanal kuantan. setengah jam pergi setengah jam pulang. sekarang mahu sambung tido dan mengeroh lagi. zZzzZ..

p/s: menangis tersedu-sedu mengaminkan doa Datuk Hassan Basri. Syahdu..
i'm here. in utilities lab. the one that i told before

contoh karangan stpm


1. production of 30 000 Mtons/yr 2-ethylhexyl laurete by esterification of lauric acid with 2-ethylhexanol. itu tajuk integrated project aku semester ini. 2 fixed bed reactor with a separator to be design.  tahun lepas design heat exchanger untuk homogenous reaction pown terkedek-kedek dan tak tido malam. tahun nieh entah macam mana jadinya. ilmu material balance, energy balance entah mana terbang. hantar kertas kosong barangkali semester ini. ala, 20% saja. heh!!


2. production of biogas with waste food? forward osmosis? seawater desalination? owh g mampos semua xmampu run di ump nieh. at last my supervisor came out with 4 research title yang satu pun tak kena dengan minat aku. huh!!. 
• ultrasound-assisted fermentation enhances bioethanol productivity
• effects of ultrasound on enzymatic hydrolysis of soluble cellulose
• seakelp for cosmetic
• study on mass transfer coefficient in 75L stirred-bioreactor
and guess i choose what?  the first one. menangis tahu mahu faham apa itu fermentation, cellulose, enzymes, glucose, duty cycle, yeast bagai. this title supposed to be run by biotechnology student as they did learn few subjects on bioprocess. pure macam aku memang g mampos la. but after spending some time going through the journal, i found out that it is quite nice to know this kind of things. tak pernah tahu pun selama nieh ethanol is produced by fermentation. tak pernah tahu pun ultrasound with a proper waves are able to break the enzymes molecules and increase the productivity.


kalau orang tanya aku kenapa aku tak berminat dengan minyak2 bagai, aku tiada jawapan. sebenarnya aku pernah terbaca suatu article di pubs tentang seorang kanak-kanak yang buatkan aku terfikir tentang sumber asas seperti air dan makanan. kalau aku jadi seorang yang dikurniakan tuhan dengan satu ilmu, aku mahu ilmu itu aku gunakan untuk membantu satu kelompok manusia yang sangat perlu pada suatu2 keperluan. aku teringin hasilkan gula dari kulit pokok. nyahgaramkan air laut untuk diminum. bersihkan sisa air industri untuk jadi air sumber pertanian atau minuman. gunakan sisa makanan yang terbuang untuk hasilkan tenaga baru supaya tiada pembaziran. minyak contohnya, pada suatu masa aku kira akan menjadi rebutan dunia. tapi minyak masih bukan prioriti utama pada golongan2 tertentu yang hidupnya di hutan mahupun di tanah kering kontang sana. aku mahukan sumber tenaga. makanan. air.


comes to think of it, tajuk research kedua yang supervisor aku berikan masih punya perkaitan dengan apa yang aku minati. soluble cellulose contohnya yang terdapat di kertas2 terbuang. yang mana kertas2 kotor terbuang ini boleh kita tukarkan kepada satu sumber makanan asas seharian, gula. but, for some purpose i dont really want to choose that title and try my best to at least understand the keyword of fermentation itself. sepertinya ada suatu daya yang kuat menyuruh aku belajar tentang itu.


3. utilities lab semester ini belajar apa itu pump, apa itu deionized water, cooling tower, valves, compressor, boiler, piping system, waste water and  electrical system bagai. presentation tiap2 minggu. rasa macam celaka tiap jumaat pegang mikrofon. cuma yang seronoknya tiada report. rasa heaven gila!! wohaa!!


4. kelas arab memang meyeronokkan. belajar dari asas. menyebut huruf2 hijaiyah dengan makhraj yang tepat. 21 tahun masih kaku lidah membezakan sebutan sa dan sin. belajar greeting juga. ana bil khair. ana min berlis.  wah3x. seronok juga. datuk, nenek, anak makcik sebelah ibu, anak perempuan pakcik sebelah bapa etc2. lembu betina dan jantan lain sebutannya. pembaris itu perempuan. buku, angin, kerusi itu semua lelaki. air, pemadam, bunga, kasut, lebah, kereta, basikal itu semua perempuan ya. kih3x..


