Rambling
1. Tolong beri idea untuk PSM aku boleh?. Aku berminat dengan penghasilan biogas dari sisa makanan terbuang. Juga berminat dengan forward osmosis. Ke library, dan langsung tiada thesis senior berkaitan keduanya. Yang ada cumalah penghasilan biodiesel dan grease dari lebihan minyak makanan dan palm oil. Berkaitan osmosis? Oh lagilah tiada. Jangan bermimpi.
2. Hari ini mahu ke JPJ Kuantan. Settlekan bayaran saman dan lesen yang tiada boleh direnew sampai sekarang. Itu satu proses celaka yang perlu aku telan. Tiada pilihan.
3. Esok ke Kuantan lagi. Mahu beli ayam sama hotdog sama jajan etc2.
4. Ahad mahu ke Pancing. Pancing ialah nama kawasan rekreasi yang punya air terjun. Mandi air terjun woo. Air terjun.. Hip hip hooray!!
5. Ke bilik Siti. Dan dia berkain batik. Dia bilang kain batik mampu membentuk pinggang dan bontot yang cantik. &%^*$#@&.
p/s: Ke Kuantan nanti mahu cari kain batik.
d.e.m.a.m
Tekak yang merah lagi perit. Sinus problem yang membawa kepada sakit kepala dan bersin. Peningkatan suhu badan. Dan itu pengakhirannya.
Moga terhapusnya dosa-dosa lalu dalam setiap sedutan hingus dan lepasan bersin yang tiada henti.
Ashum!!
Moga terhapusnya dosa-dosa lalu dalam setiap sedutan hingus dan lepasan bersin yang tiada henti.
Ashum!!
Sembonia
Tuhan, cukup bijak menyelit isi tersirat, dalam setiap perbuatan yang tersurat. Teguran lembut untuk mereka bernama manusia.
Hari ini aku ke kuliah dengan kasut baru. Harganya, kurang seringgit cukup sembilan puluh. Kasut termahal pernah aku miliki barangkali.
Dan hari ini juga, kaki yang tiada pernah melecet selama aku hidup sebagai manusia bertamadun yang tahu berkasut, bukan sahaja sakit dan perit, malah luka berdarah. Berjalan terincut-incut, dengan tisu yang dihulurkan Ika awalnya, kini bertompok merah. Pedih. Perit.
Jika ini harga yang perlu aku bayar, untuk sepasang kasut yang harganya cukup untuk menampung keperluan nasi beras beberapa purnama si anak yatim, maka aku kira aku rela berselipar jepun ke kelas.
Diceritakan Siti, tatkala Bilal bin Rabbah diketahui Rasulullah menyimpan wang di bawah bantal atas niat untuk berkahwin, beliau ditegur. Aku tiada menyimpan harta dan membelanjakan apa yang ada untuk keperluan mereka yang lebih susah. Apakah kamu hanya mementingkan keperluan dan kehidupan sendiri atas rezeki yang tuhan beri?
Dan aku hari ini, mewah atas kehendak dan keinginan sendiri. Tiadakah aku rasa malu?
Kepada abang yang menjual air
Ramah dan gatal itu dua perkara berbeza.
Berundun-undun mencedok ais dan menuang air dalam suasana gerah lagi bertaru. Moleklah sekiranya bergerak pantas bagai belut diketil ekornya. Mungkin kamu besar di bawah tebu melingkar dalam urusan menjual air dengan pantasnya. Namun manura kira, kamu besar di bawah pisang goyangan dalam urusan mengayat si pemilik perji yang terpacak hidungnya. Fahamilah bahawa cafeteria bukanlah tempat terbaik bermuhabat dengan si dara.
Follower setia
"Bak url. Ko nieh kedekut la. Bukaklah blog ko. Kalau ko buka blog ko dari awal, ko mesti ada follower setia. Sebab dia dapat ikut ko dari mula".
"Aku hebat punya. Mesti ada follower punya nanti. Lagipun tak payah follower2. Aku dah ada yang setia follow hidup aku. Nama dia As Eleyana".
Ungkapannya mungkin tiada sama. Tetapi maksudnya kira-kira begitu. Dan aku. Senyum-senyum malu. Berdiam dan berfikir dengan tafsiran sendiri sebenarnya tatkala itu.
Sakit
Ada sesuatu yang tiada kena sedang berlaku kini.
- solat. tahu rakaat ketiga. dirakaat keempat bangun ke rakaat 5. kerana lupa dirakaat berapa sebenarnya.
