Rambling 2

Rancangan 6 tahun masih berjalan walaupun perlahan. Hari ini aku belajar masak ayam paprik dengan akak ipar aku. Semalam balon pulang. Gila lapar, maka sekeluarga keluar makan di Rosnani. Hidangan tiba sejam kemudian. Hingga ke tukang masak turut keluar angkatkan hidangan. Kesian.. 

Definisi raya aku cuma hingga hari ketiga. Semalam dan hari ini dirumah sendiri. Mereka yang lain keluar kerana masing2 punya agenda tersendiri. Pity of me perhaps, abang aku bilang esok mahu bawa aku ke Wang Kelian. Pathetic is it. Orang lain beraya jalan sana-sini, aku di rumah mengadap tv. Hari ini Esan dan girlfriend adik angkatnya, serta boyot dan kakak angkatnya ke Langkawi. Ayah aku pulang, dia soal kenapa tidak ikut serta. Aku bilang geng kurang kena. Nanti2lah. Dia ketawa. Dia cakap tak apa. Bulan 10 kita bercuti. Aku diam. Malas mahu bertanya lagi.

Raya pertama dan kedua tiada gambar raya. Aku tak punya kamera sebenarnya. Sumber gambar terbesar aku datangnya dari nokia 6300 aku. Sekarang phone tuh rosak. So, no phone, no camera, no pictures. Aku ada punya niat nak beli phone baru. Akak aku suruh beli blackberry so that aku boleh ber bbm dengan dia. Tapi aku kurang berminat sebenarnya dengan blackberry. Specifikasi paling penting perlu ada pada hp pada aku adalah kamera, music player, calendar & schedulu, stopwatch, dan ruang sms yang ringkas dan mudah. Paling penting harga below 1k sebab aku kedekut. Thats why aku kurang berminat dengan blackberry. Kerana kameranya burok. Paling menarik pun blackberry torch dengan 5megapixel. Sebab kedua, blackberry lebih sesuai pada mereka yang suka socialize dan berinternet. Kalau jenis post status di facebook pun sebulan sekali macam aku nieh, dan topup pun malas, memang tak sesuai la blackberry dengan aku. Abang sulong aku suruh angkat LG tapi aku tak berminat. Dan abang kedua aku suruh angkat Xperia. Satu-satunya Xperia yang menarik pada aku ialah Xperia Arc tapi kalau tengok harga, rasa macam rendang semalam yang dah tukar jadik taik pun mahu terkeluar balik. SO sekarang, aku masih fixed on with Samsung Galaxy Ace which is under 1k, good audio, music player, 5M camera and 2.2 android. Just nice untuk aku yang mahu kenal dunia android. Aku masih tunggu cadangan lain lagi jika ada. So, you guys, any idea handphone apa yang suit well dengan ciri2 yang aku nak?

Hari ini masih hari raya bukan? So Salam Syawal aku ucapkan. Salah silap sepanjang perkenalan aku minta maaf. Terkasar bahasa sepanjang aku berblogging juga aku minta maaf.

6 comments:

  1. sronok baca cerita org banyak duit ni..aku bajet hp 130 je..laptop pun 1300 je...haha..apa rancangan 6 tahun hg tu..kearah kahwin ke? haha

    ReplyDelete
  2. weh klu ada hp dgn price mcm tuh n punya specifikasi yg mcm aku nak, aku pown mau kot. any idea?? galaxy ace nieh original kt kedai skrg around rm800. so klu 2nd mesti lg murah ye dok. laptop apa 1300? dah beli ke?

    nk belajar masak semaksimum boleh dlm tempoh 6 tahun. insyaAllah ada rezeki 6tahun dr skrg kahwinlah. kah3x.. lama ang diam. ingat tak mau kawan lagik. tgk kt ym, asal aku on9 je terus ko off9. sob3x..

    ReplyDelete
  3. yg handset tu semua ada kecuali kamera yg bagus..aku beli pun sebab aku tak pkai kamera..haha..laptop aku cari yg xda windows..paling kurang pun bleh jimat dlm 300 dah kat situ..aku bleh install sndiri je windows...x beli lagi..tpi bajet dah diluluskan..haha..bkn nak mengelak ah..cuma nak low profile jap..haha

    ReplyDelete
  4. laptop jenama apa weh. amik compaq! tahan kot compaq lama aku nieh dr form 4 aku pakai xpenah masuk kedai g la kot. best la ada org sponsor. aku half2 je kot. nk mintak bnyk2 mcm anak derhaka la pulak rasa. kah3x.. pasnieh aku pown nak jadik low profile la. semua org pown nk low profile..

    ReplyDelete
  5. sila la masing2 low profile. ak pun nak low jugak la, low terus smpai masuk dlm tanah, aci? hampa low dgn aku mmg aku laaaagi low dari hampa! XD

    -shiela, malas nak sign in sbb kat cc-

    ReplyDelete
  6. masuk tanah tuh mnder.. itu semua org pown masuk nnt. haha. toksah ngada2 la kot korang dua nieh. cekik kang..

    ReplyDelete