Hello peeps.. Ok gedik. Last time aku bilang aku ke Kuala Lumpur. dan berjanji akan update tentang ini. Not in detail but at least i have something to share with.
Sabtu malam bertolak. sampai cititel hotel jalan tunku abdul rahman pukul 6pagi. have some rest then. esoknya bangun tengah hari. mandi dan keluar lunch. my dad dah keluar jumpa kawan maka cuma kami bertiga.
Day one
selepas lunch, the first place to visit is GM Plaza. 5 levels i think. Mall nieh menjual barang-barang secara pukal. bermaksud, lagi banyak kita beli, lagi murah harga yang boleh kita dapat untuk setiap unit barang. Jam, aksesori, beg dan barang hiasan adalah yang paling banyak ditawarkan. Adalah juga kedai lain macam kedai karpet, kedai pasu, cuma tak banyak.
![]() |
| another busy day of Kuala Lumpur. View from Jalan TAR and from my room at level 12 of Cititel Hotel |
Kemudian ke Chow Kit. Chow Kit ini sebenarnya adalah kawasan berniaga sepanjang Lorong Haji Taib di Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR). Hampir kesemua barang adalah barangan lelaki seperti jeans bundle, jacket kulit, kasut boot, tali pinggang sebagainya. Takut deh jalan sini. Tak ramai perempuan masa tuh.
![]() |
| We are here, KL. At Lorong Haji Taib there are stalls selling men's stuff known as Chow Kit. |
Kemudian ke Dataran Merdeka. Hampir petang sebenarnya. Dan waktu tuh Sambutan Hari Wilayah juga hampir tamat. Sempat jugalah tengok tarian poco-poco, flying fox, dan lukisan grafik. Kemudian balik hotel.
![]() |
| Flying fox is it? Or monkey cross? Or what? One of the program for Hari Wilayah |
Malamnya ke Medan Mara berdekatan dengan Sogo. Makan sate di Sate Kajang Haji Samuri. 5 orang makan. 50 cucuk sate. Aku tak pasti harganya murah ke tidak. Sate ayam dan daging, 70sen secucuk. Sate kambing rm1.40, dan arnab rm2 secucuk.
Kemudian ke Uptown Danau Kota. Di area setapak rasanya. Uptown ini kira macam night market la. Dibuka seawal 10malam sehingga 3 pagi kot. Mulanya ingat kecil je kawasan tapak perniagaannya sebab sedikit saja kedai secara berkelompok. Banyak kedai jualan di sepanjang lorong-lorong kedai sebenarnya. Penat jugalah berjalan. Dan stesen minyak pun banyaklah aku rasa dekat sekeliling. Haha.. I bought nothing. Berjalan dengan lelaki semuanya (2 elder brother and 1 little brother. aku je sesat) memang tak best. Actually i did buy something. Goreng cempedak panas. 5 ulas kecil for rm2. Gila! 5 ulas tak sampai seminit boleh habis telan.
![]() |
| some shoes at Uptown Danau Kota |
Pusing sekitar KL kemudiannya. At first ke Dataran Merdeka. Untuk tengok lampu sebenarnya. Ramai juga yang melepak di kawasan ini. Kebanyakannya bermotor.
![]() |
| Dataran Merdeka at night. The lights change colours each minute. Another colour is green if I'm not mistaken. |
Then ke KLCC. Nak tengok lampu. Haha. 11.50pm there. Sempat bergambar kira-kira 10minit sebelum lampunya terpadam. Lampu KLCC dipadamkan pada pukul 12malam. hanya lampu kecil kelip-kelip yang masih ada.
![]() |
| Me and my little brother at Petronas Twin Tower, 5 minutes before the lights are off. |
Kemudian ke Pavilion untuk tengok Pameran Patung dari pelbagai negara. Pameran yang dikenali sebagai United Buddy Bears nieh bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan. Pameran nieh bergerak dari satu negara ke satu negara. Di Malaysia bermula dari 8 December hingga 15 Februari ini. Masih sempat nak pergi melawat! Setiap bear melambangkan keunikan sesuatu negara. Patung Malaysia hasil karya Imuda. Di bontotnya ada KLCC dan durian. haha..
