Berulang-ulang


Semakin banyak aku membaca, semakin aku sedar banyak yang aku belum tahu. Aku ada satu masalah dimana aku tidak mampu mengingat kembali apa yang aku baru usai baca. Dalam novel Bumi Cinta yang baru aku baca contohnya, aku terpaksa berulangkali membuka halaman yang sama hanya untuk menghafal satu patah kata, "Kwartira", perkataan Rusia yang bermaksud apartmen. Tiba di halaman terakhir novel, aku masih kaku untuk keluarkan kembali ilmu yang aku perolehi dari pembacaan sebelum itu. Sedikit idea itu ada. Tetapi sepertinya tidak mahu keluar. Dan tidak mampu terurai. Mungkin aku patut ambil omega kasi bijak dan aktif sikit korteks kiri kanan kepala.

Dan semakin banyak aku membaca, semakin aku sedar banyak waktu dimana tuhan cuba tolong aku. Maksud aku permasalahan aku tadi. Pernah sekali aku menjangkaui tafsiran surah Az-Zumar, ayat 6 dimana sedikit petikan daripadanya berbunyi, "..Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan.." Terpaksa mengakui yang aku tiada asas dalam biologi dan pengetahuan am aku dalam ilmu biologi juga terhad, maka aku tiadalah tahu apa tiga kegelapan itu. Dan mengikut sedikit penjelasan dikaki helaian muka surat tafsiran, tiga kegelapan itu adalah kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim dan kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim. Dan ya, seperti sebelumnya, aku akan lupa apa yang aku baca, maka tiga jenis kegelapan yang aku tahu tadi hilang juga dimakan masa. Sehinggalah aku membaca Bumi Cinta, dimana tiga kegelapan ini ada disentuh dengan isi yang masih sama, lapisan perut, lapisan rahim dan selaput janin, maka saraf-saraf polimer dikepala gigih bekerja membantu aku mengingat kembali fakta sebulan dua lalu yang sudah aku lupa. Dan hari ini, aku membaca satu cerpen karya Saharil Hasrin Sanin bertajuk "Dunia Badang", cerpen pertama dari antologi sajak dan cerpen Virus Jihad. Cerpen nieh, woo. Tepu kepala otak gua baca, kalau kasik Shiela mesti dia suka. Sarat dengan istilah sains kedoktoran dan phylosophy(eh macam mana eja?) dari aristotle dan sebagainya. Dalam cerpen nieh, penulis juga ada menyebut tentang tiga kegelapan ini dari istilah sains iaitu, lapisan abdominal, lapisan uterine dan lapisan membran amniokorionik. Dan malam ini aku menulis disini tentang tiga kegelapan ini yang mana aku jelaskan dari tiga sumber yang berbeza. Maka, kalau sehingga kini aku masih belum mampu ingat apa itu tiga kegelapan maka tiada lagi kemungkinan malah kewajipan untuk aku ambil omega dan sumber protein secukupnya. heh. 

Tuhan sebenarnya membantu aku menyelesaikan permasalahan aku yang cepat lupa dan membantu aku untuk fahami dan ingati apa yang aku ketahui dengan cara menyampaikan ilmu itu kepada aku secara berulang-ulang. Ya, berulang-ulang, dalam tempoh waktu tertentu melalui sumber yang berbeza.

