i am not a stalker.
i guess..
i am just a great peeper, keeker & snooper.
i am confused with the word.
but the google translater said it so.
am i wrong?
Updated
A very long entry.. Bhahaha..
22-24/7
Jom Balik Jenan (JBJ) event
![]() |
| di sinilah lahirnya pemimpin |
Kira-kira 62 orang juga yang hadir JBJ kali nieh. Selepas 4 tahun masing2 bawa haluan sendiri, bila jumpa maka banyaklah ceritanya ye tak. Overall i can just sum up that this event is great. Rugi pada yang tak pergi. Rugi oo Subaili.. Rugi.. Kih3x..
That Saturday morning as planed, bermula dengan talk by oversea's students. Pada yang balik kampung pown naik bas macam aku nieh boleh sorok muka belakang kerusi rapat2 la time nieh. Followed up by games kemudiannya. one of a very damn obvious thing here at Jenan sekarang is K-pop (Korean pop). Hey, baik perempuan mahupun lelaki sekor2 pandai menari ala2 k-pop style gitu. Dah tak layan la dikir barat macam zaman aku dulu. Kah3x.. hebat juga penangan K-pop nieh. Not to mention yang aku baru tahu Soju stand for Super Junior. Kah3x.
Petangnya lebih santai. Just an open booth dengan bidang masing2. Here they are exposed with the life after SPM. Matriculation, STPM if any, asasi, diploma, UTP based on result trial, scholarship and banyak lagi la basically revolve around the seniors' experience themselves. After Asar, turun padang. Our junior there sekarang dah ada pasukan sorak sendiri dengan bermacam-macam lagu. memang sangat2 meriah dan menarik. Malamnya dinner macam biasa.
Ayahanda seharusnyalah tak turun memandangkan siangnya Si Crab, padu dan sapa lagi ntah dah kantoi rambut panjang n pakai short lantas dihalaunya keluar. Owh dengar cerita ayahanda mengamuk pagi ahadnya di perhimpunan. Kah3x.. Kesian Cikgu Azizah kena marah.
![]() |
| noey & bella for netball match |
![]() |
| revorian 0307 |
Dengan ayahanda jangan main2. 4 tahun lepas, year of 2007, ayahanda keluarkan arahan pukul 6.45pagi dewan makan ditutup dan 7pagi dah ada di kelas bukak buku sebelum official class started at 7.40am. Kalau dulu waktu nieh masa untuk aku tiru add math Remy yang mana dia sendiri pown baru terkedek2 nak buat la kan. kalau guys pulak biasa waktu nieh sambung buat taik mata. This system is maintained sampai sekarang tahu. Malah ditukar kepada sesi kawan bantu kawan so got no choice time nieh pown memang tak boleh tido kena bukak buku la kan.
Yang paling menariknya tong sampah. Kalau masuk jenan toksah harap la jumpa tong sampah. Ko pegang la sampah tuh sampai cafe. Kah3x.. Sistem sembunyi tong sampah nieh bermula juga pada tahun 2007 dan jangan tak percaya masih juga berjalan sampai sekarang. Yang tak menariknya di sini aku dan Mashi pegang ajk kebersihan time tuh dalam MPP. Macam celaka ko tahu kutip sampah dengan budak hari2. Asal roll call je sampah3. Asal sampah je As3. Heh!!
![]() |
| aku tiada memandangkan akulah manusia di bawah yang snap picture nieh |
![]() |
| bas lama.. rindunya!! |
![]() |
| noey didalam masjid baru.. cantik kan.. |
Kalau ada satu perkara yang cukup berbeza mungkin sistem prep malamnya. kalau dulu time prep je, semua orang di kelas masing2 akan ada MPP jaga. Sekarang lebih kepada open prep macam u guys buat free discussion dekat universiti dengan kawan2 tiap2 malam. Time prep sekarang boleh lepak mana2 je diorang nak, ruang bilik guru, astaka, balai keluarga, dewan sekolah, pondok2, kerusi batu, or mana2 jelah yang diorang suka selain kelas. nak terbaring, mencangkung, berdiri owh suka hati tIada paksaan. Lebih santai kan..
