Tak tahu tajuk

Situasi satu
Suatu waktu di surau Shahab Perdana, Alor Star

Makcik : Tandas kat mana nak?
Aku      : Dekat bangunan sana makcik.
Makcik : Ya ka. Jauh la ya. Takpa2. Makcik tahan kencing.
Aku      : (terangguk-angguk)

Surau di stesen bas utama Alor Star itu kecil sebenarnya. Ruangnya muat untuk 3 ke 4 orang bersolat dalam satu-satu masa. Tempat wudhu'nya ada dua paip sahaja. Dan betul-betul bersebelahan ruang solat. Selepas perbualan ringkas bersama makcik tersebut, aku ke ruang solat. Tanggalkan tudung dah melangkah semula ke ruang wudhu. Kalian tahu apa yang aku lihat?

Situasi dua
Bersebelahan bas Utama pukul 6 pagi di hadapan tempat menunggu bas UMP

Pakcik : Beg kamu mana?
Aku     : Tuh pakcik (sambil menuding jari)
Pakcik : Tudia aah.. Yang tuh pakcik pun tak boleh nak ambik.
Aku     : Pastu macam mana
Pakcik : Nieh kamu pijak tayar nieh kamu panjat naik. Merangkak amik.
Aku     : (terangguk-angguk lantas panjat naik ke ruang dalam bahagian simpanan beg)

Dasar pengecut. Panjat berani turun tak reti. Dan si pakcik itu menghulurkan tangan. Sedaya upaya aku cuba capaikan semula kaki ke tayar bas. Gila hapa. Dah tua bangka mahu didukung lagi.

Pakcik : Ish beratnya kamu nieh.
Aku     : (terangguk-angguk)

Rasa macam anak babi yang montel sekejap. 

12 jam dalam bas memang buat bontot kebas. Lain kali mahu pulang awal ke ump.

5 comments:

  1. makcik tu kencing kat situ ke???
    yg satu lagi aku setuju..balik la awal2..haha

    ReplyDelete
  2. ak terfikir tu jugak. ce bitau apa yg hg nampak??? O.o haha

    ReplyDelete
  3. ya ampun..aku tak nak fikir wlaupun dah terfikir..bahaya lah post ko..haha

    ReplyDelete