Hati

Sesetengah perkara, lebih baik didiamkan dari bersuara. Hati manusia mungkin sama merah. Apa yang terfikir dan apa yang terniat di dalamnya, barangkali cukup berbeza. Penilaian kita pada manusia biar berpada. Kerana kita juga tergantung di atas penilaian Dia di atas sana. Boleh jadi mereka yang dikatakan tidak bermaruah itu sebenarnya punya hati yang sangat cantik. Dan maruah yang jauh lebih tinggi di pandangan pencipta. Kita manusia, cukup-cukuplah menghukum. Berkata biarlah berpada. Kerana masih ada hati-hati yang perlu dijaga. Bukan semua manusia mampu punya terasa yang bermakna.

No comments:

Post a Comment