Penat. Kenyang. Tenang. Rasa bersih.
10 tahun tinggal asrama, darjah 6 (setahun), Jenan (5tahun), kmpp (setahun), ump (3tahun), hari inilah aku rasa aku basuh baju dengan kadar yang paling banyak.
3 barisan, dengan barisan pertama sebanyak 22 hanger. diikuti baris kedua dengan 3 helai sarung bantal dan 3 helai tudung syria dan beberapa helai tudung bawal, dan baris ketiga sehelai cadar beserta seluar (dah tak cukup hanger lol). Yang kecil-kecil tak payahlah cerita. Macam malu je.
Bila sudah kerja nanti, gaji pertama aku, aku mahu beli mesin basuh. Sebab 3 baris baju tadi, aku cuci dengan tangan sendiri. Sakit tulang, sakit hati. Sebenarnya dah 10 tahun baju cuci tangan. Hari ini pula mahu bising-bising.
Entah apalah yang aku sibukkan sangat sebenarnya minggu nieh. Sabor jelah.. Heh .
Hari ini
Turun cafe belikan makanan. Berjumpa Farihah. Sahabat seusrah dahulu. Sahabat sekelas pada beberapa waktu. Sahabat yang selalu belajar sama tatkala retake paper material energy balance short sem dahulu.
Berbual 1 jam lamanya. Sangat banyak ilmu dan kasih sayang yang aku peroleh untuk 1 jam itu. 1 jam yang Allah pilih untuk dua hati ini bermuhasabah dan mengingatinya. 1 jam yang Allah beri untuk memperingatkan dua hati ini tujuan kehidupan di dunia. 1 jam yang Allah turut serta mendengar segala isi perbualannya.
Di akhirat kelak, hamba yang baik akan bertemu dengan Allah. Dan tatkala itu, Allah melihat kita dengan penuhhhh rasa kasih dan sayang. Tetapi, dimana aku sekarang?
Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Farihah.
Karnival Buku Pahang
hari terakhir karnival buku pahang di zenith convention centre kuantan anjuran MPH. 2jam lebih masa yang dihabiskan di sana seolah-olah belum cukup dan puas. haha. 6 daripada buku di atas aku beli dengan potongan 90% manakala baki 2 lagi dengan potongan 10%. jumlah keseluruhan sebanyak rm67.50 dengan rm50 aku bayar melalui voucher buku terakhir. "Benazir Bhutto 'reconciliation' , islam democracy and the west" adalah buku dengan harga asal termahal rm92.50 dimana selepas diskaun cumalah rm9.25. For a hard cover book with quite a number of reprinted and good input (i used to read this as i borrowed from ump's library before, but after 2 times (4weeks) renewel, i still unable to finish it-which is why i bought it today when i found it), i think rm9.25 is so0000 reasonable. Buku termurah adalah metafizik dan kosmopolitanisma dengan harga rm2.50. haha. Terima kasih untuk voucher buku. Akhirnya habis juga. Hanya sebuah yang aku buka dan baca tadi kerana aku masih banyak habiskan masa untuk membaca journal untuk proposal thesis. Haish.. Entah tahun bila baru aku buka semua buku ini dan baca..
Zoo
Siang tadi aku bilang Kirah aku mahu ke zoo taiping cuti nanti. Entah mimpi apa rasa seperti mahu tengok gajah, zirafah, badak sumbu, ikan sama babi dan lain-lain lagi. Seingat aku, hanya dua kali aku pernah menjejakkan kaki di zoo. Kali kedua dan terakhir di zoo melaka di darjah 6. Dan kali pertama di zoo taiping mengikuti rombongan tadika adik aku yang entah tahun bila aku pun lupa.
Dan ini sewaktu pertama kalinya.
Comel sungguh kita. Selain mahu tengok gajah, kita juga kesana untuk bersukan dan bersukaneka. Dan terima kasih untuk photographer berjaya. Gambar anda sungguh unik dan bikin kita nampak bergaya. heh.
