Aku memang tak suka BERSIH nieh at first place lagi. Bersih 1.0 ke 2.0 ke 3.0 ke aku memang tak suka. Tak kisahlah anak Tun Mahathir join ke, A.Samad Said sasterawan negara ke apa ke, tetap aku tak suka. Maaflah sebab aku tak bersependapat dengan majoriti kawan-kawan aku. Dan aku yakin, termasuklah kalian yang baca blog aku di sini. Haish..
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
p/s: Bukanlah aku pro kerajaan dan bencikan A samad said. Aku membesar dengan karya-karya A Samad Said. Malah banyak sajaknya diadaptasi dalam bentuk lagu seperti Masihkah kau ingat dari Kopratasa. Cuba sekali-sekala kita dengar lagu-lagu dari M. Nasir, Malique, Kopratasa etc. Banyak nasihat yang cuba disampaikan bukan. Tiadalah ilmu dan pengajaran yang tersampai melainkan dengan kehendak Allah lah jua.'dan bukanlah engkau yang memanah apabila engkau yang memanah,bahkan Akulah yang memanah'

assalamualaikum
ReplyDeletesaya stuju dgn saudari
perkataan merusuh, perhimpunan aman dan tunjuk perasaan adalah perkataan yg membawa maksud yg berlainan menurut kamus dewan
bagi saya, bersih ini adalah tunjuk perasaan dan merusuh, walaupn agenda yg cuba disampaikan adalah agak jelas.
negara kita negara berdemokrasi, dan saya kira, banyak lagi cara yg boleh dilakukan bg menzahirkan pendapat atau harapan
ya betul. merusuh yang membawa kepada kecederaan, kerosakan harta benda, dan kesan kepada persekitaran pada aku boleh dikira barbarian. ibu bapa yang bertanggungjawab rasanya tak akan libatkan anak-anak kecil dalam perkara sebegini. Kasihan.
Deleteaku x suka demonstrasi..lebih-lebih lagi bila bertukar jadi rusuhan
ReplyDeletehaha. agak la. bukannya langsung tak mengakui kerajaan pimpinan sekarang ada pincangnya. tapi demo gnie kedua-dua pihak pun sama rugi.
DeleteBila aku tengok bersih, isu ptptn, occupy dataran, aku pun teringat lirik lagu ni. Malah dari segi lirik bahasa dan isi, aku tabik spring Malique :D
ReplyDeleteSetuju!
Betul. Lirik dia sangat sinis dan tajam pada orang yang mahu mengambil pengertian. Aku pun kena google juga dengan beberapa istilah dia. haha.
DeleteMacam-macamlah sekarang dekat Malaysia. Dari politik hinggalah ke ptptn percuma, heh. naik lemak. Belajar malas, suap mahu semua. Solat suboh di masjid malas, berdemo mahu pula. Pelik2..