Productive

Alhamdulillah. Pagi yang super productive. Harap dapat selesaikan methodology, abstract, dan complete excel untuk tunjuk Dr rizza esok.

Harap esok dah boleh mula study untuk paper rabu & khamis nieh.
Chaiyok2 yana!!
Mandi dan makan dulu jom.

='(


: )

Presentation room dah macam medan perang. Inilah feedback negatifnya bila panel semuanya dari group propylene oxide sendiri. 4 group present. Production of propylene oxide. bezanya cuma production rate dan process selection yang diguna. Bila 1 group present, panel (supervisor group tersebut) diam tak masuk campur. 3 panel lagi akan Q&A dan evaluate.

Mula presentaion pukul 2.10. tamat pukul 6 petang. cuma 4 group. "Bapak" gua memang rata-rata dah tahu gitu caranya. Nak kutuk lebih malu juga. Gaji dia 15k sebulan. Gua dengar pun gua terdiam. Kalau sebelum-sebelum nieh gua selalu cerita gua kalau jumpa dia boleh sakit kepala dan nangis2. Benda yang korang rasa remeh je sebenarnya tapi jadi satu isu bagi dia. Kesalahan paling bodoh gua buat gua lupa letak Ir. dekat nama dia. Report gua kena reject. Kali kedua gua lupa letak titik pada Dr. dan Ir., gua kena bebel2. Belum kira semua ayat yang gua tulis guna perkataan "method" terpaksa gua tukar pada perkataan "process". kJ/hr yang jadah merata bersepah dalam report gua terpaksa tukar ke kJ/h. Belum tengok citation dan reference lagi. Sudahla. Gua malas nak cite lebih2. Kalau nak cakap gua mengumpat, kita dok mengata firaun dan abu jahal tuh tak kira mengumpat juga ke?

Dijadikan cerita, isnin lepas, pagi dan petang gua dan kawan2 jumpa "bapak" kita. Part conclusion, ada 4 ayat. Semuanya dia yang buat. 4 ayat pada satu slide, hampir 2 jam. Walhal paraphrasing saja sebenarnya. Nak cakap gua menipu? Pegi mampos. Gua cakap benda betol. Jumpa dia pukul 5.15pm, 5 minit sebelum pukul 7 minta izin lari2 pergi solat Asar. 

Benda jadi isu bila group geng gua yang buat guna method yang sama, tulis conclusion yang serupa seperti group gua. Bila ayat itu dia yang buat, memang melekat benar dekat kepala. Waktu group geng gua present, mata jegil sama gua dan kawan gua bukan main lagi. Siap datang tanya, siapa yang beri slide pada group satu lagi. Kawan gua mengaku dia kasik. Sebagai rujukan. "bapak" gua cakap kawan gua nieh miang keladi. Aigoo..

Maka waktu Q&A session, habislah group itu "bapak" gua serang bertubi-tubi. Perkara pertama tentulah pasal conclusion tadi. Bapak gua tuh klu mood dah berangin memang makin berapi-api lorrr.. Kasihan gua dengan group tuh. Tegang sangat situasi barangkali, supervisor group tadi naik angin dan mula campur tangan skali pertahankan group dia. Lebih tepat membetulkan salah fahaman bapak gua dimana bapak gua bilang sepatutnya process selection setiap group tidak boleh sama. Bapak gua terkejut barangkali bila dia tengok rata2 point presentationnya hampir sama. Dari PFD, material balance ratio, objective, etc hampir sama sama. Sememangnya group gua dan mereka sll juga bertukar maklumat maka bukanlah sesuatu yang mustahil kalau punya maklumat serupa. Bapak gua cakap this is very bad. (dia maksudkan meniru barangkali). I will give u bad mark.

Tamat presentation dorg, group gua pula kedepan. Bapak gua yang tadi bising kini terpaksa diam. Kah3x... Kah3x.. Time ini group gualah pulak kena serang. Antara yang kena mestilah part gua. Economic potential. Tapi dari awal2 presentation lagik memang gua dah justify dan mengaku siap2 calculation gua salah. Maka disebabkan itu gua tak guna conversion dari situ tapi guna conversion dari journal. Dia tanya kenapa. Gua cakap banyak limitation antaranya rate law yang gua derive dan k value. dia minta derivation gua. tunjuk report. Dia minta side reaction lain. Kitorg keluarkan journal itu ini. Macam celaka. Group lain tak kena pun. Benda yang paling dia tak puas hati, group gua boleh purge out hydrogen gas. Dia tanya mana kitorg dapat hydrogen gas. kitorg cakap dari decomposition of hydrogen peroxide. dia tanya mana equation tuh. buktikan pada dia. dia kasik 14jam pada group gua. esok sebelum pukul 10 pagi datang kasik bukti, kalau tak mampu buktikan dia kasik 0. "I'll give u zero".