Aku tidak menipu dalam urusan ini. Setiap kali aku membaca, aku sedar seringkali ada perkaitan dengan ilmu yang aku peroleh sebelumnya. Dari novel Bumi Cinta yang aku baca seminggu yang lepas, ada menyebut tentang Dr. Maurice Bucaille, seorang doktor pakar bedah di Perancis yang mengkaji tentang mumia Firaun dan akhirnya memeluk islam. Maurice Bucaille mempersoalkan bagaimana mayat Firaun masih utuh sewaktu dia ditemui di laut sebelum mayatnya diawet oleh orang zaman tuh la kan dimana kebenarannya dia jumpa dalam surah yunus ayat 92. Dan hari ini, aku mula ingat kembali dengan pakar bedah nieh apabila namanya turut disebut dalam cerpen Dunia Badang. Dalam Bumi Cinta juga ada menyebut tentang gambaran fetus, iaitu embrio yang dilukis oleh Leonardo da Vinci pada abad ke 15. Tetapi ilmu embriologi nieh hanya dapat didalami setelah Leeuwenhook mencipta mikroskop pada kurun ke 17. Point yang betul-betul sama yang mana aku ketahui seminggu lepas dari Bumi Cinta, hari ini aku ketahui pula dari cerpen Dunia Badang. Malahan ada satu point lagi yang berbunyi, menyelamatkan satu nyawa sama seperti menyelamatkan semua nyawa manusia, juga sama. ada di Bumi Cinta dan cerpen nieh. Terfikir la juga, entah-entah Habiburrahman El Shirazy nieh baca cerpen Saharil dulu kot sebelum menulis point tuh. Hahahaha. Ok tak kelakar. 

Contoh lain ialah Nietzsche, seorang pemikir atheisme dari Jerman yang menganggap apabila manusia maju dan ada pengetahuan, maka manusia automatik tak perlu bergantung pada tuhan sebab banyak masalah boleh diselesaikan dengan pengetahuan. Beberapa hari selepas aku habis baca novel nieh yang ada menyebut tentang Nietzsche, aku menonton filem titanic dimana ada satu slot bilamana mereka mahu kumpulkan buku-buku dari perpustakaan untuk jadi bahan bakar, si budak lelaki tuh macam, weh gila apa nak bakar buku hebat karya Nietzsche. Dia tak cakap la gitu, aku yang cakap, tetapi maksudnya lebih kurang gitulah. Dan si budak perempuan itu pula bilang, Hello, Nietzsche itu psycho ok, dia suka adik perempuan dia sendiri. Lebih kurang gitula. And a few days later, aku terbaca a phrase tentang life eternity dari Nietzsche yang ditulis oleh seorang blogger hasil dari buku yang dia baca. Maka sedikit sebanyak aku ada idea sapa itu Nietzsche sebab nama mamat ini selalu berulang dalam kehidupan aku seminggu dua nieh. 

Ilmu itu, berulang-ulang sebenarnya. Diberi kepada kita dalam kadar yang beransur-ansur, sesuai dengan keupayaan dan kemampuan kita untuk menerima. Allah itu bijak. Tahu apa yang kita tiada tahu.

5 comments:

  1. philosophy. hehe.

    satu, setuju dgn point hg. dua, sometimes bila kita dengar ttg sesuatu ilmu tu, kita lebih mudah untuk lebih alert bila kita dengar psl ilmu yg sama for the second time. tiga, sbb Allah tahu skrg ni masa yg sesuai untuk Dia bagi ilmu tu dekat kita, thats why nak tak nak kita dapat jugak ilmu tu kan. huhu. Allah sangat sweet.

    teringin nak baca cerpen Dunia Badang tu. sekali nanti dengan aku pun pening. hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. setuju dgn point hang pulak.
      cerpen dunia badang tuh mmg sngt best. antara cerpen yg paling aku suka. aku kena saharil dgn buku kentang dia kot. tp xpenah baca pown. tp penah singgah website dia. nnt aku kasik cerpen tuh. aku ada dlm pdf form. nnt aku attach kt fb

      Delete
  2. ini namanya law of attraction..

    bila kau tau sesuatu, kau akan nampak benda tu di mana-mana..

    contohnya kalau kau nak beli beg swan.sebelum ada perasaan nak beli, kau tak jumpa (atau tak perasan) orang pakai beg swan..bila kau niat je nak beli, bersepah-sepah pulak kau jumpa beg swan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. aku pegi city plaza alor star tadik. aku masuk popular. dan aku nampak buku tajuk law of attraction. versi bahasa melayu. sebelum aku kuar umah pagi tadi aku ada bukak dashboard n baca komen ko. so aku rasa konsep ko nieh boleh pakai la. tp apa la hingusan sngt pakai beg swan sbg contoh. hahaha.. aku penah baca buku the secret yg ckp pasal law of attraction nieh. tp aku xsuka buku tuh. mcm mengarut je.

      Delete