Ini cerita tentang kucing. Ada seekor kucing di aras aku. Dan kucing itu diberi makan secara konsisten oleh gadis-gadis comel bilik aku selepas kes kucing lapar dahulu. Betapa terhutang budinya kucing itu, tiap hari jaga pintu C4110. keh3x..
Beberapa hari sebelum, ada sekeping announcement berprint ink pudar kertas A4 ditampal dengan peringatan larangan memberi makan kucing kerana nanti dia berak makcik bising-bising. Sebenarnya, sebelum ini lagi kucing ni memang suka berak merata sebab takut dengan seekor kucing hitam tua gatal yang khatam buku kamasutra barangkali. Almaklumlah isterinya ramai sungguh dan anak-anaknya bercampur baur dan projeknya dari satu blok ke blok yang lain. Dan bila takut, kucing berak cirit-birit. macam manusia tengah tahan kencing, kena sergah harimau terkeluar juga bukan.
Dan pagi ini tatkala mahu ke kelas pukul 8 pagi, kucing yang sentiasa diberi makan gadis-gadis comel tadi ditemui wani di hadapan pintu bilik gadis-gadis comel dengan kedua-dua kaki hadapannya diikat dengan selotep. Babi celaka siapa punya kerja minta berak cirit dalam seluar nanti. Sangat sadis dan kasihan ok tengok kaki bersilang rapat melekat ketat. Dengan hebatnya, siti gadis bilik sebelah yang tidak terkecuali comelnya memeluk kucing itu dengan sebelah lagi tangannya menanggalkan lilitan selotep di kedua-kedua kaki hadapan si kucing tadi. Dan gadis-gadis comel yang lain hanya mampu memerhati. Almaklumlah mereka hanya tahu beri makan tetapi masing-masing penakut kucing.
Al kisahnya pagi ini bangun tidur, satu aras berbau busuk kerana setompok cairan cirit si kucing di bawah rak kasut bilik sebelah yang bersepah kasutnya tak pernah bersusun. Maka bila perkara ini berlaku, gadis-gadis comel bilik ini langsunglah tak sedap hati. Dan pagi ini si makcik mula bertanya siapa yang selalu beri makan sama ini kucing. Sangatlah tidak gembira gadis-gadis comel mendengarnya. Siap berburuk sangka makcik itu sebenarnya yang menampal announcement berprint pudar kertas A4 tadi. Sungguh, hilang pahala-pahala puasa gadis-gadis comel hari ini.
Kepada si pemberi peringatan dengan larangan memberi makan kucing kerana menyusahkan makcik cleaner, apa kata daripada melihat kesusahan makcik hanya pada setompok tahi kucing yang boleh dijirus air dan dilap dengan pewangi, mari kita lihat pula pada kesusahan makcik menyeluk tangan paras siku ke dalam takungan air sinki berwarna dari kuah nasi, minyak dan sebagainya yang tersumbat dek sisa makanan kalian. Juga mari kita lihat kesusahan makcik mengelap kembali lantai aras yang berbau disebabkan cairan-cairan sisa makanan, meggy dan air yang kalian terus buangkan ke dalam tong sampah sehingga plastik hitamnya berat dan pecah, dibawa kebawah dengan air yang meleleh-leleh tumpah. Sekarang mari kita tengok pula bekas-bekas makanan dan periuk nasi yang adakalanya ditinggalkan berhari-hari di sinki sehingga berkulat dan berbau meninggalkan tandas dengan bau setanding cirit si kucing peliharaan si gadis-gadis comel tadi.
Dari membebel di sini, baik gadis comel pergi tidur. Cuma nak cakap sekali lagi ini, BABI betol la siapa yang ikat kaki kucing dengan selotep tadi. Minta nanti kat mahsyar tuhan pula ikatkan kaki kalian kerana bersikap kedekut dan kejam dengan haiwan.
kalau power sangat, suruh orang tu ikat kaki babi la. dengan kucing boleh la tunjuk power..cilake2
ReplyDeleteagak la. dgn kucing boleh lah wat gitu. tp kurg ajar betol la. melekat hbs bulu dkt selotep waktu tanggal. sakit kot. dan kucing nieh faham bahasa manusia aku rasa. dia tahu kot org marah dia. dia dtg kejap2 je depan bilik smlm. sedih. makcik cleaner siap dh tgkp sekor kucing masuk guni. ko ada kucing x. klu ada, ko jgn buat kucing ko mcm nieh!!
Deletememang jahat giler..tak pasal-pasal semalam dah jadi pagi yang syahdu..naseb baek ada kelas pagi..kalau tak i memang dah lari masuk bilik nangis dalam selimut..
ReplyDeletebtw, betul ke makcik dah tangkap masuk guni?..sian kot..:(
yupp2!! wani ngn sol ckp nmpk makcik cleaner ngn anak dia tgkp kucing hitam masuk guni.
Delete