kata-kata yang baik juga sedekah, samalah seperti mengelak daripada mengumpat dan menabur fitnah. -solusi,39.
ada 3 perkara yang aku minta tatkala akak aku di tanah suci sana. aku kira 2 daripadanya benar-benar termakbul. satu daripadanya aku minta dibersihkan hati. kerana aku bilang aku mudah iri hati dan benci sama kejayaan orang lain sehingga membawa aku kepada perasaan dan perbuatan yang mendorong kepada perbuatan pengaduan dan mengumpat. dan pengorbanan terbesar yang terpaksa aku lakukan adalah dengan mengaku akan setiap perbuatan aku pada empunya badan sungguhpun malu lagi menyakitkan, memohon maaf dan akhirnya memadam kesemua ratusan penulisan di blog ini. kerana kata-kata itu ringan di dunia, berat timbangannya di sana.
kerana perempuan itu fitrahnya lembut hati dan mudah cemburu, malah suka bercerita dan berkongsi rasa, maka bersabarlah dengan menahan diri dari mengumpat. kerana kesabaran itu juga sebahagian dari sedekah yang dianjurkan.
No comments:
Post a Comment