Pernah aku bertanya kepada dia,"kenapa kita diciptakan?"
"Kerana Dia mahu dikenali", itu bilangnya.

selalu aku lupa. hingga hari ini aku diingatkan kembali.

Firman Allah dalam hadis qudsi: 
Aku adalah Perbendaharan Yang Tersembunyi.
Aku ingin Terkenal dan dikenal, maka kuciptakan makhluk adam dan segala alam dan isinya.

dan dia pernah bilang padaku, 
Untuk kenal Dia, kita kena kenal pada diri sendiri. Dan untuk kenal diri, kita perlu mati. Yakni, dengan menghilangkan rasa Aku dalam diri. 

sungguh bukan mudah memikul amanah. Bukan mudah memikul amanah. 

Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai dengan dunia, berpaling dari akhirat. (Al-Anbiya:1)


Ayah: Kak Elia nanti kerja dekat mana?
Aku: Dekat kilang.
Ayah: Kilang apa?
Aku: Ayah nak kilang apa? Kilang chocolate, kilang alcohol, kilang minyak, ubat, bla bla.. Semua boleh. Ayah nak yang mana satu?
Ayah: Dekat kilang yang sampai boleh bukak kilang
Aku: &%^$(@# baiklah.