Slide PSM siap
Balik nanti aku mahu saman Esan. Kenapa laptop orang lain power point theme banyak dan cantik belaka sedangkan laptop aku 11,12 kerat je. Sudahlah hudoh belaka. Nasib baik jumpa cendawan comel ini dekat Google. Sangat tidak professional ya power point saya. Cari powerpoint theme UMP tak jumpa. Tak apalah. Yang penting siap!! Wowowowo
Semalam
Lokasi: Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan
Harga keseluruhan: rm130
![]() |
| Ana Ikan Bakar. siti faiznur comel sebagai model. |
![]() |
| kerabu mangga |
![]() |
| udang masak pedas. udangnya dibakar dahulu sebelum dimasak |
![]() |
| tomyam campur. rasanya masam-masam. |
![]() |
| sotong goreng tepung |
![]() |
| lala masak pedas |
![]() |
| trademark Ana. Ikan Bakar petai. nampak petainya?? |
![]() |
| sebelum. sotong tiada dalam gambar. tak muat. |
![]() |
| selepas. heh. cuba teka berapa orang makan? |
Hari ini
10 pages of results and discussion including the abstract and conclusion.
dari tengah hari tadi selepas lab 3 jam sehinggalah pukul 11 malam tadi.
alhamdulillah, report akhirnya siap dan sudah hantar kepada Hajar.
rasa cacat akal sekejap.
ok, enough with the shell and tube heat exchanger.
mahu mandi, solat dan baca surah al-kahfi beserta Yassin jika punya kekuatan.
hari yang panjang. dan pengakhiran malam yang penuh kepuasan.
nota kaki:
tadi saya makan ikan patin masak tempoyak, bilis goreng sambal, kacang botol dan jantung pisang cicah sambal belacan dan sambal tempoyak beserta sayur campur. Licin juga nasi walaupun makan dalam terkejar-kejar. Terima kasih Afifah. Sedap sangat. Kali kedua makan ikan patin masak tempoyak. Kali pertama parents Wani yang bawakan. Ikan patin goreng letak sambal memang selalu saya makan. Tiga tahun di Pahang, itu menu yang paling saya gemari. Nyum3x..
(saja mahu As Emeldya Ali iri hati. Dekat Jubail ada ikan patin dan tempoyak? rofl)
Belajar
Saya sudah 22. Sudah besar saya kira. Tak mahu merungut lagi. Kata Shima di blognya, kalau dah nama pelajar, test, assignment itu perkara biasa. Tak perlu nak merungut lagi. Ada benarnya. Malu sendiri. Wowowo.
Untuk lebih bersistematik, saya kira saya mahu menyenaraikan semua tugasan saya. Moga lebih tersusun dan terurus hendaknya. Jumpa kalian semula di penghujung bulan 5. InsyaAllah.
- Quiz Fluid Mechanics (25/4)
- Report mini project OSH (10/5)
- Presentation mini project OSH (16/5)
Report Exp 2 Mass Heat Lab (27/4)- Report Exp 3 Mass Heat Lab (4/5)
- Report Exp 4 Mass Heat Lab (11/5)
- Report Exp 9 Unit Operation Lab (3/5)
- Assignment Unit Operation (30/4)
- Assignment/Quiz/Interview Process Control Dynamic (30/4)
Power point presentation PSM (30/4)- Final Presentation PSM with panel (2/5)
- Final PSM report
- Mini Project Process Engineering Economic
- Interview Mini Project PEE (21-28/5)
- Test 2 PEE (18/5)
- Test 2 Unit Operation
- Test 2 PCD
- Test 2 Fluid Mechanics
- Test 2 OSH
- PSM Aspen Plus Simulation
Yang ke-11 itu adalah sesuatu yang paling saya takutkan. Sesuatu yang saya usahakan sepanjang semester ini kini di pengakhiran. Diterima atau ditolak, masih diluar pengetahuan. Doakan saya moga dipermudahkan.
Rants & Rambling
Yana, let's stop this thing a while, may you?
220 episodes already within 2 months.
I cried, and I laugh. And i did learn things.