Dan, jangan tak percaya bilamana korang tengok cikgu2 di sini kurus2 sudah. kalau yang dulunya berisi sekarang dah kurus wa cakap lu. Tak perlu la aku cakap cikgu apa. Dengar cerita ayahanda bilang mereka2 itu peti sejuk ke hape ntah. Emm.. Ini malas la nak cerita lebih2 memandangkan semua sedia maklum ayahanda itu cukup anti dengan golongan yang berisi kerana mind setnya bilang golongan ini pemalas dan lembap. Amat sungguh sangat tak baik sekali. kah3x..
Ahad paginya masing2 cabut lari. Tiada siapa berminat nak stay lama2 di sekolah lagi. Breakfast di BDA. 1st time rasa roti milo. Oklah.. Boleh tahan sedapnya. Then proceed to Padang Besar with Awin, Eha, Sue, Aqmar, Ain & Tisu. Diorang shopping blouse, tshirt, jersey, ikan kering, brooch bagai. Aku tengok jelah kan kalau dah 2,3 kali bukak purse tengok ada sehelai je duit merah tak bertambah2 kan. Kah3x.. End up at my house makan nasik. So overall JBJ is nice. Nice3x..
![]() |
| padang besar |
![]() |
| ain, aqmar n awin at ladang tebu.. love this picture.. |
27/7
Out to Jitra with Awin & Shiela. Finally tengok Harry Potter the last one. Tiket wayang Shiela yang belanja. RM10 memandangkan hari rabu tiket wayang murah. For the first time aku berjaya habiskan semua pop corn aku dan amik sikit pop corn besar Shiela punya. That movie goes well for Awin & Shiela memandangkan Awin follow up dengan sequence sebelumnya while Shiela memang tak pernah terlepas dari baca buku dia. Tapi untuk aku yang dah tak pernah follow up movie tuh apatah lagi baca buku dia, emm.. emm lagi.. emm.. Syukur saja aku tak terlelap dalam wayang tuh. Kah3x..
Sebelum movie tuh juga kitorang melantak dekat Nashmeer dan aku yang tak pernah layan masakan mamak kira lebih kurang 1st time makan nasi dagang Nashmeer nieh la. Then after movie kitorang just pusing2 around mall. I end up buying a book. Second part of Granada trilogy by radwa Ashour. Cinta Granada. The 1st part which is Rindu Andalusia is quite good. Walaupun terjemahan Indonesia, tapi buku yang menarik.
End up that day pergi rumah Kirah dan kuar makan berempat di depan Yawata. Apa lagi di sini kalau bukan Char Kuew Teow nya. Juga pertama kali aku makan Char Kuew Teow. kah3x.. Biasalah.. Lidah orang hebat makan pown memilih. Aku mula belajar telan sikit2 kuew teow nieh selepas mula rasa Kuew Teow Kungfu which is quite good. Dan, aku jumpa Dr Rozmey la tengah makan skalik kat sana. Rambut dia ternyata lagi hebat di gambar berbanding in real la. Kih3x..
Wah panjangnya entry nieh.. Kah3x.. lantaklah..
Pictures credit to Eha,Noey,Awin,Sue & ntah album sapa2 lagi ntah aku rembat kat fb. halal la ya. haha..
Rambling
When a person who tends to read my blog silently behind, and keep on his eyes and ears of my updates, its hard to said no for the compliments and complains that came out from his mouth.
The first thing he said is about my style of writing. Makin teruk dan kotor katanya. Mungkin bukan lucah tapi entahla. Terasa kotor. In some places Subaili tends to correct me too but mostly on my grammar (as far as i can remember how i change one of my post title few times because of him till at last the title is, 'tiada tajuk'. and i did change the word of fucking that i once used in my entry to something perhaps better as he point me out with that). As he is my loyal reader himself i will at last correcting the mistakes either i like it or not as i always respect this kind of people. A nice reader who dare to point out his friend's mistake instead of just staying still.
