Productive

Alhamdulillah. Pagi yang super productive. Harap dapat selesaikan methodology, abstract, dan complete excel untuk tunjuk Dr rizza esok.

Harap esok dah boleh mula study untuk paper rabu & khamis nieh.
Chaiyok2 yana!!
Mandi dan makan dulu jom.

='(


: )

Presentation room dah macam medan perang. Inilah feedback negatifnya bila panel semuanya dari group propylene oxide sendiri. 4 group present. Production of propylene oxide. bezanya cuma production rate dan process selection yang diguna. Bila 1 group present, panel (supervisor group tersebut) diam tak masuk campur. 3 panel lagi akan Q&A dan evaluate.

Mula presentaion pukul 2.10. tamat pukul 6 petang. cuma 4 group. "Bapak" gua memang rata-rata dah tahu gitu caranya. Nak kutuk lebih malu juga. Gaji dia 15k sebulan. Gua dengar pun gua terdiam. Kalau sebelum-sebelum nieh gua selalu cerita gua kalau jumpa dia boleh sakit kepala dan nangis2. Benda yang korang rasa remeh je sebenarnya tapi jadi satu isu bagi dia. Kesalahan paling bodoh gua buat gua lupa letak Ir. dekat nama dia. Report gua kena reject. Kali kedua gua lupa letak titik pada Dr. dan Ir., gua kena bebel2. Belum kira semua ayat yang gua tulis guna perkataan "method" terpaksa gua tukar pada perkataan "process". kJ/hr yang jadah merata bersepah dalam report gua terpaksa tukar ke kJ/h. Belum tengok citation dan reference lagi. Sudahla. Gua malas nak cite lebih2. Kalau nak cakap gua mengumpat, kita dok mengata firaun dan abu jahal tuh tak kira mengumpat juga ke?

Dijadikan cerita, isnin lepas, pagi dan petang gua dan kawan2 jumpa "bapak" kita. Part conclusion, ada 4 ayat. Semuanya dia yang buat. 4 ayat pada satu slide, hampir 2 jam. Walhal paraphrasing saja sebenarnya. Nak cakap gua menipu? Pegi mampos. Gua cakap benda betol. Jumpa dia pukul 5.15pm, 5 minit sebelum pukul 7 minta izin lari2 pergi solat Asar. 

Benda jadi isu bila group geng gua yang buat guna method yang sama, tulis conclusion yang serupa seperti group gua. Bila ayat itu dia yang buat, memang melekat benar dekat kepala. Waktu group geng gua present, mata jegil sama gua dan kawan gua bukan main lagi. Siap datang tanya, siapa yang beri slide pada group satu lagi. Kawan gua mengaku dia kasik. Sebagai rujukan. "bapak" gua cakap kawan gua nieh miang keladi. Aigoo..

Maka waktu Q&A session, habislah group itu "bapak" gua serang bertubi-tubi. Perkara pertama tentulah pasal conclusion tadi. Bapak gua tuh klu mood dah berangin memang makin berapi-api lorrr.. Kasihan gua dengan group tuh. Tegang sangat situasi barangkali, supervisor group tadi naik angin dan mula campur tangan skali pertahankan group dia. Lebih tepat membetulkan salah fahaman bapak gua dimana bapak gua bilang sepatutnya process selection setiap group tidak boleh sama. Bapak gua terkejut barangkali bila dia tengok rata2 point presentationnya hampir sama. Dari PFD, material balance ratio, objective, etc hampir sama sama. Sememangnya group gua dan mereka sll juga bertukar maklumat maka bukanlah sesuatu yang mustahil kalau punya maklumat serupa. Bapak gua cakap this is very bad. (dia maksudkan meniru barangkali). I will give u bad mark.

Tamat presentation dorg, group gua pula kedepan. Bapak gua yang tadi bising kini terpaksa diam. Kah3x... Kah3x.. Time ini group gualah pulak kena serang. Antara yang kena mestilah part gua. Economic potential. Tapi dari awal2 presentation lagik memang gua dah justify dan mengaku siap2 calculation gua salah. Maka disebabkan itu gua tak guna conversion dari situ tapi guna conversion dari journal. Dia tanya kenapa. Gua cakap banyak limitation antaranya rate law yang gua derive dan k value. dia minta derivation gua. tunjuk report. Dia minta side reaction lain. Kitorg keluarkan journal itu ini. Macam celaka. Group lain tak kena pun. Benda yang paling dia tak puas hati, group gua boleh purge out hydrogen gas. Dia tanya mana kitorg dapat hydrogen gas. kitorg cakap dari decomposition of hydrogen peroxide. dia tanya mana equation tuh. buktikan pada dia. dia kasik 14jam pada group gua. esok sebelum pukul 10 pagi datang kasik bukti, kalau tak mampu buktikan dia kasik 0. "I'll give u zero".