Finally my brother drove us back to Cititel. Sempat pusing-pusing ke lorong-lorong Haji Taib dengan kereta. Mahu tunjuk aku nyah katanya. And no doubt. Gila ramai golongan dua alam di kawasan ini. Pelik juga kerana di sini ada balai polis sebenarnya. Mungkin fenomena ini bukan satu kesalahan pada undang-undang. Mungkinlah.. Sampai bilik, tido keletihan.
Day two
Masih sangat mengantuk, but my dad keep calling suruh pergi breakfast. Memang rugilah kalau skip breakfast. He did paid rm130 (regular customer price) per room + 2 person breakfast. Memang banyak gila makanan. Tak mampu cuba semua. Simpan sikit untuk aku cuba esok. Haha.
Kemudiannya naik bilik sambung tidur. Rugi jugalah sepagi tak berjalan. Esan kuat tidur. heh! By 2pm baru keluar. Disebabkan pagi dah melantak cukup-cukup, maka perut kurang buat hal. Plan seterusnya ke KLCC. Berpusing 2,3 kali untuk cari parking. Finally park the car tak jauh dari Convention Center. Nampak tulisan Aquaria besar. Went there and ask people mana Aquaria. He said infront (pointing towards Convention Center). Esan bilang dia salah cakap. Haha.
Disebabkan tak percaya dan masing-masing blur, kami ikut je signboard kecil yang menunjukkan tanda Aquaria. It brings us towards an escalator which actually moving us upstairs. Rupanya bukan bangunan sebaliknya adalah laluan pejalan kaki. Laluan pejalan kaki ini baru saja dirasmikan 28 Januari lepas oleh Datuk Seri Najib. Sepanjang 562 meter. Menghubungkan KLCC dan Jalan Bukit Bintang. Boleh bayangkan tak jejantas panjang yang berhawa dingin dan bercermin. serta eskalator yang menggantikan tangga. Dalam laluan pejalan kaki ini siap ada signboard lagi. Kalau ke kanan ke Jalan Pinang contohnya. Ke kiri ke KLCC etc. So ikut je laluan tuh, finally we reach the first level of Convention Center (which is kalau lintas jalan 10saat je, semangat jejantas2 bagai). Here where Aquaria is. Yes. At 1st floor of Convention Center. Haha
![]() |
| Walking area, laluan pejalan kaki yang baru dirasmikan. 562 meters connecting within Convention Center and Bukit Bintang. Provided with air conditioner and escalator. |
Di Aquaria, bayaran masuk adalah rm45 untuk visitor, rm35 untuk Malaysian with a proof of Mykad and rm30 for students (jadi sila bawa kad pelajar). Haha. And my advise is, pergilah sebolehnya 3pm and above sebab around 4 above adalah feeding time. Sangat seronok ya. Ada jurucakap yang bertugas, yang explain in a nice way ciri-ciri setiap haiwan dan ikan tuh time nieh. First time masuk akan berjumpa dengan ikan Pirana. 4pm that time dan kami betul-betul baru terlepas. Pemberian makan untuk haiwan lain seterusnya memang kami dapat ikut. Antara yang paling menarik adalah tikus air. SO cuteeee.. Haha.
Di Aquaria, selain ikan yang turut dipamerkan adalah reptilia lain yang berkaitan. Setiap kawasan dibahagikan mengikut kategori. Contohnya ikan dan reptilia di kawasan paya bakau, di kawasan air tawar, tanah landai berdekatan pantai, laut dalam dan sebagainya. Memang sangat-sangat menarik. Kindly bring your best camera because we can have pictures, but without a flash. Pity me i only have my phone camera that perform worst without flash, so tak mampulah nak snap gambar cantik-cantik.
Salah satu yang aku tahu dari petugas Aquaria ini, bila memancing pakailah baju warna merah kerana ikan memang suka warna merah. Dan kita boleh hasilkan sendiri umpan yang memang mampu menarik ikan. Kisarkan bawang dan halia, dan bentukkan seperti fish balls untuk dibuat umpan. New knowledge for me.
Berjam-jam juga dalam Aquaria nieh. Berakhir je di pintu keluar, jumpa food court. Yeay!! Finally. Sebab memang dah lapar gila. I have a plate of Fish & Chips for rm11.50 rasanya.