The second thing is about my choices of template. I do agree with this as i knew i am a blogger who always change the template few times in a month. Yea i knew that having a permanent template is a nice thing to do as people recognize us with our own identity and approaches we used in the art of blogging. But thats me. I hate repetition and facing or doing the same thing. Boring and lame pada aku. Bukan isu tak ada pendirian di sini tapi aku kira tak salah untuk aku terima pandangan orang lain dan cuba adapt kan dengan sikap dan cara penilaian aku. So i guess it doesn't matter for me to change my blog template for the satisfaction of others as the best satisfaction for me is when people who do cares of me satisfied most by my way. Puaskan hati semua orang?? Tentulah tak boleh. Tapi berusaha memuaskan hati mereka semaksimum mungkin, tak salah rasanya kan..
Jadi jika masih ada perkara yang boleh aku ubah untuk menambahbaik kemahiran aku dalam berblogging, maka dua perkara yang ditegurnya perlu aku ambil kira. Dan disitu mungkin aku patut bermula. Still i will using Manglish as i am comfortable with that and more or less it is one of my best platform to improve my English which is damn bad. Just from now on, as far as i can, aku akan cuba untuk avoid pathetic form of writing. Carutan dan celaan serta ledakan emosi yang membabi membuta tuli juga termasuk. Sarcasm yang bersifat kebudakan, pandangan dan kritikan politik mahupun tabiat manusia yang datangnya dari pemerhatian persekitaran dan fahaman sebesar kuman sains sosial juga sesuatu yang perlu aku hentikan.
Aku tak suka kelihatan bodoh di depan manusia. Dan perkara terbaik yang boleh aku lakukan adalah berhenti memperbodohkan diri sendiri. Di sini mungkin ruang aku. Tapi di sini juga penilaian manusia bermula. Maka perkara terakhir yang boleh aku lakukan, adalah dengan berusaha menjadi cerdik, walaupun pada dasarnya manusia ini jauh disudut hati sentiasa terasa bodoh selari dengan bertambahnya ilmu tuhan dalam pengetahuan kita apabila membandingkan dengan pengetahuan yang sedia ada sebelumnya. Moga tuhan membantu aku dan kita dalam pencarian ilmu. Dan jika aku masih berblogging selepas ini, biarlah setiap apa yang aku coretkan ada pengisian ilmunya. Dalam ruang dimana penilaian manusia bermula, sesuatu yang lebih utama di sisi kita, penilaian Si Penguasa dan Si Pencipta turut serta yang sentiasa menilai dari mulanya.
Setiap apa yang pernah aku tuturkan dalam blog aku selama tempoh ini buruk mahupun baik bahasanya, betol atau tidak berita dari faktanya aku mohon maaf. Apa yang baik terima dan penerimaan itu biarlah disertai dengan kefahaman dan usaha untuk berfikir. Dan apa yang buruk tinggalkanlah. "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendegaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya" (17:36). Peringatan penting untuk aku sendiri aku kira.
Moga Ramadhan tahun ini kita mampu memperbaiki diri dalam menuntut ilmu dan hubungan kita sesama manusia juga hubungan kita dengan Dia. Salam Ramadhan Al-Mubarak pada semua.
Rancangan 6 tahun
Salah satu reality show favourite aku is Masterchef. More or less bila tengok junior masterchef australia di mana budak2 hingusan berusia 8,9 tahun nieh masak itik la, puding caramel, kek coklat berlapis, ayam, arnab itu ini buat aku rasa.. Wow!! kagumnya.. walaupun tersiratnya, Wow!! loosernya.. Ya looser. bilamana at my age of 21 aku hanya tahu masak air panas guna heater dan rendam meggy dalam air panas tuh kemudiannya. Tomyam? Kari ayam? Sup bontot? Daging masak asam? Pulut durian? Nasi tomato? Nasi merah? Owh ok2 stop.. toksah sebut melebih2 la kalau itu pown aku tak tahu kan.
Atas rasa kesedaran dan rasa kebuluran tak makan malam, aku ke dapur.
"Wow!! Elia masak doh"..
Babi.. Asal aku masuk dapur, ada je mulut nak menganjing.
"Dia bukannya tak ok masak. tapi memang takleh masak. Periuk takmau terima dia"
Ok fine. Masuk bilik laju2 kunci pintu rapat2. masterchef berjaya lahirkan ramai bakat yang pandai masak tapi masterchef gagal membantu menaikkan semangat seorang anak dara yang cuba untuk belajar masak. Tak apa As. 6tahun lagi sebelum kahwin. Rancangan 6 tahun masih ada. Sabar2. Malam nieh kita kumpul air liur banyak2 dan telan sekaligus kasik kenyang ok. Gulp.. Ok done. Dah jom tido..
