1. Pergi pejabat KK3 untuk ambil kunci. Staf itu bilang tiada postage untuk hari ini. Hampa
2. Pergi JHEAA untuk dapatkan tandatangan unit Latihan industri untuk borang certificate of indemnity. Ketiga-tiga pegawai tiada katanya. (minggu lepas juga alasan yang sama). Diminta jumpa penyelaras unit industri fakulti sendiri, Dr Juwari. Hampa
3. Pergi ke fakulti dengan tujuan asal mahu berjumpa Dr Rizza untuk simulation yang masih belum selesai, gelap berkunci. Tiada. Hampa.
4. Ke bilik Dr Juwari untuk tujuan awal tadi. Tiada juga. Hampa lagi.
5. Terus ke KK4 untuk beli tiket balik Perlis jumaat ini. "Utama Ekspress 15 hb dia belum bukalah dik. Entah kenapa. 14 dan 16 adalah." 15 pagi masih ada paper. Hasrat hati mahu pulang 15 malam. Sekurang-kurangnya boleh berehat satu hari sebelum mula internship 18hb. "Tak apalah. Nanti saya datang lagi.". Hampa hampa dan hampa lagi.
6. Sewa kereta dari pukul 5 hingga 6 untuk cari maybank cash in. Sekitar gambang langsung tiada. Stesen minyak sepanjang jalan juga tiada. Hampa. Akhirnya jumpa maybank mini di Taman Tas. Waktu pulang kerja. Ramai macam celaka. Kejar waktu untuk pulang memandangkan ada penyewa lain pukul 6 nya. Entah kenapa Jalan Gambang-Kuantan ini, lane kanan pun 80km/h saja orang bawa. Kalau mahu, potong kirilah jawabnya. Suatu waktu aku tahu kereta dari belakang itu laju. Maka aku putarkan signal mahu ke kiri jalan dan memberi laluan. Salah pertimbangan mungkin, jarak yang aku wujudkan dengan kereta di kiri yang aku dahului mungkin terlalu singkat untuk kereta itu kekalkan keretanya pada kelajuan yang sama. Tapi aku kira jarak itu selamat saja sebenarnya. Bukanlah aku bodoh sangat untuk tiada memandang cermin hadapan dan sisi. Barangkali pakcik itu yang mengada. Maka di honnya manja. Tersengih-sengih ketawa pakcik bergaya dengan Swift putihnya. Pintas sahaja kereta di lane kanan tadi, aku ke kanan kembali. Dan Swift putih tadi, ikut sampai ke UMP. Dalam hati, ini memang celaka. Turun kereta terus bergerak ke cafeteria. Dan Swift putih tadi.., parking depan pintu utama. Pakcik itu keluar. Sambil sengih-sengih dia bilang, "Ish, lajunya bawa tadi, gerun pakcik", lebih kurang gitulah. Dan aku, "Maaf pakcik maaf, maaf", sambil sengih-sengih jugalah. Nak bilang apa lagi. Yang pasti, pakcik nieh psycho!!
7. Takut juga sebenarnya. Entah kenapa dengan hari ini. Sigh.. Mahu tidur awal. Bangun dan belajar. Moga esok hari lebih baik dan bererti. Ya Allah, selesaikan dan permudahkan semua urusan saya esok hari.
as. rindu hang. :( rindunya nak sembang dengan hang.
ReplyDelete