Entry ini untuk menjawab pertanyaan junior aku. Tapi sumpah aku gembira kalau penulisan nieh juga dapat bantu adik-adik kat luar sana yang masih tertanya-tanya tentang Kejuruteraan Kimia.
Diingatkan penulisan dan perkongsian aku adalah daripada apa yang aku perolehi dan aku fahami secara kasar selama 5 semester aku belajar di Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Pure). Dan disini aku taknak ambil kisah sistem universiti lain. Aku hanya tulis apa yang aku tahu saja. Dan ilmu apa yang aku dapat mungkin berbeza dengan apa yang kawan-kawan aku dapat bergantung kepada kemahuan masing-masing untuk belajar.
Proses pembelajaran
Spm -> matrikulasi (setahun) -> degree in chemical engineering (4 tahun)
Spm -> diploma (3tahun) -> degree-direct entry (3tahun)
Yuran pengajian untuk ijazah kejuruteraan kimia selama 4 tahun bagi ump kira-kira rm1200 satu semester. Ada 8 semester so kira sendiri. Dan pinjaman ptptn aku sebanyak 28k, 3.5k setiap semester. Kebiasaan anggaran yuran dan buku teks sebanyak 1.5k setiap semester.
Kejuruteraan Kimia
What is chemical engineering? Chemical Engineering is a group of industrial processes in which raw materials are changed or separated into useful products. Aku copy bulat2 dari lecture note. Kah3x..
Secara general, apa yang kita belajar adalah macam mana dari feed product tuh kita nak dapatkan hasil. Kita akan design setiap unit komponen yang kita guna.
Contoh macam niehlah, kita nak produce 10000mtons per year komponen C.
A+B -> C+D
Feed (raw materials) kita adalah A dan B. Dekat reactor A dan B reacts produce C + D contohnya. Sebab kita nak C, so kita kena separate C dan D pula.
Jadi disini, kita akan belajarlah jenis reactor macam mana yang kita nak kena guna. Dekat reactor kita perlu ada guna catalyst untuk percepatkan process ke tak. Size dan diameter reactor besar mana. Ideal reactor macam mana. Nak tahu reactor yang bermasalah pula macam mana. Ini semua kita belajar dalam subjek Chemical Reaction.
Jenis reactor nak guna bergantung pada raw materials juga. Thats why kita belajar thermodynamic. Maka kita akan belajar properties of materials pula. Temperature and pressure materials macam mana. Boiling point berapa. Heat energy macam mana. Enthalyphy entrophy kena ambil kira.
Sebelum masuk reactor kena tahu A banyak mana, B banyak mana. Bila react dan kuar C banyak mana, D banyak mana, A dan B yang masih tinggal banyak mana. Heat masuk berapa, keluar berapa. Ini asas dan paling penting. Ini kita kena belajar material and heat balances.
Bila dah dapat C dan D nak kena separate kan. Jadi kita kena belajar separation process. Nak separate (asingkan) sesuatu macam mana. Contoh bahan kimia kita solid dan air, sebaiknya kita nak pisahkan dia guna apa. Kalau 2 mixture berbeza dalam liquid form or gas form, kita nak pisahkan guna apa pulak. Dan seterusnya. Jenis separator tuh ada banyak bendalah. Contoh distillation column, evaporator, absorber, extractor, dryer etc. Inilah yang berat. Setiap jenis separator nieh kita kena belajar. Dan design setiap satunya berbeza. Subjek ini sangat-sangat penting. Dan sangat-sangat susah bagi orang malas. Dan slow.
| contoh sebahagian dari apa yang dipelajari |
Secara asas itulah yang kita akan belajar. Nak produce satu chemicals dalam jumlah yang besar dari raw materials yang kita ada. Sebelum dapat final product, akan ada chemical reaction berlaku di reactor. Akan ada proses pemisahan antara 2 chemical berbeza maka perlunya ilmu separation. Dan sepanjang proses itu akan adanya unit-unit pembantu lain seperti heat exchanger, cooler, pump etc yang mana sebahagian daripada ilmu transportation process yang kita belajar.
Benda lain yang perlu tahu
1.Kena ada basic Kimia, add math dan fizik. Dan course yang sesuai, Chemical Engineering (Pure) dan Chemical Engineering (Gas). Kalau ada basic Kimia, add math, fizik dan biology boleh applied Chemical Engineering (Biotechnology).
