Presentation room dah macam medan perang. Inilah feedback negatifnya bila panel semuanya dari group propylene oxide sendiri. 4 group present. Production of propylene oxide. bezanya cuma production rate dan process selection yang diguna. Bila 1 group present, panel (supervisor group tersebut) diam tak masuk campur. 3 panel lagi akan Q&A dan evaluate.
Mula presentaion pukul 2.10. tamat pukul 6 petang. cuma 4 group. "Bapak" gua memang rata-rata dah tahu gitu caranya. Nak kutuk lebih malu juga. Gaji dia 15k sebulan. Gua dengar pun gua terdiam. Kalau sebelum-sebelum nieh gua selalu cerita gua kalau jumpa dia boleh sakit kepala dan nangis2. Benda yang korang rasa remeh je sebenarnya tapi jadi satu isu bagi dia. Kesalahan paling bodoh gua buat gua lupa letak Ir. dekat nama dia. Report gua kena reject. Kali kedua gua lupa letak titik pada Dr. dan Ir., gua kena bebel2. Belum kira semua ayat yang gua tulis guna perkataan "method" terpaksa gua tukar pada perkataan "process". kJ/hr yang jadah merata bersepah dalam report gua terpaksa tukar ke kJ/h. Belum tengok citation dan reference lagi. Sudahla. Gua malas nak cite lebih2. Kalau nak cakap gua mengumpat, kita dok mengata firaun dan abu jahal tuh tak kira mengumpat juga ke?
Dijadikan cerita, isnin lepas, pagi dan petang gua dan kawan2 jumpa "bapak" kita. Part conclusion, ada 4 ayat. Semuanya dia yang buat. 4 ayat pada satu slide, hampir 2 jam. Walhal paraphrasing saja sebenarnya. Nak cakap gua menipu? Pegi mampos. Gua cakap benda betol. Jumpa dia pukul 5.15pm, 5 minit sebelum pukul 7 minta izin lari2 pergi solat Asar.
Benda jadi isu bila group geng gua yang buat guna method yang sama, tulis conclusion yang serupa seperti group gua. Bila ayat itu dia yang buat, memang melekat benar dekat kepala. Waktu group geng gua present, mata jegil sama gua dan kawan gua bukan main lagi. Siap datang tanya, siapa yang beri slide pada group satu lagi. Kawan gua mengaku dia kasik. Sebagai rujukan. "bapak" gua cakap kawan gua nieh miang keladi. Aigoo..
Maka waktu Q&A session, habislah group itu "bapak" gua serang bertubi-tubi. Perkara pertama tentulah pasal conclusion tadi. Bapak gua tuh klu mood dah berangin memang makin berapi-api lorrr.. Kasihan gua dengan group tuh. Tegang sangat situasi barangkali, supervisor group tadi naik angin dan mula campur tangan skali pertahankan group dia. Lebih tepat membetulkan salah fahaman bapak gua dimana bapak gua bilang sepatutnya process selection setiap group tidak boleh sama. Bapak gua terkejut barangkali bila dia tengok rata2 point presentationnya hampir sama. Dari PFD, material balance ratio, objective, etc hampir sama sama. Sememangnya group gua dan mereka sll juga bertukar maklumat maka bukanlah sesuatu yang mustahil kalau punya maklumat serupa. Bapak gua cakap this is very bad. (dia maksudkan meniru barangkali). I will give u bad mark.
Tamat presentation dorg, group gua pula kedepan. Bapak gua yang tadi bising kini terpaksa diam. Kah3x... Kah3x.. Time ini group gualah pulak kena serang. Antara yang kena mestilah part gua. Economic potential. Tapi dari awal2 presentation lagik memang gua dah justify dan mengaku siap2 calculation gua salah. Maka disebabkan itu gua tak guna conversion dari situ tapi guna conversion dari journal. Dia tanya kenapa. Gua cakap banyak limitation antaranya rate law yang gua derive dan k value. dia minta derivation gua. tunjuk report. Dia minta side reaction lain. Kitorg keluarkan journal itu ini. Macam celaka. Group lain tak kena pun. Benda yang paling dia tak puas hati, group gua boleh purge out hydrogen gas. Dia tanya mana kitorg dapat hydrogen gas. kitorg cakap dari decomposition of hydrogen peroxide. dia tanya mana equation tuh. buktikan pada dia. dia kasik 14jam pada group gua. esok sebelum pukul 10 pagi datang kasik bukti, kalau tak mampu buktikan dia kasik 0. "I'll give u zero".
H2O2 --> O2 + H2O.
O2 + H2 --> H2O2
memang tak wujud sebenarnya h2o2 decompose hasilkan h2. gua baru tahu hari nieh. kah3x..
bila kitorg mengaku, ok ini salah kitorg, still dia nak kitorg dtg bilik dia before 10am tomorrow dan prove pasal benda tuh. memang sah2lah tak jumpa kalau benda tuh tak wujud. Ini bapak gua punya pasal la. Nak kasik bad mark. Nieh kan group gua dah dapat telur ayam terus. apa pown tak boleh.
Bapak gua paling senior antara semua panel sebenarnya. Panel group tadi pula lebih muda. Waktu group gua present, bapak gua marah2 mulut dengan dia (tak puas hati lagi gamaknya). Sebab tuh bila Q&A dah macam taufan jadinya. Sesama supervisor berperang. Anak buah jadi mangsa. Aigooo..
As a resolution, untuk mengelakkan plagiarism lah kononya pada pandangan panel, mereka suruh tukar production rate kasik berbeza. Entah kenapa malang sangat tak tau, cabutan undi sesama group yang punya production rate yang sama meletakkan gua sebagai group yang terpaksa tukar production rate. Ini memang celaka. Terpaksa mula dari production, consumption, demand semua untuk justify production rate baru. Paling tak kelakar terpaksa buat material energy balance baru. Dan run aspen lagi. Excel boleh tahan. Ubah value saja. Manual calculation?? Report??
Gua tak ada perasaan apa pown sebenarnya. Gua rasa kelakar lagi ada. Macam2 gua belajar dalam kelas presentation hari ini. Sungguh manusia ini bermacam2 ragam tuhan kasik. Maha suci Allah. Terpaksa ulang kerja dari awal semula pasti ada hikmah yang tersembunyi. Chaiyok2! Jumpa panel esok dan mengaku tak jumpa bukti. Jumpa sv dan tahan telinga dan tanam kesabaran dalam diri. Fokus pada final exam dan thesis pula selepas ini. Hipppppppppy!
begitulah ragam bos..benda yang sama kau akan jumpa masa kau kerja nanti..kehkehkeh
ReplyDeleteagakla. takleh hidup aku keje ngn gnie. benda senang pown blh jadi brtmbh susah dan serabut. haha. tp dia baik je. =)
Deletehaha. as, i rasa u dah teroverrr stress sebab tu jadi emosi tunggang terbalik macam ni! kah3.
ReplyDeletesekurang2nya nanti u lagi faham apa yang u belajar daripada i yang terkebil-kebil bila jawab soalan sebab part ep memang jadah i xfaham apa. bak kata dr mazrul, in one fine day, u will remember all this include your beloved bapak! haha.
btw, nak ikut p naik rapid sabtu nie! haha.
haha. next semester u buat semua keje dulu okeih. biar DK plak terdiam nnt. haha.
Deletejom2!! sabtu. cz12 okeih! keh3x.. i sayang je bapak i tuh. dia baik je. ritu lepas dh bebel2 pasal slide, dia call i kot suruh pesan kt sume org itu nnt bljr betol2 tkut nnt panel tnya ada yg xboleh jwb. hahaha. baik ooo