Apocalypse, the second world war

Pagi tadi selepas Sahur tv aku buka. National Geographic Channel menayangkan dokumentari "Apocalypse, the second world war".

Dokumentari tersebut menekankan serangan German yang dipimpin Adolf Hitler ke atas Perancis dan Britain. Adolf Hitler aku kira seorang yang suka bercakap besar, tergedik-gedik bergurau sesuatu yang tidak kelakar tapi punya tentera udara dan darat yang cukup kuat. 

Perang Dunia Kedua mengikut wikipedia membabitkan peperangan antara kuasa bersekutu (negara komanwel, perancis, US, China) dan kuasa paksi (German, Itali, Jepun). Operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua ialah serangan bom German ke atas Poland manakala yang terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Perang Dunia Kedua berakhir dengan kemenangan kuasa bersekutu yang akhirnya menubuhkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar pertelingkahan yang begitu besar dan menjahanamkan tidak berlaku lagi walaupun pada dasarnya aku kira keberkesanan PBB kini tidaklah sehebat mana.

Di dalam dokumentari tersebut, sewaktu German mula menapak masuk ke Perancis, golongan rakyat yang paling awal cabut lari ialah golongan elit yang punya kereta manakala yang terakhir adalah golongan penternak dan petani yang masih bermatian tidak mahu tinggalkan ternakan dan tanaman masing-masing. Penduduk lain ratanya menaiki kereta api terakhir ke Paris untuk menyelamatkan diri. Paris yang ketika itu diberi satu gelaran (maaf aku lupa) kerana menjadi bandar terakhir yang menyerah diri secara terbuka kepada German. 

Maka perkara pertama sekali yang dilakukan German selepas berjaya menawan Perancis keseluruhannya adalah merampas semua dokumen kerajaan, maklumat penduduk Yahudi dan dokumen peristiwa dari perang pertama yang begitu memalukan Germany. Seingat aku la. Dan semua dokumen tersebut dihantar kepada Hitler. Ditunjukkan rakaman video Hitler yang terkekeh-kekeh ketawa dengan misai kontotnya selepas berjaya menawan Perancis. Dia diarak dengan kereta kebal dengan tabik hormat bukan dikepala tetapi keseluruhan tangan yang dihulurkan panjang keudara.

Dokumentari tersebut kemudiannya diteruskan dengan persediaan tentera Britain yang melancarkan perang dengan German. Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah paling penting bilamana kuasa udara memainkan peranan paling utama dalam kejayaan setiap negara. Juruterbang Britain pada ketika itu dimonopoli oleh pelajar dari Oxford dan Cambridge yang bongkak, kelihatan ego dan poyo. Juruterbang Germany pula pada ketika itu dilatih oleh Luftwaffe, si bongkak yang memandu jet pejuang dengan cerut di mulut. wakaka.. 

Dokumentari tergantung dengan ada sambungannya nanti. Apa yang pasti episod kali ini berakhir dengan percubaan pihak German untuk menguasai British. Sungguhpun pada kenyataannya pasukan udara German tidak sehebat pasukan tentera udara Britain. Britain merupakan negara pertama di dunia yang dikatakan menggunakan teknologi radar. Namun, beberapa bahagian British berjaya diambil dengan pihak German menggunakan taktik Blitz mengikut wikipedia atau didalam dokumentari semalam ia disebut sebagai taktik pengeboman udara di waktu malam.

To be continued..

Apocalypse
Apocalypse is a disclosure of something hidden from the majority of mankind in an era dominated by falsehood and misconception, to be lifted.

Apa kes cerita sejarah kat sini. Nak g makan goreng cempedak la. Tak puasa hari ni. Kah3x..

1 comment:

  1. ohh, tak puasa ehh...pos gak sikit kat org sini..nak gak rasa cempedqk yg awk buat tuu...hehe...selamat berpuasa.

    ReplyDelete