2.Kalau tak tahu nak ambil Pure, Gas or Biotechnology boleh pilih pure macam aku. lebih general. kalau berminat kepada kesihatan, hasilkan ubat dari herba, dari tanaman, hasilkan gula dari kertas terbuang, kulit pokok apa-apa ke, hasilkan bioethanol dari rumpai laut sebagainya, ambillah Chemical Engineering (Biotechnology).
3. Mathematics paling penting. Kalau dah sebut kejuruteraan memang tak mampu lari dari kira-kira. Kedua fizik. Selebihnya kimia. Hampir semua subjek yang aku belajar tak mampu lari dari matematik. Dalam subjek Chemical Reaction contohnya, anda memang tak akan mampu lari dari Integration. Integrate integrate integrate. Sampai muntah.
Rujuk juga penerangan aku diawal tadi berpandukan warna. Mungkin akan lebih jelas.
Lab juga sangat banyak. Lab satu kredit. Tapi susah sangat nak score. Dan time consuming. Setiap lab berbeza. Ada lab dimana kita akan belajar untuk guna alatan makmal seperti HPLC, gas comatography, uv spectrum sebagainya. Aku dah lupa. Kah3x.. Alatan-alatan nieh kita akan guna untuk check properties dalam raw materials. Contoh nak check kandungan apa ada dalam air coke. Or check air sungai ada chemical compound apa dalam tuh. Ada lab kita belajar tentang reactor je. Jenis reactor ini itu dan macam mana setiap satunya beroperasi. Kita belajar tentang pump. Cooling tower. Piping system. Valve. Distillation semua. Motor. Engines. Practically there. Semua ada dalam open and closed lab. Lab yang gila babi besar. UmP la. U lain aku tak amik port.
Subjek lain seperti English. English biasa kita akan belajar presentation skills. Technical writing. Macam mana nak tulis proposal untuk research. Macam mana nak tulis report untuk thesis.
2 subjek paling penting sebenarnya adalah plant design dan projek sarjana muda. Semua yang kita belajar tadi guna dalam plant design. Plant design nieh macam, ok ginielah. Pilih tajuk. Contoh production of 10000mtons per year ethylene. Then dari situ, kita kena fikir tapak mana kita nak pilih. Nak buat kilang kita dekat mana. Luas kawasan tapak berapa. Raw materials kita apa. Nak ada berapa distillation column. Ada berapa reactor. Heat exchanger. Pakai materials apa. Besi ke steel ke. Piping system. Production kita nanti macam mana. Quality control of product macam mana nak ambil kira. Sisa buangan kita nak treat macam mana. Pergi ke water treatment plant ke apa. Dulu waktu aku siapkan integrated project, aku ada rujuk disini. Sedikit sebanyak inilah yang dikatakan plant design. Korang belajar 4 tahun untuk finally dapat came out dengan satu report macam nieh. Taklah sedetail nieh. Nieh contoh report yang memang dari industry.
Untuk projek sarjana muda, ok amik satu tajuk. Proposed. Run experiment. Came out dengan report. Tajuk tuh terpulang. Selalu lecturer keluarkan bergantung pada minat student.
5. Software
Matlab, Polymath, Autocad, Aspen Plus, Microsoft Visio etc
6. Equivalent subject
Tengok table subject tadi. Nampak pre-requisite bukan? Itu bermaksud untuk ambil subject itu, kena lulus dulu subject yang menjadi pre-requisitenya. Ada subjek kalau kita failed, 2 ke 3 paper kita tak boleh ambil sebab bersangkut. Ini bahaya. boleh membawa kepada extent tahun pengajian. Macam dekat u aku, org lain belajar 4 tahun, ada yang terpaksa sampai 5 tahun. EH btw, failed paper perkara biasa.
7. Open booked paper
Subject-subject yang aku warnakan kat atas semua open-booked. Jawab exam boleh rujuk buku. Sebelum exam contenglah banyak mana pun dekat buku, trust me nanti dapat soalan tak boleh jawab jugak. Harga buku rujukan kebiasaan rm50-rm100 sebuah. Selalu 60,70 ringgit. Takde choice, kena beli buku kalau tak, tak boleh jawan exam.
Aku rasa itu jelah kot asas chemical engineering. Apa lagi korang nak tahu. Btw aku tulis hanya apa yang aku tahu. Aku baru berada di tahun ketiga. Banyak lagi baki subjek yang belum aku ambil. Jadi ini jelah yang mampu aku kongsi.
Prospect kerjaya aku tak tahu sangat. Aku belum bekerja. Entah-entah bila kerja, apa yang belajar nieh tak guna pun sangat.
Update:
Ini aku kena mintak tolong senior paling tinggi jawab. keh3x..










