Rambling

When a person who tends to read my blog silently behind, and keep on his eyes and ears of my updates, its hard to said no for the compliments and complains that came out from his mouth.

The first thing he said is about my style of writing. Makin teruk dan kotor katanya. Mungkin bukan lucah tapi entahla. Terasa kotor. In some places Subaili tends to correct me too but mostly on my grammar (as far as i can remember how i change one of my post title few times because of him till at last the title is, 'tiada tajuk'. and i did change the word of fucking that i once used in my entry to something perhaps better as he point me out with that). As he is my loyal reader himself i will at last correcting the mistakes either i like it or not as i always respect this kind of people. A nice reader who dare to point out his friend's mistake instead of just staying still.

The second thing is about my choices of template. I do agree with this as i knew i am a blogger who always change the template few times in a month. Yea i knew that having a permanent template is a nice thing to do as people recognize us with our own identity and approaches we used in the art of blogging. But thats me. I hate repetition and facing or doing the same thing. Boring and lame pada aku. Bukan isu tak ada pendirian di sini tapi aku kira tak salah untuk aku terima pandangan orang lain dan cuba adapt kan dengan sikap dan cara penilaian aku. So i guess it doesn't matter for me to change my blog template for the satisfaction of others as the best satisfaction for me is when people who do cares of me satisfied most by my way. Puaskan hati semua orang?? Tentulah tak boleh. Tapi berusaha memuaskan hati mereka semaksimum mungkin, tak salah rasanya kan..

Jadi jika masih ada perkara yang boleh aku ubah untuk menambahbaik kemahiran aku dalam berblogging, maka dua perkara yang ditegurnya perlu aku ambil kira. Dan disitu mungkin aku patut bermula. Still i will using Manglish as i am comfortable with that and more or less it is one of my best platform to improve my English which is damn bad. Just from now on, as far as i can, aku akan cuba untuk avoid pathetic form of writing. Carutan dan celaan serta ledakan emosi yang membabi membuta tuli juga termasuk. Sarcasm yang bersifat kebudakan, pandangan dan kritikan politik mahupun tabiat manusia yang datangnya dari pemerhatian persekitaran dan fahaman sebesar kuman sains sosial juga sesuatu yang perlu aku hentikan. 

Aku tak suka kelihatan bodoh di depan manusia. Dan perkara terbaik yang boleh aku lakukan adalah berhenti memperbodohkan diri sendiri. Di sini mungkin ruang aku. Tapi di sini juga penilaian manusia bermula. Maka perkara terakhir yang boleh aku lakukan, adalah dengan berusaha menjadi cerdik, walaupun pada dasarnya manusia ini jauh disudut hati sentiasa terasa bodoh selari dengan bertambahnya ilmu tuhan dalam pengetahuan kita apabila membandingkan dengan pengetahuan yang sedia ada sebelumnya. Moga tuhan membantu aku dan kita dalam pencarian ilmu. Dan jika aku masih berblogging selepas ini, biarlah setiap apa yang aku coretkan ada pengisian ilmunya. Dalam ruang dimana penilaian manusia bermula, sesuatu yang lebih utama di sisi kita, penilaian Si Penguasa dan Si Pencipta turut serta yang sentiasa menilai dari mulanya. 

Setiap apa yang pernah aku tuturkan dalam blog aku selama tempoh ini buruk mahupun baik bahasanya, betol atau tidak berita dari faktanya aku mohon maaf. Apa yang baik terima dan penerimaan itu biarlah disertai dengan kefahaman dan usaha untuk berfikir. Dan apa yang buruk tinggalkanlah. "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendegaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya" (17:36). Peringatan penting untuk aku sendiri aku kira.

Moga Ramadhan tahun ini kita mampu memperbaiki diri dalam menuntut ilmu dan hubungan kita sesama manusia juga hubungan kita dengan Dia. Salam Ramadhan Al-Mubarak pada semua. 

2 comments:

  1. peduli apa kata org my dear sis.just be yourself and be what u want to be as long as u like it.

    ReplyDelete
  2. nieh my real sis ke hape.. mcm polite je klu kakak.. wakaka

    ReplyDelete