Ujian
Sebelum:
"Eh nanti lepas paper kita tangkap gambar dengan buku MEB ok"
Selepas:
"Heh, xmaulah tangkap gambar dengan buku MEB, rasa nak lempar ada la"
"Eh jangan cakap macam tuh", pintas Farihah. "Redha As Redha. Kalau jadi benda macam nieh, tuhan nak uji kita je tengok redha ke tak. Kalau kita redha, tuhan tolong kita kemudiannya. Persangkaan Allah pada kita mengikut persangkaan kita pada Dia."
Dan aku tersentap.
Yea, pernah aku terbaca dalam Solusi, bila kita diuji dengan musibah mahupun kesedihan, tuhan sebenarnya tengah mengajar kita erti kesabaran.
Come to think of it, mungkin aku tak mampu baiki gred aku tapi more or less dalam tempoh 2 bulan aku belajar semula subjek nieh, banyak sangat ilmu yang dahulunya aku tak tahu mahupun tak nak ambil tahu kini aku tahu. Antara obvious thing yang aku nampak ialah application of aspen and excel calculation in mass and energy balance.
Mungkin gred aku dari D akan mantain D selepas apa yang berlaku dalam dewan exam tadi. Emm.. Tak apalah. Walaupun aku sangat terkilan kalau tiada perubahan dari segi gred memandangkan 1 paper aku repeat ada nilai matawang yang terpaksa aku laburkan dan dalam hal itu matawang itu bukan milik aku tapi parents aku. But by just thinking of the knowledge that i gain, i would rather satisfied as more or less that is actually the purpose of us to study which is to gain knowledge not just getting a good result. Tak ada kepentingan sekarang mungkin di kemudian hari ada kepentingan ilmu yang aku pelajari tuh kan. Its ok dear. Everything is settled kan. Chill yea. Packing and lets going home. Home!! I'm coming!! Holiday.. here i come..
Mode: Is eagerly waiting for a full month fasting with family after a few years tak berpeluang berpuasa complete sama2.. Is eagerly waiting for 2 months breaks too.. lalala.. Tak sabar nak balik rumah. Esok malam balik.. whoot2!!
p/s: Sedih tengok kawan2 yang terduduk di tepi jalan dengan mata berair lepas keluar dewan peperiksaan. Kata mereka risau dari D jadi failed lalu sangkut tak boleh ambil unit operation punya paper. To you guys. its ok.. InsyaAllah tak gagal la. Sama2 kita berdoa ok!
Escapism
Aku berlari sekuat hati. Pandangan mereka2 di sekeliling aku tak ambil peduli. Lane putaran ke bawah tanah aku selosori hingga tiba ke jalan belakang bertanah merah berbatu halus diapit pohonan rendang kiri dan kanan. Tenang. Pemandangan indah yang mendamaikan. Berjalan keseorangan memerhatikan mereka yang perbualannya penuh dengan gelak ketawa dan senyuman membuatkan aku terasa seperti.. kosong barangkali. Kotak2 besar Fedex di sana sini aku pandang sepi. Tiada lagi niat untuk sembunyikan diri dan melangkah keluar dari pagar terlarang itu lagi. Pondok pengawal aku lepasi. Dan aku berlari. Berlari sekuat hati bersama keris di pinggang yang entah dari mana datangnya lantaran tiada kad pengenalan pelajar untuk aku tunjukkan. Bertembung Lin di depan dan menceritakan setiap permasalah betapa aku cuba lari dari sisi kehidupan kebiasaan yang aku lalui dan betapa aku ingin pulang. Pandangannya kosong dan sepi. Pandangan yang penuh simpati. Kulihat aku di situ..
Dan aku tersedar..
Ya Tuhan, aku bermimpi..
Sayup2 kedengaran suara rakan sebilik ditemani gadget besi disebelah dikejutkan teman lelakinya barangkali. Dan aku dikejutkan tuhan hari ini dengan sebuah mimpi. Entah bila kali terakhir aku bermimpi. Dan entah berapa kali dalam kiraan mimpi itu aku mampu ingati plotnya seperti ini. Lesu..