H2O2 --> O2 + H2O.
O2 + H2 --> H2O2

memang tak wujud sebenarnya h2o2 decompose hasilkan h2. gua baru tahu hari nieh. kah3x..
bila kitorg mengaku, ok ini salah kitorg, still dia nak kitorg dtg bilik dia before 10am tomorrow dan prove pasal benda tuh. memang sah2lah tak jumpa kalau benda tuh tak wujud. Ini bapak gua punya pasal la. Nak kasik bad mark. Nieh kan group gua dah dapat telur ayam terus. apa pown tak boleh.

Bapak gua paling senior antara semua panel sebenarnya. Panel group tadi pula lebih muda. Waktu group gua present, bapak gua marah2 mulut dengan dia (tak puas hati lagi gamaknya). Sebab tuh bila Q&A dah macam taufan jadinya. Sesama supervisor berperang. Anak buah jadi mangsa. Aigooo..

As a resolution, untuk mengelakkan plagiarism lah kononya pada pandangan panel, mereka suruh tukar production rate kasik berbeza. Entah kenapa malang sangat tak tau, cabutan undi sesama group yang punya production rate yang sama meletakkan gua sebagai group yang terpaksa tukar production rate. Ini memang celaka. Terpaksa mula dari production, consumption, demand semua untuk justify production rate baru. Paling tak kelakar terpaksa buat material energy balance baru. Dan run aspen lagi. Excel boleh tahan. Ubah value saja. Manual calculation?? Report??   

Gua tak ada perasaan apa pown sebenarnya. Gua rasa kelakar lagi ada. Macam2 gua belajar dalam kelas presentation hari ini. Sungguh manusia ini bermacam2 ragam tuhan kasik. Maha suci Allah. Terpaksa ulang kerja dari awal semula pasti ada hikmah yang tersembunyi. Chaiyok2! Jumpa panel esok dan mengaku tak jumpa bukti. Jumpa sv dan tahan telinga dan tanam kesabaran dalam diri. Fokus pada final exam dan thesis pula selepas ini. Hipppppppppy!

Plant Design 1 presentation

Dup dap dup dap.
nak terberak terkencing semua ada.
tak lama je lagik kol 2. 25 minit present. 25 minit Q&A. total 50 minit.

yang paling gua takutkan
economic potential 1 gua revenue-raw baru 171 e6 million

tapi.

economic potential 2 (EP2), revenue (trmasuk side product) - raw = 2.9 e18 million 
economic potential 3, = (EP2) - reactor price-compressor price = ....e18 million gak...

nieh tlg ckp jap cmna gua nk explain pehal price xturun, tapi naik 3 kali ganda lagi adalah.. pada conversion plg rendah plak tuh. celaka tol.

nak terkencing oiiiii

Terasa

Sekurang2nya, dosa bermaksiat masih boleh diampunkan Allah bila bertaubat.. tetapi dosa mengumpat memerlukan kemaafan drpd org yg diumpat terlebih dahulu.. dan ad riwayat yg mengatakan, tidak akan masuk syurga seseorg itu seandainya ada walau sekelumit rasa sombong di dlm hatinya, di mana dia merasakan dirinya lebih mulia berbanding org lain, naudzubillah..

komen sahabat di FB
017 9855164
no postpaid maxis gua

no maxis lama pakai je. tp batery phone dh seminggu kong gua malas nk charge. kah3x
btw congratulation to my sister. She got 8A. Dia memang bijak barangkali. Gua dulu dapat 8A gua belajar rajin. Sekanrang pown belajar rajin tak dapat result gempak juga. Dia tengok tv tido baca novel pown dapat 8A. Allah beri rezeki pada setiap orang memang tak sama kan. Besar hikmahnya.

