Seeking for knowledge?

Bismillah..

Once, i passing by to chat with this guy.. he is a damn idiot, arrogant (forgive me for summing that up) young lecturer who condamn others and perasan diri bagos nak mampos. boleh blah Mr Arrogant.. 28 years old, finished his master in mechanical engineering in 1 of the university somewhere abroad (sunderland if i'm not mistaken) and now teaching chemical engineering theoretically at open university. to not mention his name so that u guys feel damn eager and curious to search this guy there. (if u guys feel so.. err.. but better not.. or else just feel damn iritate n feel like cutting his belly button into a pie of 8 pieces using a blunt fork and kicking his ass 100 miles away)

And one of my obvious damn stupid attitude is pantang kena cuit sikit cepat melatah which is not good. Actually aku bukan macam tuh, tapi golongan yang dikutuk this guy punya ciri2 yang memang kena batang hidung aku. which is golongan lembap bodoh and slow yang langsung tak layak further study ke peringkat lebih tinggi tapi dapat tempat atas belas hingusan kerajaan.

Honestly speaking apa yang this Mr A (for arrogant) cakap ada benarnya. Tapi sebab dia si arrogant hingusan yang riak nak mampos buat aku irritate gila. tak sedar yang hingus tuh masih meleleh dan masih perlu tisu or towel good morning untuk tolong lap. 

he said nowadays dia dah tak boleh nak respect orang yang belajar kat malaysia. masuk u, result suam2 kuku je. (tersiratnya nak cakap ko graduate abroad bagos. poyo. berlagak. kecik2 berak bumi malaysia gak. guna toilet cangkung gak. makan belacan gak.) i do told him yang rezeki orang tak sama macam u. otak brilliant dapat further study result gempak. rezeki orang lain2. ada cepat ada lambat. ramai yang dapat further study masuk dengan result suam2 kuku dengan ikhsan kerajaan tapi dapat perform well and graduate dengan result yang bagos.

then he ask my course then terus tanya aku kenapa potassium lebih reactive dari sodium. trying to evaluate me rr.. aku cakap aku tak tau. He replied, "then apa guna amik chemical engineering". then soalan dijawab dengan soalan. aku tanya dia balik kenapa perlu beriman dengan Al-Quran. dia jawab, sebab kita islam, al quran petunjuk sepanjang zaman (cakap pandai tapi tanya soalan cliche lelaki gila seks selalu tanya, tinggi berat, warna kulit, pernah kiss ke tak.. bongok!!) i summing that by saying that, "baguslah u boleh jawab, u kira lelaki yang berguna la gak, ada guna la gak jadik islam". 

piss of me perhaps he force me to answer that question which is kenapa potassium lebih reactive dari sodium. tak habis2.. aku budak hingusan kot. basically apa yang aku belajar sekarang more on mass and energy transfer, plant built.. for sure basic form 5 tuh aku tak berapa ingat. ko pown as bengap sangat nape. jawablah gak aku sebab radius potassium tuh lebih besar, so the valence electron lebih jauh dari nucleus so senang nak remove as using less energy. terus dia cakap " u cakap ikut pukul jer ker, sama macam penjual ubat kuat, ambil chem eng tapi tak tau basic, university mana malang, terambil student. Actually u r not qualified. honestly". 

OMG2.. That time sumpah tak rasa nak potong pusat dia into 8 pieces, tapi rasa nak kick his damn stupid ball and throw it away into the deepest part of the deepest sea. damn!! aku dah mula sedih kot actually time tuh. sedikit sebanyak terfikir gak, memang langsung tak qualified ke aku. aku tahulah aku masuk study dengan pointer rendah je. orang lain belajar sekali dapat A, aku belajar 3x baru nak dapat A.

I end up that chat just by saying that, tq for summing that up. Instead of wasting my time on me, why not fikir macam mana nak improve ur student so tak tergolong dalam kumpulan macam i, kumpulan mereka yang study di Malaysia dengan kemasukan belas hingus kerajaan dalam result yang suam2 kuku je.

End of this, betul juga apa yang dia cakap. Sedikit sebanyak dia buat aku berfikir sejauh mana kualiti pendidikan kat Malaysia nieh, tapi yang lebih penting sejauh mana kualiti seseorang individu bergelar student tuh. 

