nikmat dan ujian

lab 8-11 pagi. ke pusat pos. ke fakulti kemudiannya  berjumpa supervisor. bergegas pulang ke bilik. hari ini due date untuk submit case study. hasil kerja wan yang aku dan siti pinjam kononnya mahu jadi rujukan tak sempat dibuka dikaji. tiba di bilik dimana mereka mula menyeru agar mengisi borang IEM, institute of engineering malaysia. rm60 sehingga tamat pengajian. ke atm keluarkan wang. pulang ke bilik bersiap dan ke auditorium perpustakaan untuk majlis penutupan minggu cervical cancer. ke blok w kemudiannya untuk youth inventor sebelum ke fakulti berjumpa lecturer for presentation lab paginya dimana group aku tiada berkesempatan..cooling tower n water analysis final presentation is quite smooth unless for the report yang berterabur formatnya. suasana presentation thats seems more like a discussion. santai. lecturer aku keluarkan 1 buku tebal P&ID plant of TITAN, which once was his workplace. he showed us the P&ID for cooling tower system which is damn messy of course. he did explain how its work actually n how the water in the plant is recycle or at last came out from the system n goes to water treatment plant. its nice. after all the presentation process, finally dapat berjalan pulang ke kamar. still kerja tak akan pernah habis. malam nieh perlu siapkan distillation design as well as case study of chemical reaction yang mana aku dan siti nekad untuk hantar kemudiaanya. moga allah permudahkan urusan.

mood hari ini sangatlah jahat. kasihan siti. kebiasaan aku bila moody maka aku bermuka masam 24jam, dingin dan tiada suka bersuara, berborak apatah lagi. maka sepanjang perjalanan dan urusan yang kedengaran hanyalah bunyi derap tapak kaki dan titisan hujan. moga tuhan berikan siti nikmat kebahagiaan dan rezeki atas hikmah kesabaran yang dia tunjukkan. perempuan bila datang bulan, memang macam-macam. haish..

dan tuhan itu penyayang sangat. hari ini aku rasa aku jahat. aku merungut dan memberontak sepanjang saat. merungut dengan nikmat kehidupan yang tuhan kasi. di pengakhiran hari, dihadiahkanNya aku dengan rezeki yang datangnya tanpa disangka-sangka. pisang goreng dan nasi berlauk dari program inovasi youth inventor. dan bihun goreng beserta sekotak kfc dengan 2ketul ayam beserta coslow, kentang putar dan roti. mashaallah..

untuk permulaan hari yang kau cuba uji dengan hikmah kesabaran dan kesyukuran, dan untuk pengakhiran hari yang kau hadiahkan dengan jutaan nikmat dan kasih sayang, terima kasih tuhan.

untuk 2minggu ini, bersabarlah. syukur kita masih berpeluang mengutip ilmu tuhan.

No comments:

Post a Comment