As for junior di Jenan, entah mana silapnya out of 130, only 53 got straight A. Tahun lepas 97 orang rasanya. Tak apa adik-adik. Nilai ilmu bukan pada gred kamu. Berusaha rajin lagi selepas nieh. 

=) 
When i start to burst into tears in front of my plant design supervisor, i knew that i am at my limit. Thats not the worst cases of me, getting lectured or fired. And i am not even offended with the words came out from him. I already got that a lot from my manager during my practical training as well as during the Nihongo class at high school for almost each week. Still i won't cried. Its too embarrassing.

Its a 120 pages something of report which we spent days and nights for few consecutive days to finish. And the progress of finishing the task were started from the early week of this semester. When the reports were rejected once (last night of course), we spent hours of our night to redo again. And when they were rejected for the second time today.. The least i can do was crying.

Since the door was left opened, people passing by were keep their eyes on us. Still i don't mind. Till Dr. Mazrul who was passing by suddently stopping by. And that was a double embarrassing moment i ever had in my life. I covered my face. Tried to cool down and laugh to cover the tears. Dr. Mazrul ask my supervisor what is happening. He knew i was crying. and he smile. He knew me. He was once become my supervisor for my industrial training. And i was like, "hahaha. apa nieh sir. malu." Dr. Mazrul took the report and go through with it where he came to a conclusion that the report is good and everything seems ok and well arranged. Thats when he smile at me again and said, "its ok. Plant Design is sure a tough time for you, thats a period where u will cried, depressed.. But after this, when u flash back all these things, thats when u see how great that period is. I have been through that period. so i knew how it goes".

Its a big relief when my supervisor finally putting his signature there. When everyone else were already submitted theirs last night, we did those today. Still he want a copy of editted report by next week. 

Tak apalah. Itu pun dah cukup untuk saya rasa lega. Saya menangis bukan kerana saya kena marah. Tapi sebab saya sedih apa yang saya usahakan bersama kawan-kawan, banyak waktunya tanpa tidur dan tanpa punya kesempatan makan, masih salah dan tiada pernah kena. Dah seminggu macam nieh. Badan dan fikiran saya, dan kami, sungguh memang sudah sampai ke puncak kekuatannya. Cubalah untuk tidak tidur 2 malam. Kalian akan bangun berdiri lama terpinga apa yang kalian mahu lakukan sedangkan tangan kalian memegang toiletries dan towel untuk mandi. Kalian mungkin juga akan meminta diulang percakapan 3,4 kali kerana kalian tidak faham apa yang sedang disampaikan. Mungkin juga kalian boleh lupa kalian belum makan lagi nasi tengah hari tadi yang kalian beli. Lebih teruk lagi kalian lupa untuk berak bila kalian sibuk menahan buangan mengejar masa. Bertambah teruk bilamana kalian lupa kalian belum solat Asar lagi kerana sibuk mengejar masa yang mana akhirnya usaha kalian ditolak mentah-mentah. 

Waktu itu, kalian cuma berharap punya ruang untuk berehat sebenarnya. 



Ya. Aku menangis dihadapan Dr. Ir. Said Nurdin. Sehingga Dr. Mazrul datang, aku masih lagi menangis dan cuba ketawa hahaha untuk cover malu.
4 am

rejected


nak mencarut pun dah tak upaya lagi. mungkin tidur yang terbaik untuk masa sekarang. mulakan hari esok dengan lebih baik lagi. chaiyok2 Eleyana Ali.!!
test arab tadi,
saya tiru siti
getting so nervous. sambil study pun boleh gigil tangan. depan buku arab. dalam kepala fikir mass balance. walhal test final arab beberapa jam je dari sekarang. tak cukup masa sangat dah nieh. esok jumpa dr rizza untuk PSM. khamis sudah kena submit thesis. thesis sangkut. plant design pun sangkut. baru settle mass balance untuk reactor. masih ada flash drum dan 5 distillation column. recycle and purge stream yang belum consider. compressor, heat exchanger. excel lagi. server sibuk down waktu gnie. paham tak plant design dan final year projek gua kena guna aspen plus dan HYSIS. faham tak ada beberapa figura manusia akan jadi sangat bermasalah bila simulation tak boleh run? macam mana nak buat energy balance mcm nieh. rabu juga kuiz waste water. rabu juga test process control lab. rabu juga kena submit final report plant design 1. rabu babi.

