Semalam ke City Plaza Alor Star bersama Wahidah, Fauziah dan Safra. Sahabat-sahabat sekolah rendah. Kebiasaan berjumpa dengan mereka, topik perbualan seharusnya menjurus kepada sahabat dan percintaan. Hubungan di antara lelaki dan perempuan yang mungkin berkaitan rapat dengan hati dan perasaan. Bukan hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan ya. Awek dia kuat cemburu, dia takut awek dia, awek dia garang, dia makin sosial, bla bla bla.. Girls' staff.. Berborak perkara sedemikian rupa sekali sekala memang ada seronoknya. Aku bukan malaikat untuk lari dari dosa telinga. Aku perempuan biasa yang turut suka mendengar cerita-cerita begitu. Haha. (Kelakar ke?)
City Plaza sunyi. Kurang manusia di sana. Figura-figura patung yang mempamerkan baju kurung dan kebaya cukup banyak. Untuk lain kali, jika mahu shopping baju raya, blouse dan tudung lagi, aku mahu ke sini. Banyak gilaaaaaa butiknya. Rambang mata. lalala..
Di sana menonton Hantu Bonceng. Pertama kali tahu tentang cerita nie dari blog Cik Epal (setahun ada la 2,3 kali aku singgah). Dalam review Cik Epal, dia bilang kelakar. Tapi aku tengok biasa-biasa saja. Lain manusia lain persepsinya ye dok. Turun ke McDonald di bawah. Satu fakta. Aku tidak makan dan langsung tidak suka burger McDonald. McDonald adalah fast food restaurant terakhir dalam senarai pilihan aku jika ada. Jadi aku beli fries dan ice cream nya. sedap ooo..
Dan aku beli ketiga-tiga buku di bawah di Popular sana. Satu daripadanya aku hadiahkan kepada Shiela. Aku kira dua lagi akan jadi stok sepanjang semesta la jawabnya. Almaklumlah buka semesta kitab kejuruteraan pula perlu aku buka. Ayah aku janji satu perkara. Graduate dengan pointer 3.5 dan keatas, pinjaman PTPTN fully dia biaya. Dasar manusia kedekut, aku akan pastikan aku graduate dengan pointer tersebut. Satu sen pun aku tak mahu keluarkan. Janji itu ibarat satu catalyst tahu. Pasti makin laju rate of reactionnya selepas ini. Bhahaha!! Ketawa golek-golek.
Pukul dua ke Kangar dan Padang Besar bersama Shiela dan Awin. Beli periuk (abang aku punya). Blouse 2 helai dan romper carters sepasang untuk anak-anak buah aku. Murah juga la. Order makan, buka purse tinggal RM6. makanan rm6.50. babi. kenapa tak perasan. Awin tambah 50sen. Balik rumah dalam purse cuma ada resit. Haha.. Gila seumur hidup rasanya tak pernah aku pulang rumah dengan hanya ada 20sen dalam tangan. Shopping sakan. Kah3x..
Esok hari washing sedunia. Ahad malam pulang ke UMP dengan Utama. Isnin pagi sampai. Pukul 8 pagi kelas Arab pertama. Bhahaha.. Buat kerja gila! Tumpang tido dalam kelas ye ustazah..

lama sial gua tak singgah city plaza..tempat snooker kat atas ada lagi tak?
ReplyDeleteaku rasa snooker tuh mcm xde je. wayang ngn bowling je ada kot. city plaza xmeriah rr skrg. hipster poyo n budak2 uniform sekolah bnyk la. skrg klu ko nk tgk wayang n main bowling toksah pegi AS g. Jitra Mall pown ada. Jitra dah maju.
ReplyDelete