Puan Som & Arnab



Rumah aku ada 6 ekor arnab species Angora. Kalau dulu dizaman kanak-kanak aku hidup dengan kenyataan bahawa arnab makanannya adalah lobak merah (carrot). Sehinggalah aku membesar aku masih hidup dengan fakta tersebut.

Baru kini aku mengerti. Bahawa fakta itu tipu belaka. 6 ekor arnab aku disini tidak mahu makan dedak apatah lagi lobak. Main dish mereka adalah bayam dan kangkung. Appetizer mereka adalah daun kucai dan bunga raya.

Kenapa sekarang baru aku tahu arnab makan bunga raya??
Dan kenapa sekarang baru aku tahu arnab itu dari 6 tinggal 2??

Emm.. Dengan Puan Som, kucing pun tahu makan sup sayur akhirnya..

No comments:

Post a Comment