Nak balik rumah

how much i wish i never grow up. time sure is flying by so fast. 
and i keep on growing.
Allah, saya sangat letih.



SMS

"Salam. Ayah, adik nieh elia. Kita
 malu nk minta tp kita dh xde duit
 nieh nk makan. Hahaha. Sory."

"SALAM JGN KATA GIITU  AYAH
LAGI LA MALU ANAK TAK DAK
DUIT NK MKN ESOK AYAH
MASUKAN ..BAGII NO ACCT...DOK
DLM HP LAMA TK"


lama baru ayah reply. aku berhenti type report dan teresak-esak nangis selepas dapat mesej tuh. aku janji pada diri sendiri aku nak kejar cita-cita aku dulu sebelum kahwin. aku janji.

December


Everyone else are having their hard time as well. Nak merungut hanya tidur 2,3 jam untuk 3 consecutive day pun celaka malu. Sekurangnya aku masih mampu tidur. Ada yang langsung tak tidur. Tapi kalau satu malam terpaksa telan 4-6 biji panadol untuk hilangkan kesan sakit kepala, pengakhirannya memang ko merungutlah juga. Hidup sekarang memang tak boleh sakit mahupun sakit kepala. I hate u final year. I hate you december.

Baru sampai dari Beranang, Selangor untuk program Degree++. 2 lab report Process control, and kuiz WWT menanti esok. Celaka betol. Fizikal mental dah terlalu letih dengan 3malam tanpa tidur lelap disebabkan 3days take home test Plant Design. Bersambung dengan 2 hari bermain dengan configuration deltaV Emerson DCS. Apa lagi kudrat yang tinggal kalau bukan keyakinan semua perkara yang diaturkan itu datangnya semua dari Allah. Berjalanlah juga walaupun perlahan. tak tidur malam lagi malam ini jawabnya..

life is so sweet


ice cream is sure a remedy that bring back smile and laugh.
keep on walking dear Yana. semua orang sedang lalu jalan yang sama juga.
=)

Outing & Degree++

Entry of pictures again while waiting for the video at narutoget.com fully loading.

Outing- Kuantan
15 nov (Thursday)

Awesome day. Sebab memang dah lama tak outing Kuantan. Pity us, mid sem break people go home yet we are here at ump. 4tahun di Kuantan, first time masuk Teruntum. lol. Kedai2 lama. Banyak butik pengantin dan spa. Jumpa kedai rawatan resdung. Balik cerita roomate. Planning to get some treatment there with Fifah. Tak sabar. Serius. Haha. Bought a pair of shoes selebihnya duit habis bayar sewa keta, minyak dan makan. Ptptn makin surut oiiii..







...............................................................................................................................

Degree++ - Emerson, Subang Jaya
16,17 nov (Friday, saturday)

Belajar pasal transmitter, flowmeter, controller, Asset Management System (AMS). Their type and technologies. Voltex, magnetic, differential pressure, ultrasound and many more flowmeter, RTD & thermocouple, pressure transmiter, etc. HART, Fieldbus, Wireless technology. Belajar setting smart transmitter using HART communicator, inside the transmitter, their connection, parts, battery and see the protocol and working principle of each technology. In short, Great experience.















Degree ++

TATI University College, Kemaman
Last Saturday & Sunday

Degree ++ 2nd & 3rd days were so much fun. Yes. Walaupun tuhan uji dengan muntah cirit birit, perut kosong tak mampu terima makanan 2,3 hari, tubuh lembik macam sayur, ilmu & pengalaman yang dapat tuh boleh bunuh semua kesakitan lain.

Kalau sebelum nieh dengan DeW company dia overview pasal teknologi process control dalam industri sekarang, minggu nieh collaborate dengan Azbil Company ataupun nama lamanya Yamatake. Belajar pasal control valve.Yes. Hanya control valve. First day theory. second day cerai & pasang control valve beserta calibration. 









Random

Me: Doctor, how to gain weight?
Doctor: There you go Calcium, Folic acid, Ascorbic acid & B Complex. =/

Umppp, dap!

Happy Belated Birthday Wanie

First musical theater by MPK Kuantan

Degree ++ Process Control & Instrumentation. 1st lecture by Mr Liew from DeW company. Pneumatic, electronic, HART, Fieldbus, Profibus, Wireless, DCS, SCADA, PID etc. Going to Yamatake & Emerson soon. No more weekend.. 

rm1.99 from Giant. Coffe flavor. xsuka.


