Book Review: Mengelilingi dunia dalam masa 80 hari

Semalas lepas Maghrib aku terlelap dan terjaga kembali around 11.30. Susah untuk lelap kembali. Layan American Idol di 8tv till 1.15am. And i just love Steven Tyler. I just love everything about him. His face that suits well with his hair. Stranger ornament and accessories rounding his neck. Shirts with old school design and high collar covered by leather jacket. He knew girls as well. And i guess every man behaving that way too. He knew how to appreciate dress and commenting it either it is nice or suit well. He did know the different between normal and sexy lips, he knew either the person just kiss his girlfriend 5minutes before by just observing his lips. He is good at that. Perhaps because his life is surrounded by beautiful hot chicks after all. I don't mind. I just love him. Kah3x..

Then after the show, i went back into my room. Mungkin sebab dah tidur sebelumnya aku langsung tak mengantuk lagi. Merewang melayang dalam rumah sendiri macam orang bodoh sorang2. Pergi ke rak buku, dan aku jumpa buku ini. layan jelah kan..

Buku ini ditulis oleh Jules Verne, seorang penulis Perancis pada tahun 1874. Pada ketika itu, perjalanan mengelilingi dunia dalam 80hari dikira mustahil memandangkan sistem pengangkutan yang ada cumalah kereta api dan kapal yang setiap perjalanannya bergantung pada cuaca.

Watak utama dalam buku ini ialah Phileas Fogg seorang hartawan Inggeris. Sepertimana aku sukakan perwatakan Steven Tyler, seperti itu juga aku sukakan perwatakan Fogg dalam buku nieh. Dalam banyak2 buku yang aku pernah baca, aku paling suka watak Fogg sebab dia adalah manusia yang sangat cool walaupun tanpa banyak bersuara. Fogg digambarkan seorang yang cukup menepati masa. Dia bangun pukul 8.30 pagi, sarapan pada pukul 8.23 pagi. Makan tengah hari dan selesai pada pukul 12.47minit. Tidur tepat pukul 12 malam. Fogg adalah seorang yang tidak pernah berkira dalam hal kewangan asalkan objektif terakhir dia dapat diselesaikan. He paid 4 thousand pound sebagai ikat jamin waktu ditahan polis bilamana menjadi kesalahan memakai kasut didalam kuil di India, 2 thousands pound for an elephant, buying a ship worth more than 15 pound bilamana dia terlepas kapal terakhir yang membawa dia ke San Fransisco. 

Pernah satu waktu ketika di Bombay, Fogg, Passepartout pembantunya dan Sir Francis, kenalan dari kapal bertiga yang menaiki gajah terhenti perjalanan sebab ada perarakan kematian. Dalam perarakan tuh, mereka terjumpa dengan Aouda, yang mana si suaminyalah yang mati. Di India, dahulu ada satu amalan dikenali sebagai Sati, satu amalan dimana bila si suami mati, si isteri perlu melompat kedalam bakaran mayat suaminya untuk menemani suaminya yang mati. Jadi disini, Fogg bertegas mahu selamatkan Aouda walaupun dia tahu dia mungkin terlepas kapal lagi. After all the whole story, Aouda at last is married with Fogg.

Ada 1 phrases yang aku paling suka. Phrases itu disebut oleh Passepartout semasa di Yokohama apabila ada seorang lelaki bertanya tentang pakaiannya. "Kamu seorang Perancis, tetapi kenapa kamu berpakaian Jepun?". At that time Passepartout telah menjual bajunya ke bundle dan membeli pakaian jepun yang lebih murah kerana tidak punya wang. Apa yang dijawab oleh Passepartout akan soalan itu ialah, "Seseorang mesti berpakaian sebagaimana yang terdaya olehnya". Di Yokohama semasa menunggu tuannya Fogg, Passepartout terpaksa bersama dengan "kumpulan hidung-hidung panjang" membuat persembahan kerana dia tidak punya wang. Aku cuba google. Dan aku rasa character hidung panjang itu adalah Tengu, satu makhluk supernatural yang selalu disebut dalam hikayat cerita dongeng rakyat Jepun. Yang selalu dimainkan di teater, diterjemah dalam hasil seni dan penulisan.

Perjalanan 80 hari mereka bermula dari Suez ke Calcutta, ke Bombay, Singapura. Shanghai, Nagasaki, Yokohama, San Fransisco, Chicago, New York dan berakhir di London sebagaimana mulanya. Mereka berjaya dan menang wang pertaruhan tersebut.

Buku ini buku kanak-kanak sebenarnya. Siap ada cop Perpustakaan Sekolah Syed Ahmad lagi. Aku rasa kakak aku pau dari library dan buat harta sendiri la. Sebab aku tengok banyak lagi buku lain yang ada cop library. Kah3x.. Apapun buku nieh memang best. Kelakar. memang tak tidur malam. Layan jelah kan..

No comments:

Post a Comment