Sembonia

Tuhan, cukup bijak menyelit isi tersirat, dalam setiap perbuatan yang tersurat. Teguran lembut untuk mereka bernama manusia.

Hari ini aku ke kuliah dengan kasut baru. Harganya, kurang seringgit cukup sembilan puluh. Kasut termahal pernah aku miliki barangkali. 

Dan hari ini juga, kaki yang tiada pernah melecet selama aku hidup sebagai manusia bertamadun yang tahu berkasut, bukan sahaja sakit dan perit, malah luka berdarah. Berjalan terincut-incut, dengan tisu yang dihulurkan Ika awalnya, kini bertompok merah. Pedih. Perit.

Jika ini harga yang perlu aku bayar, untuk sepasang kasut yang harganya cukup untuk menampung keperluan nasi beras beberapa purnama si anak yatim, maka aku kira aku rela berselipar jepun ke kelas.

Diceritakan Siti, tatkala Bilal bin Rabbah diketahui Rasulullah menyimpan wang di bawah bantal atas niat untuk berkahwin, beliau ditegur. Aku tiada menyimpan harta dan membelanjakan apa yang ada untuk keperluan mereka yang lebih susah. Apakah kamu hanya mementingkan keperluan dan kehidupan sendiri atas rezeki yang tuhan beri?

Dan aku hari ini, mewah atas kehendak dan keinginan sendiri. Tiadakah aku rasa malu?

7 comments:

  1. reziki Allah bagi melimpah-limpah, asalkan kita bersyukur kita akan berasa cukup...hehe.

    yana, tak faham la, apasal semua kasut tak kira mahal ke murah tetap sakitkan kaki...mcm mana org nak pakai? hadoii...

    ReplyDelete
  2. betol tuh haezzah.

    as pown xtau la. tp selipar jepun conform x sakitkan kaki kan. biasa kasut bertutup kan. tp kasut bertutup pown jarang la as melecet. dulu mak belikan kasut bata je. murah je. tahan bertahun-tahun. kaki pun tak sakit. sekarang dah besar nak kasut mahal2 je. haha.

    kawan2 as cakap xnak kasik melecet gigit kasut tuh. tp mcm kelakar pown ada dgr. comel pown ye gak. entah betol entah x.

    ReplyDelete
  3. wow...betul2....kwn2 haezzah pun ckp masa beli kasut tu kalau tak nak sakit kaki, gigit kasut tu...haezzah terfikir nak gigit mcm mana?

    haha....tapi skg dah sakit2 nih rasa mcm nak telan jer kasut tu..hee

    ReplyDelete
  4. pakai terompah dapat menyelesaikan masalah melecet dan kecurian selipar

    ReplyDelete
  5. as rasa gigit kasut tuh merepek je. gigit mndernya. klu nk melecet, melecet la jugak. bhahaha

    pakai terompah ke tempat wudhu masjid moleklah. ke kelas, mcm beruk hilang arah pulak rasanya. ko buat mcm tuh ke?

    ReplyDelete
  6. paling stylo aku pernah buat gi kelas pakai selipar jamban. sebelah kaler kuning, sebelah kaler hijau..

    ReplyDelete
  7. hahA. bongok2. tp ko mesti suka. rasa mcm trendsetter budak2 hipster zaman skrg ek. wlpn dulu sebenarnya jgnkn nk beli kasut baru, nk beli meggy sebungkus pown kdg2 xmampu. kih3x..

    xbagos rr tp. mewarisi kepapaan.

    ReplyDelete