p/s: Gambar blur. As Emeldya Ali, klik pada gambar untuk besarkan. Just in case kalau ko tak tau. Bhahaha..
21 tahun hidup, pertama kali aku ke Wang Kelian. Sempadan antara Thailand dan Malaysia terpisah dengan imigrisen masing-masing. Jika di sbelah Malaysia dikenali sebagai Wang Kelian, di sebelah Thailand, dipanggil Satun rasanya.
Secara ringkasnya, Wang Kelian merupakan kawasan membeli belah barangan-barangan buatan Siam yang dijual di gerai-gerai kiri dan kanan sepanjang jalan. Kawasannya memang kawasan berbukit. Untuk ke sana juga memang kenderaan akan melalui kawasan berbukit yang curam.
Pelbagai barangan dijual. Antaranya pakaian, periuk, tikar, comforter, barang mainan, aksesori, keperluan harian, beg dan banyak lagi. Harga barangan lebih murah dari barangan di Padang Besar. Aku ada rembat blouse sehelai dengan harga rm15 dimana di Padang Besar dijual dengan harga rm25 sehelai. Seluar tidur dengan harga rm10 sehelai juga aku rembat. My sis in law bought a pair of dress for her daughter for rm5 per dress. Murah gila kan? Hahaha..
| Kukur kelapa. 320 Baht beranggaran RM32 duit malaysia |
| Jus buah ya. Bukan arak. |
| Ais kacang. RM 1.50 each. Warna pink itu agar-agar, sebelahnya roti. Putih itu buah noun, hitam itu cincau, sebelahnya kacang dan tepi sekali jagung |
| Di hadapan imigresen Thailand |
| Checkpoint daerah Satun |
Secara keseluruhannya Wang Kelian memang menarik. Cuma lewat petang dan hujan kitorang datang, jadi kurang meriah. Dibuka setiap Ahad (tak pasti) dari pukul 8 pagi hingga 7 petang. But by 6 dah banyak gerai mula tutup.
Dalam perjalanan turun, kitorang singgah di Gua Kelam lama. Bukan rezeki nak naik kereta api di Gua Kelam 2 (Gua Kelam baru). Juga tiada rezeki untuk masuk ke dalam gua as it was closed by 6pm. So, sekadar sempat untuk snap some pictures di luar jelah.
| My brother sedap makan pulut ayam sorang2 |
No comments:
Post a Comment