H2O2 --> O2 + H2O.
O2 + H2 --> H2O2

memang tak wujud sebenarnya h2o2 decompose hasilkan h2. gua baru tahu hari nieh. kah3x..
bila kitorg mengaku, ok ini salah kitorg, still dia nak kitorg dtg bilik dia before 10am tomorrow dan prove pasal benda tuh. memang sah2lah tak jumpa kalau benda tuh tak wujud. Ini bapak gua punya pasal la. Nak kasik bad mark. Nieh kan group gua dah dapat telur ayam terus. apa pown tak boleh.

Bapak gua paling senior antara semua panel sebenarnya. Panel group tadi pula lebih muda. Waktu group gua present, bapak gua marah2 mulut dengan dia (tak puas hati lagi gamaknya). Sebab tuh bila Q&A dah macam taufan jadinya. Sesama supervisor berperang. Anak buah jadi mangsa. Aigooo..

As a resolution, untuk mengelakkan plagiarism lah kononya pada pandangan panel, mereka suruh tukar production rate kasik berbeza. Entah kenapa malang sangat tak tau, cabutan undi sesama group yang punya production rate yang sama meletakkan gua sebagai group yang terpaksa tukar production rate. Ini memang celaka. Terpaksa mula dari production, consumption, demand semua untuk justify production rate baru. Paling tak kelakar terpaksa buat material energy balance baru. Dan run aspen lagi. Excel boleh tahan. Ubah value saja. Manual calculation?? Report??   

Gua tak ada perasaan apa pown sebenarnya. Gua rasa kelakar lagi ada. Macam2 gua belajar dalam kelas presentation hari ini. Sungguh manusia ini bermacam2 ragam tuhan kasik. Maha suci Allah. Terpaksa ulang kerja dari awal semula pasti ada hikmah yang tersembunyi. Chaiyok2! Jumpa panel esok dan mengaku tak jumpa bukti. Jumpa sv dan tahan telinga dan tanam kesabaran dalam diri. Fokus pada final exam dan thesis pula selepas ini. Hipppppppppy!

Plant Design 1 presentation

Dup dap dup dap.
nak terberak terkencing semua ada.
tak lama je lagik kol 2. 25 minit present. 25 minit Q&A. total 50 minit.

yang paling gua takutkan
economic potential 1 gua revenue-raw baru 171 e6 million

tapi.

economic potential 2 (EP2), revenue (trmasuk side product) - raw = 2.9 e18 million 
economic potential 3, = (EP2) - reactor price-compressor price = ....e18 million gak...

nieh tlg ckp jap cmna gua nk explain pehal price xturun, tapi naik 3 kali ganda lagi adalah.. pada conversion plg rendah plak tuh. celaka tol.

nak terkencing oiiiii

Terasa

Sekurang2nya, dosa bermaksiat masih boleh diampunkan Allah bila bertaubat.. tetapi dosa mengumpat memerlukan kemaafan drpd org yg diumpat terlebih dahulu.. dan ad riwayat yg mengatakan, tidak akan masuk syurga seseorg itu seandainya ada walau sekelumit rasa sombong di dlm hatinya, di mana dia merasakan dirinya lebih mulia berbanding org lain, naudzubillah..

komen sahabat di FB
017 9855164
no postpaid maxis gua

no maxis lama pakai je. tp batery phone dh seminggu kong gua malas nk charge. kah3x
btw congratulation to my sister. She got 8A. Dia memang bijak barangkali. Gua dulu dapat 8A gua belajar rajin. Sekanrang pown belajar rajin tak dapat result gempak juga. Dia tengok tv tido baca novel pown dapat 8A. Allah beri rezeki pada setiap orang memang tak sama kan. Besar hikmahnya.

As for junior di Jenan, entah mana silapnya out of 130, only 53 got straight A. Tahun lepas 97 orang rasanya. Tak apa adik-adik. Nilai ilmu bukan pada gred kamu. Berusaha rajin lagi selepas nieh. 

=) 
When i start to burst into tears in front of my plant design supervisor, i knew that i am at my limit. Thats not the worst cases of me, getting lectured or fired. And i am not even offended with the words came out from him. I already got that a lot from my manager during my practical training as well as during the Nihongo class at high school for almost each week. Still i won't cried. Its too embarrassing.

Its a 120 pages something of report which we spent days and nights for few consecutive days to finish. And the progress of finishing the task were started from the early week of this semester. When the reports were rejected once (last night of course), we spent hours of our night to redo again. And when they were rejected for the second time today.. The least i can do was crying.

Since the door was left opened, people passing by were keep their eyes on us. Still i don't mind. Till Dr. Mazrul who was passing by suddently stopping by. And that was a double embarrassing moment i ever had in my life. I covered my face. Tried to cool down and laugh to cover the tears. Dr. Mazrul ask my supervisor what is happening. He knew i was crying. and he smile. He knew me. He was once become my supervisor for my industrial training. And i was like, "hahaha. apa nieh sir. malu." Dr. Mazrul took the report and go through with it where he came to a conclusion that the report is good and everything seems ok and well arranged. Thats when he smile at me again and said, "its ok. Plant Design is sure a tough time for you, thats a period where u will cried, depressed.. But after this, when u flash back all these things, thats when u see how great that period is. I have been through that period. so i knew how it goes".