Pencarian ilmu bukan satu perdebatan siapa dan dimana lebih hebat, persaingan pointer siapa lebih power dan layak teruskan pengajian. pencarian ilmu adalah perlumbaan sendiri dalam memahami erti kehidupan dan hidup dengan rasa bertuhan. ilmu pergi kepada yang mengingini dan mencintai sesiapa yang mencari dan mendalami. Tuhan sendiri tak pernah menetapkan hanya manusia yang berjaya hari ini boleh terus mencari ilmu dan yang result suam2 kuku nieh plak tak qualified pown further study, duduk umah jaga baby je. Sedagkan setiap laluan mereka dalam menuntut ilmu itu sendiri di bawah pengaturan Allah. LAgi riak. Sombongnya manusia.. 

Tak perlu ada isu graduan mana lebih hebat. Pencarian ilmu tak akan pernah mewujudkan istilah perbandingan siapa lebih hebat. Cukuplah kita sendiri tahu di tahap mana ilmu kita dan sejauh mana kita cuba mencari dan memahaminya. Kalau kita rasa kita dah berjaya, diam2 sudah. Tak perlu kecoh2 riak sana sini pertikai siapa lagi bagus. Dan cukuplah hanya kita yang benar2 faham definisi kejayaan untuk diri sendiri, dari kaca mata sendiri, dan kejayaan itu, cukuplah kita diri sendiri yang tahu. 

Dan pada yang gifted, tolglah, pura2lah study kadang2 dan tengoklah movie belakang2. Pada yang fly, sikit2 cukuplah upload gmbr pegi jalan2 negara orang dalam facebook. dalam kita tak sedar berada dalam kegembiraan sendiri, masih ada insan di belakang yang menangis di dalam hati. Jauhilah sifat riak dalam diam. Kerana riak itu membunuh hati.

update: aku tak berniat tujukan entry nieh pada mana2 pihak, apatah g condamn balik student oversea. I got few friends yang study abroad tapi very down to the earth dan tak pernah perkecilkan kawan2 mereka. 

Ubat Enam Resipi

Bismillah..

[source]
Penulis buku al-Farj Ba'da al-Syiddah menyebut tentang kisah seorang yang bijaksana yang sedang ditimpa musibah. Maka datanglah kawan-kawannya mengucapkan keprihatinan mereka terhadap musibah yang menimpanya.

Si bijaksana itu pun berkata:
"Aku tahu ada satu ubat yang dibuat daripada enam resipi yang berbeza".

Kawan-kawannya pun bertanya:
"Apa dia?"

Jawabnya:
1. Percaya sepenuhnya kepada Allah
2. Kesedaranku bahawa semua yang sudah Allah takdirkan akan berlaku
3. Sabar adalah senjata paling berkesan yang diguna pakai oleh orang yang mendapat ujian
4. Jika saya tidak sabar, saya tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah
5. Mungkin saja saya akan berada dalam keadaan yang lebih buruk daripada keadaan saya sekarang
6. Dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka

sumber:
Solusi Isu 21, Tibnabawi (perubatan rasulullah)
Article Penawar Duka, Mohd Wahib Abd Hanif

Free time for doing nothing

Bismillah..


8.421:
Narrated Ibn `Abbas: The Prophet said, "There are two blessings which many people lose: (They are) Health and free time for doing good."

Reaction path or the product?

Bismillah..

Orang cakap tandas cangkung lebih terasa nikmatnya bila berak berbanding tandas duduk. Apa yang penting bukan isu tandas cangkung atau tandas duduk bila berak sebaliknya yang lebih penting bahan buangan anda dapat dilepaskan dengan nikmatnya dan tandas dapat di flush dengan jayanya. Pedulikan apa yang anda guna kerana perasaan nikmat selepas puas berak itu akan membuatkan anda mengabaikan tandas apa yang anda guna. Produk dan hasil lebih penting dari laluan dan cara menghasilkannya. 

Tandas duduk menyukarkan anda membasuh itu dan tandas duduk diduduk oleh itu orang lain sebelum anda yang mungkin ada kurap kuman or bakteria berbahaya. Mungkin fikiran jauh begitu yang menyebabkan ramai manusia masih cangkuk di atas tandas duduk. (bayangkan cepat) (manusia XXL dilarang keras sama sekali, jangan tiru aksi ini di rumah mahupun dimana2) Justeru, sungguhpun produk dan hasil lebih penting dari laluan dan cara mennghasilkannya, laluan dan cara menghasilkannya biarlah yang terbaik supaya nikmat yang anda rasa dalam proses mendapatkan hasil adalah yang terbaik. 

auto cad membawa aku ke toilet 2x dan membuatkan aku faham tandas mana lebih nikmat. terima kasih autocad. siap juga akhirnya. bhahaha.. ketawa golek2 guling2..

p/s: big mama aka dr rosmah dan syahrizat datang u aku petang tadi. oh maaf big mama. walaupun wajib, aku dan roomate tido dalam bilik. tak baik menzalimi diri. badan perlu rehat. hehehe.. roomate saya yang pergi cakap big mama punya ucapan membosankan. mungkin big mama perlu belajar communication skill lebih banyak dari senamrobik. dan beraklah untuk kesihatan. jangan saman saya. saya budak hingusan yang masih berhingus. 