5. sudah beli handphone baru. Xperia Mini Pro with 1Ghz processor. konon android bagai la. tak ada internet berteknologi pun tak guna. dah jadi satu kerja nak subscribe internet. celaka celaka. fungsi phone tuh sekarang cumalah sebagai kamera juga music player aku. owh juga pop cap games juadah mata sebelum tido. tembak2 zombie guna jari tekan2 di skrin rasa macam terencat juga. tak apalah. dah beli. sebulan dua lagi kalau masih tak tahu guna tukar handphone dengan adik lelaki aku barangkali.


6. beli nutella untuk dimakan sama roti. nutella masih sesuatu yang aku suka dari jenan dulu. harga sebotol kecil itu kini mencecah rm10.50. celakanya bila aku mampu habiskannya dalam 5,6 hari. bukan disapu pada roti. dicedok dengan sudu dan disuap ke mulut macam nasi. almaklumlah rasanya lebih sedap dari choki2. lepas nieh mungkin patut beli planta dan tabur sama itu gula saja supaya lebih ekonomi.


7. sudah berBBQ dan bermandi-manda di Panching. Ada sesuatu yang berlaku dan aku menangis di situ. gatal badan 2,3 hari. celaka celaka celaka. sampai sekarang perkara itu masih menjadi misteri dan menimbulkan pertanyaan di hati. kawan2 perempuan yang tahu tatkala aku ceritakan di bilik mandi ketawa geli hati. siti cuba menyedapkan hati. aku cuma berharap gabungan plastik dan kapas itu tiada sampai ke tangan bunian. kelakar? owh aku memang fikir hingga ke situ sekali. next time bila abc, aku tak akan sentuh air di tempat awam begitu lagi. noktah.


8. khamis, jumaat, sabtu dan ahad lepas gila juga. menjadi runner konvokesyen sebenarnya tak ubah seperti kuli juga rasanya. cuma budget senior, maka kuli ini kuli yang kuat rebel juga aku kira. lebih banyak masa, tido di bilik berbanding menyibukkan diri di tapak expoconvo. sijil nanti entah berkat atau tidak aku tak pasti. tengoklah, kalau interview dapat kerja, berkatlah tuh. kalau tak, tak berkatlah tuh. kah3x..


9. selasa lepas ke ke arowana genting. hotelnya besar dan berhantu barangkali. disana belajar rhythm cpr. the mass cpr programs is at last performed in front of sultan of Pahang and tengku mahkota. both of them berjalan keluar betol2 di depan mata. sultan pahang sporting orangnya. tengku mahkota juga. tapi belum rasa mahu bersalam sama mereka. kih3x.. dorang cakap kira2 2ribu juga manusia di sana. entah betol atau tidak. menipu barangkali. pergi seawal 6.30 pagi dan tiba di ump pukul 9malam. terus ke discussion instrumentation kerana presentation assignment keesokannya. malamnya tido mengeroh macam babi.


10. rabu pula menyibukkan diri untuk program jalinan kasih bersama dekan. dialog2 bagai berhubung isu2 fakulti kimia di ump. susun2 kerusi meja untuk pelajar dan vip. macam hampeh juga tahun tiga sibuk2 lap kerusi untuk adik2. kejar sijil untuk latihan industri. terpaksa ikhlaskan diri supaya tuhan tidak rasa mahu cela nanti. sijil itu biar ada berkatnya ye dok.


11. internet macam celaka. terpaksa berulang-alik ke library mencari journal, patern mahupun thesis untuk dibaca. lappy perlu di restart setiap kali sambungan internet terputus. blogging, facebook, ecom. oh gila gila gila.


