GMNK ajak wayang sekali lagi petang ini. Cerita Snow White pula katanya. Keluar pukul 3.30, pulang 8malam. Aku sudah hilang kira-kira 4 jam. 4 jam aku sudah boleh cover Manufacturing Cost dan Depreciation barangkali. Ataupun frequency analysis. Ataupun, entah.
Dan keberangkalian untuk pergi sekarang sudah melebihi 50%.
Walhal, Rabu lepas baru keluar dari pukul 5 petang hingga 5 pagi. Berjimba di East Cost Mall, ber"Ana Ikan Bakar Petai" di tanjung lumpur, ke ECM kembali bernight movie dengan Man in Black 3, beralih ke McD TC, makan dan bergosip sehingga 4 pagi. Ya Tuhan.. Kalau dalam sejarah memang itu paling lambant pernah aku pulang. Makin liar nieh.. Apapun outing itu adalah outing yang sangat gembira untuk aku. Mungkin kerana lama tiada peluang keluar dari kandang UMP, mungkin juga tatkala itu sudah terlalu penat dengan buku.
Dan Ya,
Pelawaan tadi, sudah aku persetujui. Keluar lagi petang nieh. Aku masih ada 2 jam untuk aku belajar sehingga supersaturated. Harapnya tak vaporize jelah nanti.
p/s: GMNK stand for GATAL MIANG NAK KAHWIN. 1 group secret di Facebook yang terdiri dari 12 ahli yang memang gatal miang nak kahwin tapi sekor-sekor belum ada calon lagi. Sabor jelah! Dan sekarang tak secretlah lagi. haha.
menarik group tu....haha
ReplyDeleteagak menarik lah!!
Delete(+___+)