What you give you will get back

Bismillah..

39. Dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya
40. Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya)
41. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna
42. Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)
43. Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis
44. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan
45. Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan laki-laki dan perempuan

(Surah An-Najm, ayat 39-45)

Harun Yahya

Bismillah..

Passing by to share this..
Check this out guys..

Books, movies, audio books, websites, articles, short films, presentations, other writer interviews and people comments, short documentaries etc basically written by Harun Yahya or in another word Harun Yahya's products. Serious reader and thinker may try. Free view and download there. Check it out.


p/s: holding on my entry for a while. updated when necessary. too much important things to be considered on before taking serious on the minor stupid thing. Aiming for a free dinner from Subaili.. and I am totally damn serious on that. haha.. way to go As Eleyana Ali.. lalala..

A picture paints a thousand words silly!!

Bismillah..


cilok dari subaili, subaili cilok dari bunian. 
terima kasih bunian!! jasamu dikenang

Zoom zoom

Bismillah..

bumbung oren dikelilingi pokok itu rumah aku

kawasan sekitar rumah aku dah banyak pokok

Impressed!! 
(Ko As apa benda yang ko tak pernah kagum? Huh!! Dasar buta IT.. ketawa guling2..)

Google Earth 
Google Earth is a virtual globe, map and geographical information program that was originally called EarthViewer 3D, and was created by Keyhole, Inc, a company acquired by Google in 2004. It maps the Earth by the superimposition of images obtained from satellite imagery, aerial photography and GIS 3D globe.Google Earth displays satellite images of varying resolution of the Earth's surface, allowing users to see things like cities and houses looking perpendicularly down or at an oblique angle.

Some facts
  1. Gambar rumah dan kampung aku tuh screenshot google earth dia dalam 2D jelah. Malaysia belum support 3D view mungkin.
  2. Hamburg merupakan bandar pertama yang entirely shown in 3D
  3. Negara2 lain yang support 3D walaupun tak secara menyeluruh antaranya US, Kanada, German, India, Pakistan etc. Wikipedia la sendiri
  4. Selain Google Earth sudah ada Google Sky, Google Strait View, Google Ocean, Google Mars dan Google Moon.
File:Skyscreenshot1237103.JPG
Google Sky
(Eh2.. Outerspace la..)

File:Google moon 1.jpg
Google Moon
(kat moon surface nieh.. wohaa!!)


Dari beberapa satelite je pown, 1 semesta boleh zoom. Bawah laut, dekat bulan, dekat Mars, jalan ini jalan itu, kandang kambing kandang lembu. Agaknya kan, macam manalah Allah zoom 1 semesta setiap makhluk setiap benda tanpa terkecuali setiap masa tanpa lepas pandang sedikitpun? Hebatnya..

Tengok bf ko dating depan mata pown ko tahu sakit hati, tengok anak ko buat projek depan ko pown ko dah angkat parang kejar satu dunia...

So, apalah yang Allah rasa agaknya kan tengok hamba yang dia ciptakan bermaksiat di atas muka buminya dan bermain2 memperendahkan nikmat nyawa yang Dia anugerahkan... bukan seorang, dan bukan sesaat tapi sepanjang masa hinggalah kiamat.. 

Betapa Dia sangat penyabar dan berusaha menahan marahnya demi kita.. Oh kejamnya kita..

Pict sources n facts: wikipedia
Pict atas n idea sources: kredit to Asrul Zharif (adik aku) aku curik dr fb ang!! haha..

Mitochondria

Bismillah..

Mitochondrion
Siti cakap Mitochondria cell bentuknya macam kasut
Bolehlah.. macam terompah kayu pakai kat toilet

"Kalau takde Mitochondria nieh kamu tak boleh hidup"

Itu yang keluar dari mulut lecturer aku tadi. Kelas mass transfer bukan biology. Untuk seorang yang tak pernah belajar biology, terlopong jelah mulut sambil meleleh hingus dengar. Apsal kelas mass transfer ada sesat benda alah gini. Emm.. Sekadar menerangkan perkaitan antara process diffusion yang merupakan asas kepada mass transfer dengan Mitochondria.

"Tau Mitochondria tuh apa?"

