Turun cafe pukul 1. Sayur tinggal kuah nasi tinggal bekas. Mogok. Meggy kari aku angkat. Kemudian aku letak kembali. Masuk dan keluar kedai dengan tangan kosong. Dia paksa makan. Mogok lagi. Tak mahu. DIa offer meggy. Mogok lagi. Tak mahu. Tak mahu. Dia keluar. Ditinggalnya aku dengan Cloud 9 wafret twins 2. Tertutup saja pintu, heater aku panaskan, wafret twins aku buka. Ngap3x. Ok pelahap. Dasar mogok tak kena tempat. Aku kalah. Dia menang.
Pukul 5 dia pulang. Seplastik nasi di tangan. Labu masak lemak, ikan kering, daging masak asam (mungkin, aku sendiri tak pasti), ulam raja, pucuk gajus dan kacang botol kini di depan mata. Habis sepinggan aku tambah kali kedua. Dan bersama aku Siti Faiznur yang juga aku kira mogok diam-diam barangkali. Pelahap seperti aku juga aku perhati. Dan dia hanya sekadar memerhati. Bahagia barangkali melihat anak burung kelaparan disuapkan makanan. Sungguh dia benar-benar bersifat keibuan. Aku kalah lagi. Dia menang.
2 tahun dia dengan aku. Dia faham aku. Dia cool. Dia tak pernah menangis depan aku. Aku moody dia diam. Aku mogok dia jadi tak senang. Aku ketawa dia sudah terbahak-bahak. Aku bercerita dialah penambah fakta. Dia serba tahu. Dia kenal dunia jauh kedepan berbanding aku.
Pesanan kekasih Allah, kasihilah apa yang ada dimuka bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada di langit. Sungguh, orang yang suka memberi sayang akan mudah mendapat sayang.
mana post psl x-men 2 baris?haha
ReplyDeletedah hide. sensitif la topik tuh. n kwn aku ckp agak emotional penulisan tuh. entry kutuk2 org pown semua dah hide. takot mati tiba2. kah3x
ReplyDelete