Dr. Fifah ajar. Keh3

Umppp.. dap!

Maxis prabayar. Free registration with free phone. No fixed amount by month, pay per use with credit limit of rm300. 38 hours free call and 300 free sms every month to same line package user. 10sen/min call to all lines. 10sen/sms to all lines. Contract of 2 years. 

Kalau tahun depan kahwin, anak gua dah boleh berjalan bila gua kena renew semula lesen.







Puisi 1 : Dunia Waktu



Setiap saat engkau mati dan kembali. ”Dunia ini hanya sekejab,” sabda Nabi.
Pikiran kita adalah anak panah yang dibidikkan oleh-Nya: Bagaimana ia akan tetap tinggal di udara? Ia akan kembali lagi kepada Tuhan.
Setiap saat dunia diperbaharui kembali, dan kita tidak menyadari perubahannya yang tak pernah berhenti.
Hidup pun senantiasa mengalir baru, meski dalam tubuh tampak kemiripan bentuk yang berkesinambungan.
Karena cepatnya ia tampak berkesinambungan, bagai kembang api yang engkau putar dengan tangan.
Waktu dan masa adalah gejala yang dihasilkan oleh cepatnya Tindakan Tuhan,
Bagaikan puntung berapi yang cekatan diputar menimbulkan ilusi lingkaran api panjang.

Dunia Waktu - Jalaluddin Rumi

=) Terima kasih Jalaluddin Rumi. Bait-bait kata anda yang indah menceriakan hari saya semula. Chaiyok2 Yana!!

Benzaldehyde vs Propylene Oxide

Naik turun naik turun fakulti.
Keluar masuk keluar masuk bilik Dr Ramesh.
Buat formal letter. Hantar pada koordinator. Pada naib dekan.
Justify, bahaskan, dan bertegas pada setiap watak yang terlibat.
Akhirnya hari ini dapat kelulusan untuk tukar tajuk plant design. Alhamdulillah..

Bye2 benzaldehyde. Hye2 Propylene Oxide.
Nak menangis terharu tengok carian google untuk propylene oxide.
Lapang dada. Alhamdulillah lagi.

Cuma seminggu. Sebelum 5 petang Selasa depan.
Market Analysis, Capacity dan kesemua Route Synthesis.
Chapter 1 - Literature Review dan Screening lagi. (Lembik macam sayur)

Kenapa Propylene Oxide?
Hehehe.. Sebab dekat Malaysia ada Propylene Oxide punya kilang.
Global demand juga melebihi 100 000 metrictonnes/annum. (Kononnyalahkan)
Hakikatnya semua mata kitorg cuma nampak RAPID petronas punya plant di Pengerang.
Ada Propylene Oxide la katakan. (mata pusing2 tangan atas angkat). Kah3x




*Entry budak baru tumbuh bulu hidung. Angan biar tinggi orang kata.  Keh3

Sultan Alauddin Belajar Tasawuf

Cerpen ke 19 daripada 30 himpunan cerpen Faisal Tehrani.
Tiada satu cerpen pun didalamnya yang menghampakan. Allahuakbar.
Terima kasih perpustakaan UMP. 

MENURUT cerita orang, seorang guru tasawuf dari negeri China baru tiba di Melaka, menawarkan ilmunya untuk mengajar ilmu kalam dan ilmu tasawuf.

Nuh Ha Mim, guru agama berbangsa Cina itu menetap di Hujung Medini. Sekarang ini di Melaka pekan ini dinamakan Ujong Tanah. Tidak jelas bagaimana tok guru Nuh Ha Mim ini boleh datang dari negeri China dan menginap di Melaka. Apa yang jelas, tok guru itu tidak datang bersama rombongan Hang Li Poh.

Menurut orang setempat tok guru tersebut berhijrah dari China bersama anak perempuannya setelah dakwahnya diganggu pemerintah dan penjahat. Nuh Ha Mim telah berhijrah ke Maguindanao dan mengislamkan ramai masyarakat di sana. Sekarang ini Maguindanao adalah wilayah di dalam negara Filipina.