Mitochondria are the cell's power producers. They convert energy into forms that are usable by the cell. Located in the cytoplasm, they are the sites of cellular respiration which ultimately generates fuel for the cell's activities. Mitochondria are also involved in other cell processes such as cell division and growth, as well as cell death.

Lecturer aku bilang Mitochondria itu penting sebab supply energy kepada sel2 lain. Sebab tuh padanya takde Mitochondria manusia tak boleh hidup.

If there is only 1 precious and important thing for us to keep alive, what's that might be?
Mitochondria? Roh? Jantung? Udara?

Hati mungkin..
Mati hati ibarat mayat hidup. Hidup yang penuh sia2. Lebih baik mati dari bernyawa..

Sumber gambar dan facts: biology.about 

tajuk bertukar

Bismillah..

pernah baca nieh?

Sumber gambar: d'art of thoughts

Kelakar ke? Aku sedih doh baca. Karangan anak yang jujur dengan setiap yang berlaku dalam institusi kekeluargaan dia. Sedih bila aku fikir perasaan budak tuh yang nak keluarga bahagia macam orang lain tapi hakikatnya.. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik vice versa. Anak yang baik lahir dari didikan yang baik dan contoh yang terbaik.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Akhirat kelak tatkala anak2 anda menuntut hak mereka, apa yang akan ada jawab?

kalau mampu berkahwin. kalau tak mampu, tundukkan nafsu korang dengan solat dan puasa sunat. tak pown naik moto kapcai keliling kampung bila dah tak tahan sangat. 

Cintakan dunia takutkan mati adalah sifat bodoh yang membodohkan kalian dengan menjadikan kebodohan satu sifat terbodoh antara kesemua perangai bodoh yang mencengkam. Oh bodohnya ayat nieh As..

Drag and drop

Bismillah..


Hari nieh ada 1 kelas je.. Engineering Graphics.. hehehe..Seronok..

Belajar lukis Process Flow Diagram (PFD) dan Piping & Instrumentation Diagram (P&ID) menggunakan Microsoft Office Visio 2007



Process Flow Diagram

Drag and drop drag and drop drag n drop. Rotate and rotate. Flip and flip. Zoom in and out. Klik klik..
Oh gembiranya!!

Itu je nak gitau.. Apsal ntah excited lebih..
Oh budak hingusan yang sangat poyo dan melebih2..

problem is just like the concept of drag and drop. Once u have drag it, enjoy it as at 1 point, the problem still is going to be drop

Toma'ninah

Bismillah..

Peringatan untuk diri sendiri..
Bukan peringatan, tapi ilmu baru untuk aku
Tak pernah tahu pun.. oh jahilnya.. sob2..




Toma’ninah perlu dilakukan semasa empat rukun solat iaitu semasa iktidal, rukuk, sujud dan duduk diantara dua sujud.

Toma’ninah ialah berhenti sebentar atau tetap atau diam seketika dalam setiap rukun yang disebutkan.

Seseorang itu tidak dikira toma’ninah jika dia menunaikan solat seperti burung yang mematuk makanan.

Di dalam mazhab Syafie dan Hambali, toma’ninah adalah salah satu daripada rukun solat.

Rukun solat jika ditinggalkan maka tidak sah solat.

Solat yang tidak sah, tidak perolehi apa-apa pahala.

Sumber: lenggang kangkung

Printer, culture dan kuasa yang menggila

Bismillah..

Ana Rafali.. Kenapa?
Tak ada apa.. Saja nak mention biar dia terbatuk kecil atas stage. At least dia tahu ada orang seru nama dia. wakaka.. Kalau semalam dekat stage AJL malam nieh dekat stage u aku. Sempena majlis Malam Sayembara Puisi Riong. Terfikir juga, kenapa dia yang dijemput bukan A Samad Said. Pandai bersajak kah dia? pedulikan. takde kaitan kot dengan aku.

Aku terkilan. Sebab aku teringin nak pergi majlis nie. Excitednya lebih dari konsert Matahari bilamana Faisal Tahir dan Amy Search datang dulu. Excitednya lebih dari anugerah skrin dan juara lagu. (Ohh, aku tak layan pun semua yang aku mention excited tadi, tak tengok pun, berhingus pun tak).

Antara yang memeriahkan
Ramli Sarip, Ana Rafalli, penyanyi Jazz Taheera Rosheena; Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2000, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin; penyair Pahang Marsli NO (Ramli Selamat), Juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, Peserta Akademi Nasyid 2008, Mohd Shukri Nasron (Cicik), Ambakri, Aimas, Penyair indie, Fynn Jamal dan penampilan Ahmad Fitri Yahya sebagai pengacara.

Kenapa aku nak pergi majlis ni?