- berak. sudah tentu dengan nikmat. berjalan keluar beberapa langkah. kembali ke mangkuk tandas. yang sebenarnya sudah kosong di flush sebelumnya.
- apa? u cakap apa tadi? walaupun tiada apa-apa yang dicakap olehnya sebentar tadi.
- telefon. yang diletakkan di dalam laci seminit tadi. kini tercari-cari di atas katil besi.
fenomena apakah ini? nak pergi pusat kesihatanlah nanti. mana tahu dapat mc. boleh tuang lecture lagi.
Note1: che det datang ump. dia comel. senyum saja sepanjang masa. rasa macam mahu tolong cubit pipi.
Note2: 2,3 hari mengidam. hari ini jadi rezeki. soto tabur ayam, daun, bilis serta bawang. sup tidak terkecuali. tuhan memang tahu segala isi hati. terima kasih tuhan.
Tak tahu tajuk
Situasi satu
Suatu waktu di surau Shahab Perdana, Alor Star
Makcik : Tandas kat mana nak?
Aku : Dekat bangunan sana makcik.
Makcik : Ya ka. Jauh la ya. Takpa2. Makcik tahan kencing.
Aku : (terangguk-angguk)
Surau di stesen bas utama Alor Star itu kecil sebenarnya. Ruangnya muat untuk 3 ke 4 orang bersolat dalam satu-satu masa. Tempat wudhu'nya ada dua paip sahaja. Dan betul-betul bersebelahan ruang solat. Selepas perbualan ringkas bersama makcik tersebut, aku ke ruang solat. Tanggalkan tudung dah melangkah semula ke ruang wudhu. Kalian tahu apa yang aku lihat?
Situasi dua
Bersebelahan bas Utama pukul 6 pagi di hadapan tempat menunggu bas UMP
Pakcik : Beg kamu mana?
Aku : Tuh pakcik (sambil menuding jari)
Pakcik : Tudia aah.. Yang tuh pakcik pun tak boleh nak ambik.
Aku : Pastu macam mana
Pakcik : Nieh kamu pijak tayar nieh kamu panjat naik. Merangkak amik.
Aku : (terangguk-angguk lantas panjat naik ke ruang dalam bahagian simpanan beg)
Dasar pengecut. Panjat berani turun tak reti. Dan si pakcik itu menghulurkan tangan. Sedaya upaya aku cuba capaikan semula kaki ke tayar bas. Gila hapa. Dah tua bangka mahu didukung lagi.
Pakcik : Ish beratnya kamu nieh.
Aku : (terangguk-angguk)
Rasa macam anak babi yang montel sekejap.
12 jam dalam bas memang buat bontot kebas. Lain kali mahu pulang awal ke ump.
Cuti sudah tamat
Everyone is packing up. Siti too is on her way back to ump. Facebook meriah dengan status sedih habisnya cuti. Dan aku disini basuh baju pun belum lagi. Packing apatah lagi. Tiap-tiap kali cuti pun, mesti sampai Isnin pagi. Bila habis cuti, mesti berat hati mahu pulang ke kampus lagi. Emm..
Cuti sudah tamat. Kitab kejuruteraan pula menanti.
Semalam dan hari ini 4
Semalam ke City Plaza Alor Star bersama Wahidah, Fauziah dan Safra. Sahabat-sahabat sekolah rendah. Kebiasaan berjumpa dengan mereka, topik perbualan seharusnya menjurus kepada sahabat dan percintaan. Hubungan di antara lelaki dan perempuan yang mungkin berkaitan rapat dengan hati dan perasaan. Bukan hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan ya. Awek dia kuat cemburu, dia takut awek dia, awek dia garang, dia makin sosial, bla bla bla.. Girls' staff.. Berborak perkara sedemikian rupa sekali sekala memang ada seronoknya. Aku bukan malaikat untuk lari dari dosa telinga. Aku perempuan biasa yang turut suka mendengar cerita-cerita begitu. Haha. (Kelakar ke?)
City Plaza sunyi. Kurang manusia di sana. Figura-figura patung yang mempamerkan baju kurung dan kebaya cukup banyak. Untuk lain kali, jika mahu shopping baju raya, blouse dan tudung lagi, aku mahu ke sini. Banyak gilaaaaaa butiknya. Rambang mata. lalala..
