what a hectic week. busy kalah babi tengah mengawan. dalam menuntut ilmu tak boleh merungut. tuhan suruh sabar. org sabar masuk syurga. sabar kawal nafsu dari beli air sejuk supaya akhir tahun dapat korek tabung beli external hard disc. sabar bukak mata luas2 baca buku siapkan kerja 2,3pagi. sabar tahan ngantok dalam kelas. sabar bukak langkahan kaki paksa diri melangkah ke kelas. sabar dengan kawan yang banyak soal serta ketawa berdiskusi bising2.

paling penting sabar mandi awal pagi. 10minit dalam shower, 9minit berdiri takut2 dihadapan pili, baki seminit seterusnya laju2 pancurkan air 3,4 kali sebelum berhenti. apa kisah. perempuan tanpa perfume pown bau wangi. keh3.

sabar yang paling susah bilamana, bersangka baik dengan orang lain serta bersangka baik dengan tuhan. sabar menerima kemarahan dan layanan burok org lain dan sabar untuk membalas kejahatan yang dilemparkan sepertinya dengan menggantikannya dengan kebaikan.

btw entry kali nieh xsepatutnya bercakap  pasal sabar. benda lain hendak ditulis sabar juga yang keluar.

owh ya, malam nieh daftar subjek lagi untuk semester depan. tak boleh cakap lagi ope registratio itu babi. nanti internet meragam samapi suboh depan pown belom tentu settle lagi. blog aku nieh ada readers ke sekarang? eh kalau korang2 yg baca nieh, tolong2lah ya bantu aku daftarkan subjek. tak larat dah eh nk sengkang mata sampai pagi loading refresh website uni 1000x. eh stop la. eden lupa pukol 2 ada kelas. mahu tido kejap dan solat nanti. zzzzn

Mariah

aku ingat lagi. pernah sekali di dalam kelas english semasa di kmpp. lecturer english aku masa tuh berikan kami sekelas satu short story entitle, "Mariah" (sesuatu yang baru aku ingat kembali lepas google semula tadi).

She gave us time to read across the whole story during the whole period of class and everybody were quiet a while. Before she end up the class, she ask us our opinion regarding the issue or the idea of the story. Aku tak ingat lagi apa satu persoalan yang lecturer aku bawakan masa tuh. Apa yang pasti, aku bersama dua lagi sahabat aku yang duduk di barisan meja paling hadapan sepertinya mengangguk dan mengangkat tangan dengan kenyataan yang dinyatakan. Sehinggalah kelas berakhir dan masing-masing mula melangkah keluar dari ruangan masing-masing, barulah aku tahu bahawasanya baki rakan-rakan lain di belakang hanya berdiam. rata-rata kaku tanpa respon dan selebihnya menggeleng dan tidak bersetuju dengan kenyataan lecturer aku. 

Kenapa?? itu persoalan yang aku lontarkan. Maka salah seorang daripada mereka bilang, kita tak baik setuju dengan statement lecturer aku. Perkahwinan lebih dari satu itu dibolehkan dalam Islam. Tidak bersetuju dengan apa yang iman itu lakukan dan rationality tindakannya samalah seperti menyalahkan atau membangkang apa yang dibolehkan Islam. Ayatnya bukanlah seperti ini, tetapi yang pasti pendirian dan maksud yang disampaikan dia begitu. Dan aku tatkala itu, hanya mampu berdiam.

Apa yang pasti, andaikata lecturer aku mengangkat lagi persoalan yang sama, aku kira setelah bertahun berlalu, aku masih lagi figura yang sama. yang akan berada di hadapan dan mengangkat tangan dengan tingginya. Dan untuk kali ini, mungkin aku pula perlu bersuara dan kalian pula diam sepertinya aku dahulu.

Bertahun berlalu, penulisannya masih membuat aku menangis. 

Student life

1. i got 42 over 100 for my technopreneurship test. i hate business. the theoretical part gila babi lagi benci.

2. its happen again. salah tekan function "coth" guna calculator. it is supposed to be 1/hyp tan, but i straightaway using the hyp tan. last time i lost marks in that way too. salah tekan exponential. it supposed to be in this way: SHIFT ln (ANS) OR ALPHA ln ^ (ANS). This e is totally different with this e.

