Entry ini untuk menjawab pertanyaan junior aku. Tapi sumpah aku gembira kalau penulisan nieh juga dapat bantu adik-adik kat luar sana yang masih tertanya-tanya tentang Kejuruteraan Kimia.
Diingatkan penulisan dan perkongsian aku adalah daripada apa yang aku perolehi dan aku fahami secara kasar selama 5 semester aku belajar di Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Pure). Dan disini aku taknak ambil kisah sistem universiti lain. Aku hanya tulis apa yang aku tahu saja. Dan ilmu apa yang aku dapat mungkin berbeza dengan apa yang kawan-kawan aku dapat bergantung kepada kemahuan masing-masing untuk belajar.
Proses pembelajaran
Spm -> matrikulasi (setahun) -> degree in chemical engineering (4 tahun)
Spm -> diploma (3tahun) -> degree-direct entry (3tahun)
Yuran pengajian untuk ijazah kejuruteraan kimia selama 4 tahun bagi ump kira-kira rm1200 satu semester. Ada 8 semester so kira sendiri. Dan pinjaman ptptn aku sebanyak 28k, 3.5k setiap semester. Kebiasaan anggaran yuran dan buku teks sebanyak 1.5k setiap semester.
Kejuruteraan Kimia
What is chemical engineering? Chemical Engineering is a group of industrial processes in which raw materials are changed or separated into useful products. Aku copy bulat2 dari lecture note. Kah3x..
Secara general, apa yang kita belajar adalah macam mana dari feed product tuh kita nak dapatkan hasil. Kita akan design setiap unit komponen yang kita guna.
Contoh macam niehlah, kita nak produce 10000mtons per year komponen C.
A+B -> C+D
Feed (raw materials) kita adalah A dan B. Dekat reactor A dan B reacts produce C + D contohnya. Sebab kita nak C, so kita kena separate C dan D pula.
Jadi disini, kita akan belajarlah jenis reactor macam mana yang kita nak kena guna. Dekat reactor kita perlu ada guna catalyst untuk percepatkan process ke tak. Size dan diameter reactor besar mana. Ideal reactor macam mana. Nak tahu reactor yang bermasalah pula macam mana. Ini semua kita belajar dalam subjek Chemical Reaction.
Jenis reactor nak guna bergantung pada raw materials juga. Thats why kita belajar thermodynamic. Maka kita akan belajar properties of materials pula. Temperature and pressure materials macam mana. Boiling point berapa. Heat energy macam mana. Enthalyphy entrophy kena ambil kira.
Sebelum masuk reactor kena tahu A banyak mana, B banyak mana. Bila react dan kuar C banyak mana, D banyak mana, A dan B yang masih tinggal banyak mana. Heat masuk berapa, keluar berapa. Ini asas dan paling penting. Ini kita kena belajar material and heat balances.
Bila dah dapat C dan D nak kena separate kan. Jadi kita kena belajar separation process. Nak separate (asingkan) sesuatu macam mana. Contoh bahan kimia kita solid dan air, sebaiknya kita nak pisahkan dia guna apa. Kalau 2 mixture berbeza dalam liquid form or gas form, kita nak pisahkan guna apa pulak. Dan seterusnya. Jenis separator tuh ada banyak bendalah. Contoh distillation column, evaporator, absorber, extractor, dryer etc. Inilah yang berat. Setiap jenis separator nieh kita kena belajar. Dan design setiap satunya berbeza. Subjek ini sangat-sangat penting. Dan sangat-sangat susah bagi orang malas. Dan slow.
| contoh sebahagian dari apa yang dipelajari |
Secara asas itulah yang kita akan belajar. Nak produce satu chemicals dalam jumlah yang besar dari raw materials yang kita ada. Sebelum dapat final product, akan ada chemical reaction berlaku di reactor. Akan ada proses pemisahan antara 2 chemical berbeza maka perlunya ilmu separation. Dan sepanjang proses itu akan adanya unit-unit pembantu lain seperti heat exchanger, cooler, pump etc yang mana sebahagian daripada ilmu transportation process yang kita belajar.
Benda lain yang perlu tahu
1.Kena ada basic Kimia, add math dan fizik. Dan course yang sesuai, Chemical Engineering (Pure) dan Chemical Engineering (Gas). Kalau ada basic Kimia, add math, fizik dan biology boleh applied Chemical Engineering (Biotechnology).
2.Kalau tak tahu nak ambil Pure, Gas or Biotechnology boleh pilih pure macam aku. lebih general. kalau berminat kepada kesihatan, hasilkan ubat dari herba, dari tanaman, hasilkan gula dari kertas terbuang, kulit pokok apa-apa ke, hasilkan bioethanol dari rumpai laut sebagainya, ambillah Chemical Engineering (Biotechnology).