Di sana menonton Hantu Bonceng. Pertama kali tahu tentang cerita nie dari blog Cik Epal (setahun ada la 2,3 kali aku singgah). Dalam review Cik Epal, dia bilang kelakar. Tapi aku tengok biasa-biasa saja. Lain manusia lain persepsinya ye dok. Turun ke McDonald di bawah. Satu fakta. Aku tidak makan dan langsung tidak suka burger McDonald. McDonald adalah fast food restaurant terakhir dalam senarai pilihan aku jika ada. Jadi aku beli fries dan ice cream nya. sedap ooo..
Dan aku beli ketiga-tiga buku di bawah di Popular sana. Satu daripadanya aku hadiahkan kepada Shiela. Aku kira dua lagi akan jadi stok sepanjang semesta la jawabnya. Almaklumlah buka semesta kitab kejuruteraan pula perlu aku buka. Ayah aku janji satu perkara. Graduate dengan pointer 3.5 dan keatas, pinjaman PTPTN fully dia biaya. Dasar manusia kedekut, aku akan pastikan aku graduate dengan pointer tersebut. Satu sen pun aku tak mahu keluarkan. Janji itu ibarat satu catalyst tahu. Pasti makin laju rate of reactionnya selepas ini. Bhahaha!! Ketawa golek-golek.
Pukul dua ke Kangar dan Padang Besar bersama Shiela dan Awin. Beli periuk (abang aku punya). Blouse 2 helai dan romper carters sepasang untuk anak-anak buah aku. Murah juga la. Order makan, buka purse tinggal RM6. makanan rm6.50. babi. kenapa tak perasan. Awin tambah 50sen. Balik rumah dalam purse cuma ada resit. Haha.. Gila seumur hidup rasanya tak pernah aku pulang rumah dengan hanya ada 20sen dalam tangan. Shopping sakan. Kah3x..
Esok hari washing sedunia. Ahad malam pulang ke UMP dengan Utama. Isnin pagi sampai. Pukul 8 pagi kelas Arab pertama. Bhahaha.. Buat kerja gila! Tumpang tido dalam kelas ye ustazah..
Hati
Sesetengah perkara, lebih baik didiamkan dari bersuara. Hati manusia mungkin sama merah. Apa yang terfikir dan apa yang terniat di dalamnya, barangkali cukup berbeza. Penilaian kita pada manusia biar berpada. Kerana kita juga tergantung di atas penilaian Dia di atas sana. Boleh jadi mereka yang dikatakan tidak bermaruah itu sebenarnya punya hati yang sangat cantik. Dan maruah yang jauh lebih tinggi di pandangan pencipta. Kita manusia, cukup-cukuplah menghukum. Berkata biarlah berpada. Kerana masih ada hati-hati yang perlu dijaga. Bukan semua manusia mampu punya terasa yang bermakna.
Rambling
My little brother is currently having his SPM's trial. But i do really wonder how can he still chatting and facebooking all night, as well as playing online games the whole day. Guys is always like that. Cool in a wrong situation and places. Thought that they are actually cool.
Man are from Mars. If Mars' people is behaving in that way, so Mars' people are really lazy. Not cool. As both are totally different. I guess so. Emm..
Raya lagi
Semalam keluar ke Alor Star beraya dengan kawan-kawan Jenan. Bermula dari rumah Suria ke rumah Aiyad dan Zharif, ke Kuala Kubu Baru di Kuala Kedah, ke rumah Hasnan berhadapan dengan Masjid Al-Bukhary, ke masjid Al-Bukhary dan akhirnya ke rumah Cikgu Zaleha. Cikgu Zaleha pernah mengajar aku Sejarah sekali ketika aku di tingkatan 2. Tapi pertama kali ke sana dan bersalam dengannya, she can pronounce and call my name clearly at first place. Dia ingat aku lagi rupanya. Never thought of that.
p/s: All the pictures here are credited to Awin. Taking from Facebook. Aku private tag picture so memang tak boleh tengoklah kan. Tengok sini jelah ya..
![]() |
| At Zharif's house. Rumah dia di tengah2 sawah. SAngat cantik! Pendek rupanya aku. |
My first time went to Kuala Kedah too. It is just too beautiful. Tempatnya sangat cantik untuk photoshot. Tak perlu ada rupa orang, panorama dia sendiri dah cukup cantik. Ada kapal-kapal dan boat. Juga tapak bekas kubu pertahanan dan istana lama yang dikenali sebagai Kuala Kubu Baru. Ada peluang nanti mau ke Kuala Kedah lagi.