3. Actually i dont mind about the gred and test marks as the most importance one is still the knowledge itself.

4. Eh wait. Actually it is because i do mind it a lot then when i start to ramble on them in this crap of space. Just like how the facebookers posting a status like, " Ko ingat ko fitnah aku korek hidung dalam kelas english aku kisahlah?. Aku tak heran la weih. Kisah pown tak". Walhal dia sedang menunjukkan pada dunia betapa dia sebenarnya kisah bila terangkat bontot dan membebel gitu. Kah3x.

5. And one more thing, aku bukan salah tekan function di kalkulator tuh. Aku sebenarnya memang tak tahu macam mana nak tekan function tuh. Lepas habis paper baru tahu. Dalam exam mana boleh jerit tanya kawan sebelah ye dok?

geram

entry ini bukan untuk korang faham.

Semester nieh aku sangat bermasalah dengan integrated project aku. A grouping work. Masih ingat dulu aku pernah gtau aku perlu design fixed bed reactor dan separator for the production of 30000 Mtons/yr 2-ethylhexyl laureate?

Benda jadi bermasalah bila setiap orang dalam group bergerak sendiri ikut kepala masing2. Termasuklah aku. Bukan aku bersifat racist, but its obvious. Bermula dari meeting pertama, entah mana pucuk pangkalnya, aku dan 2 lagi kawan (melayu) disuruh buat literature review(background) while the other 2 members (chinese) ikut suka hati diorang je tetapkan diorang mahu buat material dan energy balances. Ini memang celaka. Kenapa? Thats the basic of reactor and separator design. Selalu kalau kita tak tahu part mass and energy balance nieh memang kita akan menghadapi sedikit sebanyak kesukaran untuk task2 seterusnya. Benda yang lebih celaka bilamana bila kita suruh ajar, diorang cakap diorang tak tahu. Value yang entah datang dari mana2 journal diorang sapu pown aku tak tahu. Apa kejadahnya kalau dah buat tapi tak tahu?

Setiap task perlu submit ikut tempoh waktu tertentu. Sekarang kitorang berada diminggu dimana kitorang dah perlu submit task 3, which is reactor sizing considering the effect of diffusion and side reaction. Ok itu satu. masalahnya task 2, which is reactor sizing tht only considering the mass and energy balance tuh, she is doing that with polymath. she gave me the softcopy. but as i told u, i dont know where's the certain value came out so macam mana aku nk study sendiri? 

and today i ask her about "our" integrated project. what is actually happening. tahu dia cakap apa? dia cakap kita punya semua salah. kena buat dari mula. i ask dr chin, and she allowed us to extend and submit all the task 1,2 n 3 by this friday. so we need to start again the calculation from mass balance. 

ok that gonna be fine for me. aku bilang dia, u buat sorang ke? lepas nieh buat sama2 la. kita buat sekali dari mula. she said ok, tonite kita meeting.

and this maghrib, she sent me an email, consist of a blurr picture. A modified diagram of reactor n evaporator drawn by a blunt pencil as well as a modified value (perhaps value dia sendiri) yang mana semuanya jauh dari value journal asal yang kitorang guna as references. dalam email dia bilang dia penat, xnak buang masa buat discussion n ask us untuk study sendiri... by her value. ini memang bikin gua panas.

ok. its nice kalau aku pergi ambil wudhu dan mulakan slow2 dengan mass and energy balance dulu malam nieh. im not going to be racist. but still, its obvious that chinese never trust their malay friends. they would either prefer to ask their friends from other groups instead of asking us. hey.. ingat aku bodoh sangat?? 

Need some rest

i was here last 2 weeks. guess where? 

"Dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya
dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. 
Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka
mengapakan mereka tiada juga beriman?"

Al-anbiya, ayat 30

bola

never thought that watching football was so great. ya aku gembira. dan lama juga aku tiada punya perasaan gementar bercampur gembira itu. such a great mixture of feelings.

it just that.
bilakah agaknya kedua-dua negara ini mampu bersatu?
sesuatu yang kukira mustahil diperolehi hanya dengan sebiji bola.

S.a.b.a.r

Aku rasa aku mula mengerti kenapa tuhan jadikan aku kurang cantik apatah lagi menawan serta punya warna kulit yang gelap dan kusam. Figura yang cukup berbeza berbanding ahli keluarga lainnya.