Kucing makan berak makcik bising
Ini cerita tentang kucing. Ada seekor kucing di aras aku. Dan kucing itu diberi makan secara konsisten oleh gadis-gadis comel bilik aku selepas kes kucing lapar dahulu. Betapa terhutang budinya kucing itu, tiap hari jaga pintu C4110. keh3x..
Beberapa hari sebelum, ada sekeping announcement berprint ink pudar kertas A4 ditampal dengan peringatan larangan memberi makan kucing kerana nanti dia berak makcik bising-bising. Sebenarnya, sebelum ini lagi kucing ni memang suka berak merata sebab takut dengan seekor kucing hitam tua gatal yang khatam buku kamasutra barangkali. Almaklumlah isterinya ramai sungguh dan anak-anaknya bercampur baur dan projeknya dari satu blok ke blok yang lain. Dan bila takut, kucing berak cirit-birit. macam manusia tengah tahan kencing, kena sergah harimau terkeluar juga bukan.
Dan pagi ini tatkala mahu ke kelas pukul 8 pagi, kucing yang sentiasa diberi makan gadis-gadis comel tadi ditemui wani di hadapan pintu bilik gadis-gadis comel dengan kedua-dua kaki hadapannya diikat dengan selotep. Babi celaka siapa punya kerja minta berak cirit dalam seluar nanti. Sangat sadis dan kasihan ok tengok kaki bersilang rapat melekat ketat. Dengan hebatnya, siti gadis bilik sebelah yang tidak terkecuali comelnya memeluk kucing itu dengan sebelah lagi tangannya menanggalkan lilitan selotep di kedua-kedua kaki hadapan si kucing tadi. Dan gadis-gadis comel yang lain hanya mampu memerhati. Almaklumlah mereka hanya tahu beri makan tetapi masing-masing penakut kucing.
Al kisahnya pagi ini bangun tidur, satu aras berbau busuk kerana setompok cairan cirit si kucing di bawah rak kasut bilik sebelah yang bersepah kasutnya tak pernah bersusun. Maka bila perkara ini berlaku, gadis-gadis comel bilik ini langsunglah tak sedap hati. Dan pagi ini si makcik mula bertanya siapa yang selalu beri makan sama ini kucing. Sangatlah tidak gembira gadis-gadis comel mendengarnya. Siap berburuk sangka makcik itu sebenarnya yang menampal announcement berprint pudar kertas A4 tadi. Sungguh, hilang pahala-pahala puasa gadis-gadis comel hari ini.
Kepada si pemberi peringatan dengan larangan memberi makan kucing kerana menyusahkan makcik cleaner, apa kata daripada melihat kesusahan makcik hanya pada setompok tahi kucing yang boleh dijirus air dan dilap dengan pewangi, mari kita lihat pula pada kesusahan makcik menyeluk tangan paras siku ke dalam takungan air sinki berwarna dari kuah nasi, minyak dan sebagainya yang tersumbat dek sisa makanan kalian. Juga mari kita lihat kesusahan makcik mengelap kembali lantai aras yang berbau disebabkan cairan-cairan sisa makanan, meggy dan air yang kalian terus buangkan ke dalam tong sampah sehingga plastik hitamnya berat dan pecah, dibawa kebawah dengan air yang meleleh-leleh tumpah. Sekarang mari kita tengok pula bekas-bekas makanan dan periuk nasi yang adakalanya ditinggalkan berhari-hari di sinki sehingga berkulat dan berbau meninggalkan tandas dengan bau setanding cirit si kucing peliharaan si gadis-gadis comel tadi.
Dari membebel di sini, baik gadis comel pergi tidur. Cuma nak cakap sekali lagi ini, BABI betol la siapa yang ikat kaki kucing dengan selotep tadi. Minta nanti kat mahsyar tuhan pula ikatkan kaki kalian kerana bersikap kedekut dan kejam dengan haiwan.