![]() |
| At Kuala Kubu Baru |
![]() |
| Still At Kuala Kubu Baru |
Juga pertama kali singgah di Masjid Al-Bukhory. Masjid yang dibina bersebelahan kompleks Al-Bukhory. Kalau tak kenal Bukhory sila Google.
![]() |
| Berhadapan Masjid Al-Bukary Alor Star. So you guys, Selamat Hari Raya!! |
Hari ini ke Pasaya C-Mart Arau dengan abang dan kakak ipar aku. My second time went there since it was built. Tak macam dulu, kawasan tuh dah sangatlah maju. Pasarayanya pun booth dah penuh dan barangan pun banyak. Kedai di sekeliling juga bertambah. Even UITM's busses drop their students in that area.
Ada coolblog. Aku tau tau apa yang best dan famous sangat benda alah nieh. Aku cuba chocolate blog. Tak sedap pown!!
Dan aku dah end up nak beli Xperia Mini latest one. Still not sure either Xperia Mini or Mini Pro. Either one. For Xperia Mini yang latest punya, harga di internet around rm700. But there the seller said is only rm500 something. I told him the latest one. That phone is out of stock so tak boleh juga aku nak tengok. Kalau rm500 something untuk latest Xperia Mini kira murahlah. Just hope he was not confused with that. Samsung Galaxy Ace was out of stock too.. Tak apalah. Next time datang lagi. Overall, kawasan C-Mart Arau sekarang memang worth to visit on. I did buy a 2 colour scarf with RM5 too.. Murah gila kan!!
Wang Kelian
p/s: Gambar blur. As Emeldya Ali, klik pada gambar untuk besarkan. Just in case kalau ko tak tau. Bhahaha..
21 tahun hidup, pertama kali aku ke Wang Kelian. Sempadan antara Thailand dan Malaysia terpisah dengan imigrisen masing-masing. Jika di sbelah Malaysia dikenali sebagai Wang Kelian, di sebelah Thailand, dipanggil Satun rasanya.
Secara ringkasnya, Wang Kelian merupakan kawasan membeli belah barangan-barangan buatan Siam yang dijual di gerai-gerai kiri dan kanan sepanjang jalan. Kawasannya memang kawasan berbukit. Untuk ke sana juga memang kenderaan akan melalui kawasan berbukit yang curam.
Pelbagai barangan dijual. Antaranya pakaian, periuk, tikar, comforter, barang mainan, aksesori, keperluan harian, beg dan banyak lagi. Harga barangan lebih murah dari barangan di Padang Besar. Aku ada rembat blouse sehelai dengan harga rm15 dimana di Padang Besar dijual dengan harga rm25 sehelai. Seluar tidur dengan harga rm10 sehelai juga aku rembat. My sis in law bought a pair of dress for her daughter for rm5 per dress. Murah gila kan? Hahaha..
| Kukur kelapa. 320 Baht beranggaran RM32 duit malaysia |
| Jus buah ya. Bukan arak. |
| Ais kacang. RM 1.50 each. Warna pink itu agar-agar, sebelahnya roti. Putih itu buah noun, hitam itu cincau, sebelahnya kacang dan tepi sekali jagung |
| Di hadapan imigresen Thailand |
| Checkpoint daerah Satun |
Secara keseluruhannya Wang Kelian memang menarik. Cuma lewat petang dan hujan kitorang datang, jadi kurang meriah. Dibuka setiap Ahad (tak pasti) dari pukul 8 pagi hingga 7 petang. But by 6 dah banyak gerai mula tutup.
Dalam perjalanan turun, kitorang singgah di Gua Kelam lama. Bukan rezeki nak naik kereta api di Gua Kelam 2 (Gua Kelam baru). Juga tiada rezeki untuk masuk ke dalam gua as it was closed by 6pm. So, sekadar sempat untuk snap some pictures di luar jelah.
| My brother sedap makan pulut ayam sorang2 |
Kosong
Few friends dah mula tegur, aku susah dihubungi. Acap kali tidak punya kredit, jika ada tetap masih berdiam diri. Aku sendiri tidak tahu kenapa begitu. Seolah-olah aku berada di dalam dunia sendiri dengan fasa kehidupan yang mengalami perubahan secara besar-besaran.