Its a big relief when my supervisor finally putting his signature there. When everyone else were already submitted theirs last night, we did those today. Still he want a copy of editted report by next week. 

Tak apalah. Itu pun dah cukup untuk saya rasa lega. Saya menangis bukan kerana saya kena marah. Tapi sebab saya sedih apa yang saya usahakan bersama kawan-kawan, banyak waktunya tanpa tidur dan tanpa punya kesempatan makan, masih salah dan tiada pernah kena. Dah seminggu macam nieh. Badan dan fikiran saya, dan kami, sungguh memang sudah sampai ke puncak kekuatannya. Cubalah untuk tidak tidur 2 malam. Kalian akan bangun berdiri lama terpinga apa yang kalian mahu lakukan sedangkan tangan kalian memegang toiletries dan towel untuk mandi. Kalian mungkin juga akan meminta diulang percakapan 3,4 kali kerana kalian tidak faham apa yang sedang disampaikan. Mungkin juga kalian boleh lupa kalian belum makan lagi nasi tengah hari tadi yang kalian beli. Lebih teruk lagi kalian lupa untuk berak bila kalian sibuk menahan buangan mengejar masa. Bertambah teruk bilamana kalian lupa kalian belum solat Asar lagi kerana sibuk mengejar masa yang mana akhirnya usaha kalian ditolak mentah-mentah. 

Waktu itu, kalian cuma berharap punya ruang untuk berehat sebenarnya. 



Ya. Aku menangis dihadapan Dr. Ir. Said Nurdin. Sehingga Dr. Mazrul datang, aku masih lagi menangis dan cuba ketawa hahaha untuk cover malu.
4 am

rejected


nak mencarut pun dah tak upaya lagi. mungkin tidur yang terbaik untuk masa sekarang. mulakan hari esok dengan lebih baik lagi. chaiyok2 Eleyana Ali.!!
test arab tadi,
saya tiru siti
getting so nervous. sambil study pun boleh gigil tangan. depan buku arab. dalam kepala fikir mass balance. walhal test final arab beberapa jam je dari sekarang. tak cukup masa sangat dah nieh. esok jumpa dr rizza untuk PSM. khamis sudah kena submit thesis. thesis sangkut. plant design pun sangkut. baru settle mass balance untuk reactor. masih ada flash drum dan 5 distillation column. recycle and purge stream yang belum consider. compressor, heat exchanger. excel lagi. server sibuk down waktu gnie. paham tak plant design dan final year projek gua kena guna aspen plus dan HYSIS. faham tak ada beberapa figura manusia akan jadi sangat bermasalah bila simulation tak boleh run? macam mana nak buat energy balance mcm nieh. rabu juga kuiz waste water. rabu juga test process control lab. rabu juga kena submit final report plant design 1. rabu babi.

Nak balik rumah

how much i wish i never grow up. time sure is flying by so fast. 
and i keep on growing.
Allah, saya sangat letih.



SMS

"Salam. Ayah, adik nieh elia. Kita
 malu nk minta tp kita dh xde duit
 nieh nk makan. Hahaha. Sory."

"SALAM JGN KATA GIITU  AYAH
LAGI LA MALU ANAK TAK DAK
DUIT NK MKN ESOK AYAH
MASUKAN ..BAGII NO ACCT...DOK
DLM HP LAMA TK"


lama baru ayah reply. aku berhenti type report dan teresak-esak nangis selepas dapat mesej tuh. aku janji pada diri sendiri aku nak kejar cita-cita aku dulu sebelum kahwin. aku janji.

December


Everyone else are having their hard time as well. Nak merungut hanya tidur 2,3 jam untuk 3 consecutive day pun celaka malu. Sekurangnya aku masih mampu tidur. Ada yang langsung tak tidur. Tapi kalau satu malam terpaksa telan 4-6 biji panadol untuk hilangkan kesan sakit kepala, pengakhirannya memang ko merungutlah juga. Hidup sekarang memang tak boleh sakit mahupun sakit kepala. I hate u final year. I hate you december.

Baru sampai dari Beranang, Selangor untuk program Degree++. 2 lab report Process control, and kuiz WWT menanti esok. Celaka betol. Fizikal mental dah terlalu letih dengan 3malam tanpa tidur lelap disebabkan 3days take home test Plant Design. Bersambung dengan 2 hari bermain dengan configuration deltaV Emerson DCS. Apa lagi kudrat yang tinggal kalau bukan keyakinan semua perkara yang diaturkan itu datangnya semua dari Allah. Berjalanlah juga walaupun perlahan. tak tidur malam lagi malam ini jawabnya..

life is so sweet


ice cream is sure a remedy that bring back smile and laugh.
keep on walking dear Yana. semua orang sedang lalu jalan yang sama juga.
=)