s.i.n.g.l.e

"Tweet2, tweet2.. Sms.."
Sahur2 pun awek tolong kejutkan bangun dan temankan makan ye dik.. Alololo.. So sweet..

Gulp gulp gulp gulp, telan air laju2 (padahal siang nanti boleh senyap2 telan lagi), masuk ke bilik. Alololo Eleyana Ali. Cemburu ya kamu tiada lagi yang mampu kejutkan sahur tahun ini. (kata intel si hati jahat). Sahur Ramadhan lepas juga tiada seharusnya sudah biasa.

Hidup sendiri memang sunyi. Kadang2 kamu bergelak tawa bersama keluarga, tersenyum kambing menonton Jimmy, memberi makan pada si nyawa2 comel di luar, memenuhi segala hari 24/7 dengan segala isi. Kamu tetap masih ada ruang kosong yang kamu rasakan seakan-akan punya satu kekurangan bukan? 

Tahu kenapa aku pandai berorigami? Bukan kerana minat yang azali tapi kerana itu satu perkara yang aku sendiri cari untuk menyibukkan diri. Tahu kenapa aku mula membaca? Juga bukan kerana minat pada mulanya tetapi kerana paksaan yang aku lakukan untuk mengisi ruang masa dari kesepian.

Jangan pernah mula menanam rasa cinta kepada manusia jika takut akan kesunyian. Wisdom hari ini. Sila ingat sampai mati. Sesuatu yang tiadalah aku menyesal. Kerana aku sudah mampu menguasai kesunyian yang pada mulanya cuba menguasai diri. Kah3x..

Tak apa Eleyana Ali. Kamu bukan looser lah. Bilang Core Duo si hati baik. Impian kamu. Masih ingat? Ya, aku masih ingat. Satu impian besar yang hanya mampu aku capai tanpa sebarang komitmen dalam perhubungan. So Eleyana Ali, get you life!! dah lama bertahan. Jom kuatkan lagi. mari ikut aku kita terbang tinggi2. Kih3x..

Jika ditanya single or couple mana lebih besar nikmatnya, jawapannya tiada yang lain.
s.i.n.g.l.e 

(T________T)
kerana aku pernah berada di kedua-dua fasa, jadi percayalah. nikmatilah zaman s.i.n.g.l.e anda sebelum nanti tiba masanya. lalala..

6 comments:

  1. bila sunyi mula la sibukkan diri sebab xnak ingt walo cikit pun.bila ingat satu kerja pn xblh buat.be strong! :)

    ReplyDelete
  2. u too be strong. as ok je skrg. dah lama dah. setahun 3,4x teringat tuh biasa la. hehe

    ReplyDelete
  3. ang jeles kakak!! best woo bujang lagik. kih3x..

    ReplyDelete
  4. agreed. aku pun sama macam kamu. cukup lah sekali pengalaman bercinta (lah kononnya).

    nak try becinta lepas akad nikah pulak. woha!

    ReplyDelete
  5. wohaa!! mcm hamka. haha. jom jom. cinta lepas akad nikah.

    p/s: dan baru tahu, nikah dan kahwin itu punya definisi yang cukup berbeza. lebih2 lagi pada kaum lelaki. kah3x

    ReplyDelete