Geng panjat gunung sambil makan pulut durian

semalam kira-kira pukul 8.30malam, pak tam aku datang. 

paktam : elia nak p kangaq dak?
aku : kangaq? ada apa?
mak : depa bagi duit untuk pelajaq dari pengajian tinggi
aku : tak mau. malas!!

faktor terbesar aku tak nak pergi sebab aku memang tak suka majlis gitu. kedua sebab aku belum mandi dan malas nak iron baju. terakhir sebab aku tengah sedap layan lee chong wei lawan len dan (tak tau eja) pada masa yang sama tengok chef Ramsay yang suka marah2 dalam Hell's Kitchen still marah2 dan serius dalam election Masterchef US dekat channel 711.

boyot : weh elia, hang nak p ka?
aku : dak la. ish
boyot :  tuh paktam talipon pikah cakap hang p hang p
aku : ya ka? 

terdiam. then terus masuk bilik dan iron baju kurung. comes to think of it, kalau aku tak pergi mesti cousin aku pown tak nak pergi juga sebab tak ada teman. abang aku bilang, selalu tiap2 tahun, dia kasi paling kurang RM100 seorang. nilai tuh pada aku mungkin tak ada apa2 tapi pada cousin aku dan keluarga memang besar juga aku kira.

time passing by..
aku perhati jam ditangan lama2. 

pukul 1pagi baru sampai rumah..

lepas nieh jangan pernah berani ajak aku lagi pergi majlis gini!! grrr..

RM50 disua lepas berjam2 diorang habiskan masa makan pulut durian sambil terkekeh2 ketawa bersama puak2 mereka. memang penipu besar la abang aku nieh. 

Aku tak kesana untuk dengar cerita korang ada geng panjat gunung dan berbuka puasa dengan PM, Agong, wanita UMNO bagai serta beraya di korea dan london etc. Aku tak faham kenapa perlu panggil budak universiti datang dengar cerita mengarut mereka. Tergedik2 syok sendiri. Lebih tak faham kenapa perlu ada diskriminasi dalam pembelajaran. IPG? Bukan universiti ke? Diploma? Bukan degree ke? Babi la. Dah nama menuntut ilmu suka hati la dekat mana2 pown. Ingat pelajar universiti sekor2 bagus sangat ke? Bagi Rm200 pown aku tak akan pergi lagi event macam nieh lepas nieh.

Nak pengsan tau bau durian banyak2. Huh!!

No comments:

Post a Comment