Mahu baring.
Buka buku and read things.
Listen to nice 90, 80's songs.
Boyzone, kings of leon, phil collins maybe.
It is quite relaxing i think.
And about Lynas trip this morning, nantilah saya cerita.
Yosh, nite everyone. XoXo.
220 episodes already within 2 months.
I cried, and I laugh. And i did learn things.
Mahu baring.
Buka buku and read things.
Listen to nice 90, 80's songs.
Boyzone, kings of leon, phil collins maybe.
It is quite relaxing i think.
And about Lynas trip this morning, nantilah saya cerita.
Yosh, nite everyone. XoXo.
Rants & Rambling
Alhamdulillah..
Selesai satu perkara.
What we need to do when we know nothing, is to ask.
Even a stupid question is.
Aku sudah lama bermasalah untuk isi borang Certificate of indemnity dari KGFP nieh. Walhal isi tempat kosong dengan nama aku, universiti dan KGFP sahaja pun. Disebabkan tak tahu, aku selalu bertangguh untuk selesaikan dan matikan setem. Maka tadi aku telefonlah ke office KGFP Chuping. I was passing through three different persons. And the best thing is semuanya sangat baik ya. So nice and polite. The first operator sahaja sepertinya sedikit agresif dan bersuara muda. Haha. Connected to the next person, he sounds like a dad, trying his best to help me at first but when he himself is not sure, he gave a direct phone number of Puan Zaini who incharge this thing. Puan Zaini is like a mom. Explain each thing and sentences clearly which are actually so simple. It just me who don't understand. Haha. And she even call me adik instead of you.
The things are settled now. Cuma perlu matikan setem dan bawa saja borang ini pada hari pertama internship. I got a great starting impression of the stuffs there. That 12 weeks sure gonna be awesome. Woow!!
Said nothing
Just read.
And observe.
And listen.
Silently..
Said nothing.
Tak semua orang suka kita bukan.
Belajarlah untuk berdiam pada beberapa waktu.
And observe.
And listen.
Silently..
Said nothing.
Tak semua orang suka kita bukan.
Belajarlah untuk berdiam pada beberapa waktu.
#4
Umur sudah 22. Pada yang bertanya, nah, ambillah gambar sekeping dua. Baik di facebook mahupun di blog, memang sudah lama tak tayang muka rasanya.
maaflah. gambar dalam lab saja yang ada. kalau ada rezeki, sabtu ini ke LYNAS dan mei depan ke MTBE. Latihan industri di kilang gula felda perlis, KGFP. Kalau ada rezekilah kan. Kalau rezeki awal ditarik balik tuhan, tak adalah kan. Syuhh.. Jangan cakap siapa-siapa. Rahsia nieh, rahsia. Kita-kita je tahu. Ok??
semalam
semalam, 16 april, angka usia saya bertambah seangka. 22.
tiada apa yang saya harapkan melainkan kesihatan keluarga dan kegembiraan mereka.
turut saya selitkan, keinginan untuk mendalami seni tasauf yang mana saya sedar saya masih dipermukaan.
kepada sahabat-sahabat, terima kasih kepada yang mendoakan dalam ucapan.
terima kasih wani, afifah, solehah, siti dan ayu untuk kek, sandwich dan hadiah kalian.
Just keep on swimming
Just keep on swimming, swimming swimming...
Dalam Finding Nemo, itu yang Dory nyanyi.
Just keep on swimming, swimming,swimming...
You swim when you want, swimming swimming swimming..
Entah ungkapan yang berapa kali berulang dalam fikiran.
Tiada lain hanyalah ungkapan kekuatan pada diri sendiri
Tatkala mula merasa letihnya belajar dan seolahnya mahu berhenti.
Just keep on moving, moving, moving Yana.
Letih sekarang nanti-nanti boleh berehat panjang.
sabtu mahu keluar makan-makan dan wayang.
minggu yang benar-benar panjang.
penat.
Mendoakan keselamatan saudara di Indonesia dan utara malaysia sana. Moga diberi perlindungan. Khabarnya gempa kuat dan amaran tsunami juga sudah dikeluarkan. Lindungilah kami Ya Tuhan.
