1:03 AM

1. being jobless is not fun at all, lebih tepat when you have no money to spent with. haha. dlm akaun maybank aku adalah kot baki lagi 219.85. dan dalam dompet ada 25 hinggit. adalah syiling berapa polohhh sen. haha. aku berhenti kerja pown ayah tak tau. dan situasi aku sekarang pown rasanya tak payah cakap dia kot. tak rasa nak cakap. ntah dia ingat aku ke tak. 

2. kerja sebulan untuk suasana perseitaran yang aku tak suka, pergi kerja dalam keadaan terpaksa, sampai tempat kerja mengumpat mentor dekat operator, end of month dapat gaji bersih lepas tolak kwsp, socso, 1.9k tinggallah rm400 lepas bayar hutang company sebab resign 24 jam. sampai sekarang tak rasa sikit pown menyesal sebab resign. tapi menyesal sebab tak resign lebih awal dan biarkan diri buat benda tak suka dan hasil dia pulangkan dekat company semula. muntah. tak rasa nak maafkan mentor aku walaupun dia minta maaf siap tunduk kepala depan semua. the rest part of nitto denko are awesome, serious.. kecuali dia. muntah lagi.

3. resign jumaat, sabtunya terus balik perlis. sampai rabu. sebab khamis ajar daniel. from september until today, i'm a home tuition tutor for mathematic subject dekat bukit jelutong. satu kelas sejam setengah aku dibayar 45hinggit. quadratic functions, transformation, bases, graph function, circles, indices, matrices, probability.. mathematic is so much fun. harap Daniel boleh jawab paper math spm esok. tolong doakan. dia anak murid pertama dalam hidup saya. 

4. dan sekarang aku kerja part time as data entry operator dekat ONE BPO bukit jelutong. kerja mudah. scan document penyata kwsp tuh ko type je balik dalam sistem. no kwsp, no ic, nama, caruman majikan n pekerja. mudah kalau tulisan komputer. rasa nak menyumpah kalau tulisan tangan. lagi2 kalau nama2 mereka dibahagian sabah sarawak sana. dan antara nama rakyat malaysia yang famous dan selalu berulang aku jumpa ialah Sudirman. dan kalau India Ramasyamy dan Parameswara. Serious! Yang tak best tntg kerja nieh cuma satu. Masa kerja yang sngt fleksible. Akibatnya suka hati aku nak masuk balik pukul brp, dan tak pergi kerja bila rasa tak mahu pergi. Tak kerja tak ada pitihhhhh masuk la. Orang malas memang selalu rugi.

5. surau dekat taman TTDI jaya sangat best. bila pergi majlis ilmu waktu maghribnya rasa addict. macam kena tarik dengan magnet yang lawan kutub atau rasa macam pelekatkan mata dengan selotep nitto yang adhesion force dia sampai 15N kuatnya sampai mata tak boleh buka. muntah. ada satu waktu ustaz cakap tahukah kamu siapa orang yang muflis? maka ustaz pown jawab soalan sendiri dan jawapan dia ialah orang yang suka mengumpat dan mencela orang lain dekat dunia. habis pahala kebaikan dia kena ambil topup kejahatan mulut dia sampai akhirnya dia jadi muflis. since that day, asal ada je mana2 individu yang mengumpat which is most of the time waktu tengok tv (umpat pelakon), housemate lain akan cakap ya Allah, muflis2. dalam tak sedar banyak kali gila ditegur muflis dalam hanya beberapa tempoh waktu. bayangkan dalam satu hari, satu bulan, satu tahun, 23 tahun hidup.. Allah. sampai sekarang sangat berhati-hati dengan lisan sendiri. 

6. weekend nieh plan nak panjat bukit cherakah, shah alam sama housemate. awesome awesome. tak sabar. hehehehe. 

7. dah lama sangat tak update blog nieh. banyak sangat benda belajar dalam tempoh nieh. paling bayak belajar masak. dari tak tahu nak besiang ikan langsung, belajar guna pisau, guna gunting, dan sekarang boleh pakai jari sambil pejam mata saja. lol. hyperbola. betol cakap bangcik. aku pergi shah alam untuk belajaq masak sajooo. 8 minggu kerja dah berhenti. wakaka. selain tuh belajar guna waze, belajar cash cheque, belajar buka akaun bank, belajar drive alone from Shah Alam to Perlis dan sebaliknya, belajar survive dan hidup dengan kudrat yang Allah bagi. InsyaAllah akan belajar bersabar.

8. dah cakap. 2 tahun saja lagi. 

6 comments:

  1. i have to ask? apa masalah sebenar dgn mentor ko tu? org jepun ke? siap tunduk2 kpala? ke sbb budaya kerja jepun?

    ko siap tukar kerja..aku x kerja pun lagi? nak cari kerja data entry operator jugak laa....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnyk mslh. haha. xdelah. chinese. R&D bnyk chinese. bukan sbb budaya, sbb poyo kot. ntah. susah oiii nk carik keja. haha. aku nk tggu interview puspatri jelah. dh apply utk intake january. mls dh nk keje.

      Delete
    2. cuba bagi ko punya link nak apply. aku tgk website dia serabut je...

      Delete
    3. http://www.puspatri.edu.my/index.php?option=com_content&view=category&id=4&Itemid=102

      Delete
  2. welcome..welcome to the real world..kehkehkeh

    ReplyDelete