  1. Saja.. Sebab dia adalah malam puisi yang pada aku boleh membuka minda. Bertemakan "Apakah Dosaku", yang mengupas isu pembuangan bayi dan gejala sosial di Malaysia sekarang.
  2. Nak jumpa Ramlee Sarip dan Ahmad Fitri Yahya. Thats all. Mampos la korang nak cakap ceramah agama aku tak pergi artis datang gatal nak jumpa. Mampos. Aku pedulik hape.
Tapi kenapa aku tak pergi?
At first dia jemput semua student. tapi hari ini ada pula cakap2 hanya 10 orang wakil dari setiap kelab dan persatuan. Ada tiket yang diperlukan sebagai border pass. Border pass siot.. Vocab macam cipan As. Dan kemana tiket tuh pergi? Well, tak perlu banyak cakap, siapa yang punya jawatan, maka dia ada kuasa untuk memilih geng2nya manakala golongan yang plain skema mandorm slow motion seperti aku hanya boleh meleleh air liur hingus juga tengok mereka yang berpengaruh dan berkuasa bersiap ke sana dengan gembiranya. Termasuklah roomate aku yang punya kawan yang memegang jawatan dalam persatuannya. Oh sadisnya.. Betapa penting kedudukan dan kuasa seseorang dalam sebarang urusan. Politik Malaysia? Begitulah hendaknya.. Sigh..

Manipulasi institusi pendidikan
Itu yang terjadi dalam u aku lately. Selama dia ditubuhkan, last year buat pertama kalinya artis dijemput masuk pihak Universiti sempena graduasi dan konsert Matahari. Artis jemputan seperti yang aku mention tadi. Faisal Tahir dan Amy Search. (Ayah Faisal Tahir professor dr doh, mengajar aku Physical Chemistry. Berkulit cerah dan bermuka bersih jauh lebih handsome dari Faisal Tahir) Penentangan hebat dari Majlis Perwakilan Pelajar tak diendah. Majlis diteruskan. bermula dari situ, time by time artis dibawa masuk. Once dah mulakan, memang akan jadi trend. Tempat yang dulu bersih dari sebarang hiburan, institusi keilmuan yang bersih dari sebarang unsur hitam, kini.. Lu pikir la sendiri.. Nak terkencing aku pikir..

Kesimpulan
Printer Canon MP258 yang aku pasang CISS (external ink) buat perangai kertas jam dan warna tak nak keluar. Tolong aku kalau tahu. Allah balas berjuta2 hingus kali ganda. (kesimpulan ada kaitan dengan entry?)

update: Roomate aku cakap yang takde tiket pon boleh pergi. Emm.. Aku antara yang terpilih untuk tak pergi. Sayang doh Allah kat aku. hohoho horlicks.. (mungkin golongan minoriti dan hingusan macam aku hanya layak terpilih untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar dan Lim di masjid). ok la dari tak terpilih langsung. Menangis golek2 guling2 keluar hingus air liur basi semua.

Hebatnya sistem kasta Malaysia. Teruskan.. Biar ada yang meleleh hingus nanti bilamana dah hilang kuasa dan terpaksa jadi kuli. Sesekali dah dapat terbang ke langit, pandanglah rumput yang masih di bawah. Dulu pun taik kucing yang kat rumput tuh jugak yang ko pijak. Lagi nak berlagak.

Hebatnya mereka..

Bismillah..

Hebatnya mereka..

Melihat mereka yang tak berupaya baru wat aku terfikir betapa beruntungnya aku dilahirkan sempurna. Kalau selama nieh aku memuji awek tuh lawa doh, mamat tuh handsome nak mampos, dah la pandai, awek cun, minah tuh cekang kot, loaded plak tuh, trendy toksah cakap la.. huh!! puji orang lain macam nak rak.. ayat terakhir yang datang, "kenapalah aku tak macam dorang".. sigh..

ko goreng ikan hangus, adik2 ko kutuk pown ko tahu bengang, nieh ko kutuk trang tang tang n menolak g ciptaan Tuhan, ko tak fikir Dia marah or kecik hati? Dia maha penyanyang doh. Sweet n bak kata Shiela tahu rasa cemburu gak. So, ko tak rasa bersalah ke tak bersyukur dengan apa yg Dia kasik ko.

Mereka punya fizikal yang tak sempurna, namun akal mereka jauh lebih sempurna berbanding aku. Mereka berusaha mengubah nasib mereka sedangkan aku?

Oh.. nangis guling2 keluar hingus keluar air liur jugak..


"Aku menangis tak punya kasut hinggalah aku temui mereka yang tak punya kaki"

Angin kecil itu hebat rupanya!!