3. Mathematics paling penting. Kalau dah sebut kejuruteraan memang tak mampu lari dari kira-kira. Kedua fizik. Selebihnya kimia. Hampir semua subjek yang aku belajar tak mampu lari dari matematik. Dalam subjek Chemical Reaction contohnya, anda memang tak akan mampu lari dari Integration. Integrate integrate integrate. Sampai muntah.
Rujuk juga penerangan aku diawal tadi berpandukan warna. Mungkin akan lebih jelas.
Lab juga sangat banyak. Lab satu kredit. Tapi susah sangat nak score. Dan time consuming. Setiap lab berbeza. Ada lab dimana kita akan belajar untuk guna alatan makmal seperti HPLC, gas comatography, uv spectrum sebagainya. Aku dah lupa. Kah3x.. Alatan-alatan nieh kita akan guna untuk check properties dalam raw materials. Contoh nak check kandungan apa ada dalam air coke. Or check air sungai ada chemical compound apa dalam tuh. Ada lab kita belajar tentang reactor je. Jenis reactor ini itu dan macam mana setiap satunya beroperasi. Kita belajar tentang pump. Cooling tower. Piping system. Valve. Distillation semua. Motor. Engines. Practically there. Semua ada dalam open and closed lab. Lab yang gila babi besar. UmP la. U lain aku tak amik port.
Subjek lain seperti English. English biasa kita akan belajar presentation skills. Technical writing. Macam mana nak tulis proposal untuk research. Macam mana nak tulis report untuk thesis.
2 subjek paling penting sebenarnya adalah plant design dan projek sarjana muda. Semua yang kita belajar tadi guna dalam plant design. Plant design nieh macam, ok ginielah. Pilih tajuk. Contoh production of 10000mtons per year ethylene. Then dari situ, kita kena fikir tapak mana kita nak pilih. Nak buat kilang kita dekat mana. Luas kawasan tapak berapa. Raw materials kita apa. Nak ada berapa distillation column. Ada berapa reactor. Heat exchanger. Pakai materials apa. Besi ke steel ke. Piping system. Production kita nanti macam mana. Quality control of product macam mana nak ambil kira. Sisa buangan kita nak treat macam mana. Pergi ke water treatment plant ke apa. Dulu waktu aku siapkan integrated project, aku ada rujuk disini. Sedikit sebanyak inilah yang dikatakan plant design. Korang belajar 4 tahun untuk finally dapat came out dengan satu report macam nieh. Taklah sedetail nieh. Nieh contoh report yang memang dari industry.
Untuk projek sarjana muda, ok amik satu tajuk. Proposed. Run experiment. Came out dengan report. Tajuk tuh terpulang. Selalu lecturer keluarkan bergantung pada minat student.
5. Software
Matlab, Polymath, Autocad, Aspen Plus, Microsoft Visio etc
6. Equivalent subject
Tengok table subject tadi. Nampak pre-requisite bukan? Itu bermaksud untuk ambil subject itu, kena lulus dulu subject yang menjadi pre-requisitenya. Ada subjek kalau kita failed, 2 ke 3 paper kita tak boleh ambil sebab bersangkut. Ini bahaya. boleh membawa kepada extent tahun pengajian. Macam dekat u aku, org lain belajar 4 tahun, ada yang terpaksa sampai 5 tahun. EH btw, failed paper perkara biasa.
7. Open booked paper
Subject-subject yang aku warnakan kat atas semua open-booked. Jawab exam boleh rujuk buku. Sebelum exam contenglah banyak mana pun dekat buku, trust me nanti dapat soalan tak boleh jawab jugak. Harga buku rujukan kebiasaan rm50-rm100 sebuah. Selalu 60,70 ringgit. Takde choice, kena beli buku kalau tak, tak boleh jawan exam.
Aku rasa itu jelah kot asas chemical engineering. Apa lagi korang nak tahu. Btw aku tulis hanya apa yang aku tahu. Aku baru berada di tahun ketiga. Banyak lagi baki subjek yang belum aku ambil. Jadi ini jelah yang mampu aku kongsi.
Prospect kerjaya aku tak tahu sangat. Aku belum bekerja. Entah-entah bila kerja, apa yang belajar nieh tak guna pun sangat.
Update:
Ini aku kena mintak tolong senior paling tinggi jawab. keh3x..

bagus :)
ReplyDeleteamoi!! lajunya komen. baru post je nieh. haha
Deletewell-written kak as. sy minat ngn cos ni lepas dgr kak as explain. blh suggest tak nama sy bg sy dapat jugak cos ni?
ReplyDeleteSuggest apa nieh kirah. Merepek je kawan2 saya nieh. Hahaha.
Deletegood job yana..