12. wanie tunjukkan aku video seekor lembu hidup2 yang digolekkan masuk ke mesin pengisar besar. melihat haiwan itu berhempas pulas menahan sakit sementelah isi2 dagingnya dicarikkan dan dihancurkan lumat si mesin celaka cukup untuk menitiskan air mata. hati aku menangis. manusia sekarang banyak celakanya. celaka celaka. kecelakaan itu bertambah bilamana diceritakan wanie tentang suatu kawasan di China barangkali dimana anjing mungkin yang mahu diambil kulit dan bulunya disiat hidup2 dan dibiarkan mati menahan kesakitan dan kesejukan. celaka lagi. celaka. kulihat video seekor harimau yang memakan seekor monyet yang bunting dimana anak si monyet itu lahir semasa ibunya dimakan si harimau itu. hati menangis lagi bilamana melihat si anak monyet itu dijaga dengan penuh kasih sayang oleh si harimau yang memakan ibunya tadi. si anak monyet panjat pokok dan tiada tahu turun, makan si harimau tolong turunkan. ciumkan dan belaikan. haiwan juga tahu berkasih sayang inikan manusia. sedih melihat dunia.


13. manikam kalbu by faisal tehrani, sejuta cinta untuk ibunda by burhan sodiq, bukan susah nak faham by zahiruddin zabidi, secangkir teh pengubat letih dari hasrizal, juga eat that frog written by bryan tracy. hanya itu yang sempat aku baca untuk tempoh 3,4 minggu ini. review aku malas. itu pertama kali aku mengikuti novel penulisan faisal tehrani selepas suatu ketika punya peluang membaca cerpen pendeknya, manisnya epal dalam ruangan komsas di jenan dulu. menarik menarik menarik. aku belajar menghargai nilai sepasang baju kurung. dan aku juga mampu melihat baju kurung itu kini dari perspektif yang berbeza. buku paling menarik pada aku karya ustaz hasrizal. dari catatan kembaranya, aku mampu melihat bumi turki dari sudut pandang yang berbeza. kalau dahulu aku cuma tahu turki itu negara sekularisme yang hanya memisahkan pentadbiran, pendidikan dan sebagainya dari agama. dari buku itu aku faham budaya mereka. aku kenal masyarakatnya dari kelompok yang berbeza. aku punya masa nanti aku ceritakan in detail tentang apa yang aku perolehi dari buku ini. eat that frog mengajar aku untuk selesaikan kerja tanpa procrastinate, memperkenalkan aku pada konsep Pareto. mempertemukan aku dengan istilah endorphine. nanti aku ceritakan.


14. sudah daftar SPR. terpaksa. atas pertukaran perjanjian dengan ayahanda tercinta. got no choice kalau tak, jangan haraplah dapat claim balik duit handphone. mengundi nanti mahu pangkah pakcik yang punya anak kacak. mana tahu ada peluang jadi menantu misali. kih3x


15. sekarang kuat makan. rasa seperti mahu makan nasi tiga kali sehari. entah siapa yang buang hantu raya dalam badan. berat dari 36kg bertambah ke 38.5kg. rambut gugur hingga kepala hampir licin aku kira. getah oren 6,7 kali pusing barangkali untuk ikatkan rambut yang masih ada. perlu tukar shampoo barangkali. itu hari ketika UNIC datang ke ump, dibawanya sekali seorang ustaz yang kurang keupayaan melihatnya. dan malam itu aku manusia terakhir yang menghulurkan tapak tangan. disoal namaku lantas ditekannya di bahagian tengah tapak tangan seketika. dibilangnya aku sihat cuma ada sakit di sekitar kepala. oh itu perkara biasa. dr fadzillah kamsah juga bilang manusia yang lahir pada bulan 4 memang punya penyakit di sekitar kepala. dalam hal ini tiadalah aku ambil pusing.


16. satu ketika di cafe aku yang khusyuk merenung makcik cleaner mengemop lantai ditegurnya. makcik itu tersenyum. dibilangnya aku, tak apa, jangan risau. pijak pun tak apa. dalam hati sedih. tiada sampai hati untuk pijak hatta setapak di atas lantai yang telah dimopnya. dan aku perhati mereka yang lainnya pijak sesuka hati. 