Bismillah..

Before aku proceed dengan point2 penting entry nieh, better korang layan dulu video nieh so that korang dapat idea overall cerita aku pasal apa. Kalau rasa bongok, haha!! better korang blah siap2 sebab entry nieh memang mongok dan buang masa korang nak mampos.



wakaka!! rofl.. gelak guling2 aku tengok.. korang tak gelak, korang memang plain, tak de humour sence, tak layak kahwin or else nanti bini korang jadik gila tinggal serumah ngn korang.. lol..

Cerita aku
Aku ada satu masalah. Dari Jenan lagi. 2, 3 orang budak hingusan Hicom mesti tahu apa masalah aku. Angin comel nieh selalu main acah2 dengan aku especially tiap2 kali aku dah dalam keadaan berwudhu'. Dari Jenan dulu hinggalah ke matrik dan u nieh. Itu bukti aku sihat!! Bangga siot dapat kentut berpuloh-puloh kali sehari. Wakaka.. 

Tahap paling kronik bila aku dekat Jenan. (Sekarang dah kurang, wakaka..). Aku tak pandai nangis dan tak terlalu sensitif dalam kebanyakan perkara. Tapi aku pernah nangis sebab KENTUT. Wakaka!! Korang bayangkanlah, kalau korang nak solat, 2 jemaah dah jalan korang tak leh solat2 lagi padahal korang mula2 amik wudhu sama ngan dorang. 3,4 kali kentut sebelum dapat solat. Huh!! Tuh belum kira berapa kali cuba tahan kentut time dalam solat.. Nangis guling2.. Jahilnya aku dulu.. Makruh doh As solat tahan kentut.. Mongok ke apa ko nieh.. Kentut la lain kali.. Tapi fikir balik sapa tahan asyik2 kentut je!! Kalau kentut panjang2 bunyi kuat2 bau satu malaya dapat, puas la jugak!! Nieh tak, kuar macam tak nak kuar je. Macam mercun bawang budak hingusan 2 tahun baling atas lantai tuh bunyik dia!! Cheiyth..

Teringat lagi senior aku time Jenan dulu gak, Kak Ayu. Pernah cakap2 aku untuk jadikan aku pengerusi KFC. Satu kelab yang dia sendirik buat bilamana kesian dan terkekeh2 ketawa barangkali tengok aku. Haha..

Kenapa aku bangkitkan isu ni? Sebab dah lama penyakit nieh surut tapi hari nieh datang lagik.. Wakaka.. N disebabkan dah few times berulang amik wudhu', aku tunggu kejap hingga aku rasa yakin, aku terus solat. Zohor dan Asar aku sah ke tak walluhualam.. Jujur aku tahan kentut.. HAhaha..

Sedikit perkongsian fakta tentang kentut
1. Kentut tuh apa?
Sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Gas tuh berasal dari udara yang korang sedut. So nak jadik sihat macam aku, telan la udara banyak2!! Conform sehari 14x kentut (ikut sains rata2 manusia mmg kentut 14x sehari, aku normal, korang yang tak)

2. Komponen dalam kentut
nitrogen, hidrogen, oksigen, karbon dioksida dan gas metana. Composition setiap gas berbeza. Bergantung kepada apa yang korang makan, brp banyak udara korang sedut dan telan, jenis bakteria dalam usus dan berapa lama korang tahan kentut. Wakaka.. Orang yg banyak telan udara dan tahan kentut, nitrogen lagi banyak. Yang suka makan tergesa2, oksigen lagi bayak.. Sapa geng nitrogen angkat tangan!! Jom ikut aku minum Vitagen kasik kurg ckit itu Nitrogen.. wakaka.. Yang banyak oksigen toksah riak.. Korang berak bijik nasik n isi ayam pown nampak berketul g.. hua3x..

3. Kenapa kentut busuk? (Aku tak, korang yang baca entry nieh je kentut busuk)
Sebab kewujudan Sulphur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Tapi bakteria nieh tak semua orang ada. Aku antara orang yang takde. Wakaka.. Bau kentut nieh bergantung kepada makanan yang korang amik gak. Makin bayak kandungan sulfur dalam makanan tuh, makin busuklah kentut korang2 yang masih baca entry bongok aku nieh. Wakaka lagi.. Contoh telor. Telor kaya protein. Protein ada unsur sulfur.