Dalam Finding Nemo, itu yang Dory nyanyi.
Just keep on swimming, swimming,swimming...
You swim when you want, swimming swimming swimming..
Entah ungkapan yang berapa kali berulang dalam fikiran.
Tiada lain hanyalah ungkapan kekuatan pada diri sendiri
Tatkala mula merasa letihnya belajar dan seolahnya mahu berhenti.
Just keep on moving, moving, moving Yana.
Letih sekarang nanti-nanti boleh berehat panjang.
sabtu mahu keluar makan-makan dan wayang.
minggu yang benar-benar panjang.
penat.
Mendoakan keselamatan saudara di Indonesia dan utara malaysia sana. Moga diberi perlindungan. Khabarnya gempa kuat dan amaran tsunami juga sudah dikeluarkan. Lindungilah kami Ya Tuhan.
Burn the midnight oil
Dan gua rasa celaka tak buka fb lebih awal. Lebih celaka sebab gua rasa gua ada je dalam kelas replacement last time. Apsal gua tak dengar pun esok pagi tak ada kelas dan tak perlu hantar assignment lagi??
Gua nak g tido nieh. Esok gua test process dynamic and control. 6 chapter. Gua baru terhegeh-hegeh nak faham Laplace, ODE, transfer function jadah mak nenek lagi. tolak tambah huruf abc yang entah untuk apa pun gua tak tahu.
Ok lah. Gua nak tidur nieh. Esok hari gua akan jadi panjang lagi. Sebenarnya esok kena submit proposal thesis. Tapi gua tak settle 2 chapter lagi. Lusa tulat la gua hantar. Harap sv mahu terima lagi. Macam celaka juga bila tangguh kerja tak selesaikan habis semua masa cuti. Sabor jelah anak Ali oi.
Pen off..
Sunyi
"tempat kegemaranku adalah.. di sisimu!"
(berlatarbelakangkan burung hantu 2 ekor tengah bergesel-gesel di bawah bulan)
"kita tidak mewarisi bumi. kita hanya meminjamnya dari ganerasi akan datang. sokonglah EARTH HOUR. 31 March 2012. padamlah lampu anda dari 8.30 pm hingga 9.30pm"
syukur ada mms free dari maxis. berbunyi juga sekurangnya telefon nieh.
tak suka balik rumah. meriah. tetapi bila masuk bilik, mula rasa sunyi.
tengok yuna bawa family makan angin di europe,
tengok yasin jalan-jalan ke manchester dan liverpool,
tengok rakan-rakan jalan-jalan ke turki dan tanah arab,
baru tersedar semula perjalanan hidup masih panjang. malah masih banyak impian yang perlu dikejar.
orang sudah jauh berjalan, aku masih disini dengan rungutan basuh baju berbaldi-baldi. malu sendiri.
buka thesis Dr Ridza. Di ruangan bibliography, aku perhatikan conference presentationnya banyak sekali. Berlin, Germany, Italy, China, USA, etc.
Indahnya menuntut ilmu. Lebih-lebih lagi jika besar sumbangannya pada ummah. Sedikit sebanyak semangat itu datang kembali. Persetankan rasa sunyi. Masih banyak sisi kehidupan lain untuk dihargai bukan? Cita-cita yang perlu dikejarkan. Apa sangat ada pada kesunyian.
Tak apalah. Sekurang-kurangnya kesunyian itu mengajar aku untuk lebih menghargai kegembiraan bukan?.
Masih ada tiga hari di rumah. Masih ada masa untuk aku hargai peluang bersama keluarga. Masih ada masa untuk habiskan segala kerja. Masih ada masa untuk menelaah Process Control Dynamic yang sangat susah untuk aku digest, entah kenapa. Sabar.
Ya Allah, tambahkan ilmuku. Moga ilmu yang kupelajari, dan thesis yang aku bersusah fahami dan cuba aku mulai, memberi sumbangan pada ummahMu dan dan membantu agamaMu secara keseluruhan. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)