Ketika itu Kerajaan Islam Maguindanao belum ada lagi. Tok guru tersebut juga banyak mengislamkan orang di Manila. Memang waktu itu Kesultanan Islam Manila belum kukuh. Tetapi ramai juga yang berjaya diislamkan oleh Nuh Ha Mim. Kemudiannya nanti kerajaan Islam di Manila ini jatuh di tangan penjajah Sepanyol dalam tahun 1571 dan ramai penduduk Manila yang sebenarnya Melayu, murtad menjadi penganut Kristian. Setelah beberapa lama di Sulu, Nuh Ha Mim berpindah ke Pulo Upih.

Sekarang ini Pulo Upih ialah Pulau Upih di perairan negeri Melaka yang kurang dipedulikan orang. Madrasah di Pulo Upih memang tersohor waktu itu dalam menawarkan pengajian tasawuf. Nu Ha Mim menjadi salah seorang guru di sana. Antara muridnya termasuklah Sunan Kalijaga dan Syeikh Sutabris. Apabila muridnya makin ramai, Nuh Ha Mim berpindah ke tanah besar iaitu di Hujung Medini dan membuka pengajian di rumahnya.

Tatkala itu Sultan Alauddin belum bergelar sultan lagi. Baginda hanya dikenali sebagai Raja Husain. Baginda yang memang sukakan ilmu amat berminat untuk berguru dengan Nuh Ha Mim tetapi tidaklah semudah itu.

Pada mulanya memang sedikit sukar Raja Husain meyakinkan Nuh Ha Mim bahawa baginda memang benar-benar berniat dan mahu belajar tasawuf. Berulang-alik Raja Husain ke Hujung Medini. Berulang kali Raja Husain meyakinkan Nuh Ha Mim bahawa baginda tidak mahu menjawat takhta menjadi Sultan Melaka. Baginda tahu ada orang alim yang memang kurang gemar bergaul dengan pembesar-pembesar dan keturunan raja-raja.

“Tak hendak kita menjadi sultan. Apatah lagi kekanda Raja Ahmad lebih layak menjadi pemerintah mengikut turutan. Tidak ada sebab tok guru mahu menolak kita dari menjadi murid. Dinding emas perak lidah kita, bahawa tak terlintas di hati mahu menjadi raja. Kerja menjadi raja itu banyak tanggungjawabnya. Tak terpikul kita.

“Kalau ada seekor lembu patah kaki kerana jalan di Melaka ini rosak berlubang, nanti akan ditanya Allah di hari akhirat mengapa sultan tidak memperbaiki jalan. Kita bukan jenis yang mampu memikul kerja sebesar itu. Biarlah kita mengaji agama saja daripada tok guru.”

Tok Guru Nuh Ha Mim masih belum mahu menerima dengan mudah Raja Husain menjadi muridnya. Tok guru itu meletakkan syarat pula.

“Datangkan kepada kita tujuh jenis benda yang bukan ada harga melainkan kita meletakkan harga padanya, ia bermula ejanya dengan huruf sin.”

Berpeluh Raja Husain, “Tok guru berilah kita petanda satu demi satu agar dapat dipuaskan hati seorang guru.”

“Benda pertama bermula ejanya dari huruf sin itu duduknya di bawah punggung kita.”

Bergegaslah Raja Husain ke Pasar Melaka mendapatkan safra untuk Nuh Ha Mim.

“Inilah kain alas, duduknya di bawah punggung tok guru. Bukanlah ia benda berharga jika tidak dihargai begitu.”

“Datangkan kita sebuah rumah kecil, tidak berpenghuni lagi, tidak ada kekayaan lagi di rumah itu.”

Penuh teka-teki. Tetapi Raja Husain remaja yang pintar. Fikirannya berjalan kerana banyak menelaah kitab. Bukan seperti kekandanya Raja Ahmad yang sepanjang siang berhibur dengan irama-irama, tarimenari dan bersuka gembira daripada sekian dayang. Bergegaslah Raja Husain ke hutan di sekitar Paya Rumput, mencari pohon yang di puncaknya atau pada dahannya tersangkut sarang lebah yang sudah ditinggalkan.

“Inilah sambang. Sarang lebah sudah kosong tiada berisi kerana ditinggalkan penghuninya. Memang ia tiada kekayaan lagi kerana madunya sudah habis dipungut orang. Tiadalah ia punya erti apa-apa lagi.”