Bingkas bangun dan melangkah ke tandas. Membersihkan diri dari hadas. Dingin air masih terasa hingga kini. Fikiran melayang lagi. Memikirkan tiket bas yang masih belum aku beli.
Suboh itu, aku menangis.
Dan untuk apa tangisan itu ya Tuhan..
Aku tak mengerti. Yang pasti, aku ingin pulang.. Aku letih di sini..
Emak
Bila malas tolong jegil mata dan pandang belly button ko lama2 supaya ko tak lupa pada pemilik tali pusat yang bersengkang mata siang malam dan mengandungkan dan menyusukan ko berbulan2 lamanya atas dasar kasih sayang yang tiada terkira bilamana harapannya cuma ingin ko bahagia dan berjaya.
Selagi tak habis study jangan banyak bunyi. Faham Eleyana Ali?
Mak, orang rindu..
Cekik
Seni
Esok seharian di teknik vokasional pahang untuk program E-MAS (english,math&science) in collaboration with BASF Petronas. Basically aku terlibat untuk jaga booth permainan Sains. Mungkin bukan kali ini untuk aku bercerita cara untuk mengapungkan jarum dan aplikasi sains di sebaliknya. Google la sendiri aku kira pasti korang jumpa.
Maka malam ini setiap partner busy mendekorasi booth masing2. Eh silap! Membuat persiapan untuk mendekorasi booth masing2 keesokan paginya setibanya di sana. Maka gunting, gam, pisau, kertas warna, crayon, riben dan segala jadah stationary yang lain menjadi keutamaan masing2. Yang buta seni jadi designer bergaya dan yang buta warna jadi celik rupa.
Seni adalah suatu cabang artistik yang pada aku terkait rapat dengan emosi, intelek dan sifat manusia. Seperti mana aku sukakan perasaan tidur yang lena, seperti itu jugalah aku sukakan keadaan akal yang cuba mengekspresikan emosi dan nilai dalam sesuatu yang aku cuba lakarkan. Seni origami, kertas warna, paper cutting dan sebagainya memang dunia aku.
Acapkala mereka bertanya, As, cantik tak? Rasa kanak2 tak? Ok tak kitorang punya? Maka jawapan aku, Ya, ya cantik. Nice. Dan acapkali juga soalan itu berulang ditelinga. Maka jawapan aku tetap sama. Cantik korang. Nice.. Really..
Dalam seni, tiada benda yang buruk rupanya. Setiap karya punya keistimewaan dan nilainya. Maka aku beritahu mereka, guys..
"Imperfection is a perfect art"
Setiap manusia seringkali melihat sesuatu benda mungkin dari sudut yang sama tapi perspektif pemikiran dan penilaian mungkin berbeza. Pada aku mungkin cantik sesuatu benda tapi pada orang lain mungkin, nak haram macam jadah, cacamerbanya!! Mungkin..
Jadi, gembiralah dengan apa yang telah kita usaha. Cukuplah ia cantik pada pandangan kita dan selebihnya biarkan mereka dengan penilaian mereka.
Sedangkan huruf A tulisan pertama anak kita nampak seperti huruf V hendaknya dan buruk pada pandangan mereka, tulisan A itulah juga yang tercantik pada pandangan si ibu, pandangan mata dan jiwa yang penuh dengan rasa cinta. Seni itu indah dan cantik jika ada curahan kasih sayang dan minat yang mendalam padanya. Bukankah sifat manusia dan kasih sayang itu juga seni namanya?
P/s: Porn is an art too.. It just people who make it sounds dirty.
Monolog aiman
Seakan sudah tidak mahu ambil tahu sesuatu yang masih membuat aku buntu dan seakan sudah tidak mahu ambil peduli sesuatu yang aku sendiri masih belum mengerti.
As Eleyana Ali
Kamu ego pada ilmu. Kita tunggu pukul 8.30malam nanti kita tengok apa jadi. Tuhan pasti menghukum kamu.
update:
ya!! test 2 MEB memang Vaviiiiii la.. Vavi vavi babi.. g membabi la babi! Huh!! Apa salah babi?
