what a hectic week. busy kalah babi tengah mengawan. dalam menuntut ilmu tak boleh merungut. tuhan suruh sabar. org sabar masuk syurga. sabar kawal nafsu dari beli air sejuk supaya akhir tahun dapat korek tabung beli external hard disc. sabar bukak mata luas2 baca buku siapkan kerja 2,3pagi. sabar tahan ngantok dalam kelas. sabar bukak langkahan kaki paksa diri melangkah ke kelas. sabar dengan kawan yang banyak soal serta ketawa berdiskusi bising2.
paling penting sabar mandi awal pagi. 10minit dalam shower, 9minit berdiri takut2 dihadapan pili, baki seminit seterusnya laju2 pancurkan air 3,4 kali sebelum berhenti. apa kisah. perempuan tanpa perfume pown bau wangi. keh3.
sabar yang paling susah bilamana, bersangka baik dengan orang lain serta bersangka baik dengan tuhan. sabar menerima kemarahan dan layanan burok org lain dan sabar untuk membalas kejahatan yang dilemparkan sepertinya dengan menggantikannya dengan kebaikan.
btw entry kali nieh xsepatutnya bercakap pasal sabar. benda lain hendak ditulis sabar juga yang keluar.
owh ya, malam nieh daftar subjek lagi untuk semester depan. tak boleh cakap lagi ope registratio itu babi. nanti internet meragam samapi suboh depan pown belom tentu settle lagi. blog aku nieh ada readers ke sekarang? eh kalau korang2 yg baca nieh, tolong2lah ya bantu aku daftarkan subjek. tak larat dah eh nk sengkang mata sampai pagi loading refresh website uni 1000x. eh stop la. eden lupa pukol 2 ada kelas. mahu tido kejap dan solat nanti. zzzzn
No comments:
Post a Comment