suatu waktu di cafeteria juga bersama siti, aku makan aiskrim di meja. plastiknya aku letakkan sementara di meja dan berniat untuk buangkan nanti di tong sampah. lewat malam juga rasanya. datang seorang makcik yang tugasnya membersihkan meja. diminta izin untuk diambil buang plastik tersebut. dalam hati malu sendiri. rasa bersalah juga aku kira. makcik tuh bilang dengan sopan sambil tersenyum, makcik ambil ya. bukan apa, student nanti makan, plastik2 gnie dia tinggal dekat meja dia tak buangkan. dan aku hanya mampu berterima kasih. silapnya aku, beberapa langkah selepas makcik itu beransur pergi, aku simpulkan pada siti, ya betol student ump nieh memang makan tinggal sampah dan sisa di atas meja. tiba2 makcik tuh datang kembali pada aku. tau apa makcik tuh bilang? makcik tuh minta maaf pada aku. makcik minta maaflah kalau makcik salah kata, kamu terasa. that time hanya tuhan saja tahu betapa rasa bersalahnya aku. really i didnt mean to be this way round. rasa nak nangis pun ada masa tuh.


once, di aras aku, tong sampah yang penuh dengan sisa dan sampah terburai plastiknya. aku yang menunggu siti untuk ke kelas bersama pagi itu berada dekat di situ. tong sampah berbau. lantai kotor tumpah dengan air dari sisa minuman atau meggy barangkali. aku perhati makcik itu mula menjirus lantai dengan air dan mula mengemop. sambil tersenyum tanpa langsung mengeluh diluahkan pada aku ada air tumpah. adik2 buang air sekali kan dalam tong sampah. plastik sampah berat sikit sebab tuh terkoyak dan tumpah. dan dia masih tersenyum. dulu di jenan, aku turut sama bersihkan tong sampah hitam sama junior2 aku. aku faham betapa celakanya rasa bersihkan tong sampah yang busuk dan basah dengan air yang tumpah. tolonglah, my kind of advises is, buanglah sisa air meggy or minuman manis dalam sinki dulu. hanya buang plastiknya ke dalam tong sampah. aku sedih.


dan tengah hari tadi tatkala aku mahu washing, aku lihat makcik mula bawakan gulungan paip, mop dan baldi ke ruang membasuh di ampaian. maka aku berhenti dan mahu batalkan niat dari washing. makcik yang aku kira usianya dalam lingkungan emak aku sendiri, menegur dari jauh sambil tersenyu,. adik basuh la tak apa. makcik basuh kejap je. tak apalah makcik. nanti2 boleh washing lagi.


melihatkan mereka, yang mana usianya lingkungan emak aku sendiri, aku jadi sedih. pada usia mereka, mereka masih pulang lewat malam. masih bersihkan meja di cafeteria dan buangkan semua sisi pada pukul 11 malam. masih ikatkan plastik sampah dan bersihkan tong sampah yang melimpah-limpah. masih mengangkat baldi berat hingga ke aras 4 untuk mencuci setiap tandas, bilik mandi dan ruang washing yang ada. aku sedih kerana melihatkan mereka tak ubah seperti melihat emak aku sendiri. sedih. rindu emak.


17. aku punya seorang lecturer yang mengajar basic laboratory tatkala di semester ketiga yang usianya 40an barangkali. tiada siapa yang suka padanya. quiet2. itu slogannya. but he likes me. damn damn. biar aku ceritakan sesuatu yang tiadalah pernah aku cerita. cuma ini bukanlah rahsia pada siti. eksperimen pertama di minggu kedua lab, aku termanggu2 sendiri di instrument group aku menunggu jp yang busy di group lain. he comes to me then and i was smiling. of course i will smile. its part of me. no doubt. and he came to me, smiling from far and said, u are very beautiful. i was shocked. i mean it. to cover it up of course i keep on smiling. the next class, he would come to me, bringing the signature form n give it to me first. in the other class, he would come to me and ask me a very simple question on the instrument which is obviously better to not ask for. then he would standing there, asking me to speak it slowly and listen to me. once in another period, i was like taking few pictures with the instrument and he came nearby watching me posing and smiling at me. and even offer me to help taking the picture. retard retard retard. the next semester when he is not again my lecturer, whenever he saw me or meet me somewhere walking he will great me and smile from far. pernah satu pagi bilamana aku dengan siti berjalan ke kelas yang hanya selang beberapa kelas darinya. that time memang dah pukul 8 pagi. he was teaching the other class. he hold the door and pull it and almost closed it after his last student entered the class. but when he saw me, he open the half closed door back, and waiting for me to pass over it. smile on me and great me. damn2. siti waktu itu sudah ketawa2. celakanya selalu aku bertembung dengan dia tatkala mahu ke fakulti, library mahupun kelas. baru2 ini mahu ke library, berjalan bersama siti. bertemu dengannya. he saw me. seems so happy. keep on smiling. then laughing and smiling obviously weird. siti ketawa beriya. siti cakap, dia sangat tegas tapi dengan as bukan main ketawa suka. till now, i really wonder. muka aku nieh macam muka girlfriend or wife dia ke? celaka celaka. kenapa aku? jadah ramai lagi awek cun dalam kelas aku tapi tak pernah dilayan sebegitu rupa. he recognized me well till now. psycho. psycho. 