Selama aku bercuti, aku akui aku sangat kurang pegang phone. Battery weak, phone mati, aku biarkan berhari-hari. On pun malas charge apatah lagi. Topup juga begitu. Facebook masih aku buka. Perhati dan komen apa yang perlu. Blogwalking itu selalu tetapi berblogging itu masih suam-suam kuku. Aku berdiam bukan bererti aku tiada rasa mahu ambil tahu apatah lagi tiada rasa mahu ambil peduli. Aku masih mengikuti perkembangan orang lain. Cuma mediumnya terhad melalui media maya. Tiada komunikasi atas talian mahupun khidmat pesanan ringkas dari telefon di tangan. Jika itu suatu perkara yang salah, aku mohon maaf..
Dan terima kasih. Kerana teguran itu bermaksud masih ada rasa sayang dan mahu ambil tahu tentang aku. Masih mahu bersabar punya kawan seperti aku. Sepertimana aku mula sukakan baby, masuk ke dapur buka api dan masak nasi, berbaju kurung dan berblouse lantas simpankan semua baju-T, phone yang suatu masa merupakan gadjet utama terpenting kini jauh dari sisi, aku pasti ada sesuatu yang sedang berlaku.
Sukar untuk mengerti dan memahami apa yang dirasai orang lain. Tetapi acapkali lebih sukar untuk kita mengerti dan fahami apa yang sedang berlaku di dalam diri dan hati sendiri. Nothing wrong with me, but something wrong is happening in me..
Santapan sepanjang cuti
"Rasanya teruk seperti tayar getah"
"Cili itu nampak sangat burok seperti paku berkarat"
"Makanan kamu tidak akan diperakui jabatan kesihatan"
"Kamu lelaki beruntung kerana belum ada yang mati memakan makanan kamu"
Itu antara yang keluar dari mulut Gordon Ramsay dalam US Masterchef Season 2. Kebiasaan aku memang ketawa terbahak-bahak setiap kali mendengar ungkapan-ungkapan tanpa jangkaan tersebut. Satu perkara yang aku kira punya perbezaan yang sangat ketara di antara Masterchef US dan Australia ialah character judges dan peserta. Australian's judges nampak lebih low profile, kira down to the earth la. Dan contestant dia nampak cool dan berkebolehan jugak aku kira. Berbeza dengan US, judges dia nampak a bit egois, that kind yang kalau tegur memang tanpa tapis-tapis lagi.
"Cili itu nampak sangat burok seperti paku berkarat"
"Makanan kamu tidak akan diperakui jabatan kesihatan"
"Kamu lelaki beruntung kerana belum ada yang mati memakan makanan kamu"
Itu antara yang keluar dari mulut Gordon Ramsay dalam US Masterchef Season 2. Kebiasaan aku memang ketawa terbahak-bahak setiap kali mendengar ungkapan-ungkapan tanpa jangkaan tersebut. Satu perkara yang aku kira punya perbezaan yang sangat ketara di antara Masterchef US dan Australia ialah character judges dan peserta. Australian's judges nampak lebih low profile, kira down to the earth la. Dan contestant dia nampak cool dan berkebolehan jugak aku kira. Berbeza dengan US, judges dia nampak a bit egois, that kind yang kalau tegur memang tanpa tapis-tapis lagi.
Kalau di Malaysia, komen yang menyakitkan walaupun membina boleh jadi isu dan masuk paper, di sana komen sebegitu kira makanan harian peserta yang perlu diterima. Humiliation is normal there. Hanya orang yang pernah dimalukan kebiasaannya tahu untuk memalukan. Dan dimalukan dalam sesetengah keadaan bukanlah sesuatu yang memalukan. Itu antara yang aku belajar dari both show, Masterchef dan Hell's Kitchen. Part of a message bring out by Paulo Coelho in his book 11 minutes too.
Antara menu yang cukup common dalam kedua-dua rancangan ni ialah Halibut dan Risotto. Sesuatu yang hanya aku tahu dari sini. Lapar. Nak pergi makan.
Rambling 2
Rancangan 6 tahun masih berjalan walaupun perlahan. Hari ini aku belajar masak ayam paprik dengan akak ipar aku. Semalam balon pulang. Gila lapar, maka sekeluarga keluar makan di Rosnani. Hidangan tiba sejam kemudian. Hingga ke tukang masak turut keluar angkatkan hidangan. Kesian..