Nuh Ha Mim tersenyum, masih menduga lagi, “Benda ketiga bermula ejanya dari huruf sin itu hanyalah mengisi air dari hujung jari kita, tidak punya erti apa-apa lagi.”

Raja Husain berlari pulang ke istana, masuk ke dapur dan mencemaskan sekian dayang dan tukang masak kerana raja muda menggeledah dapur mencari sangku.

Berlarian

“Inilah tok guru, sangku, bekas basuh tangan, menadah air daripada jari-jemari tok guru yang selesai menjamah hidangan.”

“Benda seterusnya ialah tidak cukup ia menjadi satu, tidak laku ia di Pasar Melaka.” Nuh Ha Mim terus menguji kesabaran bakal anak muridnya.

Tanpa berlengah Raja Husain berlarian ke Pasar Melaka dan kembali semula mempersembahkan, “Inilah kita bawakan sekepeng. Tak cukup ia menjadi satu, tak laku ia untuk digunakan membeli apa-apa barangan pun di Pasar Melaka hatta kayu gaharu atau kapur barus sekalipun.”

“Masih belum sempurna permintaan kita. Ayuh carikan segera sesuatu yang jika tidak ada habis rosak kepala Raja Ahmad, jika ada berertilah sedikit kepalanya.”

Di situlah Raja Husain tergendala. Lama juga baginda berfikir apakah sesuatu yang jika tidak ada, habis rosak kepala Raja Ahmad. Benda itu harus bermula dari huruf sin. Pening kepala juga Raja Husain memikirkannya. Hakikat bahawa benda itu melibatkan Raja Ahmad menyebabkan Raja Husain bertambah gusar. Hampir-hampir Raja Husain putus asa.

Raja Husain pun bertandang ke rumah Nuh Ha Mim merayu supaya diberi petunjuk yang lain,

Nuh Ha Mim senyum sahaja. “Selangkas betik berbuah masakan tak terduga anakanda apakah ia yang penuh di kepala Raja Ahmad?”

Dengan petanda yang kecil itulah Raja Husain kembali ke istana dan bertanyakan inang yang menjaga Raja Ahmad. Setelah mendapat jawapan, bersorak gembira Raja Husain dan diucap-ucapkan alhamdulillah tidak putus-putus. Raja Husain berlari ke Hujung Medini mempersembahkan selisik.

“Inilah ia, penuh kutu di kepala Raja Ahmad, jika tiada selisik maka rosaklah kepala baginda raja mahkota.”

Nuh Ha Mim tersenyum, masih ada dugaan yang belum dipenuhi lagi. “Dapatkan kita benda yang ada lok pun tidak berguna.”

Raja Husain yang bijaksana itu segera mendapatkan sepukal. Dimintanya daripada seorang hulubalang tua.

“Tuk guru inilah sepukal, keris yang sudah haus matanya, lurus keloknya dan tumpul pula.”

“Baiklah, inilah yang terakhir. Dapatkan benda yang tiada harga pada Sultan Mansur Syah. Sudah kelabu, jika di akhirat lebih celaka jika tak dapat melepasinya.”

Sekali lagi Raja Husain terperangkap di situ. Lama baginda menilik memerhatikan baginda sultan hingga Sultan Mansur Syah ayahandanya, pun naik kehairanan.

“Apa gerangan anakanda berkelakuan aneh sebegini?”

“Tidak ada apa-apa. Cuma anakanda memikirkan apakah yang ada pada ayahanda akan terbelah tujuh di akhirat nanti.”

Sultan Mansur Syah tersenyum. “Pada hemat ayahanda seperti yang ayahanda maklumi daripada guru ayahanda Kadhi Yusuf, kalau berbuat amal yang baik maka rambut sehalus dibelah tujuh pun dapat kita seberangi.”

Rambut

Mata Raja Husain bercahaya.

“Ampun tuanku ayahanda, jika tiada keberatan, anakanda mengharapkan sehelai rambut tuanku yang telah beruban putih kelabu itu.”

“Untuk apa?”

“Dibuat kenang-kenangan.”

Sultan Mansur Syah ketawa. “Aneh sungguh anakanda. Baiklah apa salahnya.” Baginda Sultan Mansur menanggalkan destarnya.“Mari, cabutlah uban ayahanda seberapa banyak pun yang anakanda mahu.”