#3
Semalam,
Cucur bilis dan teh strawberry selepas suboh. Gigih korbankan waktu tidur kembali. Tepuk3
Hang out bersama roomate dan jiran sebelah pukol 10 hingga 2.
Big Apple ECM, baskin robin solehah, frozen food giant, beras, minyak, sayur, barang dapur.
Petang masak sup sayur + cendawan dan sea food. Bersama sardin dan serunding sambil tengok adnan sempit 2. Kelakar tak hingat dunia.Makan sambil borak dan bergelak ketawa. Sungguh tak beretika.
Dan anak ali sekarang sudah pandai minum susu. Ingat 6 ringgit. bila bayar baru tahu 22 ringgit. nasib baik dalam dompet masih ada duit. heh.
Juga beli cornflakes. Serta beli madu lebah asli. minum air kosong. Mahu gemuk sebelum internship. Comel sikit.
Cucur bilis dan teh strawberry selepas suboh. Gigih korbankan waktu tidur kembali. Tepuk3
Hang out bersama roomate dan jiran sebelah pukol 10 hingga 2.
Big Apple ECM, baskin robin solehah, frozen food giant, beras, minyak, sayur, barang dapur.
Petang masak sup sayur + cendawan dan sea food. Bersama sardin dan serunding sambil tengok adnan sempit 2. Kelakar tak hingat dunia.Makan sambil borak dan bergelak ketawa. Sungguh tak beretika.
Dan anak ali sekarang sudah pandai minum susu. Ingat 6 ringgit. bila bayar baru tahu 22 ringgit. nasib baik dalam dompet masih ada duit. heh.
Juga beli cornflakes. Serta beli madu lebah asli. minum air kosong. Mahu gemuk sebelum internship. Comel sikit.
![]() |
| Tingkap harus buka, nyah bau minyak katanya. |
Setahun saja lagi aku nak main masak-masak. Maka tiap kali gadis-gadis C4110 masak, aku akan tayang di sini. Macam seronok saja tengok akak gua gila upload gambar karipap, macaroon bagai di facebook. Gua nak cakap gua tahu masak juga. Dan boleh kahwin juga.
Cameron Highland
Budak kecik nieh dah tolong updatekan. haha. Boleh melawat sini ya.
Sayang kamu ketat2lah kecik! keh3
Tengah rasa marah nieh
Bila rasa sepertinya mahu marahkan orang lain,
ada baiknya fikirkan marah tuhan pada kita pula.
Marah yang mampu disimpan dan ditangguhkan
kerana kasih dan sayang pada hambaNya.
Mungkin kini giliran kita pula untuk berbuat demikian.
Moga tuhan makin kasih dan sayang.
atas kesabaran dan kemarahan yang ditundukkan.
ada baiknya fikirkan marah tuhan pada kita pula.
Marah yang mampu disimpan dan ditangguhkan
kerana kasih dan sayang pada hambaNya.
Mungkin kini giliran kita pula untuk berbuat demikian.
Moga tuhan makin kasih dan sayang.
atas kesabaran dan kemarahan yang ditundukkan.
Purification step
I google my name. Now i see how bad to use real name in every single thing. From email, facebook account, formspring, ym id, google talk, skype, oovoo, even the url of this blog with my real name. This dull and plain girl even having her signature writing with her own name without any alphabet left behind. Perhaps her neurons are not functioning and connecting so well. And she is so bad with the relative theory of Einsten too. Both of her cerebral cortex are not properly connecting. She seriously need to learn how to imagine thing. And taking omega too that rich with protein for brain functioning. Eh kejap! Bebel apa nieh??
Ok back to track, now tell me how to clean up all those mess. Any idea?
Ok back to track, now tell me how to clean up all those mess. Any idea?
Updated
Jangan marah. cuma rasa nak update. tapi tak tahu nak bebel apa. Esok ada plan baik punya. Nanti-nantilah cerita.
Subscribe to:
Posts (Atom)













