1. Aku diletakkan di bawah production department. Maka most of the time aku bersama proses engineer dan shift chief di control room. Supervisor aku tegas. Hari pertama daftar sudah dia ingatkan jangan selalu lepak office. Tapi hari selasa itu aku di office sepanjang hari. Dia cuma perhati. Rabu pagi aku ditegur proses engineer aku. Mechanical engineer yang duduk sebelah meja aku juga bilang selalulah naik plant. Disini kalau diam diorang tak layan. Nak ilmu kena selalu tanya dan pandai-pandai cari. Naik plant, shift chief pula bilang, kalau diam macam nie mana boleh kerja kilang. Kena banyak cakap. Maka rabu itu, selepas puas ditegur sana sini, balik rumah petang itu, aku menangis. Kah3x.. Shame on you Yana..
![]() |
| Inilah plant tempat aku lepak hari-hari. Panjat saja tangga itu, maka tempat pertama yang aku jumpa adalah control room. |
2. Tetapi ditegur itulah tanda mengambil berat. Khamis pagi masuk kilang dengan sangat berat hati sebenarnya. Masuk office, tinggalkan beg, ambil safety helmet dan terus naik ke control room. Seorang diri. Next 10 minutes supervisor aku juga naik ke control room. My supervisor, he is an assistant manager of the department actually. Sebelum nieh dia juga adalah shift chief. Secara asasnya, tugas seorang shift chief adalah memantau keseluruhan proses dan perkara yang berlaku di setiap section dalam proses. Mereka adalah rujukan foreman dan operator dalam banyak perkara. Setiap masalah semua dirujuk dan dalam pengetahuan shift chief nielah. Termasuklah kelulusan nak dapatkan cuti, excess duty dan sebagainya.
3. Selepas aku kena tegur tuh, banyak perubahan baik yang berlaku sebenarnya. Bila aku di control room, walaupun banyak masanya aku habiskan dengan baca report dan proses flow yang diberi supervisor aku, aku berpeluang jumpa dengan banyak watak. Operator, foreman, engineer, shift chief. One good thing is, mereka mula kenal aku. And the second thing is, aku mula belajar untuk berkawan, berbual dengan setiap dari mereka. And the last thing is, bila berbual, aku mula dapat ilmu. Khamis, jumaat, sabtu, adalah hari yang paling banyak aku belajar minggu itu. Teguran itu membawa kebaikan aku kira.
4. Banyak watak baru yang hadir disekeliling aku. cik Osman, cik Asmawy, cik azimie, cik halim, cik rosli, mr Yeoh, cik azmerul, cik faizal, kak nurul, miza, kak uma, kak erin, kak syikin, sue, anis. Semuanya watak di pejabat dan plant. Aku kenal ramai kawan baru dari unimap dan umt yang turut berpraktikal di admin, inventory dan power house. Makcik-makcik packaging yang terpaksa bekerja seperti aku di hari sabtu yang sama-sama lelapkan mata di surau, pakcik-pakcik keselamatan yang selalu aku borak tiap-tiap kali pulang dan banyak lagi. Aku juga dapat lihat sendiri equipment dalam pemprosesan yang selama nieh aku tahu dalam buku saja. Vacuum pan, evaporator, centrifugal, rotary mills, rotary evaporator, diffuser, filter press, oliver filter, pump, crystallizer, etc. Terlalu banyak vocabulary baru yang perlu aku fahami. Bagasses, Molasses, massecute, brix, refined and raw sugar, diluted liquor, fine liquor, carbonated liquor, 1S, 2S, 1SS, 3S, 4S, A sugar, B sugar, C sugar etc.
5. Maka untuk seminggu ini, aku berpuas hati dengan apa yang aku pelajari. Walaupun aku bencikan kebosanan, aku tahu aku orang yang takut pada perubahan. Teringat satu phrases dari buku Who Moved My Cheese, kalaulah kita tak takut akan apa yang ada di depan, apa yang kita akan buat? Perkara paling besar aku belajar untuk minggu ini, ialah untuk menjadi orang yang berani dan berdikari. Dan aku belajar untuk bermasyarakat dengan orang-orang disekeliling aku dari pelbagai usia dan taraf kerja. Aku kena berani bersuara untuk mencari ilmu. Aku kena sendiri berusaha dan bertanya untuk fahami.





No comments:
Post a Comment