S.a.b.a.r

Aku rasa aku mula mengerti kenapa tuhan jadikan aku kurang cantik apatah lagi menawan serta punya warna kulit yang gelap dan kusam. Figura yang cukup berbeza berbanding ahli keluarga lainnya.

Kerana tuhan itu,
mahu mengajar aku erti sabar sebenarnya.

p/s: Tak baik mendiskriminasi. Di syurga kelak, manusia semua sama tinggi, bentuk dan warna kulitnya. Dan mereka yang banyak bersyukur, serta banyak bersabar, diangkat darjatnya disana.

kecil2 dulu mereka bilang aku keling botol. bila besar mereka bilang aku sepertinya mamak. si ibu juga pernah bilang diri ini keling. si ayah yang melabelkan aku sebagai si gadis yang kurang dari segi rupanya. si sahabat tanpa nama yang melabelkan si mangsa kebakaran di dinding loker. Juga si dia yang pernah menjadi kesayangan suatu ketika dengan ungkapan hodohnya aku.

kecil hati. menangis sendiri. betapa aku cuba belajar bersabar sebenarnya. syukurlah tuhan masih sayang. masih mahu menguji dengan hikmah kesabaran.

3 comments:

  1. sabar-sabar..jenis lu ni ada niche market yang tersendiri..

    ReplyDelete
  2. "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu." -HR Muslim. :)

    ReplyDelete
  3. yunk..sabarlah..u are so cute...as xnampak ke???setiap kekurangan ada kelebihan..sekurangnya as xmenjadi mangsa pandangan laki sekaligus menghindar diri kita dari dosa..think positive k yunk..namo sedih2..

    ReplyDelete