As Eleyana Ali
Kamu ego pada ilmu. Kita tunggu pukul 8.30malam nanti kita tengok apa jadi. Tuhan pasti menghukum kamu.
update:
ya!! test 2 MEB memang Vaviiiiii la.. Vavi vavi babi.. g membabi la babi! Huh!! Apa salah babi?
Si besi buruk meragam lagi
Satu hari dalam lecture engineering graphic.
"Ish kesiannya saya tengok handphone kamu tuh. Ikat getah lagi."
"Owh sir, phone antik. Unik kot."
Satu hari di kedai runcit Ina Shoppe
"Kenapa tuh handphone kamu bergetah2 bagai"
"Haha. Handphone dah gila kak"
Satu waktu di wall facebook
"Ang dah dapat 2 anak buah perempuan. Aku antaq sms xdapat"
"Owh dah berhari2 handphone nieh tak boleh on"
Satu hari di bilik konkrit ump
Ok selesai! Hancur lebur. Baling laju2 ke lantai memang masyuk ko tahu!!
Dah seminggu tak nak on kan. Tak payah on terus la lepas nieh. Huh!
Mungkin patut pakai 3310 lepas nieh. Rare ko tahu pakai benda alah nieh zaman sekarang. Rasa cool bunyik phone kuat2 celah2 manusia yg pegang blackberry. Memang power. 3sms masuk inbox pown full. Bhahaha!!
"Ish kesiannya saya tengok handphone kamu tuh. Ikat getah lagi."
"Owh sir, phone antik. Unik kot."
Satu hari di kedai runcit Ina Shoppe
"Kenapa tuh handphone kamu bergetah2 bagai"
"Haha. Handphone dah gila kak"
Satu waktu di wall facebook
"Ang dah dapat 2 anak buah perempuan. Aku antaq sms xdapat"
"Owh dah berhari2 handphone nieh tak boleh on"
Satu hari di bilik konkrit ump
Ok selesai! Hancur lebur. Baling laju2 ke lantai memang masyuk ko tahu!!
Dah seminggu tak nak on kan. Tak payah on terus la lepas nieh. Huh!
Mungkin patut pakai 3310 lepas nieh. Rare ko tahu pakai benda alah nieh zaman sekarang. Rasa cool bunyik phone kuat2 celah2 manusia yg pegang blackberry. Memang power. 3sms masuk inbox pown full. Bhahaha!!
Semalam dan hari ini 3
Rumput di lantai aku sapu. Rambut, jajan dan habuk juga termasuk. Pengecas telefon di lantai aku angkat dan pusing2 talinya hingga hujung. Charger compaq juga begitu. Tiger susu yang lemau terbuka plastiknya dari semalam aku ikat kemas dengan getah oren cafe makcik janda. Sudu besi bersalut jem strawberry pagi tadi aku bawa ke sinki dan dobikan. Air kosong di dalam cawan dan plastik berisi air teh basi semalam aku buang.
Heater aku isi dan airnya aku panaskan hingga mencapai takat didihnya kemudian aku pancutkan ke botol besar yang sudah berminggu-minggu tidak terisi. Ya botol pun bau hapak. Tak apalah, malas aku nak ambil peduli. Habuk di meja aku lap, semut2 hitam berpelesaran aku tumbuk lumat2, cotton bud putih kekuningan aku angkat. Buku dan kitab2 kejuruteraan aku rapat-rapatkan di antara penghadang buku manakala kertas2 conteng terbuang aku lipat2 dan selitkan di helaian2 kitab. Baju dan tudung semalam aku hantar ke baldi hijau di luar. Baju2 dari ampaian yang aku angkat semalam dan bersepahan di lantai aku lipat dan simpan kemas dalam gobak uzur yang tunggu masa untuk diangkat buang.
Inbox telefon yang penuh dengan sms insan2 terlarang aku buang. Gambar2 bangang dan assignment2 gampang di desktop aku pindah ke bahagian dalam dan sebahagiannya aku buang. Towel aku capai. Air dari pancuran terus terusan menghempas jasad yang letih. Berjam-jam di pancuran menyelesaikan perkara2 kebiasaan yang diselesaikan seorang perempuan tanpa menghiraukan mereka2 di luar yang menunggu giliran satu nikmat yang mapan.
