Kalau diperhatikan trend entry aku dari pertengahan April hingga ke penghujung Mei, hampir kesemuanya berunsurkan gambar berbanding penulisan. Lebih mudah. Dan cepat. Konon sibuk kalahkan Raja Sulaiman yang punya kerajaan besarlah kan.

Aku memang suka menulis. Keupayaan aku untuk menulis aku kira aku mula sedar semasa aku belajar di Jenan. Waktu di Tingkatan 1 (1 Elite- kelas yang sentiasa sapu bersih piala kebersihan dan keceriaan kelas tiap-tiap bulan), aku belajar Bahasa Melayu dengan Cikgu Asriah waktu tuh. Cikgu Asriah biasa mengajar upper form, tapi entah kenapa kelas aku masa tuh dia yang ajar. Dia penah puji cakap karangan aku bagus untuk pelajar yang baru tingkatan 1. Waktu di tingkatan 3, aku belajar Bahasa Melayu dengan Cikgu Mariani. Cikgu Mariani juga pernah puji karangan aku. Katanya penulisan aku matang. Hahaha. Aku rasa aku ingat lagi, Anam (budak paling bijak dalam batch), pernah ambil paper aku, godek-godek dan bilang, macam mana nak bagus dalam Bahasa Melayu ek. Sewaktu di Tingkatan 5, aku belajar Bahasa Inggeris dengan Madam Wina, dia juga pernah puji plot cerita yang aku tulis dalam salah satu esei waktu ujian walaupun grammer aku lintang pukang. Walhal kalau diingat kembali, ada certain phrases dalam esei tuh yang aku tulis dari quotes yang selalu jugalah aku tulis atas kertas conteng dan letak atas meja. Kira meniru cara beradablah. Kah3x..

Penulisan aku taklah terhad pada karangan semata. Aku masih suka menulis, walaupun karya itu bukan milik aku. Sewaktu upper form, student ada diberi

Dan satu nikmat yang tuhan pernah beri, aku pernah punya tulisan yang cantik.

No comments:

Post a Comment