Definisi raya aku cuma hingga hari ketiga. Semalam dan hari ini dirumah sendiri. Mereka yang lain keluar kerana masing2 punya agenda tersendiri. Pity of me perhaps, abang aku bilang esok mahu bawa aku ke Wang Kelian. Pathetic is it. Orang lain beraya jalan sana-sini, aku di rumah mengadap tv. Hari ini Esan dan girlfriend adik angkatnya, serta boyot dan kakak angkatnya ke Langkawi. Ayah aku pulang, dia soal kenapa tidak ikut serta. Aku bilang geng kurang kena. Nanti2lah. Dia ketawa. Dia cakap tak apa. Bulan 10 kita bercuti. Aku diam. Malas mahu bertanya lagi.
Raya pertama dan kedua tiada gambar raya. Aku tak punya kamera sebenarnya. Sumber gambar terbesar aku datangnya dari nokia 6300 aku. Sekarang phone tuh rosak. So, no phone, no camera, no pictures. Aku ada punya niat nak beli phone baru. Akak aku suruh beli blackberry so that aku boleh ber bbm dengan dia. Tapi aku kurang berminat sebenarnya dengan blackberry. Specifikasi paling penting perlu ada pada hp pada aku adalah kamera, music player, calendar & schedulu, stopwatch, dan ruang sms yang ringkas dan mudah. Paling penting harga below 1k sebab aku kedekut. Thats why aku kurang berminat dengan blackberry. Kerana kameranya burok. Paling menarik pun blackberry torch dengan 5megapixel. Sebab kedua, blackberry lebih sesuai pada mereka yang suka socialize dan berinternet. Kalau jenis post status di facebook pun sebulan sekali macam aku nieh, dan topup pun malas, memang tak sesuai la blackberry dengan aku. Abang sulong aku suruh angkat LG tapi aku tak berminat. Dan abang kedua aku suruh angkat Xperia. Satu-satunya Xperia yang menarik pada aku ialah Xperia Arc tapi kalau tengok harga, rasa macam rendang semalam yang dah tukar jadik taik pun mahu terkeluar balik. SO sekarang, aku masih fixed on with Samsung Galaxy Ace which is under 1k, good audio, music player, 5M camera and 2.2 android. Just nice untuk aku yang mahu kenal dunia android. Aku masih tunggu cadangan lain lagi jika ada. So, you guys, any idea handphone apa yang suit well dengan ciri2 yang aku nak?
Hari ini masih hari raya bukan? So Salam Syawal aku ucapkan. Salah silap sepanjang perkenalan aku minta maaf. Terkasar bahasa sepanjang aku berblogging juga aku minta maaf.
Aku, Ayah & Mat Sabu
Ayah: Kak Elia nanti sebelum balik fotostat ayah ic depan belakang
Aku: Nak buat apa
Ayah: Nak daftar mengundi la. Ayah suruh orang lain daftar, ayah pulak dapat surat 2 orang anak ayah tak daftar lagi. Kak Elia ngan abang esan.
Aku: Emm.. ok.
Ayah: Mana tau untung ada rezeki time cuti bila-bila tengah time mengundi.
Aku: O0, janji mengundi la. Orang undi PAS pown tak pa la noo.
Ayah: Ee.. Kak Elia tak tengok ka Mat Sabu bla bla.. komunis.. blabla..
Aku: *%&#$*! Ok.
Ayah: Undi mana-mana tuh terpulang. Yang penting kena ada rasa kewajipan untuk daftar. Faham?
Aku: Heh..
Famous sungguh ya Mat Sabu sekarang. Ekekeke.. Tua-tua pown mahu jadi attention seeker lagi. kena berguru sama dia nieh. Bhahaha!!
Aku: Nak buat apa
Ayah: Nak daftar mengundi la. Ayah suruh orang lain daftar, ayah pulak dapat surat 2 orang anak ayah tak daftar lagi. Kak Elia ngan abang esan.
Aku: Emm.. ok.
Ayah: Mana tau untung ada rezeki time cuti bila-bila tengah time mengundi.
Aku: O0, janji mengundi la. Orang undi PAS pown tak pa la noo.
Ayah: Ee.. Kak Elia tak tengok ka Mat Sabu bla bla.. komunis.. blabla..
Aku: *%&#$*! Ok.
Ayah: Undi mana-mana tuh terpulang. Yang penting kena ada rasa kewajipan untuk daftar. Faham?
Aku: Heh..
Famous sungguh ya Mat Sabu sekarang. Ekekeke.. Tua-tua pown mahu jadi attention seeker lagi. kena berguru sama dia nieh. Bhahaha!!
Subscribe to:
Posts (Atom)