4. Kenapa kentut ada bunyi?
Internet nieh kata ek, bukan aku kata. Internet nieh kata, sebab lubang anus korang vibrate time korang kentut. Kekuatan bunyik bergantung pada tahap kelajuan kentut korang.. (dan diameter jeng3x korang.. haha)

5. Berapa banyak kentut sehari
Rata2 orang setengah liter sehari, dalam 14 kali sehari (korang berapa liter?? hua3x)

6. Kenapa kentut kuar ikut bontot
Density gas lebih ringan, tekanan sekitar anus pula lebih rendah. Pergerakan usus juga mendorong gas tuh ke bawah. (tak dapat bayangkan aku yang suka kentut nieh kentut 3,4 x setiap minit dan kuar ikut hidung..)  walahei!! bernafas ikut bontot la plak aku.. jadik burung unta plak..

7. Berapa lama baru kentut korang orang lain dapat bau
Bergantung pada jarak "transmitter" dan "receiver".. wakaka!! Bergantung pada ruang time tuh gak.. Kalau kentut kat padang, lambat la sikit, kalau kentut dalam lif?? Lu pikir la sendirik!! Nak terkentut aku pikir!!

8. Semua orang kentut?
Ya!! Mayat pown masih kentut time baru2 meninggal. (Dah tahu, pasnieh kalau mandikan mayat toksah curik2 dengar plak. Kang hantu ikut korang kaco korang, hari2 seribu kali kentut plak kang)

9. Betul ke lelaki lebih suka kentut?
Takde kaitan ngan gender la woi!! Kalau betolla, means girl nieh actually suka tahan kentut. Sebab tuh skalik lepas, bau xleh blah langsung!! Lipas pown pengsan.. Wakaka.. Aku tak.. girl lain yg akan tinggal komen kt entry nieh nanti.. Kita tggu tgk sapa.. Haha

10. Sebab lain kentut selain makanan
Udara yang tertelan, makan terburu2, kunyah makanan tak hancur, minum soft drink dan naik flight terbang tinggi2

11. Kemana perginya gas kentut tuh kalau tak dilepas tapi ditahan?
Tak hilang mana pown, ada je. Cuma u-turn balik g kat usus, beratur tunggu turn panjang, sangkut plak kat traffic light. So terpaksa delayed. Akan kuar gak bila sampai turn dia.

12. Kentut boleh terbakar? (Apa punya soalan nieh?? Grr..)
BOLEH!! Sebab ada kandungan oksigen dan hidrogen. Tak caya try nanti. G hiking, bawak mancis sebatang je. Nyalakan mancis tuh n pasa kawan korang kentut sambil korang bau kentut kawan korang tuh, tengok makin besar tak api kat mancis tuh.. Wakaka!!

13. Betul ke point 12 tuh?
Point betol, contoh xbetol. Percaya aku auta sapa suruh. Tak boleh ok. Konsistensinya lain. N kentut korang pown tak cukup panas.

14. Kenapa kentut anjing dan kucing lagi busuk?
Orang yang tanya nieh penah bau ke? Sebab anjing dan kucing karnivor. Makan daging yang kaya dengan unsur protein yang kaya dengan unsur sulfur. Lagi banyak sulfur lagi busuk kan. Compared dengan haiwan lain macam kuda, gajah yang herbivor, makan tumbuhan. Kentut tak berapa bau. Pasnieh korang ganti la kucing kat rumah korang k. Bela gajah plak. Comel tuh!!

15. Warna kentut
Colourless.. Kalau colourful macam Nippon Paint tuh, sapa pown tak nak kentut!! Kantoi r tiba2 tgh lecturer mengajar kat depan, ada pertunjukan jet udara warna-warni kat belakang. Yang lelaki dah cop kentut warna hitam yang perempuan warna pink. Wakaka!! Lecturer warna pelangi. Haha.. ketawa guling2..

16. Kentut acid, base or neutral?
Acid, pH bawah 7. Sebab ada unsur karbon dioksida dan dan hidrogen sulphide

17. Kalau kentut kat planet Zuhrah (Venus) macam mana?
Kentut jelah. Takde sapa gelak korang kat sana. Venus sendiri mengandungi gas sulfur dalam udara dia. Women kan from Venus.. Man from Mars.. Patut tak jadik isu kot.. Wakaka.. (Nak naik bas pown mintak pinjam duit awek ada hati berangan nak naik roket g kentut kat Venus) ketawa guling2..