Raja Husain keriangan, tanpa berlengah lagi dimasukkan helai rambut itu ke dalam botol kecil dan dibawa pantas ke Hujung Medini.

“Tuan guru, inilah surai baginda ayahanda Sultan Mansur Syah. Surainya putih beruban dan di akhirat kelak jika berbuat amalan baik walau dibelah tujuh sehalusnya pun akan dapat diseberangi titian sirat.”

Nuh Ha Mim angguk. Akur. Menepuknepuk bahu Raja Husain. “Safra itu tempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alas duduk. Kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita. Dunia ini ibarat sambang, sarang lebah yang kosong. Madu kekayaannya untuk orang lain. Habis juga nanti. Yang tinggal dunia yang kosong, ternampak dari luar pada kulit sahaja, menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yang punya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja.

“Sangku itu tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan, itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih dari itu. Janganlah kita membesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan tak punya apa-apa kelebihan. Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada erti apa-apa. Apa lakunya sekepeng di Pasar Melaka? Apa lakunya kekayaan sekepeng di sisi Tuhan?

“Yang kita bawa menghadapnya, iman dan amal sahaja. Selisik, begitulah dunia, seumpama sikat untuk menanggalkan segala kutu yang melekat di kepala. Kebendaan yang dicari manusia dan kemasyhuran hanyalah kutu yang perlu kita tanggalkan, kita bersihkan dengan selisik. Pada sepukal sedarlah kita yang kehebatan manusia itu sementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus.

“Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi kehebatan dan keperkasaan Tuhan. Surai, marilah anakanda kita bertakwa kerana itu sahaja yang akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titian sehalus surai dibelah tujuh. Rasmilah anakanda menjadi murid kita hari ini.”

Raja Husain angguk, mengerti, sebulat hati memahami. Bermulalah pelajaran tasawuf untuk seorang bakal sultan. Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Melaka yang ketujuh.

Ilmu






Sedikit catatan tazkirah Habib Ali Zaenal Abidin,
Kepada yang tak sempat pergi, boleh dengar majlis selawatnya di sini. [Youtube]

Kata Imam Malik : Ilmu itu didatangi
Kata Rasulullah : Belajarlah kamu untuk mencari ilmu. Ganjaran itu seperti takutkan Allah. Bila disampaikan pada orang lain dikira sedekah.
Kata Imam Shafie : Ilmu dan taqwa itu nilai seorang remaja
Kata Ali bin Abi Talib : Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu itu menjaga kamu, kamu menjaga harta.

Ditanya kepada Imam Malik : Apakah dosa yang paling besar dilakukan kepada Allah?
Dijawabnya Imam Malik : Apabila seseorang itu menyembah Allah dalam keadaan jahil.

"Allah tidak melihat kepadamu tentang wajahmu, tetapi isi hatimu"

Plant Design

tak berminat langsung dengan plant design nieh. Sabar sabar sabar. Paksa paksa. Sikit lagi. Bulan 7 dah tak lama. Sikit lagi. Tolonglah bersabar As Eleyana Ali. Baru permulaan.

Market survey. Price list. Route synthesis. Raw materials. Selling price. Purchase cost. Market and demand. Production capacity. Entah apa2 term lagi. Kalau dalamnya tak ada ilmu, memang dah lama aku maki babi setan jin sepak terajang biar hilang. Astaghfirullah..

Salah bidang! Salah bidang!
Tak mampu nak undur lagi..

Ya Allah, aku mohon, temukanlah aku kecintaan pada ilmu ini. Dan aku mohon, temukanlah aku kalamMu dan kecintaanMu melalui ilmu ini. Aku mohon ampun.

Nak pergi mandi lama2, solat, sujud dan nangis lama2.

Mashi + Ijat

Mashi's Wedding
31/8 - 1/9
Teluk Batuk, Sri Manjung, Perak.








Pertama kali sampai Manjung. Pantai Teluk Batik. Pelabuhan Lumut. Since Mashi's family dari Negeri Sembilan, menu kenduri pun masakan sana. Yang paling sedap, sambal tempoyak pucuk kayu. Congratulations to both of you. Both of them masih study di Germany. Memang bijak tak macam gua. Haha

All pictures credit to Hanis and Awin from facebook.. : )