Kerana tuhan itu,
mahu mengajar aku erti sabar sebenarnya.

p/s: Tak baik mendiskriminasi. Di syurga kelak, manusia semua sama tinggi, bentuk dan warna kulitnya. Dan mereka yang banyak bersyukur, serta banyak bersabar, diangkat darjatnya disana.

kecil2 dulu mereka bilang aku keling botol. bila besar mereka bilang aku sepertinya mamak. si ibu juga pernah bilang diri ini keling. si ayah yang melabelkan aku sebagai si gadis yang kurang dari segi rupanya. si sahabat tanpa nama yang melabelkan si mangsa kebakaran di dinding loker. Juga si dia yang pernah menjadi kesayangan suatu ketika dengan ungkapan hodohnya aku.

kecil hati. menangis sendiri. betapa aku cuba belajar bersabar sebenarnya. syukurlah tuhan masih sayang. masih mahu menguji dengan hikmah kesabaran.

Nama Saya Rain (tiada kaitan)

Malam nieh aku plan untuk siapkan sepenuhnya literature review aku. Dalam kelas Proposal Writing semalam, aku belajar paraphrasing juga references punya format which is APA style and IEEE.

Ada sesuatu yang lain yang aku belajar dari kelas nieh actually.

Sebelum itu, aku mahu tunjukkan korang contoh cara kita menulis rujukan dalam format APA style dan IEEE.

Author: As Eleyana Ali
Date of publication: 2011
Title of publication: Cara-cara memerah susu kambing
Place of publication: Kuantan
Publisher: UMP

1. APA style
    Ali, A.E. (2011). Cara-cara memerah susu kambing. Kuantan : UMP.

2. IEEE
    A.E. Ali, Cara-cara memerah susu kambing, UMP, Kuantan, 2011.

Kalau diperhatikan, apa yang berbeza antara kedua-dua format ini hanyalah susunan. Contoh, kalau IEEE tahun mesti di belakang dan surname didahulukan dengan nama kita sebelum nama keluarga.

Eh kejap-kejap!!
Bukan ini yang aku nak sampaikan sebenarnya.

Tapi ini:

Nama:
Baihaty Imani Nani Gulati binti  Amirul Kamil Aiman Manan

Maka penulisan reference mengikut APA style begini:
Amirul K.A.M, B.I.N.G. (2011). Cara-cara memerah susu kambing. Kuantan : UMP

Sekarang, why not try check nama anak korang beserta nama korang nanti, bila di referencekan apa jadiknya?? Kih3x

Kesimpulan:
Jangan letak nama anak panjang-panjang. Pada yang lelaki, dari dalam perut lagi, tolong jerit dekat mak, jangan letak nama panjang2. Menyusahkan.

Oh ya, untuk latihan kalian malam ini, apa kata korang cuba tulis reference dalam format APA style guna nama mamat nieh.

Picture's sources

Captain Fantastic Faster Than Superman Spiderman Batman Wolverine The Hulk And The Flash Combined

dikatakan remaja dengan nama terpanjang di dunia. Paying US 20 just to change his name from George Garrat. Nenek dia punya bengang sampai takmau bercakap dengan si Spiderman Batman WOlverine nieh. Kih3x..

Postpone Entry- Eid Adh 2011

with my sister in law n my maksu with both my little niece.
paddy fields behind.

my grany's hometown of course. nice nice nice

beside my granny's house

tuju tin on hari raya day

with their baju melayu at parit watching their friends playing netball and swimming

exactly in front of my granny's house

kanan kakak, kiri adik. i guess so. sis in law with mom

Postpone Entry 2- It's Penang!!

4.44am. Dan literature review aku masih di tahap 2/5 selesainya. Tak apalah As.

Belajar

Kadang-kadang, bila semangat study tuh datang, ada je kekangan lain yang menghalang. Contoh malam nieh, semangat nak mampos siapkan literature review untuk proposal writing, skalik ada meeting minggu inovasi pulak untuk update kerja. ikutkan hati malas deh nak join apa-apa. tapi ikutkan logik akal, takkan nanti nak minta kerja hantar resume kosong tanpa certificate apa-apa. macam celaka je bunyinya. eh, ada tak orang mintak kerja bawa sijil panjat gunung??

Sekarang perasaan belajar tuh tak sama macam dulu. Dulu bila belajar, tertido dalam kelas pun cikgu datang tepuk-tepuk bahu. habis sangat ketuk meja kasik bangun terkejut sampai hilang terus mengantoknya. 