![]() |
| That Fish & Chips is mine. Not reasonable with the price i think. Nasi ayam for my brothers. |
Sampai hotel around 7pm. Then my dad ask us to go to KLCC. Ambil teksi dan pergi tengok wayang dia bilang. So around 8.30 ke KLCC, 3 of us only. Tak susah nak dapat teksi. keluar hotel terus dapat. Teksi bermeter. RM3 fixed at their meter for the first kilometers. Kemudian baru meter berjalan. Dari Jalan TAR ke KLCC, it cost us rm5.20 untuk pergi. Dan rm6 waktu pulang.
We decided to watch Journey 2:The Mysterious Island. not a 3D one. Our ticket is at 9.40pm. That time, baru lebih kurang pukul 9. Untuk baki masa yang ada, kami ke Kinokuniya, the largest bookstore in Malaysia i think. Kinokuniya ini letaknya betul-betul di sebelah atas wayang. 10 saat boleh sampai. Gila rambang mata. Aim aku masa tuh cuma nak dapatkan buku The Alchemist by Paulo Coelho. Juga The Collected Short Stories by Jeffrey Archer. Setengah jam juga berpusing dalam kawasan Kinokuniya nieh finally jumpa. But pity me, The Alchemist is out of stock. Maka harus satisfied bawa pulang buku Jeffrey Archer sahaja.
Around 9.40pm turun ke wayang. My brothers tengah beratur beli popcorn that time. Show hall besar. tapi tak ramai orang. Row aku cuma kami bertiga. Heh. Cerita ini menarik pada aku. Sangat kelakar ya pakcik gemuk ini. Cerita yang sangat sesuai ditonton oleh kanak-kanak. I gain new knowledge too from here. Korang tahu labah-labah hasilkan sarang ikut arah selatan? Banyak lagi info haiwan lain tahu dari cerita nieh. Tapi maaf aku tak ingat. haha.
Tamat around 11.30pm. Berjalan keluar melalui kawasan Dewan Philharmonic Petronas. I miss this. Pernah masuk sekali waktu Form4 rasanya. That time ke Sains Seri Puteri untuk kugiran. I saw a big poster stated about Beethovan Piano Concerto by this coming mid of February. Oh God, it's nice. Tak apa. One day dah ada saving sendiri, insyaAllah aku akan datang sini sekali lagi.
Waktu pulang, sila ambil teksi yang bergerak di jalan. Sila tahan. Teksi yang berlampu di atas bermaksud mahu ambil penumpang. Yang gelap maksudnya tak mahu. Jangan ambil teksi yang sedia menunggu di sekitar stesen bas. It charge you for quite a penny.
![]() |
| Another angle of Petronas Twin Tower that i effort to catch while waiting for the taxi |
Day 3 (Last day)
Check out at 12. Ke SOGO for some shopping. Finally i bought things. Aku beli 3 pasang kemeja, i need to have that for this coming internship. For my mom a handbag. And for my little sister yang kena tinggal kat rumah 2 helai tshirt.
![]() |
| Lots of sale there at SOGO. Crowded with family. |
Ke Kenanga kemudiannya. Kenanga is a new mall. 9 levels. Ya, memang tinggi. Mall yang menjual barang secara pukal. Konsep yang sama seperti GM. cuma lebih besar. Memang sangat lama disini. Ayah beli emas korea. sangat banyak ya. sangat. For his friend di kampung who sells this kind of things. Dia kirimkan.barang-barang disini memang sangat murah ya jika dibeli secara borong. Contohnya jam G-Shock yang tengah famous sekarang, rm35 per unit. But only rm12 per unit jika dibeli secara borong dengan minimum 12unit. Lagi banyak beli, harga seunit boleh lagi turun. Murah kot. Jadi kalau tengok jam nieh kat kedai harga more than 30, jangan beli. RM12 je kot satu.
![]() |
| At Kenanga. This is the shop where we spent so much time with. |
Finally bergerak keluar dari Kenanga. Singgah di R&R Awan Besar area Puchong. Melantak nasi kukus dengan lahapnya sebab satu hari tak jumpa nasi. haha. My big bro came here. Again, diorang makan sate Kajang Haji Samuri. Tak bosan ke? Then barulah bertolak pulang ke Perlis. Bye2 KL.
![]() |
| Nasi kukus!! That black things are the most delicious one. Not sure what is that. Fried chicken and curry beef. Rm6.50. |






















No comments:
Post a Comment