Penat. Kenyang. Tenang. Rasa bersih.
10 tahun tinggal asrama, darjah 6 (setahun), Jenan (5tahun), kmpp (setahun), ump (3tahun), hari inilah aku rasa aku basuh baju dengan kadar yang paling banyak.
3 barisan, dengan barisan pertama sebanyak 22 hanger. diikuti baris kedua dengan 3 helai sarung bantal dan 3 helai tudung syria dan beberapa helai tudung bawal, dan baris ketiga sehelai cadar beserta seluar (dah tak cukup hanger lol). Yang kecil-kecil tak payahlah cerita. Macam malu je.
Bila sudah kerja nanti, gaji pertama aku, aku mahu beli mesin basuh. Sebab 3 baris baju tadi, aku cuci dengan tangan sendiri. Sakit tulang, sakit hati. Sebenarnya dah 10 tahun baju cuci tangan. Hari ini pula mahu bising-bising.
Entah apalah yang aku sibukkan sangat sebenarnya minggu nieh. Sabor jelah.. Heh .

No comments:
Post a Comment