Tapi, seingat aku dulu, ada dua kelas dekat Jenan yang aku tertunggu-tunggu. Kedua-dua kelas nieh biasanya kelas untuk bersuka ria. Satu kelas muzik. Dalam kelas muzik, komu semua menyanyi je kerjanya. Muzik dekat jenan tak adanya main-main rekoder. muzik dekat jenan habis sangat do re mi fa so la ti do. tak pown dengar Cikgu Rostam main gitar sambil nyanyikan lagu burung Hud2 sama lagu rahsia pepohon cemara. Zaman nieh kalau nak dibandingkan budak seni dengan budak muzik, budak muzik memang macam heaven gila la. Almaklumlah kalau tengok budak seni, gila babi asyik lukis, warna, kolaj, buku skrab tampal-tampal je kejenya. hilang macho doh si lelaki tampal2 kertas warna pakai gam. kih3x..

Kelas kedua aku paling suka waktu aku upper form. Cikgu nieh mengajar aku Bahasa Melayu 2 tahun. Selama aku hidup, aku rasa dekat kelas dia je aku pernah ketawa sampai nangis dan geli tangan tak mampu menulis. Korang penah ketawa sampai kuar2 air mata? Kalau aku, memang selalu. Kelas aku banyak 'joker' juga aku kira. Dalam kelas nieh, cikgu nieh selalu cakap aku monorel (eh macam mana eja ha?) sebab kalau dia suruh baca teks, sudah jadi kelebihan aku untuk baca tanpa koma mahupun noktah. satu nafas dalam satu ayat itu biasa. Bila part menulis karangan je masing2 mula buat muka. Kih3x.. Aku terfikir untuk bercakap pasal nieh sebab aku terjumpa 2 gambar nieh. Sememeh je masing2 muka.

Dalam hal belajar nieh memang banyak cerita. Cerita satu muka tak cukup punya. Nanti aku sambung lagi. Off.

Rambling lagi

I hate Monday most of all.
Sunday as well.

Kebiasaan pulang ahad petang sampai ump 6pagi isnin. Bas pukul 6, pukul 12tengah hari baru sibuk basuh baju dan cadar seminggu lepas yang dibawa pulang. Buku unit op yang tersimpan rapi juga hari ini baru rasa mahu keluarkan. Aish..

Ayah aku dah mintak resume sama surat kebenaran latihan industri. Aku bilang aku mahu mohon sendiri dan uruskan sendiri. Dia bilang tak payah urus-urus sendiri. Kasi ayah taulah ayah buat. Yelah2 encik ali, kilang gula pun kilang gulalah. Orang manis memang kerjanya di tempat manis juga barangkali.

Last time waktu akak aku di Mina dimana keesokannya dia mahu ke Arafah, dia sempat chat sama aku. Dia tanya aku ada apa2 doa mahu dikirimkan? Aku kirimkan 3 permintaan dan doa sebenarnya. Permintaan terakhir berkaitan jodoh sebenarnya. Dimana aku meletakkan sesuatu nama di situ. Agak-agaknya lah, korang terkejut tak kalau aku kahwin awal? Kalau koranglah, macam mana? Kih3x..

Semalam ayah aku suruh belajar dengan konsep untung rugi, mentapkan public speaking, sambung master 2tahun, bekerja di petronas seperti anak paktam aku, ke arab 5,6 tahun kumpul duit, balik malaysia buka bisnes. %&^$#*&^$

Aku jawab tak mahu. Nak kahwin awal. He freeze a while then burst out his loud laugh. Damn its not funny. Au cakap graduate je terus nak kahwin. Dia cakap kahwin sebelum graduate pown boleh. (I guess with a rolling eyes). Cakap  encik ali dalam hal nieh memang tak boleh percayalah.

sometimes i do think, kenapa dia tak paksa je aku amik degree in business study instead of engineering klu in the end he is still takling about business. apa yang lebih penting, at this level of his hope, jadah bila tahunnya aku nak kahwin??

Bila tahunnya pak eden mahu kahwin. eden ini gatal. mahu kahwin awal. bapak perlu tahu itu deh.
I hate Monday most of all. Sunday as well. Selalu naik bas balik ump

Diorang lapar

Dengar roda beg manusia-manusia yang mula beransur pulang rasa puaka juga. Aras aku sunyi. Pukul 10malam macam 3pagi. Dengan lampu aras yang terpadam, suram lagi kelam, rasa macam hidup dalam alam bunian pula. 

Tiada manusia, maka boleh dikatakan tiada juga bahan sisa. kucing-kucing comel lote lagi montel mengiau merayau penuh kelaparan. 