ReplyDeletepandangan aku dari sudut bekas pelajar chemical engineering (polimer):
1) kalau nak dibandingkan dengan mekanikal, kejuruteraan kimia kurang sikit prospek kerja. tapi semua kawan-kawan aku dapat kerja.
2) untuk mendapatkan added value, sila belajar sedikit sebanyak mechanical engineering. bila kau design reactor, ko kena pilih material. dan kau kena tahu sedikit sebanyak tentang equipment2 lain macam pam, motor, etc. ilmu pasal piping sangat membantu.
3) prospek kimia gas agak besar. kau boleh kerja dengan petronas dan gas malaysia. ni dah masuk oil & gas punya line yang ramai tahu gajinya cukup lumayan. aku dulu keje dengan kontraktor gas. kalau minat pasal ni, aku boleh share lebih sikit.
4) aku tak tau orang lain, tapi hampir semua yang aku belajar aku tak guna masa keje. mungkin sebab aku dah lari ke bidang lain. hampir 100% mechanical.
5) kebanyakan chemical engineer kerja kilang. biasanya jadi process engineer.
6) kalau tak minat kerja kilang, fokus satu equipment lepastu join kontraktor. project based work. contoh equipment; scrubber, distillation column, water treatment. tapi kalau kau power sangat, boleh joint consultant untuk design plant.
9) UTM ada course petroleum engineering bawah fakulti kejuruteraan kimia.
7) DOE ada buat course untuk water treatment plant. kalau kau attend course ni, market kau making tinggi. sebab nak operate water treatment plant kena ada sorang competent person. once kau join course ni, ko adalah competent person.
8) secara umum: sila plan career route korang sebelum mula mencari kerja. 'jangan memilih kerja' adalah satu frasa yang haru diambil secara moderate. sebab kau akan dinilai berdasarkan previous job kau.
10) control dan instrumentation adalah sangat penting dalam industri. apa yang aku belajar kat UTM susah macam gampang. aku tak tau universiti lain. bila kerja, aku rasa benda ni takdela susah sangat. cuma masa kat UTM aku belajar main-main. seriously, control & intrumentation sgr penting. sila belajar.
Tq so much. Pencerahan utk aku n utk budak2 lain gak. Prospect kerja luas upanya. T bnyk nk tnya. Skrg susah. Pakai hp. Nnt on9 pakai pc. Tunggu. Hehehe..
Deleteweh.. chemical engineering polymer tuh mcm mana?? haha
Delete2) aku penah chat dgn sorg mamat nieh. kerja dia mmg design heat exchanger dan reactor je. dia mmg belajar pasal nieh. mcm susah je chemical eng nak selit2 dlm prospect kerja nieh.
Delete3) aku kurang ada exposure dlm gas industry. belajar pown xpenah pasal gas2 nieh. minat tuh ckit kurang la. gpown mcm susah je utk perempuan. kah3x..
5) bnyk industry yg offer kerja utk process engineer. klu bukak website dorg pown mmg offer kerja utk process engineer. process engineer tuh mnde?. penah baca sorg blogger yg ckp process engineer kerjanya bosan.
7) Aku rasa aku sangat minat kot dengan water treatment nieh. otapi aku xamik lagi so far subjek nieh. semester depan2 adalah. DOE tuh apa? mcm sngt menarik ok baca point ko nieh. hahaha
8) Ok pendapat mcm nieh aku 1st time dgr. no doubt. agree!!
10) control & instrumentation aku baru belajar basic sem nieh dlm electrical & instrumentation subjek. bukak sem nieh aku ada amik control & instrumentation. baik, aku belajar sungguh2 nnt. hahaha. TQ!!
3)gas ni takdela susah.ada beberapa equipment je.pressure regulator, pressure gauge, filter, valve.ni basic equipment.kena tau piping.
Delete5)process engineer ni kejenya design atau maintain chemical process la. nak buat plant baru kenela ada process engineer. dia akan consult equipment apa nak pakai. nak fabricate dan install equipment tu keje mechanical engineer.
7)DOE, department of environment. jabatan alam sekitar dalam melayunya. course water treatment plant ni RM4000. 5 hari punya course.detail kau boleh check dekat http://www.doe.gov.my/eimas/.
buat masa sekarang, dalam malaysia ni cuma ada 10 orang competent person untuk water treatment plant.boleh nampak prospek tak?
10)apa yang kau belajar dekat U dengan industri agak lain tau.maksud aku, dekat U kau belajar teori.kenapa perlu control, calculation, etc. kau cari katalog/website produk control & instrumentation, pastu kau belajar dari situ. kena tau instrument apa nak guna pada application apa, macam mana nak buat sizing instrument, etc.
11)polimer ni nanti gua tulis dalam blog la.tiru format kau boleh?
okeih2.. tq. hahaha. bagos2. nnt aku kasik link blog ko kt budak tuh.
Delete