Kentut dan solat
Kentut membatalkan wudhu so for sure membatalkan solat. Kalau case macam aku nieh, aku nak pesan sangat. Dengar cnie As, tarik telinga panjang2 biar capang, biar terang. Kalau kentut, ulanglah amik wudhu biar banyak kali pown. JAngan tahan. Nanti menimbulkan was2, haram solat. Dosa hukumnya. Unless ko yakin betol2 ko tak kentut. Tapi penah ke ko yakin tiap2 kali ko tahan kentut dalam solat?? Ulang amik wudhu k. Banyak pahala dan ganjaran. banyak dosa2 kecil kuar melalui wudhu'

Teringat aku satu kisah pada zaman para sahabat. Terdapat seorang lelaki buta yang suka g masjid. Diikatnya tali dari rumahnya ke masjid so senang la dia nak ulang alik g sana. Pegang je tali tuh. Tapi nak dijadikan cerita, ada lopak air besar kt tengah2 jalan tuh. 1st time pakcik buta nieh jalan g sana, dia terjatuh dalam lubang tuh. Balik la dia tukar baju yang kotor dan basah tuh. Kali kedua pown dia jatuh g dan jalan la slow2 balik umah semula tukar baju lagi. Sebab masih nak ke masjid dan solat, Pegi lagi pakcik buta nieh n nak dijadikan cerita kali ketiga pown dia hampir terjatuh. Tapi cepat2 disambar oleh seseorang. Disebabkan pakcik nieh buta, tak tau sapa, dia tanya la orang tuh. "You, boleh tak gtau I u sapa?". Orang yang tolong tuh pown jawab. "Aku setan doh". Terkejut beruk pakcik buta tuh. Beruk pown xseterkejut pakcik tuh. Terus pakcik tuh tanya, "Aku nak p masjid nieh, nak smayang sembah Allah, awat ang baik tolong aku plak?" Setan tadi tuh pown jawab, "Aku tolong ko sebab aku takut dosa2 umat islam semua terampun disebabkan ko. 1st time ko jatuh, Allah ampunkan dosa ko. Kali kedua ko jatuh, Allah ampunkan dosa2 keluarga ko, maka kalau ko jatuh kali ketiga, seluruh dosa umat Islam akan terampun, sebab tuh aku tolong".

Betapa besarnya ganjaran Allah pada hambanya yang bersusah dalam menunaikan ibadah dan menjaga solatnya. Ko As kentut 3,4 kali ulang-alik amik wudhu', tak pernah ke ko terpikir kenapa ko gitu. Kenapa ko je yang diuji dengan kentut n ulang alik amik wudhu' padahal kawan2 ko time ko mula nak solat dah siap baca Quran g. Sebab Allah sayang ko la. Ko banyak dosa. Allah nak bersihkan denga wudhu ko. Nak tambah g pahala atas kesabaran ko. Tu pown klu ko tak merungut la. 

Penutup
Sedikit cerita kentut yang ketawa guling2 kuar2 air mata aku baca.. Wakaka..

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni. Sebabnya orang rumah aku masak sedap-sedap. So aku dah tak kisah lagilah.

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak. Aku pun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu. Ada telur rebus lah. Aku pun makan nasi dengan telur rebus. Lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti.

Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang. Maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk ke rumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas di belakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler. Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada peluanglah untuk aku melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.

Fuuuuhhh.... Lega rasanya. Bau boleh tahan. Maklum ler berapa biji telur tah aku bedal tadi. Alamak! Ada lagi satu la. Aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi. Bunyinya PROOOTTT!! ... Fuhh bau jangan cakap beb. Aku pun tak tahan bau dia. Aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia. Adalah macam bau telur tembelang sikit.

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi. Hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah. Aku kumpul dulu kasi padu. Lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu. PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... Bergegar sikit meja makan dibuatnya. Pehh tak tahan aku bau dia power gila. Aku tutup hidung aku. Aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la. Mau mati bunga atas meja makan aku ni. Sambil tu aku sebut 'ahhhh....lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat. Lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku. Laaa birthday aku hari ni le. Camne boleh lupa ni. Aku buka le kain penutup mata aku. Mulutku terus melopong.

ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat. Muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? Jadi aku pun nak cover malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.

Dan pak mertua aku pun jawab. 'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!'

isssh tak sopannya. Nasib baik bapak mertua sporting...hahahahaha

wakaka.. rofl.. haha
kredit to [info214]

Kesimpulan
Semua orang kentut. Kentut la dengan gembira. Kenapa mesti malu dengan sesuatu yang baik untuk kesihatan sendiri? Kissing depan2 sesama Melayu Islam dekat jalan TAR n carik tukang derma sperms free dekat Lorong Haji Taib tak tau malu plak?? 

Huh!! Banggalah dengan kentut korang dan kentutlah dengan gembira.
Lupa nak mention. KFC stand for.. [Kentut Fans Club]
Wakaka!! Sapa nak join? AKu dah boleh letak jawatan pengerusi.. Kasik budak2 baru plak.. Lol..