Jalinan Rakyat

Tarikh: 6 Mei 2012
Tempat: Taman Gelora, Kuantan

Pertama kali sampai ke sini sebenarnya. Cantik. Sangat cantik pemandangannya. Pokok, pantai, bot nelayan, angin laut, air hujan.

Sekadar menjadi sukarelawan. Khemah aku adalah khemah yang memasak dan menyediakan makanan utama kepada semua orang. Nasi putih, sayur, gulai daging masak kawah, ayam masak hitam, ikan masin juga sambal belacan. Di sini semua makanan secara percuma. Booth makanan didirikan kiri dan kanan sepanjang laluan pejalan kali. Apa saja yang kita mahu semua kita boleh ambil dan rasai. Menariknya disediakan oleh rakyat Pahang dari banyak daerah dalam negeri. Antara makanannya, telinga keling panas-panas. Keropok lekor. Sata. Buah-buahan. Air kelapa. Dan banyak lagi. Jangan tak percaya, ikan patin masak tempoyak juga ada. Dan ya, diberi secara percuma.

Dapat peluang lihat tarian Sewang dari orang asli. Zapin Pekan juga Joget Pahang dari unit budaya pahang. Dapat rasa temosa diraja dan puding diraja yang sedap rasanya juga unik kaedah penyediaannya. Resepi juga ada dapat tadi. Haha.















No comments:

Post a Comment