Santapan sepanjang cuti


"Rasanya teruk seperti tayar getah"
"Cili itu nampak sangat burok seperti paku berkarat"
"Makanan kamu tidak akan diperakui jabatan kesihatan"
"Kamu lelaki beruntung kerana belum ada yang mati memakan makanan kamu"

Itu antara yang keluar dari mulut Gordon Ramsay dalam US Masterchef Season 2. Kebiasaan aku memang ketawa terbahak-bahak setiap kali mendengar ungkapan-ungkapan tanpa jangkaan tersebut. Satu perkara yang aku kira punya perbezaan yang sangat ketara di antara Masterchef US dan Australia ialah character judges dan peserta. Australian's judges nampak lebih low profile, kira down to the earth la. Dan contestant dia nampak cool dan berkebolehan jugak aku kira. Berbeza dengan US, judges dia nampak a bit egois, that kind yang kalau tegur memang tanpa tapis-tapis lagi. 

Kalau di Malaysia, komen yang menyakitkan walaupun membina boleh jadi isu dan masuk paper, di sana komen sebegitu kira makanan harian peserta yang perlu diterima. Humiliation is normal there. Hanya orang yang pernah dimalukan kebiasaannya tahu untuk memalukan. Dan dimalukan dalam sesetengah keadaan bukanlah sesuatu yang memalukan. Itu antara yang aku belajar dari both show, Masterchef dan Hell's Kitchen. Part of a message bring out by Paulo Coelho in his book 11 minutes too.

Antara menu yang cukup common dalam kedua-dua rancangan ni ialah Halibut dan Risotto. Sesuatu yang hanya aku tahu dari sini. Lapar. Nak pergi makan.

No comments:

Post a Comment