Langkahan ke tandas terhenti dek 2 ekor kucing yang mengiau seksi berjalan membontoti dan berlegar di kaki. Aku dalam hati, "lapar barangkali..". tong sampah aku kuis-kuis 2,3x. kasihan sebenarnya sama mereka. 

hampa. 
tong sampah tiada sisa nasi seperti kebiasaannya dia.

aku menapak semula ke bilik diiring hebat sicomel kucing. "lapar kan? tunggu kejap ya, amik tam tam kasik kamu". loker aku buka. tam tam aku amik. sebenarnya hanya itu yang ada. fikir 2x tak kan kucing makan meggy mahupun milo sama teh juga nutella. biskut jajan lainnya suma sudah tiada.

buka sahaja pintu bilik kembali, si kecil kucing berlari terlompat-lompat ke dalam. "weh, janganlah masuk. janganlah masuk. nanti tak tau nak keluarkan". fikir balik rasa celaka juga bercakap dengan kucing. macamlah dia paham. (tapi aku percaya dia paham). si ibu menunggu setia di depan pintu walhal si anak tersipu-sipu malu berlari sana sini menyorokkan diri. ada hati nak masuk loker aku.

"nah amik nieh.."
tam tam aku sua 3biji

datang dekat hidu-hidu lalu undur ke belakang dan menyorok kembali. 

"tak suka ke? orang ada nieh je.. habis tuh nak makan apa? roti mahu ke?" again, bodoh benar eleyana ali ngomong sorang diri.

pintu aku buka kembali. si ibu bersegera mahu melangkah masuk tapi aku halangi dengan menghentak-hentakkan kaki. si kecil kucing aku meow kan 3,4 kali mengajak ke luar. (ya, eleyana ali tak pandai pegang kucing. pengecut)

tam tam masih aku offerkan lagi. pada si ibu pula kali ini. si ibu tak banyak bunyi. hidu 2,3 kali. ditundukkan kepala lantas dikunyahnya perlahan. maka duduklah aku bersila dihadapan pintu bersama keduanya. si kecil comel masih malu2 kucing (owh kamu memang kucing), walaupun pada dasarnya aku kira dia memang tiada suka sama itu tam tam. dan sekarang hanya si ibu yang melahap kerakusan.

wanie pulang. kubilang mereka lapar. wanie keluarkan keropok putih lantas dihancurkan menjadi cebisan kecil. diletakkan di atas kertas. dihidu. tetapi kembali memaksa diri menelan butiran tam tam. manakala si anak memandang malu-malu dengan perut kelaparan.

wanie yang waktu itu turut membawa pulang nasi air untuk dimakan, mengeluarkan bilis2 goreng untuk si kucing2. demand. ikan bilis makan pula. species korang nieh memang suka ikan kan. no wonder ikan di laut tak pernah surut. kalau korang boleh menyelam, laut sekadar tinggal sotong kurita barangkali. ikan bilis 7,8  ekor limited edition itu lesap dalam sekelip mata. mengiau. masih lapar aku pasti.

"jomlah as kita turun beli ikan bilis dekat makcik kasik dorang" bilang wanie.

5minit kemudian,

"makcik, nak beli ikan bilis sikit boleh?. kucing laparlah. kesian dorang takde makanan"
"boleh.boleh", lebih kurang gitu makcik bilang.
"tulang ayam nak tak tulang ayam? tanya makcik.
"kucing makan ke tulang ayam?", pertanyaan bodoh dari kami.
"eh kucing mesti makan punya", bilang makcik penjual nasi air sambil tangan mengambil 2,3ketul tulang ayam.

melangkah ke bilik, sepertinya si kucing-kucing itu sudah tiada. sunyi sepi. 
rupanya menunggu di alas kaki bilik hadapan, dilihatnya kami, lantas menerpa happy seolah tahu rezeki!! rezeki!!

eh malaslah nak taip lagi. mengantok. 

penutupnya, bilis goreng beserta tulang-tulang ayam 50sen itu habis ditelan si kucing2 montel kecomelen. sekarang depan pintu bilik kitorang 3,4 ekor kucing lain sama ha tumpang sekaki. apa citer??

Pukul 3 pagi. fifah tuangkan bilis baru.
2 ekor lagi sudah bermalasan kekenyangan

p/s: kalau aku ada sardin mesti aku tolong masakkan korang. sardin makan tak sardin?? kah3x