Kipas angin berputar ligat. Rambut yang masih basah aku kesat2. Berdiri di tengah2 memandang setiap ruang yang mencanak di pandangan membuatkan aku mengerti betapa pengotor dan pemalasnya aku minggu ini.
Tenangnya hati tatkala ini. Setenang suasana baru yang aku ciptakan. Kata hati, terima kasih tuhan masih memberi aku ruang, masa dan kehidupan untuk tidak aku sia2kan.
Back to the daily basis menjadi individu yang biasa dan kehidupan yang lapang dan tenang dalam dunia metroplitan yang tiada kesudahan. Kata Hamka, menjadi individu biasa itulah luar biasa lantaran masing-masing manusia ingat dilihat kelainannya. Dan kita manusia, apakah yang kita kejar-kejarkan sebenarnya?
Update: Penutup tiada perkaitan dengan perenggan sebelumnya. Patut aku letak hadis nabi tentang adab menjaga kebersihan kasik kebas itu bontot sendiri.
Update: Penutup tiada perkaitan dengan perenggan sebelumnya. Patut aku letak hadis nabi tentang adab menjaga kebersihan kasik kebas itu bontot sendiri.
The world of imagination
Don't ever write a check with your mouth you can't cash with your ass
If you don't stand for something, you will fall for everything
(Wise Men-Sucker Punch)
A great movie is it. If there is a world that only belong to us, than that will be our imagination. We hold the world, we got the weapon, perhaps that is the point where we can start to move on. I guess so.
Sayang
Turun cafe pukul 1. Sayur tinggal kuah nasi tinggal bekas. Mogok. Meggy kari aku angkat. Kemudian aku letak kembali. Masuk dan keluar kedai dengan tangan kosong. Dia paksa makan. Mogok lagi. Tak mahu. DIa offer meggy. Mogok lagi. Tak mahu. Tak mahu. Dia keluar. Ditinggalnya aku dengan Cloud 9 wafret twins 2. Tertutup saja pintu, heater aku panaskan, wafret twins aku buka. Ngap3x. Ok pelahap. Dasar mogok tak kena tempat. Aku kalah. Dia menang.
Pukul 5 dia pulang. Seplastik nasi di tangan. Labu masak lemak, ikan kering, daging masak asam (mungkin, aku sendiri tak pasti), ulam raja, pucuk gajus dan kacang botol kini di depan mata. Habis sepinggan aku tambah kali kedua. Dan bersama aku Siti Faiznur yang juga aku kira mogok diam-diam barangkali. Pelahap seperti aku juga aku perhati. Dan dia hanya sekadar memerhati. Bahagia barangkali melihat anak burung kelaparan disuapkan makanan. Sungguh dia benar-benar bersifat keibuan. Aku kalah lagi. Dia menang.
2 tahun dia dengan aku. Dia faham aku. Dia cool. Dia tak pernah menangis depan aku. Aku moody dia diam. Aku mogok dia jadi tak senang. Aku ketawa dia sudah terbahak-bahak. Aku bercerita dialah penambah fakta. Dia serba tahu. Dia kenal dunia jauh kedepan berbanding aku.
Pesanan kekasih Allah, kasihilah apa yang ada dimuka bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada di langit. Sungguh, orang yang suka memberi sayang akan mudah mendapat sayang.
Ctrl C & Ctrl V
![]() |
| papa is getting angry |
Thermodynamic and material energy balances are things i am going through for this 2,3 weeks.. Waiting for the final test. Pray for me then. Kawan2, pasnieh jangan salin solution bulat2 dalam buku ye. Photostate the whole book and solution manual, bind it n make sure the answer is at the center. Hehehe..
My friend once said, nak tahu ilmu kita berkat ke tak, tengok time cari kerja nanti. Kalau susah dapat kerja, mungkin ada cara kita yang salah dalam menuntut ilmu dahulu. Ngee.. Pesanan untuk diri sendiri. (+___+).
But really, i don't do this kind of shit and even if i do, the question is not as what i did copy earlier. Tak tau la apsal aku selalu malang. Nerd as they said. Or noob is much better. haha!!
Subscribe to:
Posts (Atom)