18. he: so you are taking chemical engineering.. do u know what is separation?
      me: yea. few method on that 
      he: how do we separate salt?
      me : from what? if seawater by desalination. separation by evaporation method.
      he: how do we separate sugar?
     me: from plants right? by fermentation.
      he: how do we separate sugar and salt?
      me: by your taste bud
the next 5 minutes he is still laughing. really i don't know what so funny with that. or.. aku sebenarnya yang bodoh?? huh!! %&^$%


19. my roomate, fifah told me. i look happier now. seems adapted with my single life. dia bilang dia tiada mampu lagi untuk hidup sendiri kerana sudah biasa punya teman. aku hanya mampu tersenyum. setahun lebih. susah sebenarnya. jujur sekarang life memang lebih gembira. u spent less money on phone topup and u spent more eating expensive food that u want. u spent no time on dating and u spent more time on reading and socializing with ur buddy. u spent less time to worry and having ur heart feeling but u spent more on understanding the way things happening in ur surroundinge. u talk less and u start to think more. u start to see small things as a big deal and u start to enjoy urself a lot. i am happy. i mean it. i am happy. i saw my friend wearing a necklace with little diamond on it which cost thousand something. i saw her wearing a bonia watch which is not less than 500, wearing a silk baju kurung which cost quite a penny, holding a touch blackberry, facebooking with a white sony viao lappy. she is lucky by her age she got a nice boyfriend with good financial status. and they are going to get marry soon. still i am happy with that. see her dating every weekend, travel a lot, really she is lucky. but, she lost a bit her single life i guess. which is something much more valuable than every single luxury things she have. once kirah text me and ask my opinion is that ok if her relationship with amir diikat dengan pertunangan. i am happy to hear that. sooner or later she is going to get marry with him too. but still i ask her to think twice. taknak habiskan study dulu? taknak jalan2 lihat bumi tuhan dulu sebelum terikat dengan satu komitmen yang panjang? she said nothing but i knew she is taking that thing as something to think on. tapi kirah yang aku kenal aku kira memang tetap pendiriannya, lembut hatinya malah punya pemikiran yang bukan lagi hingusan seperti aku. jika dia berumahtangga di usia muda, aku pasti gembira untuknya. dan jika ditanya aku, apakah mahu terikat dengan relationship lagi selepas ini, mungkin aku hanya mampu tersenyum. tiada mahu berjanji. aku cuma mahu berjalan melihat dunia tuhan sebelum usia menganjak ke angka 3 dan mula memberikan komitmen dalam kehidupan keluarga. 


20. susunan cuti macam celaka. seminggu cuti ketika deepavali. seminggu masuk ke kuliah semula. kemudian seminggu cuti untuk hari raya haji. rata2 kawan terdekat mahu pulang pada kedua minggunya. tiket aku pergi balik perlis hampir rm150. kalau 2x pulang dalam satu bulan, bukan sahaja penat aku dapat. duit keluar macam air tahu. maka aku nekad untuk pulang pada cuti raya haji. deepavali di sini sudahlah. sorang2 barangkali andaikata fifah juga jadi untuk pulang ke kl dan siti ke kota bharu. movie marathon di kuantan hari2 barangkali. tido dan berfoya-foya makan tosei dalam mimpi. celaka celaka. sapa arrange cuti nieh ha??